Archive for the 'Buku' Category

17
Nov

Memoir Syed Husin: Apabila Idealisme Bergabung Dengan Kuasa

Merdeka Review

“Biasanya kita sebut tentang politik dia bersangkut paut dengan kuasa.  Tetapi dengan Dr.Syed Husin Ali, politik ini dalam pandangan saya, politik Syed Husin Ali ini tidak bersangkut paut dengan kuasa.  Dia hanya sangkut paut dengan idealisme dan prinsip perjuangan.”

Demikianlah kata-kata Tian Chua, Naib Presiden PKR dalam Majlis Pelancaran Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali, di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.  Tian Chua mengakui bahawa Syed Husin Ali adalah idola politik pertamanya ketika dirinya balik dari luar negeri.  “Kita menyokong Syed Husin Ali (pada ketika itu) bukan dengan tujuan untuk tukar kerajaan.  Bukan tujuan untuk melaksanakan prinsip-prinsip atau dasar-dasar baru.  Hanya (kerana) pada waktu itu kita rasa kita perlu satu suara untuk golongan yang dipinggirkan, golongan yang ditindas.  Kita perlukan a voice of conscience in the parliament.”

Bagaimanapun, Tian Chua yang secara rasminya terlibat dalam politik selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, menganggap sejarah perjuangan politik Syed Husin Ali tidak boleh dipisahkan daripada Anwar Ibrahim, tokoh yang mewakili politik “kuasa”.  Gabungan politik antara Syed Husin Ali dengan Anwar Ibrahim telah memberi imaginasi bahawa kedua-dua kuasa dan idealisme boleh digabungkan, dakwa Tian Chua.

Syed Husin Ali adalah pensyarah di Universiti Malaya ketika Anwar Ibrahim memimpin gerakan mahasiswa pada tahun 1970-an.  Anwar menyertai UMNO-BN pada tahun 1982, berada dalam sistem kerajaan untuk 16 tahun sebelum dipecat pada 2 September 1998.  Sementara Syed Husin Ali kekal sebagai pembangkang yang tidak pernah menang dalam PRU, memimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM).  Syed Husin Ali dan Anwar bertemu semula, dengan pencantuman PRM dan Parti Keadilan Nasional (ADIL), dan berada dalam perjalanan yang sama sehingga ke hari ini.

Untuk Tian Chua, Syed Husin Ali umpama jambatan antara dua generasi, iaitu generasi sebelum merdeka (yang memikirkan bentuk dan corak negara selepas merdeka), dengan generasi selepas merdeka yang diwakili Anwar (yang cuba merealisasikan impian negara yang ingin dibentuk).  Kedua-dua tokoh ini telah mengumpul pengalaman yang berbeza sepanjang perjuangan mereka, malah secara berseloroh Tian Chua menggesa Anwar untuk menulis memoir beliau selepas penerbitan memoir Syed Husin Ali.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam Majlis Pelancaran Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali, kebanyakannya terdiri daripada pimpinan PKR.  Sebelum majlis dirasmikan Menteri Besar Selagor Khalid Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, Sasterawan Negara A.Samad Said, Tian Chua dan bekas pimpinan PRM Sanusi Osman diundang untuk memberi ucapan.  Turut hadir termasuklah Professor Emeritus Khoo Kay Khim, bekas ahli parlimen Kok Lanas, Abdullah Ahmad dan lain-lain lagi.

Syarat jadi calon…

Anwar tidak lupa untuk mengungkit kisah pencantuman PRM dan KeADILan, yang berlaku ketika dirinya berada dalam penjara.  “Parti KeADILan mendapat dokongan massa pada ketika itu, Parti Rakyat punyai rekod pejuang-pejuang yang pertahankan idealisme, yang tidak mudah digugat keyakinan mereka, dibeli, ataupun diugut.”

Ketua Umum PKR ini mengakui bahawa dirinya mencadangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, agar majlis pelancaran memoir ini dijadikan acara yang penting untuk parti dan kerajaan negeri Selangor.

“Dalam politik ini bukan sekadar mainan kata-kata, dia mesti melalui keyakinan.  Dan buku ini membantu kita memahami peristiwa, latar belakang…”  Malah, berkali-kali Anwar (gambar kanan) menekankan, “Jadikan parti kita dan susuk perjuangan ini tidak sekadar retorika politik biasa, tapi satu tradisi dan budaya ilmu yang kuat, yang tabah, yang boleh membantu kita pertahankan idealisme ini, sama ada kita berkuasa di negeri, atau sekarang sebagai pembangkang, apatah lagi cabaran lebih besar, bila…Insyaallah, kita tawan Putrajaya.”

