Author Archive

18 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Cadangan pengharaman buku May 13 Declassified Documents on the Racial Riots of 1969 mencabuli kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Di dalam era di mana maklumat tersebar secara bebas, dan kebebasan Perlembagaan mesti dihormati dan bukan dicabuli, undang-undang dan peraturan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penerbitan mestilah digunakan hanya dalam keadaan-keadaan yang cukup luar biasa.

Buku tersebut mungkin mengundang kontroversi, tetapi sekiranya kerajaan tidak bersetuju dengan isu-isu yang dibangkitkan, kerajaan sepatutnya menyanggah isu-isu tersebut dengan cara yang terbuka dan telus. Sebagaimana isu-isu berkaitan agama, kerajaan tidak boleh menggunakan tindakan keras untuk menutup perbincangan awam secara berterusan. Ini tidak termasuk hakikat bahawa menyekat buku tersebut akan secara langsung meningkatkan nilainya dan menaikkan keinginan pembaca. Lebih penting lagi, pengharaman buku ini akan memperkukuhkan lagi tesis bahawa rusuhan 13 Mei tersebut sememangnya disebabkan oleh rampasan kuasa yang dirancang pimpinan tertentu untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

Secara peribadi, saya menganggap buku ini sebagai proses untuk memberi penjelasan kepada rusuhan perkauman 13 Mei yang selepas hampir empat dekad terus dibincangkan secara senyap memandangkan tiada jawapan muktamad yang diberi oleh pihak berkuasa. Sememangnya akan wujud perbezaan pendapat berkenaan kejadian tragis di dalam sejarah kita dan saya menyeru rakyat Malaysia untuk mempunyai pemikiran terbuka di dalam perbincangan ini dan terus menghormati sensitiviti semua kaum.

ANWAR IBRAHIM

16 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Terence Netto

Malaysiakini

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas kontroversi berkaitan kenyataan dibuat dua ahli parlimen Barisan nasional berkaitan wanita dengan mengatakan beliau memahami “kemarahan yang dirasai, khususnya oleh kumpulan wanita, mengenai tahap rendah terbaru di dalam tahap perdebatan Dewan Rakyat.”

Bahasa menggambarkan pemikiran, kata Anwar, dan bahawa sesetengah ahli Parlimen BN di dalam apa yang sepatutnya dianggap dewan yang mulia menggambarkan tahap pemikiran mereka.

Beliau menganggap tahap ini sebagai “memalukan” dan bertanya, “Apakah yang mereka buat di dalam Dewan?”

Pada minggu lepas wakil rakyat BN Mohd Said Yusof (Jasin) dan Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) mengeluarkan kata-kata “beliau bocor sekali sebulan” terhadap wakil rakyat DAP Fong Po Kuan (Batu Gajah).

“Ini bukan pertama kali kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh penyokong kerajaan di Dewan”, kata Anwar.

“Ini menggambarkan kegagalan pimpinan BN untuk mengawal wakil-wakil rakyat ini telah memberanikan mereka sehingga mereka sanggup turun ke tahap ini di dalam ucapan mereka,” sambung Anwar lagi.

“Mereka nampaknya menjadi lebih kurang ajar dan pimpinan BN mencari pelbagai lagi sebab untuk mengelak tanggungjawab di dalam mengawal mereka.”

Insiden tersebut mencemarkan konsep Islam Hadhari Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menimbulkan persoalan sama ada ketua BN tersebut benar-benar mengawal keadaan.

15 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Anda boleh menonton ulasan Rocky Bru tentang pertemuan Pakatan Bloggers Kebangsaan (All-Blogs) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Di dalam video tersebut, Rocky memuji Anwar sebagai blogger kerana menjawab pertanyaan pembaca sendiri di AnwarIbrahimBlog.com!

Ulasannya boleh didapati di sini.

Nik Nazmi

12 May 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Jumaat semalam merupakan hari yang amat memenatkan bagi kami di Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di sebelah pagi, semua staf – saya, Sim dan Izzah – menemani boss kami ke lawatan ke Galeri Petronas, KLCC untuk menjenguk pameran fotografi 50 tahun arkib New Straits Times. Kurator tamu pameran tersebut ialah Eddin Khoo, yang menjemput Anwar yang tampil dengan Baju Melayu, samping dan capal. Bapa Eddin, tokoh akademik terkemuka Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dan isteri, serta Sdr. Azmin Ali dan Sdr. Tian Chua dari KeADILan turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Gambar-gambar yang dipamerkan cukup menarik, khususnya gambar-gambar zaman 50an-70an. Benar-benar gambar-gambar tersebut menunjukkan kepelbagaian resam yang membentuk negara kita, di samping harapan besar generasi Merdeka dahulu. Paling istimewa ialah gambar Anwar di masjid negara tidak lama selepas dipecat pada September 1998. Bak kata pepatah, sekeping gambar membawa seribu kata-kata.

