Author Archive for Anwar Ibrahim

30
May

Lawatan DS Anwar ke Perak – keADILan Perak Jual Tiket Rumah ke Rumah

Berikut adalah laporan daripada pembantu Dr. Lee Boon Chye, SK Chua@ Chua Seng Khoon mengenai laporan lawatan DS Anwar ke Perak 2 minggu lepas. Laporan ini sebetulnya mempunyai satu berita yang boleh dijadikan semangat dan contoh kepada semua pendukung KeADILan. Berita yang dimaksudkan adalah usaha keADILan di Perak untuk mengutip dana dengan menjual tiket dari rumah ke rumah. Usaha ini telah dapat membawa rakyat tempatan untuk bersama DS Anwar.

Dibawah disediakan laporan dan gambar oleh SK Chua:

Jamuan Makan Malam pada 19 Mei 2007 (Sabtu) diadakan di Dewan Tokong Fook Tat Chee, Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh, dan bukan di Rapat Setia seperti dicatatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blog beliau. (Rapat Setia merupakan kawasan pendudukan Melayu yang berdekatan dengan DUN Sungai Rapat, manakala Gunung Rapat ialah sebuah Kampung Baru Cina berada dalam DUN Simpang Pulai)

Antara pemimpin parti yang berucap termasuk Pengerusi Majlis Lau Chuan Lai, Timbalan Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Perak Tai Sing Ng, Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Pemuda Perak merangkap Naib Ketua Bahagian Gopeng Chan Ming Kai, tokoh pejuang Bahasa Ibunda Cina Cikgu Loot dan Naib Prediden merangkap Ketua Bahagian Gopeng Dr Lee Boon Chye.

Persiapan Majlis Jamuan ini hanya sempat diadakan selepas Pilihanraya Kecil Ijok, iaitu dalam tempoh masa 3 minggu sahaja. Namun dengan kerjasama segala AJK Bahagian Gopeng dan Biro Perhubungan Masyarakat, penjualan tiket jamuan dari rumah ke rumah berjalan dengan lancar di sekitar kawasan kuat KeADILan DUN Simpang Pulai dalam Parlimen Gopeng, iaitu Kampung Baru Gunung Rapat, Kpg Baru Simpang Pulai, Kpg Baru Ampang, Taman Ipoh Jaya dan sebagainya.

Akhirnya, kehadiran melebihi 1000 orang dengan majoriti kaum Cina. Mengikut anggaran Dr Lee, Jamuan ini berjaya mengutip dana RM20,000 kepada KeADILan.

Dr Lee Boon Chye dan barisan Pimpinan Ipoh mengiringi kedatangan Anwar Ibrahim Masa perasmian pelepasan 'meriam riben berwarna-warni'DSAI mewakili KeADILan Perak memberikan RM1,000 kepada Dana Pendidikan Lim Lian Giok kepada Cikgu Loot.

Penyokong kuat merangkap peniaga limau tambun (pamelo) Kenny Phon menghadiahkan buah keluaran tempatan Ipoh ini sebagai penghargaannya kepada perjuangan DSAI5.JPG6.JPG

08
Nov

Radical Islam in Southeast Asia (FEER)

kiriman Aasil Ahmad

Majalah Far Eastern Economic Review (FEER) telah menerbitkan tulisan Anwar Ibrahim Radical Islam in Southeast Asia untuk keluaran Ulangtahunnya yang ke 60. Untuk membacanya anda perlukan katalaluan. Bagaimanapun saya selitkan bahan tulisan tersebut di sini untuk pengunjung blog ini.
Continue reading ‘Radical Islam in Southeast Asia (FEER)’

07
Nov

Dana untuk Universiti Cambridge

Beberapa minggu lalu saya mendedahkan rencana Kerajaan BN memperuntukkan lebih setengah bilion ringgit kapada Universiti Cambridge, UK. Tujuan, kaedah perbelanjaan, syarikat yang dipertanggungjawab mengurus dana besar tersebut masih dirahasiakan. Berdasarkan pengalaman lalu kita musykil dengan muslihat disebalik peruntukan besar kapada Universiti asing yang tidak telus.

Kerajaan harus menjawab mengapa Pusat Penyelidekan atau Universiti tempatan dikira kurang wibawa mengendali projek tersebut; dan individu serta badan mana yang dipertanggungjawabkan?

Apakah rasionalnya untuk Kerajaan terus berdegil meneruskan projek tersebut dan tidak mengamanahkannya kapada institusi dan kepakaran tempatan bersama mempelawa pakar Malaysia yang kini bertugas diluar?

Seandainya tenaga luar atau kepakaran luar diperlukan sekalipun, ia akan lebih bermenfaat jika berpaksi kapada institusi tempatan.

Anwar

31
Oct

pembelian media Cina dan respon lain

raja_lanun82

Kontroversi pembelian media Cina tercetus manakala syarikat MCA dibawah pimpinan Dr Ling Liong Sik bertindak “merampas” media Cina termasuk Nanyang yang dikira memberikan sedikit ruang kapada pengeritik pemerintah BN. Bantahan agak menyeluruh dikalangan masyarakat Cina, beberapa wartawan akhbar tersebut memilih untuk “bersara” dan penjualan akhbar merosot.
Kini pimpinan MCA memutuskan untuk menjual sebahagian saham akhbar Nanyang kapada pengusaha balak Sarawak yang dibimbangi akan memonopoli milek akhbar utama Cina.

putram 98
Saya akan meneliti perkembangan Keadilan Perlis bersama pimpinan Pusat dan Negeri.
Saya harap sdr dapat membantu memperkukuh jentera disana.

dan kepada saudara malcolm 2
saya belum dihubungi mengenai masalah penerokaan tanah di Gombak.

Anwar

27
Oct

BBC World Debate

kiriman Aasil Ahmad

Penyertaan Anwar Ibrahim di dalam Debat Dunia BBC World TV dijadualkan siarannya pada – 28 Oktober pada 1210, 1910 GMT dan 29 Okt pada 0110, 0810 dan 1710 GMT. Versi pendeknya akan ke udara di dalam siaran Radio World Service pada 5 November, waktunya akan ditentukan nanti. Bahan tersebut akan dipaparkan di website BBC awal minggu hadapan. Bahan tersebut juga akan disediakan dalam bentuk VCD. Pengumuman mengenai VCD tersebut akan disiarkan di laman ini nanti.

25
Oct

Jawapan kepada Chee

Saudara/i Chee, merujuk kepada soalan anda.

Terima kasih. Perkembangan sekarang termasuk di Pulau Pinang dan Sabah lebih meyakinkan. Kita perlu tumpu kelapangan. Andaian akan kita lakukan kemudian.

Anwar

25
Oct

Lawatan ke Rom :

kiriman Aasil Ahmad

Hari ini Anwar berceramah di Kongres Sedunia Komunikasi Untuk Pembangunan (WCCD) di Rom, Itali. Antara panel penceramah ialah Joseph Stiglitz, Fawzi al-Sultan dan Prof. Flavio Delbono.

Konferensi WCCD ini antara aktivinya ialah mengadakan bengkel dan acara khusus merujuk kepada empat perkara pokok – kesihatan, urustadbir, pembangunan dan komunikasi. Ceramah dan perbincangan yang segar mampu menggalakkan pertukaran ilmu dan idea, maka dengan itu menghasilkan maklumat berguna serta petunjuk impak komunikasi dalm projek dan program pembangunan.

Konferens ini di adakan di pejabat FAO di Rom dan dianjurkan oleh Kementerian Luar Itali dengan dokongan beberapa institusi internasional termasuklah Bank Dunia, FAO dan Communication Initiative.

Pada 26 Oktober Anwar Ibrahim telah dijemput menyertai rancangan BBC World Debate yang bakal membincangkan tema “Is a Free Media Essential for Development?“. Program ini akan disiarkan keseluruh dunia menerusi BBC World pada 28-29 Oktober (serta capaian online). Rancangan akan dipengerusikan oleh Stephen Sackur. penyiar terkemuka BBC yang juga sering mengacarakan rancangan HARDtalk.

