Artikel

25 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) percaya pada Marcapada, peredaran zaman memerlukan belia untuk mengharungi kehidupan dengan lebih cergas dan proaktif. Arus pemodenan ketika ini diperderas dengan memaksimumkan minda ke tahap yang lebih kritis. Belia harus mengambil peluang dalam arus ini untuk bangun dan bawa perubahan kepada negara.

Banyak informasi yang dapat dimanfaatkan belia dipaparkan dalam media massa, tentang kebobrokkan dan kezaliman oleh pemerintah kepada rakyat. Di seluruh dunia, terutama di Mesir, yang menjadi penggerak utama kepada naik dan jatuhnya sesebuah kerajaan. Belia adalah nadi kepada negara, pasak yang mendukung aspirasi negara, malah Imam Syafie pernah menyebutkan, “Jika mahu lihat masa depan sesebuah negara, lihat anak mudanya sekarang”

Selari dengan ayat daripada al-Quran, surah al-Kahfi, menjelaskan (13)

“Kami ceritakan kepada engkau cerita mereka dengan sebenarnya. Sesungguh-nya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhannya, dan Kami beri mereka tambahan pimpinan” disambung dengan ayat berikutnya (14) “Dan Kami teguhkan hati mereka, ketika mereka berdiri dan berkata: Tuhan kami ialah Tuhan langit dan bumi, kami tiada memuja selain daripada-Nya. (Kalau kami sembah selain Allah), tentulah kami mengatakan perkataan yang salah.”

AIC meyakini pencerapan daripada kedua-dua ayat tersebut adalah, anak muda harus menjadi kental, harus keras dan berani untuk tolak kezaliman, tolak rasuah, jangan takut kerana Tuhan pasti bersama orang yang benar. Jiwa anak muda yang taat kepada agama sudah tentu akan menitik beratkan integriti dan nilai yang positif. Tidak harus ada kegoyahan kepada ugutan dan kekerasan yang dilontarkan penzalim.

Pastinya ramai anak muda yang tidak menyedari hakikat tentang hak-hak mereka yang diabaikan kerana terleka dengan ‘keselesaan’ palsu yang dihidangkan kerajaan Barisan Nasional. Adakah itu jenis anak muda yang ingin dihasilkan oleh Malaysia?

Anak muda harus berada di barisan hadapan, menjadi ‘whistle blower’ didalam negara, iaitu menjadi penggera kepada setiap perkara yang memberi impak buruk kepada negara. Hingga satu tahap, selayaknya anak muda bakal dijadikan kayu pengukur kepada kecemerlangan negara.

Selain itu anak muda harus meletakkan idea mereka pada tahap yang boleh dibanggakan, merebut peluang untuk jawatan penting dalam komuniti, kerana sudah menjadi norma masyarakat di Malaysia yang hanya menerima pendapat dan idea daripada individu yang berpengaruh atau berjawatan. Menjadi sia-sia apabila sebuah idea yang bagus menjadi kurang kredibilitinya kerana individu yang melontarkan idea itu tidak berpengaruh atau berjawatan.

Terutama dalam isu jaminan kehidupan, kestabilan dan keselesaan belia, sekalian anak muda telah muak dengan pelan jangka masa pendek yang dihulurkan oleh sang kapitalis yang akhirnya menjerut leher anak muda, sebagai contoh PTPTN. Asalnya sebagai pelan untuk membantu anak muda untuk belajar, namun modus operandinya adalah untuk mengaut keuntungan dan menguntungkan kapitalis. Anak muda yang baru menamatkan pengajian membawa pulang gulungan sijil beserta setimbun hutang yang akhirnya akan melambatkan tingkat hidup anak muda.

Oleh itu, AIC menggesa agar semua anak muda untuk bangkit dan tolak kezaliman demi membebaskan jiwa dan naluri anak muda. Bangkit menentang kezaliman pemerintah. Isu anak muda bukan sahaja berkisar di PTPTN, AUKU yang menyekat pemikiran mereka, menyekat kebebasan anak muda untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi juga kesengsaraan sekeliling yang meruntun perasaan . Jiwa anak muda memang fitrah mereka (seperti yang disebutkan dalam surah al-Kahfi) untuk menolak segala bentuk penindasan.