Malah, secara berjenaka beliau memberi amaran, “Kalau saya dapati mana-mana tokoh yang tidak selesai menelaah buku (ini), dia tidak akan dipertimbangkan menjadi calon nanti…”, disambut dengan gelak ketawa dan tepukan di bawah pentas.

Tiada kemenangan tanpa pengorbanan

Dalam ucapannya yang ringkas, bekas Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali berkata, “Saya tahu tujuannya bukan untuk memuji dan memuja, tetapi apa yang hendak dilakukan oleh saudara Anwar ialah meneruskan dan menggalakkan tradisi keintelektualan dalam parti.”

“Kita harus bergerak bukan dari segi politik saja, sebab perubahan dalam politik itu satu aspek.  Kita harus buat perubahan dalam kebudayaan, dalam ilmu, selain daripada bidang-bidang seperti politik, ekonomi dan sebagainya.”

Menyambung kisah A.Samad Said yang menceritakan bagaimana Ahmad Boestamam memulangkan dua beg wang yang diserahkan kepadanya, hanya kerana tidak pasti punca dari mana sebahagian wang itu datang, Syed Husin Ali mengambil kesempatan untuk menempelak pemimpin zaman sekarang yang bukan sahaja keluar parti apabila didatangi wang dalam beg, malah terus menghentam parti dan pemimpin selepas keluar parti.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Syed Husin Ali tidak lupa menegur sesetengah wakil rakyat yang bercita-cita menawan Putrajaya, tetapi tidak menjejak langkahnya ke kawasannya selepas menang disokong pengundi.  Beliau menyeru agar pimpinan muda meneladani semangat pengorbanan pemimpin dahulu, sambil mengingatkan, “Dalam perjuangan mesti ada pengorbanan.  Tanpa pengorbanan, tidak akan ada kemenangan.”

16
Sep

Najib “Tunduk” Tuntutan Buku Jingga

Harakah

Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini.

“Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham.

“Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri malam ini yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Continue reading ‘Najib “Tunduk” Tuntutan Buku Jingga’

05
Jul

Book Of The Week: The Idea of Justice, By Amartya Sen

Reviewed by Ziauddin Sardar

Friday, 21 August 2009

Take three kids and a flute. Anne says the flute should be given to her because she is the only one who knows how to play it. Bob says the flute should be handed to him as he is so poor he has no toys to play with. Carla says the flute is hers because it is the fruit of her own labour. How do we decide between these three legitimate claims?

There are no institutional arrangements that can help us resolve this dispute in a universally accepted just manner. Conceptions of what constitutes a “just society”, argues the Nobel Prize-winning economist and philosopher Amartya Sen in this majestic book, will not help us decide who should have the flute. A one-dimensional notion of reason is not much help either, for it does not provide us with a feasible method of arriving at a choice.

What really enables us to resolve the dispute between the three children is the value we attach to the pursuit of human fulfilment, removal of poverty,and the entitlement to enjoy the products of one’s own labour.

Who gets the flute depends on your philosophy of justice. Bob, the poorest, will have the immediate support of the economic egalitarian. The libertarian would opt for Carla. The utilitarian hedonist will bicker a bit but will eventually settle for Anne because she will get the maximum pleasure, as she can actually play the instrument. While all three decisions are based on rational arguments and correct within their own perspective, they lead to totally different resolutions.

Thus justice is not a monolithic ideal but a pluralistic notion with many dimensions. Yet Western philosophers have seen justice largely in singular,utopian terms. Hobbes, Locke and Kant, for example, wove their notions of justice around an imaginary “social contract” between the citizens and the state. A “just society” is produced through perfectly just state institutions and social arrangements and the right behaviour of the citizens.

Sen identifies two serious problems with this “arrangement focussed” approach. First, there is no reasoned agreement on the nature of a “just society”. Second, how would we actually recognise a “just society” if we saw one? Without some framework of comparison it is not possible to identify the ideal we need to pursue.

Furthermore, this approach is of no help in resolving basic issues of injustice. How would you reason, for example, that slavery was an intolerable injustice in a framework that concerned itself with right institutions and right behaviour? How would we ensure that well-established and cheaply producible drugs were available to the poor patients of Aids in developing countries? When faced with stark injustice, the contractual approach turns out to be both redundant and unfeasible.

Much of Sen’s criticism is directed towards the liberal philosopher John Rawls, whose 1971 book, A Theory of Justice, has acquired the status of a classic. Sen’s gentle and polite deconstruction of Rawls shows him to be rather shallow and irrelevant. Rawls’s approach, based on specific institutions that firmly anchor society, demand a single, explicit resolution to the principle of justice. Stalin had similar ideas.

