Author Archive

5 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

from Malaysian Insider

Riot police fired tear gas and used water cannons on at least 1,000 protesters near the KL Railway Station as they marched to the Istana Negara today to rally against a potential bailout of Selangor water utility companies.
Hundreds of protestors sought refuge at the Railway Station to avoid the police action after they started their march from the National Mosque. Riot police later turned the water cannons on those who had gone back to the National

(more…)

5 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menganggap tindakan polis menembak gas pemedih mata dan menghalang peserta demonstrasi ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’ di Masjid Negara sebagai keterlaluan.

(more…)

2 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review

Oleh Ooi Heng

Aku tahu benar rasa keperitan kerana miskin semenjak kecil lagi.  Ibu yang mengajar otak durianku erti kemiskinan.  Ibu mengopek udang.  Kakak mengopek udang.  Aku satu-satunya anak jantan “keluarga tanpa ayah” juga mengopek udang.  Di tempat perempuan mengopek udang dan berbicara panjang lebar mengenai politik kehidupan harian dan politik suami isteri, aku seekor jantan wujud tanpa disedari untuk satu tempoh yang agak panjang kerana ibuku menurunkan kromosom X yang terlampau berpengaruh terhadap rupa wajahku.  Maka mengalirlah di seluruh susuk tubuhku keinginan untuk melepaskan diri daripada belenggu gelanggang kewanitaan yang hanya aku sedar kemudian hari.

Kromosom X yang diturunkan oleh ibu kepada aku bukan sahaja mengubah cara aku menguruskan rambut otak durianku, tetapi yang paling berharga buat diriku ialah cara bagaimana aku mengharungi, merasai dan memahami kemiskinan sebelum aku sempat membaca karya Edward Said yang membuka mataku terhadap wacana orientalisme.  Jangan kita menghakimi kemiskinan orang Melayu dengan kaca mata orientalisme sehingga terpedaya dengan mentaliti pemikiran kolonialis lampau dan masa kini.  Lebih kurang begitulah salah satu dimensi penafsiranku terhadap teguran Allahyarham Syed Hussein Alatas yang meskipun pada satu ketika dahulu berderingan kuat dari jauh tetapi kini semakin sepi dan lembut suaranya.

Siapakah “kolonialis masa kini” dalam konteks politik kemiskinan domestik hari ini?  Bacalah paparan berita media perdana saban hari.  Perhatikanlah senarai syarikat yang mendapat projek besar setiap kali pengumuman dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.  Telitilah ke mana perginya hasil ekonomi negara setiap tahun Belanjawan Negara diumumkan oleh Menteri Kewangan.  Kebarangkalian kumpulan-kumpulan orang yang sama mendapat projek besar terlalu tinggi.

Secara ringkas, dalam kalangan kumpulan tersebut, ada yang bergelar “kelompok Umnoputra”, ada juga yang bergelar “kelompok GLC”, yakni mereka yang berselindung di sebalik syarikat kerajaan berkaitan kerajaan.

Kumpulan-kumpulan sedemikianlah yang berbicara kuat mengenai pembasmian kemiskinan. Bahawa Dasar Ekonomi Baru masih diperlukan bagi mencapai objektif kerajaan berdasarkan statistik kerajaan mengenai kadar kemiskinan di Malaysia seperti berikut:

Pembasmian Kemiskinan Yang Telah Dilakukan Kerajaan BN

Tahun Peratus (%)
1970 52.4
1988 17.3
1990 16.5
1999 7.5
2002 5.1

Bahawa Model Ekonomi Baru wajar dilihat sebagai kesinambungan Dasar Ekonomi Baru kerana Kerajaan Persekutuan yang kononnya prihatin terhadap kemiskinan rakyat akan meneruskan projek dan program yang dapat membantu dan menaik taraf status golongan rakyat dalam kategori 40% berpendapatan rendah.