AIC melihat segala bentuk program yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Himpunan Jutaan Belia 2012 sebagai tidak mencerminkan pembentukkan belia yang kita impikan untuk masa depan negara. Kejahilan dan kematangan akal tidak boleh bergerak seiring, maka penganjuran sesebuah program yang “berniat” baik tidak akan mencapai sasaran dengan pengisian aktiviti yang menjurus ke arah lara dan melalaikan.

Justeru AIC menyeru agar semua belia menjadi ejen perubahan yang akan menganjak pemikiran dan daya anak muda ke satu tahap yang lebih dihormati bukannya menjadi penerus pada sisi gelap yang memperbodohkan minda dan mencengkam perlakuan belia sehingga kehilangan kehebatannya.

Generasi Penggerak Zaman
Ahmad Amir Arshad Ahmad Shariman
Koordinator Pembangunan -Belia
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

15 May 2012

Pendapat

Pendapat Anda?


11 April 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Dijemput rakan2 untuk hadir ke Pidato Politik Pendidikan Percuma, Mansuh PTPTN: Adakah Satu Mimpi?

Butiran adalah seperti berikut:

Panel : Dato Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Selangor, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia)
           Dato Ir Nizar Jamaluddin (ADUN Pasir Panjang)
           Sdr Safwan Anang (Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia
           Sdr Akram Taib Azamuddin (Presiden GAMIS)
           Sdr Syahid Zaini (Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional)

Tarikh : 11 April 2012 (Rabu)
Masa: 8.30 – 11.30 Malam
Tempat: Dewan Kiambang, Seksyen 7 Shah Alam (Belakang Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor)
Penganjur: Malaysia Bangkit, Solidariti Mahasiswa Malaysia

2 April 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar took delight in the triumph of Burmese democracy icon Aung San Suu Kyi in elections yesterday while recalling a favour done her by that country’s human rights campaigners 12 years ago.

While stumping before a keen crowd of her constituents in the upscale Bangsar district last night, Nurul referenced Suu Kyi’s struggles to bring political reform to Burma.

She did so in response to questions from the audience, who after listening to their parliamentarian on current affairs had asked the young mother of two how long it would take for Malaysia to make the transition to a full-fledged democracy.

The 32-year-old Nurul’s reply: “We have to strive for as long as it takes.”

Nurul referred to Suu Kyi’s decades-long struggle to bring political reform to her country, a travail-strewn path that saw this daughter of Burmese independence fighter, Aung San, spend long periods under house arrest.

“We have to keep striving … it would help to have a sense of humour,” quipped Nurul, in the course of describing the Sisyphean nature of the labour required in bringing political reform to Malaysia.

This was where the results coming in late yesterday in Burma’s by-elections, especially reports of Suu Kyi’s success in winning a seat in parliament, provided Nurul with grist for her optimism about the future.

Yesterday’s elections in Burma signalled the isolated regime’s desire to begin the transition from military despotism to democracy.

Gratitude to NGO Altsean Burma

Nurul paid tribute to the generosity and fortitude of the democracy movement in Burma, one NGO of which, Altsean Burma, had advised her closely on how to present her case in hearings before the United Nations Human Rights Commission in Geneva in 2000.

That year Malaysian NGO Aliran was slotted to make their deposition in the annual sitting of the commission that hears human rights cases from all over the world.

Aliran allowed Nurul, who at that time was travelling the world to highlight her jailed father’s plight as a political prisoner, to take their place instead, in making a seven-minute deposition before UN Human Rights Commissioner Mary Robinson.

“The only Malaysian NGO recognised by the UN Human Rights Commission at that time was Aliran. Such recognition was a pre-condition for the submission of a deposition,” said Nurul.

However, Altsean Burma whose representative Debbie Stothard, a Malaysian based in Bangkok, sympathised with the then-teenaged Nurul’s peripatetic exertions on behalf of her incarcerated father, Anwar Ibrahim.

Stothard steered Nurul through the rigours of preparation of her deposition before a panel headed by Robinson.

Later, recalling details of her deposition before the UN body 12 years ago, Nurul told Malaysiakini that democracy’s decades-old efflorescence in Asean was unstoppable.

