Artikel

23 December 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Anwar Ibrahim Club telah menganjurkan program anak muda bersama Dato Seri Anwar Ibrahim #meetanwar semalam bertempat dikediaman beliau semalam, Khamis 22 Disember 2011, jam 8.30 malam.

Turut bersama dalam menjayakan program tersebut ialah  Dato Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail,YB Nurul Izzah,Ihsan,Ilham dan Suami.

22 December 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Merdeka Review

Alicia Izharuddin

Sejak usia remaja, saya pernah dinasihatkan oleh orang tua supaya jangan masuk campur dengan arena politik apabila dewasa kelak.  Mengikut mereka, politik hanyalah “permainan kotor” yang menguntungkan politikus sahaja, lantas kepentingan rakyat sejagat jarang dipertimbangkan secara ikhlas.  Setiap satu yang diberikan kepada rakyat diragut satu yang lain, contohnya masing-masing peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan kebebasan akademik.

Baru-baru ini kita dihidangi berita yang kian menjejaskan integriti kerajaan yang kononnya mahu mendaulatkan konsep demokrasi dan mempunyai keinginan untuk berjinak-jinak dengan prinsip kebebasan bersuara.  Tindakan aktivis-aktivis mahasiswa dari Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera yang melayangkan wajah Najib Razak selama lima minit sebagai simbol tidak-puas hati mereka terhadap keengganan kerajaan memansuhkan Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan akademik dan berpolitik.  Walaupun didepani dengan desakan aktivis-aktivis mahasiswa untuk memansuhkan AUKU yang semakin mengombak, kerajaan Najib Razak hanya mampu berdiam dan mendiamkan suara-suara protes.

Demokrasi siapa?

Menurut menteri pengajian tinggi Saifuddin Abdullah yang kononnya menyokong “kebebasan bersuara” dan konsep demokrasi, penurunan bendera UMNO bukan tindakan yang berdemokratik.  Ada pula yang berpendapat mahasiswa-mahasiswa terlibat bersikap kurang matang, kurang ajar, dan tidak menghormati harta-benda kerajaan, seolah-olah memecah masuk rumah dan menyusun-semula perabot.  Sasaran mahasiswa SMM – bendera yang bermukakan Najib Razak – secara tidak langsung menjadi objek yang suci.  Ia bukannya bendera negara atau parti, tidak dibakar atau diinjak-injak.  Namun yang demikian, penurunan bendera tersebut dilihat sebagai satu serangan terhadap ego seorang pemimpin yang pantang dicabar.

UMNO dan penganut-penganutnya tidak jauh berbeza daripada kerajaan tidak gentar menggunakan kekerasan – sama ada dalam bentuk fizikal mahupun retorikal – untuk menindas perjuangan hak-hak mahasiswa.  Di United Kingdom sepanjang tahun ini, kerajaan David Cameron menggunakan kuasa polis untuk “mengawal” pergerakan mahasiswa yang berdemonstrasi kerana kenaikan yuran tahunan universiti yang melambung tinggi.  Yang paling tragis pula, pembunuhan ratusan mahasiswa-mahasiswa yang berarak di Dataran Tiananmen secara aman mengutuk Parti Komunis China pada tahun 1989.  Ya, kerajaan Malaysia bukan satu-satunya kerajaan yang takut kepada kemarakan mahasiswa.  Sejarah gerakan mahasiswa telah menunjukkan bahawa kuasa dan pengaruh mahasiswa boleh menggulingkan kepimpinan yang represif; regim Suharto berjaya digulingkan atas desakan mahasiswa Indonesia pada tahun 1998.  Jika mahasiswa dan cendiakawan seperjuangan mampu mengguling kerajaan Suharto yang berkuasa selama 32 tahun – antara regim diktator yang paling lama di dunia – jelas menunjukkan bahawa mahasiswa Malaysia juga serba upaya.