Tidak cukup setakat retorik mengaitkan politik kemiskinan dengan program ekonomi yang sebenarnya lebih menguntungkan sekumpulan “kelompok Umnoputra” dan “kelompok GLC”.  Kelompok-kelompok elit seumpama yang kononnya prihatin dengan kemiskinan rakyat bawahan acap kali mengaitkan “Ketuanan Melayu UMNO” dengan politik kemiskinan.  Bahawa “Ketuanan Melayu UMNO” merupakan pembela orang Melayu maka akan membawa penyelesaian kepada kemiskinan orang Melayu.

Ironisnya, siapakah yang menghakimi kemiskinan Orang Melayu dengan kaca mata orientalisme tetapi bertopengkan Dasar Ekonomi Baru dan “Ketuanan Melayu UMNO” yang pada satu ketika dahulu berniat baik tetapi hari ini bercampur-adukkan dengan budaya “rent-seeking” yang terlalu “embedded” dalam sanubari Melayu UMNO?

Oleh kerana tidak berupaya menjalani proses transformasi diri secara yang berimpak, maka “kelompok Umnoputra” terus-menerus membawa wacana “Ketuanan Melayu UMNO” ke seluruh pelosok desa dan berbicara tanpa segan silu mengenai politik kemiskinan.

Tetapi yang jarang-jarang sekali dianalisi dalam mesej politik kemiskinan seumpama ialah: Pertahankan “Ketuanan Melayu UMNO” maka dipertahankan kepentingan “kelompok Umnoputra”.  Pertahankan kesinambungan politik kemiskinan ala-Dasar Ekonomi Baru meskipun dalam penjelmaan terbaru seperti Model Ekonomi Baru maka dipertahankan kepentingan “kelompok Umnoputra”.

Lihatlah senarai projek permulaan (EPP) yang ditandatangani sempena pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Program transformasi bukan mimpi, projek mana satu merupakan program pembasmian kemiskinan?

  • Syarikat Jerman, LFoundry menempatkan dan melabur lima loji Fabrikasi Wafer di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan permulaan RM214 juta dan pelaburan keseluruhan RM1.9 bilion.
  • Pemborong dan pengusaha peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd melabur RM1 bilion bagi membuka 14 cawangan baru dalam tempoh tiga tahun.
  • St Regis, jenama antarabangsa dalam bidang hospitaliti bertaraf enam bintang membina hotel 208 bilik dan 160 unit kediaman di KL Sentral membabitkan pelaburan RM1.2 bilion.
  • Syarikat perkhidmatan medan minyak, Schlumberger membuka hab perkhidmatan, Eastern Hemisphere Global Financial Services Hub di Bandar Utama, Petaling Jaya bagi menarik 100 syarikat multinasional untuk menempatkan operasi di Lembah Klang menjelang 2020.
  • Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi konsesi 25 tahun kepada syarikat pembinaan dan infrastruktur, WCT Bhd untuk membina dan mengendalikan operasi kompleks integrasi di Terminal Tambang Murah (KLIA2), Sepang bernilai RM486 juta.
  • Syarikat pelaburan Asia Barat, Mubadala bekerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai RM26 bilion di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
  • Premium Renewable Energy Sdn Bhd akan membina lima loji minyak bio dalam tempoh lima tahun dengan kos loji pertama RM124 juta di Lahad Datu, Sabah.
  • Asia e-University dilantik Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Universiti Gateway untuk pembangunan pembelajaran dalam talian dan jarak jauh antarabangsa dijangka menghasilkan pendapatan negara kasar (PNK) RM341 juta.
  • Genting Berhad membina Johor Premium Outlets di Genting Indahpura merangkumi hotel, taman rekreasi air antarabangsa dan pusat beli-belah besar membabitkan pelaburan RM150 juta.

Sebab itu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kiri) ketika menyampaikan syarahan di Universiti Nasional Australia (ANU) pada 15 November 2010 berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri hanya menumpukan perhatian kepada projek mega yang mengenyangkan kelompok kroni UMNO-Barisan Nasional tanpa perincian kepada program untuk membasmi kemiskinan tegar dan projek berteraskan kebajikan rakyat.