29 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

 

Dengan segala hormatnya dijemput ke majlis:

 

DIALOG PROFESIONAL MUDA BERSAMA YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

“Pemberdayaan Kebajikan Dan Ekonomi Rakyat”

Tarikh: 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Empire Ballroom, Empire Hotel, Subang Jaya

Anjuran:

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

12 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Sebagai seorang Ahli Parlimen, adalah menjadi tugas, amanah, dan tanggungjawab saya kepada rakyat Malaysia khususnya penduduk Lembah Pantai untuk memastikan bahawa hasrat dan suara hati rakyat didengar dengan jelas di dalam setiap debat dan perbincangan penggubalan undang-undang di Parlimen.

Oleh itu, agenda utama saya di Parlimen ialah Agenda Pemulihan Demokrasi menerusi  mekanisma Rang Undang-Undang Ahli Persendirian. Agenda ini telah saya lancarkan pada 23 Disember 2010, dan ia bermatlamat untuk:
Membatalkan semua Pengistiharan Darurat;
Memansuhkan semua undang-undang Anti-Demokratik seperti ISA, AUKU, PPPA;
Menunaikan Perjanjian Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia;
Menjaminkan Keadilan dan Ketelusan Pilihanraya Umum;
Mengembalikan Pilihanraya Kerajaan Tempatan;
Mewujudkan Kebebasan Media.

Usaha awal saya yang bermula dengan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian (Private Member’s Bill) bertajuk “Akta Pemansuhan Darurat” pada 9 Mac 2011 telah ditolak. Namun, tujuh bulan selepas itu – pada 24 November 2011 – Perdana Menteri pula telah membentangkan usul yang sama yang telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 20 Disember 2011 yang lalu.

Ini membuktikan bahawa usaha memulihkan demokrasi melalui Parlimen mampu mendatangkan kesan dan hasil, terutamanya dengan menarik perhatian Kerajaan Persekutuan terhadap sesuatu agenda untuk manfaat rakyat; Perdana Menteri sendiri pada 16 September 2011 telah mengumumkan hasrat beliau untuk meminda beberapa akta seperti AUKU dan ISA yang akan digantikan dengan RUU baru.

Maka dengan itu, saya meneruskan usaha memperkukuhkan demokrasi dengan cadangan membentangkan tiga RUU Ahli Persendirian di Dewan Rakyat yang akan berlangsung mulai 12 Mac 2012. Tiga RUU Ahli Persendirian tersebut adalah:

1) Pindaan kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act 1974), di mana saya mencadangkan agar kuasa Perdana Menteri ke atas Petronas dibataskan, dan Petronas mestilah membentangkan akaun perbelanjaan tahunan di Parlimen yang akan menjamin ketelusan dan penggunaan khazanah bumi terhad negara secara seimbang dan mengutamakan kepentingan dan manafat rakyat;

2) Pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Printing Presses and Publications Act 1984), di mana saya mencadangkan agar akta drakonian dan lapuk ini dimansuhkan sama sekali demi memastikan media bebas dan adil dalam menjalankan tugasnya sebagai pelapor berita dan saluran maklumat yang seimbang; dan terbentuknya sebuah Suruhanjaya untuk mengawal selia urustadbir media. Rakyat mahukan laporan yang menjana budaya ilmu dan maklumat berteraskan kebenaran lagi terpisah daripada fitnah dan kepalsuan propaganda. Ini seterusnya akan membuka ruang demokrasi, langsung menjadikan negara lebih menarik untuk pelabur yang memerlukan maklumat tepat dan cepat.

3) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2012, di mana saya mencadangkan satu pindaan di buat kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan agar institusi kehakiman negara menjadi benar-benar bebas seperti keadaan asal selepas Merdeka. Ini juga akan mengembalikan prinsip perpisahan kuasa (separation of powers) dan menjadi timbang-tara semakan (checks and balances) agar tidak ada salah guna kuasa dan pecah amanah oleh setiap cabang kerajaan.

InsyaAllah, dengan sokongan Ahli-ahli Parlimen dan dokongan rakyat Malaysia, saya yakin kesemua RUU Ahli Persendirian di atas akan dibentangkan, demi Malaysia yang lebih baik.