Apabila ditanya wartawan yang mengerumunnya, Anwar menganggap pameran tersebut memberi “gambaran mendalam tentang sejarah Merdeka, melambangkan peranan sumbangan rakyat pelbagai latar dan kaum di dalam sejarah negara kita”.

Selepas solat Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa pro-tem All-Blogs, gabungan bloggers Malaysia yang baru ditubuhkan. Antara blogger-blogger yang hadir termasuklah Rocky’s Bru, Jeff Ooi, Nuraina Samad, 2020freelunch, Politikus, Desiderata, Big Dog dan lain-lain lagi. Bilik persidangan kami begitu sesak dengan kehadiran blogger yang begitu ramai.

Pertemuan tersebut berlangsung dengan suasana yang positif. Anwar memandang positif perkembangan blog. “Harus diingat, blog ni fenomena baru bagi saya, selepas keluar penjara!”.

Seperti yang dijangka, perbincangan kemudian berpindah kepada isu-isu politik. Anwar menyuarakan keyakinannya tentang agenda ekonomi Malaysia. Beliau mengatakan orang Melayu tiada sebab hendak takut kepada agenda baru tersebut, kerana orang Melayu susah akan terus dibantu.

“Tetapi bukankah ini hanyalah DEB bermuka baru?” tanya BigDog.

Anwar menegaskan perbezaannya: “Orang Melayu yang miskin dan layak akan terus dibantu. Memandangkan majoriti yang miskin itu Melayu, mereka akan terus mendapat pembelaan. Cuma pada masa yang sama kaum Cina di kampung baru, dan India di estet juga harus dibela.”

Beliau menegaskan bagaimana dengan menekankan soal hati dan dhamir manusia, tidak ada orang yang akan menentang dasar tersebut termasuk Melayu di kampung.

Nik Nazmi

27 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

20 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dasar pendidikan seharusnya menjadi asas dasar pembangunan sesebuah negara. Maka adalah amat merisaukan ketika kita berada di ambang Kemerdekaan negara yang ke 50, sekolah-sekolah kita masih lagi terperangkap dengan kurikulum dunia ketiga dan banyak lagi yang tidak memiliki ‘kemudahan dunia pertama’ kita.

Meskipun kerajaan telah merwarwarkan Sekolah Bestari selama lebih sedekad, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah mendedahkan bahawa hampir 20% daripada sekolah-sekolah rendah kita tidak mempunyai bekalan air bersih; hampir 35% tiada makmal komputer; lebih dari satu perlima tiada makmal sains dan satu persepuluh tidak mempunyai bekalan elektrik sempurna. Secara keseluruhannya, lebih dua pertiga sekolah rendah tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Ini merupakan tambahan kepada pendedahan YB Dr. Wan Azizah Wan Ismail di dalam suratnya kepada Menteri Pelajaran bertarikh 13 Disember 2006 bahawa peratusan perbelanjaan pendidikan kita ketinggalan berbanding Senegal, Malawi dan Kenya di samping kita tergolong di kalangan 24 negara termasuk Palestin dan Maldive yang menghadapi kemerosotan enrolmen sekolah rendah antara 1999 hingga 2004.

Lazimnya, kawasan luar bandar yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat miskin dan terpinggir yang terperangkap dengan sekolah-sekolah yang paling dasyat keadaannya, khususnya di Sabah dan Sarawak. Ini mengeruhkan lagi jurang sosial dan melemahkan kebolehan pendidikan untuk memberikan mobiliti sosial yang lestari. Tiada gunanya kerajaan terus bercakap mengenai modal insan sekiranya golongan-golongan ini terus ketinggalan. Majoriti yang menjadi mangsa ialah golongan Bumiputera, tetapi Menteri Pelajaran lebih mementingkan menghunus keris daripada menyelesaikan masalah ini. (more…)

15 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam saya hadir di Persidangan Memperbaiki Pengurusan dan Melawan Rasuah di Brussels. Saya menyampaikan ucapan di sebelah pagi.

Saya berucap salepas perasmian oleh Menteri Luar dan Menteri Ekonomi Belgium. Turut hadir adalah Menteri Kewangan, Ekonomi, syarikat swasta dan lembaga swadaya masyarakat. Putera Mahkota Belgium turut hadir tatkala saya memberi penjelasan.