Kerajaan Najib yang menidakkan hak mahasiswa untuk berpolitik menyelindungkan ketakutan mereka terhadap kuasa mahasiswa.  Universiti bukan sekadar kilang mencetak sijil tetapi tempat orang muda menuntut ilmu berfikir secara berdikari.  Kebanyakan mahasiswa yang mempunyai kesedaran politik pula bukan kuda mana-mana parti.  Kerajaan dan orang awam harus sedar bahawa arena dan istilah politik itu sendiri sangat terhad dan sempit maksudnya.  Politik bukan sekadar pertandingan populariti atau acara berlumba-lumba yang menjuarakan politikus yang dilantik – Tidak.

Hakikatnya, kuasa politik juga terletak di tangan pengundi, penyokong, dan pejuang agenda masing-masing yang sedikit sebanyak menentukan jaya dan gagalnya seorang politikus dan jatuhnya pengaruh kerajaan; dari sini kita kembali kepada asal-usul perkataan “demokrasi” dalam bahasa Yunani yang berasaskan “demos” yang bermaksud rakyat dan “kratos” bererti pemerintahan.

Sebagai mahasiswa yang bakal menapak ke alam universiti sebagai pensyarah dan penyelidik, kebebasan akademik bukan sahaja memberikan ruang dan peluang menyampaikan pendapat dan idea-idea yang berbeza dan kritis tentang keadaan politik semasa, tetapi juga menggalakkan mahasiswa untuk lebih bersuara tanpa ugutan dan kecaman.  Negara Malaysia sudah terlalu lama dikekangi budaya paternalistik, iaitu budaya (dan juga polisi) yang menyekat kebebasan atas nama ketentaraman dan kebajikan rakyat.  Budaya paternalisme inilah yang sebenarnya takut kepada konsep kebebasan bersuara dan demokrasi kerana ia melemahkan pengaruh seorang atas anggota-anggota rakyatnya.  Di alam universiti di mana penghuninya diberikan peluang untuk bersuara dan berfikir secara berdikari, kematangan minda akan dipupuk secara semulajadi.

Saya dapati bahawa reaksi pihak-pihak tertentu yang mengutuk dan mengugut tindakan mahasiswa yang anti-kekerasan berbaur ironi; perasaan marah yang melulu juga timbul daripada budaya kita yang anti-intelektual yang kuat menolak peluang berdialog secara rasional dan aman.  Budaya kita juga mengagungkan status yang tinggi, bermaksud status mahasiswa yang biasa dianggap rendah tarafnya sering diperlekehkan dan ditindas.

Oleh yang demikian, gerakan mahasiswa aktivis tidak akan mengakhiri protes mereka dengan penurunan simbolik bendera yang berwajah Najib Razak, tetapi akan terus memuncak sehingga pihak kerajaan menyerahkan diri kepada desakan-desakan mereka.

*Alicia Izharuddin adalah pelajar Doktor Falsafah dalam kajian Islam, gender, dan media

18 December 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Program Dialog Anak Muda bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/Ketua Pembangkang Malaysia) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim: 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, 51200 Kuala Lumpur

Pendaftaran: Sila isi borang kehadiran di http://aicmalaysia.blogspot.com

Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.

Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 20 Disember 2011 (Selasa).

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di Facebook kami: http://facebook.com/aicmalaysia
Atau melalui emel di: aicmalaysia@yahoo.com

20 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bertindak menggantung perkhidmatan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, pensyarah kanan UIAM yang juga merupakan pakar perlembagaan tanah air.

Penggantungan ini, susulan daripada Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh UIAM semalam kepada Dr. Aziz, ternyata sesuatu yang memelikkan dalam keadaan Dr. Aziz belum lagi memberikan sebarang jawapan balas kepada Surat Tunjuk Sebab berkenaan yang meletakkan tarikh 25 Oktober sebagai tarikh akhir untuk beliau menjawabnya.