Jika aku orang Melayu yang hidup papa dan merana, setiap kali aku membaca berita atau mendengar pembesar politik berbicara mengenai kewajaran kelangsungan Dasar Ekonomi Baru dan Ketuanan Melayu pada abad ke-21, akan ku dapatkan segera pembesar suara, menghadapkannya ke arah akhbar atau pembesar politik tersebut, lalu aku memekik dengan kuat sekali: Hentikanlah ketaksuban berpolitik yang kononnya dapat menyelesaikan masalah kemiskinan orang Melayu dengan menggadaikan maruah orang Melayu.  Melayu bermaruah tidak lahir dalam konteks politik kemiskinan ala-Ketuanan Melayu UMNO.  Melayu bermaruah akan lahir dalam konteks baru Ketuanan Rakyat yang berjiwa rakyat dan berpaksikan keperluan golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

1 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Tvselangor

Kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) hari ini sekali lagi digesa untuk memastikan konsep pengswastaan tidak membebankan rakyat dan bukan hanya menguntungkan syarikat kroni.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada konsesi air yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) di Selangor sebagai contoh jelas bagaimana rakyat Selangor di paksa membayar harga tinggi untuk air ketika negeri itu di bawah pimpinan Umno.

(more…)

1 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memberi subsidi Petronas kepada syarikat konsesi penjana kuasa bebas (IPP) sebagai membelakangkan rakyat.

Anwar ketika berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat berkata, subsidi sebanyak RM15.1 bilion berbanding subsidi minyak kepada rakyat yang hanya sebanyak RM11 bilion jelas tidak munasabah.

“Subsidi kepada IPP RM15.1 bilion, subsidi kepada rakyat hanya RM11 bilion. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan?” katanya yang juga ketua pembangkang di Parlimen, semalam.

Anwar turut mempertikai dasar penswastaan yang dilihat hanya memberi kepentingan kepada syarikat konsesi yang sedia kaya, sehingga kerajaan tidak berupaya untuk mengkaji dan membuat runding semula perjanjian yang termeterai.

“Kita tidak menentang penswastaan tapi perlu lihat kesan tarif dan kerugian kepada negara dan juga kepada Petronas ekoran keengganan kerajaan mengkaji dan runding semula dengan syarikat konsensi IPP. Sikap yang sama dilihat dalam isu air di Selangor,” kata beliau.

Dakwa beliau juga, kerajaan seolah-olah tidak mempunyai keupayaan untuk mengkaji dan mengadakan runding semula semua perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar mengkaji semula perjanjian dengan IPP dan juga syarikat konsesi air agar rakyat tidak terbeban dengan dasar penswastaan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut membidas P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) yang tidak memihak kepada pengundi Hulu Selangor kerana menyokong tindakan Syabas yang berhasrat menaikkan taraf air sebanyak 31 peratus.

Sebelum itu, usul memotong gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dikemukakan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor), namun tidak dipersetujui wakil Barisan Nasional.

1 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

28 November 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review

Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya. Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap.

Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai. Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,”Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua…”

Wan Khazim Wan Din, “Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing? (Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik? ”

Soalan ini biarpun dirasai “kasar” sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas. Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, “Kita jangan jadi…jadi apa? (balas Anjing!)

(more…)

20 November 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Ihsan Media Rakyat


20 November 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Tv Selangor

Pemimpin-pemimpin parti perlu berpendirian teguh memikul amanat rakyat dengan tidak berpaling tadah menghentam benteng demokrasi utuh perjuangan parti tegas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Anwar membidas sikap pengkhianatan individu yang bertalu-talu menyerang kepimpinan dan perlembagaan PKR dari dalam menggunakan media milik Umno-Barisan Nasional sebagai platform mengugat fokus keutamaan parti itu.

“Saya tidak boleh terima orang yang menyerang parti berulang kali guna media Umno dan hina sahabat perjuangan termasuk Syed Husin Ali,” tegas beliau.

Dalam ucapan Rapat Umum bersama negeri Selangor di Auditorium MBSA, Shah Alam, beliau tidak mahu memberi komen negatif, Datuk Zaid Ibrahim yang baru mengumumkan keluar parti menjadi subjek keraguan halatuju PKR justeru terus memberi tumpuan kepada prinsip menegakkan keadilan.