24
Oct

Jangan Rasuah! Temubual dengan majalah Fortune

Majalah Fortune telah menemubual saya dan hasilnya disiarkan pada 23 Oktober 2006. Banyak persoalan yang sering ditimbulkan didalam blog ini telah saya jawab dan sekali lagi penegasan saya jelas mengenai isu isu yang ditimbulkan.

Many use the notion of Asian values to make excuses for governments that do not support democracy, accountability, the need for a free press and an active civil society. Others say security and development take precedence over freedom and democracy.

I don’t accept any of this. Certainly there may be regional variations in how business is done, but accountability, universal human rights, an independent judiciary and a free press are not Western or Eastern values. They are universal values that we should all embrace.

Continue reading ‘Jangan Rasuah! Temubual dengan majalah Fortune’

16
Oct

Di Stanford University:Democracy for Muslims?

Akhbar The Stanford Daily melaporkan sesi ceramah saya “Democracy in the Muslim World”.

“I reject affirmative action based on race, our policies should benefit the poor and the marginalized.”

15
Oct

Anwar Ibrahim di Persidangan Kumpulan G-50, ‘God is back: Politics and Religion in the XXIst Century’

oleh Mohd Yusmadi, Washington D.C

WASHINGTON D.C 13 Oktober 2006. – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput sebagai salah seorang panel di dalam persidangan Kumpulan G-50 bertajuk God is back: Politics and Religion in the XXIst Century.

Keahlian G-50 terdiri daripada Who’s Who di dalam dunia pemikiran, media , politik, sains dan perniagaan di Amerika Latin. Persidangan tersebut ditaja oleh badan berngaruh hubungan antarabangsa Carnegie Endowment for International Peace dengan kerjasama Inter-American Dialogue. Panel-panel dipersidangan yang lalu terdiri daripada nama-nama besar seperti Francis Fukuyama, Jeffrey Sachs, Thomas Friedman, Fareed Zakaria, Lawrence Summers dan Joseph Stiglitz. Continue reading ‘Anwar Ibrahim di Persidangan Kumpulan G-50, ‘God is back: Politics and Religion in the XXIst Century’’

01
Oct

Si Bahlul Adalah Juga Saekor Keldai ……

Wacana kian hangat dan tegang; samaada isu kaum dan agama. Ini ditokok dengan tersasulnya Pope Benedict dan manakala Lee Kuan Yew melatah. Maka saya ingin menenteramkan suasana sajenak untuk menghebahkan kisah lucu dalam kitab lama yang baru saya baca:

1. Dari Kitab Al Jahir. Kitab al Hayawan:

Risimus dibelasah dan dikeji tetapi menahan dengan sopan dan sabar. Manakala ditanya mengapa beliau tidak berdendam? Jawabnya juga selamba:

“Apakah wajar kamu menendang keldai yang menendang kamu? Dan apakah perlu kamu menyalak kembali kapada anjing yang menyalak kamu?”
Si Bahlul adalah juga saekor keldai atau anjing; samaada bodoh atau mengada-ada atau kedua-duanya.

2. dari Abu Sulaiman al Muntiqi as Sijistani Siwan al Hikmah:

Seorang Sheikh mengunjungi tukang gunting rambut. Tatkala bergunting beliau kelihatan gopoh dan gopohnya itu menyebabkan kepala Sheikh tersebut luka. Setelah selesai Sheikh membayar lebihan beberapa dirham. Tukang gunting terkejut dan menanyakan mengapa?

Jawab Sheikh: “Kamu berjasa kapada aku, dan mengizinkan aku keluar terselamat dari kepalaku dipotong!”

Anwar

07
Sep

www.atimes.com: Malaysia’s Anwar Ibrahim Speaks His Mind

Temubual dengan Asia Times Onlline

I believe that the opposition, particularly [Partai] Keadilan Rakyat, would be able to offer a new brand of politics in Malaysia. There is a greater realization that the race-based politics of the ruling BN [Barisan Nasional] is obsolete, and is unable to face the present challenges.