Isu yang dipolemikkan secara berlebihan oleh Utusan Malaysia dan beberapa aktivis politik picisan melibatkan kenyataan terdahulu Dr. Aziz sehingga beliau disiasat oleh SKMM dan polis, nyata sekali bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan bertujuan untuk membangkitkan sentimen rakyat ke atas sesuatu isu yang sememangnya jelas justifikasinya di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan Malaysia. (more…)

19 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Keadilan Daily

Sebuah akademi penulisan sedia menjadi penganjur bagi debat antara Ketua Pembangkang, dan Perdana Menteri berhubung soal ekonomi dan Belanjawan 2012.

Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu merupakan perkembangan sihat bagi membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

“Perdebatan seperti ini akan memberi ruang yang adil kepada rakyat untuk menilai secara rasional dasar-dasar yang digarap demi kepentingan mereka.

“Justeru Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur kepada Debat Belanjawan Negara 2012; di antara YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” kata Hilman dalam satu kenyataan media.

Katanya, pihaknya akan menghantar undangan kepada perdana menteri dan ketua pembangkang itu, Jumaat ini.
Sekiranya kedua-dua tokoh itu bersetuju, debat berkenaan akan ditetapkan pada hari Khamis, 3 November pada jam 9 malam dan bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

“Kami berharap kedua-dua tokoh ini bersedia untuk menerima undangan debat daripada pihak kami. Semoga debat ini berlangsung dengan baik dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat,” ujar Hilman.

Isnin lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung soal ekonomi dan Belanjawan 2012 yang dibentang baru-baru ini.

Ia berikutan kenyataan Najib mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya gagal memahami kehendak rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, debat itu juga perlu disiarkan secara langsung melalui televisyen ke seluruh negara

10 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Pemuda PAS menyelar pembentangan belanjawan kali ini yang didakwa tidak menitikberatkan keperluan anak muda, antaranya bagi bersaing dalam pasaran kerja.

Naib Ketua dewan itu Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, selain tiada peruntukan khas pembangunan insan dan latihan, kerajaan juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung pengangguran graduan di yang semakin meningkat.

“Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi,” kata Dr Raja Ahmad.

Dalam kenyataannya hari ini Dr Raja Ahmad juga berkata, dalam sektor perkilangan sekali pun, kebergantungan masih diberikan kepada pihak luar dan bukannya anak tempatan, terutama graduan berkemahiran. (more…)

9 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Keadilandaily

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘gula-gula’ untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal.

“Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan.

“Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam penting. Namun begitu tumpuan juga harus diselaras kepada semua pihak.

“Dalam pembentangan semalam, tidak ada insentif untuk kakitangan swasta,” katanya kepada Suara Keadilan selepas menyampaikan ucaptama di forum bertajuk Malaysia dan Sejarah yang belum berakhir anjuran Akademi Pak Sako di sini, malam tadi.

Untuk menjana ekonomi, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Najib harus beri keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak sebagai gula-gula pilihan raya.

Azmin juga menyifatkan Bajet 2012 yang meneruskan defisit untuk tahun ke-14 berturut-turut sebagai ancaman ekonomi dan memerlukan pengurusan kewangan dalam keadaan bajet berhemah.

“Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk pembangunan,” katanya.

Beliau berkata, tata kelola yang baik harus meletakkan bajet pembangunan melebihi perbelanjaan pengurusan tetapi Bajet 2012 memperlihat 70 peratus peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

“Masalah defisit tidak akan dapat ditangani disebabkan peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

“Justeru, rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN,” katanya.

7 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Keadilandaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13.

Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga disifatkan Anwar sebagai “menjanjikan banyak perkara tetapi tiada perincian tentang meningkatkan pendapatn negara atau ketelusan”, lapor The Malaysian Insider.

“Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar,” kata Anwar.

Najib sebentar tadi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara tahun 2012 pada kadar 5 ke 6 peratus, satu anggaran yang dikritik penganalisa ekonomi sebelum ini sebagai tidak realistik.

Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Rakyat pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4 ke 4.5 peratus sahaja.

Anwar seterusnya menambah bahawa Najib membentangkan satu belanjawan yang “diciplak dari Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu dilaksanakan BN”.

