Author Archive for niknazmi

11
Dec

Video Penangkapan Tian Chua

Video penangkapan Tian Chua di Parlimen pagi tadi.

05
Oct

Temubual BPR

Petang ini wakil dari Badan Pencegah Rasuah telah menemubual saya berkaitan video VK Lingam yang telah diterbitkan oleh pejabat saya pada bulan lepas. Soalan-soalan mereka tertumpu terhadap kesahihan video tersebut.

Saya sudah maklumkan kepada BPR bahawa sumber kami bersedia menerbitkan kenyataan umum, meskipun beliau risaukan keselamatan peribadinya. Kami terus yakin bahawa kebenaran akan didedahkan, dan kami tidak akan sekali-kali bertolak ansur terhadap keselamatan sumber-sumber kami.

Sebarang percubaan memenjarakan pihak yang mendedahkan salahlaku hanya akan menambah lagi kemarahan orang ramai dan akan mengundang kritikan masyarakat antarabangsa untuk menyelia perkembangan skandal ini.

Panel tiga orang yang ditubuhkan untuk memastikan kesahihan video ini satu lagi bukti kegagalan kerajaan BN untuk memerangi salahguna kuasa dan rasuah yang berleluasa, memandangkan sebagaimana diakui panel tersebut, mereka “tiada sebarang kuasa langsung”. Dengan itu, tindakan sia-sia ini di dalam persepsi orang awam tidak akan mencapai apa-apa untuk menyelesaikan isu-isu utama rasuah yang ditimbulkan oleh video ini.

Saya ingin mengulangi kedudukan KeADILan yang menuntut tidak kurang dari sebuah Suruhanjaya DiRaja dibawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 untuk menentukan kebenaran perkara tersebut. Tambahan lagi Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk memanggil saksi dan dokumen serta menuntut keterangan dari mereka yang dinamakan di dalam video tersebut, khususnya VK Lingam, Tun Ahmad Fairuz, Vincent Tan, Tengku Adnan dan lain-lain lagi.


ANWAR IBRAHIM

05
Oct

Update: Pegawai BPR Tiba Lewat di Pejabat Anwar

BPR001
Dari SuaraKeadilan.com:

Dua pegawai dari ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah hadir ke Pejabat Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di sini, lewat 40 minit.

Menurut Naib Presiden KeADILan, Sivarasah Rasiah, dua pegawai berkenaan bukan pegawai yang menyiasat mereka sebelum ini.

Kehadiran pegawai berkenaan adalah berhubung isu pita Lingam.

Team AnwarIbrahimBlog.com

12
Sep

Video - Konspirasi Menjatuhkan Politik Anwar

27
Aug

Agenda Ekonomi Malaysia

Saya telah menyiapkan risalah mengenai Agenda Ekonomi Malaysia dan kini mula diedarkan kepada umum. Rencana tersebut saya tulis bagi menjelaskan isu pembangunan negara dan kerangka ekonomi yang harus menunjangi perjuangan kita.

Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?

Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang-undang yang mengikat rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung kebebasan dan kegiatan rakyat.

Justeru itu, sempena ulang tahun hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana sesungguhnya inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 0gos 1957 dan paksi gagasan negara Malaysia 1963 - mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan dan keadilan untuk rakyat.

Risalah PDF Agenda Ekonomi Baru boleh dimuat turun di sini:
http://www.civicbuilder.net/~keadilan/library/documents/AEB.pdf

Saya ingin merayu kpd sdr sdr utk membantu mengedar dengan apa cara jua yang dikira wajar.Inshaallah kita akan dapat menembusi tembok yang menghalang wacana bebas dan meneliti gagasan alternatif demi kesejajhteraan rakyat. Dukungan sdr sdr amat dihargai.

Dirgahayu..Selamatkan Malaysia!
Muat turun, sebar dan cetak kepada semua rakan-taulan anda!

ANWAR IBRAHIM

06
Aug

Gambar-Gambar di Turki dan Jordan

erdogan

Gambar-gambar bersama Menteri Luar Jordan, Abdelelah el-Khatib di Amman dan Perdana Menteri Turki, Recep Teyyip Erdogan dan Menteri Luar Abdullah Gul boleh dilihat di sini.

18
Jul

Video from Vigil for Nat

04
Jul

Keputusan Mahkamah Tinggi KL Hari Ini

Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini untuk mengenepikan saman fitnah terhadap Dr. Mahathir Mohamed tanpa membenarkannya dibawa ke perbicaraan terbuka jelas sekali suatu ketidakadilan yang nyata terhadap diri saya, keluarga saya dan rakan-rakan saya. Keputusan ini juga menggambarkan kedudukan keadilan di Malaysia.