“Bukan kerja saya mahu ulas kenyataan Zaid tapi kerja saya hendak mengangkat PR.

“Saya tidak mahu dalam pertarungan ini, kita beri kata-kata kesat kepada beliau (Zaid). Biar sahaja,” kata beliau di hadapan lebih 2000 ahli PKR di negeri Selangor yang memenuhi auditorium itu.

Bertemakan ‘Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman’, Anwar mengakui beliau tidak pernah neutral dalam perjuangan parti dan turut optimis akan berjaya memperoleh keadilan di negara ini melalui rombakan sistem kerangka PKR.

Menyifatkan PKR bukan sebagai parti biasa, ketua pembangkang itu mengingatkan anggota bahawa kewujudan PKR merupakan rentetan kebangkitan golongan kelas bawahan yang menuntut perubahan dan bukan perjuangan untuk dirinya.

“Parti ini bukan parti politi biasa, ini parti kebangkitan rakyat. Saya berani kata, parti ini didukung kelas bawahan. Orang bawahan yang tertindas bangkit menuntut perubahan,” jelas beliau disambut tepukan gemuruh anggota-anggota yang hadir.

Anwar menyeru anggota-anggota PKR bersedia menghadapi perubahan sekiranya mahukan kematangan dan menyelamatkan parti.

(more…)

6 November 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh http://sakmongkol.blogspot.com

Saya tak faham sikap masabodo pemimpin UMNO. Hanya kerana kita menang di Batu Sapi dan Galas, maka ramai pemimpin sudah mengistiharkan UMNO dan BN sudah pulih. Para penganalis pula menyatakan perkara yang serupa. BN sedang mara dan parti pembangkang kian luntur. Sabar dulu tuan tuan. Jangan biarkan kesukaan mengatasi

reality.

Kita menang di Batu Sapi, punca nya mudah di cari. Jutaan Ringgit di belanjakan, banyak pengundi yang ada IC baru mengambil bahagian. Yang berlaku di Batu Sapi adalah direct opposite yang berlaku di Galas.

Apa yang kita celebrate di Batu Sapi? Kita pilih seorang calun balu kepada mendiang AP yang dulu. Kita tak boleh diskaun undi simpati kepada makcik ini. Orang Bajau pun ramai tidak keluar mengundi. Yang berIC baru datang ‘ bersyusun susyun’ mengundi BN. Projek demi projek di istiharkan. Duit entah banyak mana.

Yang menjulang si datin ini bila menang ialah puteri2 UMNO. Penyokong parti dia sendiri mana? Saya rasa orang UMNO tak malu menjulang seorang pemenang yang tidak tahu berbahasa Melayu. Dalam bab ini, pahlawan2 nasionalis bahasa membisu pulak.

(more…)

4 November 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

“Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan”

Pesan di atas merupakan terjemahan dari bait yang terkandung dalam adikaram keempat Thirukural, adikarya penyair besar Tamil, Tiruvalluvar. Karya tersebut adalah sebuah karya yang sarat dengan tunjuk ajar kebaikan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Gema dari bait-bait Thirukural kini semakin bermakna tatkala menjelangnya Deepavali.

Deepavali yang diraikan masyarakat India beragama Hindu merupakan suatu perayaan yang meraikan kemenangan Kebaikan mengalahkan kejahatan, kemenangan Keadilan menewaskan kezaliman. Walau bagaimanapun Kebaikan bukanlah hadir tanpa kita berusaha untuk meraihnya. Mendapatkannya adalah suatu perjuangan, berusaha memastikan Cahaya mengalahkan kegelapan. Buat semua yang merayakan Deepavali, saya ucapkan Deepavali Nal Valthukal.

ANWAR IBRAHIM

3 November 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah

Para pengundi sekalian wajar menggunakan kesempatan dalam pilihan raya kecil (PRK) esok untuk menjadi hakim yang adil dalam satu proses demokrasi.

Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru mereka agar hendaklah memilih untuk bersama dengan PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan yang lebih baik. (more…)