Antaranya adalah bantuan RM500 wang tunai setahun kepada isirumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3000.

Ia hampir sama dengan bantuan RM1000 setahun kepada isirumah yang layak seperti dibentangkan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua sebelum ini.

6 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Channel News Asia

A judge on Thursday quashed subpoenas ordering Malaysian Prime Minister Najib Razak and his wife to testify in the sodomy trial of opposition leader Anwar Ibrahim.

The ruling by High Court Judge Zabidin Mohamed Diah removes the prospect of a sensational court appearance by Najib and his wife Rosmah Mansor, whom Anwar says are behind what he calls bogus charges.

Anwar, 64, is charged with sodomising a young male aide in June 2008, but he denies the allegations and says they were cooked up with Najib’s involvement in an attempt to cripple the opposition’s chances in coming elections.

Najib has admitted meeting Anwar’s accuser Mohamad Saiful Bukhari Azlan two days before the alleged sodomy, but both he and Rosmah deny any connection to the case.

Sodomy is illegal in Muslim-majority Malaysia and punishable by up to 20 years in prison.

The defence says Najib’s meeting with Saiful indicates the premier’s involvement and called for the couple to testify.

Zabidin issued the subpoenas last month but he ruled in favour of an application by the couple to strike them out, saying the defence failed to show their involvement.

“Hence, I allow the applications and order the trial to continue,” he told a packed courtroom in the capital Kuala Lumpur.

Anwar expressed disappointment with the ruling, saying the couple “were clearly involved”.

“Our position is that this was planned. Now he (Najib) should come and deny it,” Anwar told reporters.

Anwar was deputy prime minister and in line for the premiership when he was ousted in 1998 in a bitter falling-out with then prime minister Mahathir Mohamad.

Anwar was subsequently arrested and convicted on sodomy and corruption charges widely seen as politically motivated. The sodomy conviction was overturned and Anwar was freed in 2004.

He led an opposition alliance to historic gains against the long-ruling Barisan Nasional coalition in 2008 polls, and the new sodomy accusation emerged shortly afterwards.

Najib is required to call new elections by early 2013 but is widely expected to call them within months.

17 June 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari KeadilanDaily
Oleh Najwan Halimi

Saya fikir ada banyak isu lain yang lebih penting dan memerlukan keutamaan ketimbang gimik untuk mendaftarkan anak yang baru lahir dengan identiti bangsa ‘Anak Malaysia’. Timbul juga hujah lucu, kononnya tindakan ini sebagai langkah ‘awal’ untuk menghapuskan politik perkauman dan diskriminasi yang diterap dalam sistem pentadbiran sedia ada.

Menjadi Melayu, Cina, India, Cindia (istilah bagi anak kacukan Cina-India), Iban dan sebagainya sebenarnya bukanlah suatu yang bermasalah meski ada kerisauan seolah-olah pengkelasan identiti kaum sebegini bakal mengundang diskriminasi dan kesukaran kepada anak tersebut di masa hadapan.

Sebetulnya yang wajar dibicara dan dipolemikkan adalah sistem yang menunjangi diskriminasi itu sendiri. Ini bukan soal ‘kedudukan istimewa’ Melayu atau tuntutan samarata oleh bukan Melayu, tapi yang lebih mustahak adalah – ke mana hala tuju anak-anak di negara ini jika yang diheboh-heboh oleh ibu bapa mereka masih lagi berkisar soal bangsa dan perkauman?