Di dalam mencapai keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Tengku Maimun Tuan Mat telah memilih untuk tidak mengendahkan hujah-hujah perundangan yang saya bentangkan kepada mahkamah untuk memberikan sebab mengapa Dr. Mahathir mesti menjawab saman saya kerana membuat kenyataan liar dan berniat jahat terhadap peribadi saya.

Di atas sebab-sebab itu membuatkan saya terpaksa menyatakan keputusan ini langsung tiada nilai perundangan.

Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk memfailkan rayuan serta-merta.

ANWAR IBRAHIM

02
Jul

Anwar Di Hardtalk 2 & 3 Julai 2007

ht

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul di BBC Hardtalk pada 2 / 3 Julai pada waktu-waktu berikut:

Jadual Malaysia:
BBC World Astro Rangkaian 93
2 Julai
4.30 petang
Ulangan: 10.30 malam 2 Julai
4.30 pagi 3 Julai

Jadual Antarabangsa:
BBC World
2 Julai
4.30 pagi GMT
Ulangan: 9.30 pagi, 9.30 malam & 11.30 malam 2 Julai GMT
12.30 pagi 3 Julai GMT

http://www.bbcworld.com/Pages/Programme.aspx?id=10

26
May

Gus Dur akan Hadir Kongres Keadilan Malam Ini

Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid / Gus Dur, akan menghadiri sidang khas Kongres Nasional Keadilan jam 9.30 malam ini di Sekolah Tinggi Chung Hwa, Jalan Tun Ismail Seremban.

Gus Dur, yang juga pernah memimpin pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nadhlatul Ulama’, akan turut serta di dalam sidang khas antara pimpinan agama. Wakil-wakil agama Islam, Hindu dan Kristian akan turut hadir.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyambut ketibaan Gus Dur.

Orang ramai dijemput hadir untuk acara ini.

26
May

Anwar Utamakan Parti

Kongres Nasional Keadilan menyaksikan suasana cukup dramatik sebentar tadi. Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas berbincang dengan rakan-rakan, pimpinan dan penyokong parti, meminta izin untuk berucap di Kongres.

Beliau berkata beliau sememangnya tidak menerima keputusan mahkamah yang mendapati beliau beralah di dalam perbicaraan yang terlalu pincang. Oleh itu, beliau juga tidak sekali-kali menerima keputusan ROS yang mengumumkan semalam hendak menidakkan haknya bertanding sebagai Presiden Keadilan. Beliau juga secara peribadi menerima risiko dipenjarakan dan didenda kerana mengingkari keputusan ROS tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau ingin mengutamakan parti yang telah dibina selama ini. Dan beliau bersedia meneruskan apa yang dilakukan selama ini - memimpin parti bersama-sama Datin Seri Dr. Wan Azizah. Mereka bersilat dengan helah, kita bersilat dengan hikmah. Beliau terus komited bersama parti, tetapi tidak sanggup melihat Keadilan yang dibina diharamkan atas helah pemerintah.

Keputusannya mendapat reaksi yang cukup dramatik dari perwakilan. Ada yang mahu beliau tidak menghiraukan ancaman tersebut, dan terus bertanding sebagai Presiden Keadilan. Ada pula yang menyokong keputusan tersebut, dengan melihat senario yang lebih besar. Kira-kira 20 perwakilan memberi pendapat yang pelbagai. Ada reformis yang telah banyak berkorban, ada seorang wanita Melayu yang pernah menganggotai PPP sejak 1968 tetapi memilih wadah Keadilan pada 1998, ada seorang sikh yang meminta semua melayannya dengan kesabaran.

Respons dari Anwar: beliau menerima pandangan perwakilan, dan hakikatnya tidak banyak akan berubah kerana selama ini pun beliau telah terlibat secara aktif di dalam parti. Seorang lagi pencabar jawatan Presiden, Abdul Rahman Othman, kemudian tampil ke pentas dan memberi surat kepada Pengerusi Tetap mengumumkan beliau menarik diri dari pertandingan. Seluruh perwakilan bangkit dan memberi sokongan kepada keputusan beliau.

Berita lanjut boleh diperoleh di sini. Video ucapan Anwar boleh dilihat di sini.

Nik Nazmi

20
May

Kenyataan Media Foundation for the Future

Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat. Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan..

Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar.

Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O’ Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan. Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan.

Walaubagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain.

Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi. Jawatankuasa eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan perlantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara.

Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan Umno, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit.

ANWAR IBRAHIM
Pengerusi Yayasan Masa Hadapan






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2008
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031