Rawls is not just authoritarian but also elitist and Eurocentric. Just as Mill had excluded “the backward nations”, women and children from his Essay on Liberty, Rawls openly acknowledges that the world’s poor have no place in his theory of justice. Indeed, the very “idea of global justice” is dismissed by Rawls and his cohorts as totally irrelevant. Moreover, the kind of “reasonable person” needed to produce a just society is found only in democratic, Western societies.

Given the limitations of Rawls’s theory of justice, why has he been turned into a demi-god? Sen does not tackle this question. But a viable answer is provided by the classical Muslim philosopher al-Razi, who declared that “the acquisition of knowledge and the practice of justice” go hand in hand.Justice acquires meaning and relevance, al-Razi argued, within socially conscious epistemologies. The opposite is equally true.

Theories of justice that exclude, by definition, the poor or issues of global injustices only perpetuate injustice. The main function of Rawls’s theory of justice, it seems, is to maintain the status quo, where injustice is not just simply a part of the system, but the system itself. That’s exactly why he is force-fed to students of social sciences.

Sen’s alternative is a realisation-focused approach to justice which concentrates on the real behaviour of people and its actual outcomes. Taking a cue from “social choice theory”, he wants us to focus on removing injustices on which we can all rationally agree. There is nothing we can do about people dying of starvation beyond anyone’s control. But we can choose to do something about injustices that emerge from a conscious “design of those wanting to bring about that outcome”.

I see two problems with this. The “we” who choose must include those who consciously perpetuate injustice in the first place – ruthless corporations,hedge-fund managers and the like. Moreover, design need not be conscious. It can, for example, be unconsciously intrinsic in the theory itself.

Indeed, theory does sometimes serve as an instrument of injustice. Think of free-market capitalism, along with its theoretical underpinnings, including the mathematical modelling of sub-prime derivatives, where huge profits for the few are produced from the misery of others. To do something about the injustices perpetuated by the dominant model of economy, we need to tackle the tyranny of the discipline of economics itself.

Reading The Idea of Justice is like attending a master class in practical reasoning. You can’t help noticing you are engaging with a great, deeply pluralistic, mind. There were times, however, when I felt a bit unfulfilled.For example, we are temptingly informed that classical Sanskrit has two words for justice: niti, organisational propriety and behavioural correctness; and nyaya, which stands for realised justice. In the Indian context, the role of the institutions, rules and organisations have to be assessed in the broader and more inclusive perspective of the world as it actually emerges. We are also told of Mughal Emperor Akbar’s idea that justice should be based on rational endeavour. But this is not elaborated. I also wanted to see some comparatively material on Islamic, Chinese and Latin American ideas on justice.

But these quibbles apart, this is a monumental work. “When people across the world agitate to get more global justice”, Sen writes, “they are not clamouring for some kind of ‘minimal humanitarianism”‘. They are sensible enough to know that a “perfectly just” world is a utopian dream. All they want is “the elimination of some outrageously unjust arrangement to enhance global justice”.

Ziauddin Sardar’s ‘Balti Britain’ is out in Granta paperback

30
May

Generasi Ke 2:Anak, Teruskan Usaha Bela Peneroka

Dari Harakah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh usaha yang dibuat Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang bertungkus-lumus membawa perubahan ke dalam Felda.

“Saya salute dengan Mazlan yang pakar dalam hal generasi kedua Felda ini.

“Yang dicadangkan Universiti Felda dalam buku Jingga ini memang cadangan yang cukup baik,” katanya katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Tambahnya sudah sampai masanya Felda mempunyai universiti yang diuruskan tenaga mahir dari warga Felda sendiri. Continue reading ‘Generasi Ke 2:Anak, Teruskan Usaha Bela Peneroka’

03
May

Fitnah Direka Kerana Gagal Berhujah Menyangkal Buku Jingga


25
Apr

Qazaf : Menjawab Fitnah

Dari ABIM Selangor

Buku ini menghimpunkan karya tokoh-tokoh ulama Islam semasa tentang hukum Qazaf dan bahaya Budaya Fitnah yang berleluasa sekarang. Sejak tahun 1990-an hingga ke hari ini, fitnah seakan-akan menjadi santapan masyarakat. Media arus perdana samada tv dan akhbar mahupun media baru – blog, facebook, twitter dan seumpamanya seolah-olah bersaing menyebarkan versi fitnah masing-masing.

Zaman ini seakan-akan membenarkan andaian penyair Indonesia, Rangga Warsita (dibaca Ronggo Warsito) yang memperkenalkan istilah Zaman Edan! (zaman gila), apabila fitnah dibenarkan berleluasa menyebarkan keburukan sesiap sahaja, apa lagi musuh politik masing-masing. Kebenaran sukar dipastikan, bahkan diselewengkan dengan pelbagai cara.