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

12 March 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Ihsan Media Rakyat

30 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh AIC (anwar ibrahim club)

Sokong Pelaksanaan Qazaf Sebagai Mekanisme Syariah Untuk Halang Fitnah dan Politik Lucah

Hari ini, 30 Januari 2012, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui barisan peguamnya akan mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur. Ini bertujuan agar Mahkamah meneliti semula keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang telah menolak permohonan untuk mahkamah memerintahkan supaya Ketua Pendakwa Syarie mendakwa Saiful Bukhari berhubung dengan kes qazaf.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat pelaksanaan qazaf ini seharus dipermudahkan oleh Mahkamah, khususnya di dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar ini. Mahkamah Syariah mempunyai kapasiti yang jelas untuk membenarkan Saiful Bukhari dibicarakan melalui prosiding Mahkamah Syariah dan didakwa di atas tuduhan palsu yang beliau kemukakan pada tahun 2008.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 jelas membuktikan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas, malah berniat jahat.

Pelaksanaan qazaf ini, secara jelas berpotensi menutup ruang fitnah daripada dilakukan secara berleluasa, malah ia juga dapat mengekang budaya menggunakan pertuduhan palsu melibatkan jenayah seksual sebagai satu alat politik untuk memusnahkan kredibiliti mana-mana pihak.

AIC melihat pembunuhan karakter ke atas Datuk Seri Anwar sudah menjadi semakin parah. Sekiranya pelaksanaan qazaf ini diperlekeh dan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ianya bukan sekadar satu ketidakadilan kepada Datuk Seri Anwar, malah secara tidak langsung menafikan prospek perundangan syariah yang jelas menjulang pembelaan hak-hak dan maruah mana-mana individu daripada difitnah sewenang-wenangnya.

Adalah sangat mendukacitakan, di saat Malaysia disebut-sebut sebagai Negara Islam Contoh oleh pemimpin negara, budaya fitnah dan penggunaan politik lucah semakin berleluasa di Malaysia sehingga ke satu tahap yang membimbangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila ianya dijadikan satu senjata politik dan seolah tidak terhalang dan kebal daripada undang-undang.

Justeru harapan besar rakyat Malaysia amnya dan umat Islam yang prihatin khususnya, agar pelaksanaan qazaf ini dapat direalisasikan. Ayuh bersama tolak budaya fitnah dan politik lucah demi kemaslahatan rakyat dan negara, demi menjulang politik baru yang lebih matang dan segar.

Saifuddin Shafi Muhamad
Setiausaha
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

10 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

1 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

“BEBASKAN ANWAR IBRAHIM”

a)          Selasa 3 Januari 2012 – Johor
 
 9.00 mlm – Ledang –  Jln Serom Panggong, Serom 3, Ledang
11.00 mlm – Muar – Parit Samsu, Jln Temenggong Ahmad,  Muar
 
b) Rabu 4 Januari 2012 – Negeri Sembilan & Melaka
 
 9.00 mlm – Seremban – Pejabat PKR N9, Jalan Rahang, Seremban, N9
11.00 mlm – Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Parlimen Bukit Katil, Melaka
 
c) Khamis 5 Januari 2012 – Kelantan
 
7.00 mlm – Ketereh – Pondok Padang Kala, Melor
10.00 mlm – Macang – Padang Majlis Daerah Macang
 
d) Jumaat 6 Januari 2012 – Lembah Pantai & Kelana Jaya
 
9.00 mlm –  Lembah Pantai – Dewan Gasing Indah, Seksyen 5, PJ
11.00 mlm – Kelana Jaya – Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
 
e) Sabtu 7 Januari 2012 – Pulau Pinang, Pahang & Terengganu
 
7.00 pagi – Permatang Pauh – Madrasah An Nahdoh, Kubang Semang
3.30 ptg – Indera Mahkota – Markas PAS, Kampong Balok, Kuantan
9.00 mlm – Kuala Terengganu – Pejabat PKR Kuala Terengganu, Gong Kapas
11.00 mlm – Hulu Terengganu – Kampong Gaung, Kuala Berang
 
f) Ahad 8 Januari 2012 – Kediaman DSAI, Kg Baru & Kg Pandan
 
7.00 ptg – Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Bukit Segambut
9.00 mlm – Kampong Baru – Padang Kelab Sultan Sulaiman
11.00 mlm – Pandan – Dewan Orang Ramai Kg Pandan, Jalan H, Kg Pandan.
 
g) Isnin 9 Januari 2012 – BEBASKAN ANWAR IBRAHIM
 
8.00 pagi – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – Jalan Duta

1 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Keadilan Daily

KEADILAN mengecam perbuatan ganas polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

“Tindakan ini jauh berbeza ketika perarakan mahasiswa ke PWTC. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa makna,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media, pagi ini.

