Artikel

1 August 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya menerima perkhabaran mengejutkan pagi ini mengenai pemergian sahabat lama semenjak dari tahun 70an lagi, ADUN PAS Permatang Pasir, Datuk Hj Mohd Hamdan Abdul Rahman ke rahmatuLlah. Dimaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 pagi. Azizah sempat ke IJN menziarahi jenazah dan saya kini dalam perjalanan ke Permatang Pasir.

Kami sedia maklum akan keuzuran Allahyarham sebelum ini, pun begitu Allahyarham begitu komited dan istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN. Memenangi kerusi DUN Permatang Pasir sebermula tahun 1999 tatkala arus reformasi bermula, Allahyarham terus mengekalkan kerusi tersebut dalam PRU 2004 dan PRU 2008. Biarpun dihenyak oleh Umno-BN dengan pelbagai dakyah, Allahyarham terus menjalankan amanah dengan begitu baik dan terus menerima sokongan rakyat setempat tanpa henti. Menjadi tunjang kepada Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat khususnya muafakat PAS-KEADILAN di Pulau Pinang, Allahyarham sangat dikenali dengan sikapnya yang ramah dan menyenangkan pengundi.

Saya, Azizah dan seluruh warga KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para shalehin.
Al fatihah.

ANWAR IBRAHIM

20 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From INQUIRER.NET (News for Philipines)

null

KUALA LUMPUR – Victims of torture by a government commission revealed the “mental and physical” pressure that they underwent following the death of an opposition member last week allegedly in the hands of the same group.

Tan Boon Hwa was forced to stand for four hours by the Malaysian Anti-Corruption Commission that threatened to assault him repeatedly, according to Malaysian opposition members, which appeared in a report by Din Mericin, a Malaysian-based independent news correspondent.

“They kept calling me stupid China man. They said that if I don’t ‘tell the truth’, they will take away my wife and there would be no one to care for the children. But I did not give in,” Tan said.

Ramon Navaratham, an adviser to the MACC, grudgingly admitted that “no normal person can withstand the mental and physical pressure” of the MACC interrogation tactics and called for a review of the agency procedures. “Teoh’s death is tragic and unnecessary,” he said. (more…)

18 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Ucapan Takziah Atas Pemergian Almarhum Ustaz Awang Pon

Saya menerima berita sedih pulangnya Ustaz Awang Pon, sahabat dan seorang pejuang ka rahmatullah. Almarhum Ustaz Awang merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Agama Negeri Sarawak, pernah memimpin ABIM Sarawak dan juga merupakan pengasas KeADILan Sarawak.

Saya terharu dengan semangat hebat beliau sebagai seorang pendakwah dan pendidik yang gigih.

Saya, Azizah dan seluruh warga KeADILan merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga dan kaum kerabat Almarhum. Didoakan roh Almarhum ditempatkan di kalangan para solihin, inshaallah.

Al-Fatihah.

Pasukan Pendakwaan Merayu, Enggan Serah Dokumen Bukti

Siang tadi, pasukan pendakwaan merayu di Mahkamah Rayuan supaya dibatalkan perintah Mahkamah Tinggi semalam yang memerintahkan agar dibekalkan segala dokumen berkaitan dan rakaman CCTV kepada barisan pembelaan.

Hebahnya konon mereka yakin dengan fakta. Mengapa enggan serahkan dokumen? Apa yang mahu disembunyikan?

Sekarang manakala kes pembelaan kukuh, pendakwa melengahkan lagi. Dulu mereka lengahkan kerana enggan menyerahkan dokumen. Bila kita membuat rayuan dan kita pula dikatakan melengahkan perbicaraan.

Sekarang pendakwa merayu, kerana takut dokumen diteliti. Maka mereka sekali lagi menyebabkan kes tertangguh.

ANWAR IBRAHIM

8 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya menerima berita sedih pemergian sahabat lama sdr Syed Ahmad yang terkenal dgn nama penanya Sahmad Malaya. Anak Allahyarham mengirim teks pesanan ringkas dari hospital Temerloh pagi tadi. Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang sempat meluangkan masa menziarahi jenazah bagi pihak pimpinan.

Saya mengenali Syed Ahmad semasa saya masih mahasiswa menjalankan kempen kesedaran di Chenor, Sungai  Lembing dan Beserah. Beliau merupakan tokoh muda Pahang dan aktivis Parti Rakyat. Kami berhujah dan berbalah panjang isu ideologi, perjuangan Melayu dan politik. Kami sering bertemu kemudiannya dalam majlis belia – saya di Abim dan Majlis Belia Malaysia dan beliau di MAYC. Dan sepanjang musim derita saya di Sungai Buloh, beliau bangkit sebagai sahabat setia. Didoakan semoga ruh beliau dicucuri rahmat. Takziah dan salam saya ucapkan buat keluarga Allahyarham.

ANWAR IBRAHIM

19 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya menerima perkhabaran duka pulangnya kerahmatullah pelukis Datuk Ibrahim Hussein awal pagi tadi akibat serangan jantung. Di kalangan para seniman, Allahyarham dikenal sebagai “Ib”.

Bila mana kita berbicara perihal seni lukis moden, semestinya nama Allahyarham tak mungkin dipinggirkan. Sepanjang ingatan, kali pertama saya bertemu dengan Allahyarham ialah ketika mana saya memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) di kediaman abangnya, Datuk Ismail Hussein. Beliau menjelaskan kepada saya teknik lakaran dalam seni lukis.

Sewaktu saya menjawat Timbalan Perdana Menteri, kami turut mengadakan beberapa pertemuan – termasuk membicarakan rancangan galerinya di Langkawi (kini dinamakan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein).

Ben Okri, novelis terkenal (yang menulis novel Famished Road) tatkala ngobrol dengan saya saketika dulu juga menanyakan perihal rakannya “Ib”.

Lebih satu bulan dulu, kami bersembang panjang tentang isu seni lukis dan budaya di rumah jiran kami di Segambut. Hanya ketika itu terserlah pendiriannya yang menginginkan perubahan di negara ini.

Kecemerlangan Allahyarham turut mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui penganugerahan ‘Crystal Award World Economic Forum’ di Switzerland (1997), ‘Order of Bernado O’ Hinggings dari kerajaan Chile (1995) dan juga ‘Order of Andres Bello Venezuela’ (1993).

Saya dan Azizah serta seluruh pimpinan KeADILan merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga dan kaum kerabat Allahyarham atas pemergiannya. Semuga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin.

ANWAR IBRAHIM