Qazaf atau perbuatan menuduh zina atau liwat kepada seorang berakhlak mulia, apa lagi terhadap pemimpin yang selama ini dilihat bersih amat tidak munasabah. Qazaf adalah sebahagian daripada Hukum Jinayat Islam yang amat ketat prosedurnya kerana Allah S.W.T. sendiri menetapkan di dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik’

Bagi menjelaskan hukum qazaf dalam konteks undang-undang Islam, tokoh-tokoh ulama kotemporari berganding bahu mengeluarkan fatwa dan pandangan tentang perbuatan menyebarkan fitnah di kalangan umat Islam di negara ini.

Tulisan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr. Wahbah al-Zulhayli, Sheikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, Dr. Halim El-Muhammady, Ustaz Rivai Batubara, dan pendirian bersama ABIM-WADAH-PKPIM dihimpunkan dalam buku ini untuk tujuan tersebut. Pandangan ini bukan sahaja untuk berusaha untuk menjawab isu fitnah, tetapi juga menjelaskan fakta hukum Qazaf sebagai rujukan umat Islam.Demi kebenaran dan keadilan, umat Islam Malaysia patut membaca buku ini supaya tidak terjebak dalam dosa besar kerana menyebarkan fitnah.

Untuk mendapatkan buku ini, sila Hubungi Kami di Talian : 019363694 / 0355118994 / 0173759080

24
Dec

Agenda Pakatan, Buku Jingga : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.

Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.

Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:

Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.
Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.
Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini. Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah.

Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.

Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.

Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita. Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum.

Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.

Tindakbalas pemerintah juga adalah songsang dan tidak mencerminkan keikhlasan untuk mengembalikan daya saing negara. Rencana ekonomi baru yang dipersembahkan hambar kerana janji untuk membawa ‘transformasi ekonomi’ bercanggah dengan tindakan semasa yang bertentangan dengan tuntutan reformasi.

Makanya, negara dan rakyat berdepan dengan ketakutan yang berlipat kali ganda. Amalan menunggang institusi-institusi penting negara demi menutup kelemahan sendiri dan menekan Pakatan Rakyat semakin berleluasa. Matlamat kuasa BN adalah untuk terus berkuasa, bukannya mencari kebijakan yang adil dan berkesan untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin menghimpit.

Malaysia perlu diubah sekarang. Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap.

Harapan dan kepercayaan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang berlandaskan prinsip keadilan dan permuafakatan perlu dikembalikan segera. Pakatan Rakyat yakin bahawa agenda perubahan yang dijunjung bersama akan meniupkan kembali roh keadilan dan permuafakatan dalam sistem negara dan masyarakat kita.

Agenda Pakatan ini menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Kami percaya kemakmuran negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika ia ditunjangi oleh prinsip keadilan sosial dan persaudaraan rakyat. Hasrat ini akan mekar berkembang; bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran dan institusi-institusi penting negara.

Agenda Pakatan ini adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama. Ia adalah jendela yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan adil di bawah Pakatan Rakyat.

Bersama-sama kita berubah sekarang untuk menyelamatkan Malaysia. Ayuh kita bawa mesej perubahan ini ke seluruh pelusuk negara.

Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Y.B. Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Y.B. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

NEGARA DALAM KRISIS

Krisis Ekonomi

Ekonomi negara terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/98. Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi, Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi ini adalah dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang menelan belanja ratusan juta wang rakyat.

Rakyat disajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan lain-lain yang sebenarnya tidak keluar dari kebijakan ekonomi yang digunapakai selama ini.

Program-program ini masih bersandarkan kepada keborosan membelanjakan wang rakyat untuk membina projek-projek mega tanpa ada keikhlasan untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan negara.

12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit.

10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.

4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001 – 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%.

4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 – 2010, sedangkan sasaran adalah 6%.

KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku.

325 bilion ringgit wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 hingga 2010. Ini bermakna purata sumbangan PETRONAS setahun adalah 81.25 billion ringgit.

53.3% adalah kadar hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998.

3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh wang PETRONAS dan hutang, dari RM68 bilion (1998) kepada RM214 bilion (2010).

Kerosakan Institusi Negara

Institusi-institusi penting negara rosak akibat dari campur tangan penguasa. Kewibawaan badan kehakiman terhakis. Salah laku hakim-hakim yang dibongkarkan dan diketahui umum menyebabkan rakyat dan masyarakat antarabangsa hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman.

Malah, amalan mencampur-adukkan kepentingan politik penguasa dengan pentadbiran negara untuk memberi kelebihan kepada parti yang berkuasa semakin menjadi-jadi.

Jika integriti institusi-institusi penting negara tidak dipulihkan, bahana kepada negara dan rakyat adalah berganda. Selain ketidakadilan yang berleluasa di dalam masyarakat, sebarang usaha untuk membaiki imej Malaysia di mata pelabur asing juga akan terus cacat dan tidak berkesan.

Malaysia jatuh 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh World Economic Forum dari tahun 2007 ke 2009

Ketegangan Masyarakat Pelbagai Kaum

Pemerintah sedia ada mengambil jalan tidak bertanggungjawab memecah belahkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum untuk terus kekal berkuasa. Taktik pecah dan perintah yang diwarisi dari penjajah ini semakin menjadi-jadi sejak tsunami kebangkitan rakyat 2008; menggambarkan tingkah laku penguasa yang akan menggadaikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum apabila semakin terdesak.

Rentetan peristiwa berbaur perkauman yang berlaku sejak Mac 2008 akibat permainan politik perkauman sempit UMNO/BN mengancam persaudaraan rakyat pelbagai kaum.

Kegilaan menggunakan isu-isu yang mengapi-apikan perasaan curiga antara kaum dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa semakin menjadi-jadi mutakhir ini kerana penguasa yang terdesak.

Bebanan Rakyat

Kelesuan ekonomi dan kegagalan pentadbiran sedia ada melonjakkan ekonomi ke prestasi lebih tinggi membawa kesan yang mendalam kepada rakyat. Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli rakyat berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang makin meningkat.

2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 – 2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara miskin).

4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun 1990 dan 2009.

40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia.

3 dari 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputra.

34% dari pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran dibawah paras kemiskinan.

62% dari jumlah RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan yang ditanggung kerajaan setiap tahun adalah subsidi kepada sektor korporat (penjana bebas, konsesi lebuhraya).

3 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang cuba ditarik balik UMNO/BN, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya setiap tahun.

RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat yang cuba ditarik balik.

RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia, paling buruk di Asia.

Hak Rakyat Dinodai

Peristiwa salah guna kuasa yang memangsakan rakyat berleluasa. Insiden-insiden yang melibatkan remaja ditembak polis semakin meningkat dan merangkumi mangsa dari pelbagai kaum.

Kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pandangan mereka juga disekat dari pelbagai arah; baik yang melibatkan rapat umum mahupun di laman internet. Ada ura-ura pentadbiran sedia ada mencari jalan untuk mengetatkan kawalan mereka terhadap internet, memandangkan ia satu-satunya jalan yang berkesan menyebarkan maklumat alternatif kepada rakyat.

Tindakan-tindakan penguasa sebegini tidak menggambarkan niat sebuah kerajaan yang menghormati kebebasan rakyat dan menjaga kehormatan rakyatnya. Kekangan dari pihak berkuasa berterusan dan tidak ada tanda-tanda akan berubah dengan sendiri.

Gejala Rasuah Berleluasa

Rasuah adalah barah utama yang menghancurkan negara dan bangsa dari dalam. Gejala rasuah yang berakar menjadi halangan kepada usaha-usaha untuk menyuntik dinamisme ke dalam ekonomi dan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Sejak sedekad lalu, rasuah juga adalah penyebab kurangnya minat pelabur asing untuk datang ke Malaysia yang telah merumitkan lagi usaha memulihkan ekonomi negara yang kian malap.

Rasuah berleluasa kerana dokongan pentadbiran sedia ada yang selesa dengan golongan rentier (terutamanya dari kalangan kroni dan parti pemerintah). Golongan rentier ini dikenali dengan pelbagai nama sebelum ini – atas angin, Ali Baba dan sebagainya. Golongan ini adalah parasit yang menyelewengkan sumber negara dari rakyat ke poket mereka.

Gejala rasuah akan terus meruntuhkan daya saing dan jati diri rakyat Malaysia dalam suasana acuh tidak acuh yang ditunjukkan pentadbiran sedia ada.

28 bilion kerugian yang ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa.

3 kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah, berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.

4.4 skor dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Negara tahun 2010, sedangkan sasaran UMNO/BN adalah 4.9. Skor ini lebih rendah dari tahun 2009.

46% dari rakyat yang ditinjau oleh Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding 2009.

Krisis Pendidikan

Kelesuan ekonomi dan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat pelbagai kaum adalah bahana yang menimpa rakyat apabila pendidikan di negara ini diperkotak-katikkan mengikut selera pemerintah. Selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan, dunia pendidikan Malaysia hilang serinya – dulu dihormati serantau, kini hanya mengambil tempat kedudukan yang corot dalam senarai-senarai pendidikan antarabangsa.