Asas kewujudan dan ketamadunan manusia, sejak zaman-berzaman adalah cukup jelas – yakni semuanya diidentitikan menerusi pengenalan kaum dan etnik. Ini tidak salah. Tak sama sekali. Yang menjadi masalah adalah bila mana wujud kecenderungan untuk bersifat angkuh dan ta’asub dengan identiti tersebut. (more…)

28 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Closed dialogue session with Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Date: 29TH MAY 2011 (SUNDAY)

Time: 3 pm – 6 pm
Venue: Empire Hotel, Subang (located near Subang Parade, for map and directions please refer to
http://www.empirehotel.com.my/location-map.html)

SAIFULLAH ZULKIFLI : 013-3005461 (saifullahzulkifli@gmail.com)
AHAN : 013-2345660 (ahan.fauzi@gmail.com)
——————————————————————————————————————————————————————————————————————–
[PERINGATAN]

Dialog tertutup bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tarikh: 29 MEI 2011 (AHAD)
Masa: 3 pm – 6 pm
Lokasi: Empire Hotel, Subang (berhampiran Subang Parade, map boleh dirujuk di sini
http://www.empirehotel.com.my/location-map.html)

Pertanyaan lanjut hubungi:
SAIFULLAH ZULKIFLI : 013-3005461 (saifullahzulkifli@gmail.com)
AHAN : 013-2345660 (ahan.fauzi@gmail.com)

16 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review

Oleh YB Azmin Ali

Saya mengucapkan tahniah kepada Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar kerana menganjurkan seminar ini. Seminar ini amat bermakna bagi umat Islam dan Umat Melayu khasnya. Umat Melayu-Indonesia adalah umat Islam yang terbesar di dunia. Dari perspektif tersebut Alam Melayu-Indonesia adalah pusat kepada dunia Islam, bukan di pinggir dunia Islam seperti yang dianggap oleh pengkaji-pengkaji. Bahkan saudara kita se umat Islam – Arab, Parsi, Turki, India dan Pakistan, sendiri melihat rantau ini sebagai pinggir dunia Islam. Paling parah lagi apabila umat Melayu-Indonesia sendiri merasakan mereka duduk di pinggir. Akibatnya mereka dilanda psikologi pinggiran.

Sudah sampai masanya umat Islam Melayu-Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Singapura mempunyai keyakinan untuk membangun pemikiran yang asli untuk mendepani cabaran umat, rantau dan dunia. Untuk itu kita perlu keluar dari kepompong pemikiran sempit, baik perkauman mahupun ideologi. Kekuatan dan tenaga yang akan membawa kita keluar dari kesempitan tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah kesejagatan dan universalisme Islam itu sendiri.

Bahkan kedudukan Alam Melayu dewasa ini menuntut keberanian dan kecekalan. Dunia hari ini memperkatakan kebangkitan China dan India. Peterson Institute of International Economics menegaskan ketika Presiden Hu Jintao bertemu dengan Presiden Barack Obama di Washington awal tahun ini dari segi purchasing power parity China sudah menjadi ekonomi no 1 dunia. Maka dunia Islam yang diwakili oleh Alam Melayu-Indonesia berada di tengah-tengah ekonomi no 1 di dunia dengan satu lagi kuasa baru dunia iaitu India. Maka tanggungjawab berdepan dengan kuasa-kuasa baru ini adalah tanggungjawab umat Melayu.

Selama satu kurun pemikiran dunia Islam dihantui oleh persoalan Islam dengan Barat. Sejak dari abad ke-19 umat Islam ditakluk dan dijajah oleh kuasa-kusa imperialis Barat. Setelah dunia Islam memperolehi kemerdekaan persoalan Islam dengan Barat masih berterusan kerana negara-negara di kedua belah Lautan Atlantik mendominasi dunia dari segi ekonomi, politik dan ketenteraan. Justeru itu wacana dan penulisan pemikir-pemikir dan juga pimpinan politik dan sosial dunia Islam tertumpu dengan isu “Islam and the West”.

Pemikir-pemikir seperti Taha Husayn dan Sutan Takdir Alisyahbana melihat kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan Barat berpunca dari kebudayaan yang mereka bina dari Renaissance, Enlightenment, rasionalisme dan ilmu-ilmu yang berteraskan sains dan falsafah. Taha Husayn begitu memperkecilkan Asia dan menyatakan Mesir adalah sebahagian dari Barat dan masa depan Mesir adalah bersama dengan Barat. Sutan Takdir Alisyahbana pula melihat alam Melayu-Indonesia berada di zaman jahiliah sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat. (more…)