Masalah rasuah dan pertanggungjawaban masih serius di dunia ketiga dan negara maju. Umpamanya, penjualan telko oleh Thaksin! Arahan kerajaan untuk membatalkan siasatan rasuah pembelian senjata, peranan lobi di Washington DC. Isunya tidak semata-mata ketelusan atau pelaksanaan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tetapi memperbaiki undang-undang, penguatkuasaan yang berkesan dan badan kehakiman yang adil dan bersih.

Saya menyentuh pengalaman Nigeria yang parah atau Malaysia yang dijangkiti barah rasuah. Masalahnya bukan hanya kelemahan penguasa tetapi jenayah yang turut dilakukan oleh syarikat antarabangsa. Rasuah di peringkat dunia kini mencecah 1 trilion dolar .

Sambutan 400 peserta dan program sidang video langsung dengan puluhan negara amat menggalakkan.

Di sebelah petang saya sekali lagi diminta menyertai panel mengenai pengurusan dan rasuah. Banyak persoalan dibangkitkan mengenai rasuah di Indonesia terutama era Suharto. Pembangunan pesat berlaku menurut seorang ahli panel dari Afrika. Saya mencelah menegaskan bahawa ternyata kini ekonomi Indonesia tidak mampan seutuhnya. Malah tatkala menghadapi suasana gawat 97-98 ekonomi Indonesia rapuh dan tergugat mengakibatkan derita buat rakyat.

Persoalan mengenai pembelian kapal selam Perancis yang dipesan Kementerian Pertahanan juga berbangkit. Saya mengesahkan kenyataan tersebut sambil menuduh rasuah curang yang perlu disiasat samada Menteri Pertahanan Malaysia maupun pihak Perancis. Rakan-rakan di Afrika keras mendesak agar tindakan keras diambil keatas perasuah kerana puluhan bilion dolar dirompak oleh sebahagian penguasa Afrika.

Anwar Ibrahim

14 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Terima kasih Sdr. Najwan atas teguran!

11 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Kami ingin menegaskan bahawa serangan dan pendudukan ke atas mana-mana negara berdaulat adalah melanggar prinsip-prinsip asas kemanusiaan. Justeru, penaklukan Palestin dan Iraq adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Kami juga ingin menyuarakan kebimbangan terhadap nada keras yang diambil oleh pemimpin Amerika Syarika di dalam menangani dakwaan pembangunan senjata nuklear oleh Iran.

Kami memberi amaran kepada Pentadbiran Bush bahawa serangan ke atas Iraq bukan sahaja dilihat sebagai ancaman terhadap umat Islam tetapi juga masyarakat sedunia.

Maka dengan itu kami mendesak supaya pendudukan ke atas mana-mana negara merdeka dihentikan dengan serta merta dan digantikan dengan pendekatan diplomatik.

Kami juga mendesak agar badan-badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diperkasakan sebagai sebuah institusi yang dapat menyelesaikan konflik dan permasalahan dunia sesuai dengan matlamat asalnya.

ANWAR IBRAHIM
SYED SHAHIR SYED MOHAMUD

Kenyataan ini dibaca oleh Syed Shahir selepas Pidato Solidariti Palestin – Iran – Iraq di Wisma MTUC, Subang Jaya pada 10 Mac 2007.

9 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pidato Solidariti Kedaulatan Palestin – Iran – Iraq

Datuk Seri Anwar Ibrahim

2.30 petang 10 Mac 2007 (Sabtu)

Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya, Selangor

2 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Kami memandang dengan penuh kegusaran terhadap peningkatan ketegangan terhadap Iran. Ini digambarkan oleh kenyataan-kenyataan agresif oleh pentadbiran Bush terhadap keupayaan nuclear Iran. Kami prihatin kerana kempen tersebut mengingatkan kembali kepada persiapan sebelum serangan ke atas Iraq.

Dunia umumnya dan Timur Tengah khususnya tidak dapat menerima suatu lagi serangan ke atas kedaulatan dan kemerdekaan negara. Apa-apa serangan ke atas Iran akan mengeruhkan lagi hubungan dengan dunia Islam yang sememangnya sudah goyah.

Kami menyeru Pertubuhan Bangsa-Bansa Bersatu dan Pertubuhan Negara-Negara Islam untuk mempertahankan kedaulatan Iran dan merayu kepada rakyat Amerika untuk mendesak pentadbiran Bush agar tidak mengambil tindakan ketenteraan sebegitu.

ANWAR IBRAHIM

2 March 2007

Pendapat

Pendapat Anda?