Sekolah-sekolah dan universiti dilihat sebagai pentas menjual pengaruh politik walhal pendidikan rakyat adalah kaedah terbaik menstrukturkan masyarakat dan memacu ekonomi negara demi kesejahteraan bersama. Negara-negara yang paling makmur dan sejahtera adalah negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan peringkat rendah, menengah dan tertiari yang paling berkesan dan adil.

57 anak tangga dalam senarai Laporan Pembangunan Dunia UNDP 2010 mengenai kadar pembangunan insaniah di dunia, jauh ditinggalkan Korea Selatan (12), Hong Kong (21), Singapura (27) dan Brunei (37).

68.7% sahaja rakyat Malaysia yang menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009, berbanding Korea Selatan (96.4%), Hong Kong (75.2%) dan Brunei (88.2%).

1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009.

29.7% sahaja rakyat Malaysia yang memasuki alam pendidikan tertiari, berbanding Korea Selatan (96.1%).

KEMAKMURAN, KEADILAN SOSIAL DAN PERSAUDARAAN RAKYAT BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telah mempamerkan rekod pentadbiran yang meniupkan semangat keadilan sosial dan persaudaraan rakyat untuk menjamin kemakmuran bersama. Prinsip asas yang dijunjung dari Dasar Bersama telah dihadam dan dihidupkan melalui pelbagai dasar pro-rakyat yang telah dijalankan selama ini.

Fokus utama Pakatan Rakyat dalam tempoh setahun akan datang adalah menyemarakkan lagi pendekatan pro-rakyat atas landasan keutuhan sistem pentadbiran yang demokratik untuk memberi peluang kepada rakyat menilai sendiri keikhlasan dan keberkesanan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan.

Ini akan dilakukan melalui pengenalan langkah-langkah spesifik yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan akan diperjuangkan di peringkat nasional oleh pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat.

Rekod pembelaan rakyat yang dicapai oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor tidak dapat ditandingi oleh lawan. Pentadbiran Pakatan Rakyat diakui bebas rasuah, telus, berjiwa rakyat lagi berkebajikan dan berjaya meningkatkan hasil negeri berdasarkan laporan-laporan rasmi dari Jabatan Audit Negara dan pemantau bebas.

Bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus dalam usaha menterjemahkan Dasar Bersama adalah seperti berikut:

Membebaskan Institusi Negara

Merakamkan pentingnya institusi-institusi penting negara yang bebas dan berintegriti, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat; sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi penting negara dari cengkaman campur tangan politik.
Mewujudkan Majlis Pakar-Pakar (Council of Experts) dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.
Mewujudkan Jawakatankuasa Parlimen yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen setiap enam bulan sekali.
Memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi penting negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat sivil/madani.
Istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi penting negara dari campur tangan politik.
Kemakmuran Melalui Pengagihan Ekonomi yang Adil

Menghargai pengorbanan dan rasa perit rakyat yang tertindas dengan kesempitan hidup akibat agihan ekonomi yang tidak adil, Pakatan Rakyat komited untuk:

Menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat. Persoalan ekuiti 30% yang kononnya diperjuangkan untuk Melayu/Bumiputra telah diselewengkan untuk mengkayakan golongan elit dan pemerintah, sedangkan rakyat terbanyak masih lagi bergelumang dalam kemiskinan. Kaedah meningkatkan pendapatan isi rumah memberi kesan ekonomi yang langsung kepada ratusan ribu keluarga yang masih berada di bawah garis pendapatan RM1,500 sebulan.

Menyiasat dan bertindak ke atas penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu/Bumiputra, sedangkan majoriti rakyat masih lagi berada di dalam kategori rakyat miskin.

Meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi sebagai kaedah mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil kepada rakyat, termasuklah skim-skim kebajikan rakyat seperti skim air percuma, skim warga emas, skim bantuan ibu tunggal dan lain-lain.

Mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selagi subsidi-subsidi korporat kepada penjana bebas dan pemegang-pemegang konsesi tidak distrukturkan terlebih dahulu.

Membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 tanpa mengira kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh lima tahun memerintah di peringkat Persekutuan. Ini boleh dilaksanakan melalui beberapa dasar bersepadu yang bertujuan mengangkat pendapatan rakyat dan menambah peluang pekerjaan agar setiap isi rumah mempunyai lebih dari seorang yang berpendapatan. Dasar-dasar ini termasuklah pelaksanaan gaji minima, undang-undang majikan yang memberi ruang kepada kaum wanita melaksanakan tugasan dari rumah, skim latihan untuk menukar dan menaiktaraf tenaga kerja dan bantuan keusahawanan yang tidak mengamalkan diskriminasi.

Menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun memerintah di peringkat Persekutuan untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.

Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat

Menyedari terhakisnya kuasa beli rakyat akibat kenaikan gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup yang mencanak, ada keperluan mendesak supaya pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat ditingkatkan serta-merta. Pakatan Rakyat komited untuk:

Menstrukturkan kembali empat bidang infrastruktur dan utiliti awam supaya kos yang kini dibayar oleh rakyat dapat dikurangkan dengan menghentikan manipulasi monopoli untuk keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi. Empat bidang infrastruktur dan utiliti awam ini adalah bekalan air, bekalan elektrik, lebuhraya dan kemudahan jalur lebar. Pakatan Rakyat akan memulangkan pengurusan bidang-bidang ini kepada rakyat melalui kaedah pengurusan yang lebih kompetitif.
Menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat.

Menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.

Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.

Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan sebarang kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan pada kadar yang segera. Setakat ini, projek perumahan terbengkalai membabitkan 3,000 unit telah diambil alih dan sedang dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Pemberdayaan Rakyat

Merakamkan peranan rakyat sebagai mekanisme timbang tara (check and balance) yang penting untuk menjamin pentadbiran yang bersih, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan pemberdayaan rakyat sebagai mekanisme timbang tara dengan mengamalkan ketelusan pentadbiran dan maklumat dengan rakyat. Ini termasuklah dengan menyempurnakan pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Enactment) yang telah pun diperkenalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Memperhebatkan sokongan kepada masyarakat sivil/madani melalui bantuan-bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan rakyat, sebagai langkah mengukuhkan peranan NGO menjadi suara pembela rakyat.
Golongan Pendidik Diutamakan

Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.

Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada para pendidik mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.

Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.
Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk menyelesaikan persoalan naiktaraf guru-guru sandaran.

Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran.
Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti

Mengangkat krisis kredibiliti dan mutu universiti sebagai masalah utama negara, Pakatan Rakyat percaya bahawa penyelesaian tidak boleh dilengahkan dan tumpuan khusus perlu diberikan kepada usaha-usaha memartabatkan universiti. Pakatan Rakyat komited untuk:

Mengembalikan kebebasan intelek dan akademik kepada universiti, dengan menghapuskan semua campur tangan politik dalam urusan universiti.

Mewujudkan Panel Pemilih yang terdiri daripada pakar-pakar untuk menyenarai pendek dan menilai calon-calon pimpinan universiti supaya calon yang terbaik diangkat mengepalai universiti, sebagai bukti komitmen Pakatan Rakyat kepada prinsip meritokrasi akademik di universiti.

Menyertai perjuangan mahasiswa dengan memberi sepenuh sokongan dan bimbingan untuk menghapuskan AUKU dan menuntut hak bersuara dan berpolitik mahasiswa.

Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.

Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.
Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.
Memerangi Rasuah

Menginsafi kemusnahan yang telah dibawa oleh barah rasuah kepada masyarakat dan negara kita, Pakatan Rakyat komited untuk:

Membawa pentadbiran SPRM di bawah pertanggungjawaban Parlimen, termasuk dalam urusan meluluskan perlantikan jawatan-jawatan tertinggi SPRM.

Melancarkan perang membasmi rasuah di peringkat negeri termasuk mengemaskini prosedur dan mekanisme pentadbiran untuk mengurangkan jurang berlakunya rasuah.

Menyediakan peguam-peguam dan pemimpin parti untuk membela individu atau pihak yang membongkarkan skandal rasuah tidak mengira fahaman politik, supaya lebih ramai yang tampil ke hadapan memikul tanggungjawab memerangi rasuah.

Meneruskan amalan tender terbuka yang telah dilaksanakan, termasuk dengan memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbiran perolehan bagi mengetatkan lagi prosedur perolehan agar bebas dari anasir rasuah.
Sabah-Sarawak Sebagai Rakan Kongsi

Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia dan perjanjian-perjanjian yang telah dibuat, Pakatan Rakyat komited untuk:

Mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara.

Menaikkan royalti dari hasil petroleum dan hidrokarbon dari Sabah dan Sarawak kepada 20% berbanding kadar 5% yang diamalkan masa kini.

Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Memberi tumpuan khusus membawa pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak agar setara dengan tahap prasarana yang ada di negeri-negeri lain di dalam Persekutuan.

Meningkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung melalui perkongsian kuasa yang adil dan menepati semangat Persekutuan.

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. Continue reading ‘Agenda Pakatan, Buku Jingga : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!’