Justeru, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil memberi penjelasan,
Nik Nazmi turut mendedahkan, pengamal media yang bertugas melaporkan kejadian tersebut turut dikasari pihak berkuasa.

“Mahasiswa mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media turut dipukul polis,” katanya.

Dalam pada itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula menyifatkan tindakan ganas di ambang sambutan tahun baru meletakkan Malaysia sebagai negara polis yang takut  dengan gerakan mahasiswa.

“Ini sungguh memalukan. Pemerintah mengerahkan polis untuk melindungi kepincangan mereka dalam mengendali AUKU,
“AMK akan terus bersama aktivis mahasiswa. Inilah yang ditakuti Umno BN, apabila anak muda sudah berani menggerakkan zaman.

“AMK menyokong penuh mahasiswa mempertahankan prinsip yang mahukan kebebasan akademik tanpa sebarang sekatan dan campur tangan politik kotor kerajaan yang memerintah,” kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi.

Lebih mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato sebelum polis mencetuskan keganasan.

1 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Harakah

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyelar tindakan Umno Barisan Nasional dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis bagi membantah ‘Kempen Bebas Anwar 901′ dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily menjelaskan penangkapan yang berlaku di Kelantan semalam ekoran mengedarkan risalah berkaitan dengan kempen tersebut juga menunjukkan kerajaan serta pihak polis tidak pernah berlaku adil serta bertindak di luar prinsip demokrasi.

“Saya melihat tidak ada satu kesalahan langsung di dalam kempen tersebut, yang mana bagi saya ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh rakyat bagi menuntut perbicaraan yang adil kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika Anwar telah diberikan keadilan yang sewajarnya di mahkamah maka kempen tersebut sudah tentu tidak akan berlaku, tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya dan atas tidak mendapat ketidak adilan itulah rakyat bangkit melakukan kempen,” jelasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesabaran rakyat dalam campur tangan kerajaan dalam soal perundangan terutamanya kes Anwar sebenarnya sudah berada pada tahap yang tidak boleh dibendung lagi.

Malah beliau memberitahu, jika sesuatu perkara yang dituntut terutama prinsip perbicaraan yang adil di mahkamah tidak diatasi dengan sewajarnya, maka tindakan itulah cara terbaik yang dilakukan oleh mereka dengan hasrat kerajaan akan membuka mata bahawa kerajaan perlu akur dengan tuntutan rakyat.

“Rakyat sudah mula muak dengan permainan yang dilakukan oleh kerajaan terutama dalam isu fitnah Anwar, cara terbaik adalah melakukan kempen agar kerajaan membuka mata dan dengar hasrat mereka.

“Kerajaan harus memberi ruang kepada rakyat untuk menyatakan hasrat mereka bukannya menghalang kebebasan bersuara mereka, malah menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kempen tersebut juga satu yang tidak sewajarnya.

“Pihak Polis boleh memantau tetapi tidak menggunakan kekerasan dan kita juga tidak mahu perkara yang sebaliknya berlaku jika polis bertindak diluar batasan kemanusiaan,” jelasnya lagi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan kempen tersebut sebagai menghina keputusan mahkamah, beliau mempersoalkan di mana tindakan tersebut dilihat menghina mahkamah.

“Kuasa keputusan adalah hak mahkamah, apa yang dilakukan adalah sebagai kempen bebas Anwar bukan memcaci keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

“Kempen desakan perlu dilakukan dan ia sebagai isyarat bahawa kita mahukan pengadilan mahkamah kali ini berlaku dengan adil tanpa campur tangan pihak tertentu,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, secara simboliknya kempen itu bertujuan agar mahkamah yang akan memutuskan keputusan pada 9 Januari nanti dilakukan atas keadilan yang telus bukan dorongan mahupun desakan oleh pihak tertentu.

Sebelum itu sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’.

Laporan dibuat oleh Umno dan beberapa parti komponen Barisan Nasional dan juga Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat.