Author Archive

30 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam buat Rasul Junjungan, keluarga baginda, sahabat nya dan kepada seluruh yang mengikuti sunnahnya.

Mengikut ulama mazhab Shafi’i dan ulama tafsir sekaliannya hukum bagi qazaf zina juga terpakai bagi qazaf liwat sebagaimana yang termaktub dalam Surah al Nur.

Imam Malik dan Imam Ahmad juga berpendapat yang sama.

Pemfitnah dalam kes liwat juga dihukum sama dengan penfitnah dalam kes zina menurut Imam Malik dan Imam Shafii.

Para Ulama Shafii lainnya yang berpendapat sama:

1. Ibn Qudamah dalam “al Mughni” jilid: 10, mukasurat 209 Imam al Shafii berpendapat yang sama. Begitu juga al Hasan al Basri, al Nakha’i, al Zuhri, Malik, Abu Yusuf, dan Muhammad Ibn al Hasan.

2. Syarah al Zarqani dalam “Fath al Qadeer”, jilid 2, mukasurat 290, bersetuju dengan pendapat di atas.

3. Imam al Shawkani dalam “Syarah Fathul Qadeer” memperincikan ini (mukasurat 150 – 190).

(more…)

30 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam telah mengadakan satu sidang media berhubung laporan perubatan yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid terhadap Saiful Bukhari Azlan. Laporan itu jelas menunjukkan bahawa tuduhan yang dibuat merupakan satu fitnah jahat yang tidak berasas dan bermotifkan politik. Tuduhan itu bertujuan membunuh karakter Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berhasrat untuk menggagalkan aspirasi rakyat yang inginkan perubahan.

Kita sememangnya menjangka dan tidak terkejut akan ada satu tindak balas bagi menunjukkan Dr Mohamed Osman dan laporan yang didedahkan semalam tidak mempunyai wibawa. Petang ini Pusrawi telah mengeluarkan kenyataan lima perenggan menafikan bahawa seorang doktornya telah melakukan pemeriksaan terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan berhubung aduan liwat pada 28 Jun lalu. Kami merasa dukacita kerana Pusrawi turut diheret sama bagi mempertahankan pertuduhan fitnah tersebut.

Kami mengulangi kenyataan Datuk Seri Anwar yang berpandangan negara ini berada dalam kedudukan yang tenat dari aspek ekonomi dan sosial dan pentingnya untuk kita melangkah ke hadapan bersama bagi menjayakan agenda perubahan.

KAKITANGAN PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

30 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Jemapoh Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menuju ke Muasasah Darul Sharif di Jempol.

Kehadiran beliau dinanti ribuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar menjelaskan betapa pentingnya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan sesegera mungkin bagi memastikan rakyat seluruhnya terbela dan tidak lagi dibebani oleh pelbagai permasalahan yang muncul akibat ketidakcekapan kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Pertuduhan fitnah yang direka oleh mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah semata-mata untuk menggagalkan perubahan yang dicita oleh rakyat seluruhnya. Tambahan lagi rakyat sudah mual dan tidak mungkin mempercayai lagi institusi keselamatan setelah tersebarnya salinan laporan kesihatan yang menunjukkan tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar adalah tidak berasas.

Penguasa lupa bahawa mereka merancang, Tuhan juga merancang, Dan Tuhan adalah sebaik-baik Perancang.

Pejabat Anwar Ibrahim

26 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa buat keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas habis memberi syarahan agama beliau. Moga Allah memelihara Malaysia dan rakyatnya agar jauh dari segala bala bencana dan bahaya fitnah.

23 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

16 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Anwar Ibrahim ditahan 6Anwar Ibrahim 5Anwar Ditahan4anwar ditahan3Anwar ditahan2anwar ibrahim ditahan

14 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

On Saturday 12th July, AFTER our client has voluntarily agreed to present himself to IPK KL on Monday 14th July at 2 pm, the police in contravention of the voluntary agreement, went about harassing and intimidating his staff members and family members the next day, in attempting to serve an order under Sec 111 CPC. This was totally unnecessary given that we were all in an unconditional agreement, in advance, that our client will appear at IPK KL at 2pm today. Our client has duly protested the uncalled for behaviour of the police and have sent a letter indicating the same, to the police yesterday at 5 pm. Below is a copy of the same for your reference.

SANKARA NAIR
(Counsel for Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Statement to police

4 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Bersama cucu dan Azizah

Sebelah pagi nya jadual saya dipenuhi dengan beberapa urusan yang penting. Di antaranya saya diwawancarai oleh Malaysiakini dan The Sun. Kemudiannya sekitar jam 11.50 pagi, satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti telah berlangsung, yang mana saya mendedahkan bukti-bukti baru berkaitan Kes Altantuya.

Saya berharap media tempatan bersikap adil, bebas dan berani untuk melaporkan pendedahan ini! Lewat petang sempat saya meluangkan masa dengan Azizah dan cucu tersayang. Gembira bila ada sedikit peluang untuk bersama isteri dan cucu. Udara nyaman Bukit Segambut kembali menyegarkan saya. Rehat diperlukan agar membolehkan saya terus berjuang untuk Malaysia yang bebas dan adil.

ANWAR IBRAHIM

3 July 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

30 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Switch to our mobile site