24
Sep

Cartoonist Zunar Arrested, New Book Seized

08
Jul

Malaysia: Government Bans Critical Cartoons

From blog cagle
By Zunar

In Malaysia, political cartoons criticizing the government are labeled as a threat to national security. Last week, the Government of Malaysia banned three of my political cartoon books and magazines under the Printing Presses and Publications Act 1984 (PPPA).

On June 24, Home Ministry secretary-general Mahmood Adam said that “all three publications have been banned for their contents that can influence the people to revolt against the leaders and government policies.” He added that the contents are not suitable and detrimental to public order.

Last year, officials from the Home Ministry also raided my office in Kuala Lumpur and siezed my other magazine, Gedung Kartun (Cartoon Store) under the same act. Continue reading ‘Malaysia: Government Bans Critical Cartoons’

02
Jun

Sendawara Mahkamah Hangatkan Isu Dalam Kartun vol 3

Dari Merdeka Review

Sambutan hangat masyarakat terhadap karya kreatif kartun dan penulisan humor alternatif mengkritik penyelewengan dan salah guna kuasa pemerintah mendorong Zunar, kartunis politik tanahair menerbitkan buku terbaru Isu Dalam Kartun vol 3.

Di bawah syarikatnya Sepakat Efektif Sdn Bhd, Zunar bersama barisan kartunis dan penulis tanahair menggegarkan lagi dunia politik tanahair dengan isu-isu terkini yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia di semua peringkat.

Istimewanya, jumlah karyawan yang menyumbang semakin bertambah. Selain daripada karyawan yang biasa menyumbang, ada kartunis muda yang masih baru turut berkarya dan juga kartunis veteran terkenal seperti Rossem.

Keluaran kali ini memfokuskan isu utama tentang kepincangan “sandiwara” perbicaraan mahkamah kes liwat Anwar Ibrahim. Dari muka surat 3 hingga 15, “Sendawara Mahkamah” garapan Zunar dan ilustrasi oleh Enot, Jonos dan Art membongkar konspirasi ini sejak mula ia dirancangkan bagaimana laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari berbeza dengan pendakwaan di mahkamah. Continue reading ‘Sendawara Mahkamah Hangatkan Isu Dalam Kartun vol 3′

24
May

PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times’ dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut;

“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,” Continue reading ‘PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat’

17
Jan

Ghairah Buku & Manfaat Teknologi

Hal yang melecehkan tatkala merencana pengembaraan jauh adalah memilih buku dan memikulnya. Maka amat melegakan manakala saya perolehi Sony Reader, teknologi canggih baru menyorot langkah Amazon Kindle.

Saya muatkan karya klasik secara percuma, langganan pesanan beberapa judul baru dan akhbar harian saperti Financial Times. Pastinya media picisan yang meloyakan tidak disenaraikan, haha!

Sebagai persiapan wacana sarjana Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Beirut, saya terpasa merujuk kepenerbitan IIIT terutama buku-buku Maqasid Shariah – Al-Shatibi dan Ibn Ashur, juga beberapa karya lain yang mengupas isu pendidikan tinggi di negara-negara Islam.

Beberapa sarjana menyentuh langkah UIA meneroka pendekatan “pengIslaman ilmu” (Islamisation of Knowledge) serta kegiatan keilmuan yag rancak dulu; dan mereka mengeluhkan kelesuan sekarang.

Dalam sidang al-Quds, dipaparkan kisah derita rakyat Palestin dibawah cengkaman regim Zionis Israel serta penodaan kesucian Baitul Maqdis.

Saya menfaatkan waktu berunding dengan ulama, wakil gerakan Islam dan perwakilan.

Dan beralih ke Sony Reader, amat menarik sekali; terutama setelah selesai kedua sidang dan dalam perjalanan pulang.

Saya menelaah semula satu jilid karya Edmund Burke dan “Man & Superman” oleh George Bernard Shaw. Sampuk teman saya tatkala di lapangan terbang semalam, karya klasik perlu diulang baca kerana kesegaran ilmu dan kekuatan bahasa.

Budaya sedemikian malah wajar dikembangkan di kalangan generasi muda dalam bahasa Melayu. Senarai utama termasuk Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, novel-novel pilihan Balai Pustaka, puisi-puisi Chairil Anwar, WS Rendra, Tawfik Ismail serta karya-karya sasterawan negara.

Saya pernah menyentuh mauduk ini sejak mengasaskan Yayasan Karyawan hampir 14 tahun dulu. Hanya karya-karya tersebut yang masih belum dimuatkan dalam Amazon Kindle atau Reader!

ANWAR IBRAHIM