Author Archive

3 September 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.

“Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara,” katanya.

Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.

Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh.

2 September 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

After getting off to a rocky start on Friday with his bus being attacked, opposition leader Anwar Ibrahim has reportedly been attacked during a talk at a mosque in Alor Setar, Kedah.

According to a flurry of tweets from PKR leaders, a group they allege to be right wing Malay rights group Perkasa members disrupted the event at Masjid Pumpong in the northern state capital.

“I just received information that Anwar Ibrahim has been attacked by Perkasa members at a tazkirah event…,” tweeted Kuantan MP Fuziah Salleh at around 8.50pm today.

“Perkasa member trying to storm the masjid to stop Anwar from tazkirah,” tweeted vice president Tian Chua.

“Anwar now safe at Imam’s house after the Perkasa assault,” reported vice-president N Surendran.

Yesterday, Anwar’s Jelajah Merdeka Rakyat bus was splashed with red paint and damaged while on its Kelantan leg.

1 September 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

31 August 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

KeadilanDaily

Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah ‘Merdeka Rakyat’.

“Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini  untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar,” katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.

“Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik,” kata Anwar.

Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang AsalN Suhaimi Said.

Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Jelajah ‘Merdeka Rakyat’ akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..

Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut.

29 August 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

KeadilanDaily

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyambut sambutan ambang merdeka dan menyampaikan pidato khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos ini.

Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

“Ia akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini.

Menurut Saifuddin, Penasihat Ekonomi Selangor itu bakal menyampaikan pidatonya pada jam 11.30 malam menjelang merdeka.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyambut sambutan kemerdekaan di Stadium Nasional Bukit Jalil anjuran Barisan Nasional, Saifuddin berkata, mereka tidak dijemput untuk ke majlis tersebut.

“Ketua Setiausaha (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dengan jelas tidak menjemput Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Bahkan tidak ada susunan kerusi untuk kita. Tapi kita boleh datang bersama rakyat di luar stadium,” ujarnya sinis.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementeriannya, Kamaruddin Siaraf berkata, orang ramai boleh menonton sambutan kemerdekaan menerusi layar di luar stadium kerana tempat duduk hanya dikhaskan untuk orang kenamaan, anggota parti komponen BN, penjawat awam, pelajar sekolah dan kumpulan khas yang terpilih.

Logo dan tema Pakatan diterima baik

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat dengan temanya ‘Senegara, Sebangsa, Sejiwa’ diterima baik oleh rakyat.

Malah katanya, kempen menggunakan logo tersebut kini giat dijalankan di negeri-negeri Pakatan iaitu di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

“Tema dan logo diterima baik, bahkan di negeri Pakatan Rakyat, pintu gerbang dinaikkan (logo) dengan begitu meriah. Di Selangor juga sudah dinaikkan semalam.

“Tidak ada apa-apa masalah. Kita menyatakan pendirian menolak tema dan logo Umno BN yang berbentuk partisan. Kita tampil dengan tema yang lebih berbentuk masyarakat dan sekarang tiba masanya untuk kita merayakannya,” jelas beliau.

28 August 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Akhbar berpengaruh United Kingdom The Guardian menamatkan kontrak dengan kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) Joshua Trevino ekoran kegagalannya mendedahkan hubungan dengan agensi yang menjalankan kerja-kerja media untuk kerajaan Malaysia,

Dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat, harian itu berkata tindakan itu diambil berdasarkan kod etika sidang redaksi yang digunakan mereka.

“Bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi itu harus didedahkan sebelum tulisannya disiarkan bagi memberi kejelasan penuh kepada pembaca,” kata Ketua Pengarang The Guardian AS Janine Gibson.

Trevino, yang berkhidmat untuk The Guardian AS awal bulan ini turut bertindak sebagai perunding untuk FBC Media – agensi yang diupah kerajaan Malaysia untuk menggilap imej negara di peringkat antarabangsa.

Menurut harian itu, Trevino bawah FBC Media mengendalikan laman web dikenali sebagai Malaysia Matters.

24 August 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

26 Ogos 2012 (Ahad)

1)    4.00 – 6.30 ptg – Rumah Terbuka Eidul Fitri KeADILan Perak

       Lokasi: Lot 930, Dataran Fun Fair, Jalan Simpang, Simpang, Taiping

2)    7.30 mlm –  Solat & Tazkirah Maghrib

       Lokasi: Surau Baru Tengah, Kuala Kurau

3)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

       Lokasi : Batu 8, Jln Parit Buntar, Bagan Serai

       Penceramah:

i.                    YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YBhg  Dr Mohd Nur Manuty

iii.                YB S Kesavan

iv.               YB Haji Ramli Tusin

v.                 YBhg Mustafa Kamil Ayub

vi.               YBhg Che Gu Bard    

16 August 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Anwar Ibrahim Club (AIC)

Bulan Ramadhan yang akan ditinggalkan ini pasti meninggalkan seribu kemanisan beribadah kepada diri kita. Semangat yang diperkuatkan dan diperkukuhkan sepanjang menghadapi dugaan Ramadhan ini pasti menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi cabaran dalam aspek kehidupan yang lain.

Sambutan Syawal kali ini pastilah sangat bermakna kepada mereka yang menghayati semangatnya. Syawal diraikan sebagai simbol kemenangan iman melawan nafsu serta menundukkan upaya keinginan untuk mengingkari segala apa yang diperintahkan. Syawal ini seharusnya telah menganjakkan diri manusia ke satu dimensi baru yang lebih baik, menonjolkan sisi perjuangan yang lebih memberi inspirasi.

Kita akan menghadapi satu pertembungan hebat yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja selepas ini. Pertembungan ini disebut-sebut sebagai satu pertembungan nilai, pemikiran , semangat serta keteguhan percaya antara yang benar dan yang batil. Inilah yang akan menjadi kayu ukur ke mana arah bangsa Malaysia akan berada untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Pertembungan ini akan menjadi titik tolak untuk membina negara dan bangsa yang lebih bermaruah dan dihormati. Keadaan sekarang, dimana kegemilangan telah pudar dan harapan adalah samar-samar adalah satu malapetaka yang dicipta pemerintah zalim yang tamak serta mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Anak muda harus mengadaptasi semangat Ramadhan dan Syawal untuk menempuh cabaran untuk mengembalikan maruah umat ini ke tempat yang selayaknya. Menjadi satu kerugian sekiranya kita melepaskan peluang terbaik ini untuk menjadi sebahagian catatan sejarah , sebagai generasi yang menggerakkan zaman ini ke hadapan. Bangkitkan keyakinan, serta istiqamah menuju ke gerbang kemenangan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah.

Fajar Syawal yang menjelang adalah satu waktu tepat untuk anak muda berubah, dan bangkit bersama -sama berganding bahu. Rapatkan jurang perkauman, hidup dalam satu makna bangsa, negara dan jiwa. Kesepaduan yang jitu bakal memberi impak berlainan dan menjanjikan kegemilangan baru. Kehidupan lalu jadikan satu hagemoni yang memberi pengajaran, agar generasi anak muda nantinya tidak akan mengulangi khilaf yang sama.

Anak muda harus buka mata melihat sekeliling, memandang lebih jauh dan mendalami penderitaan bahawa bangsa ini telah kehilangan maruahnya sebagai sebuah bangsa yang bebas. Segala bentuk penindasan yang direkayasa secara halus, perlahan-lahan telah mengikat kaki dan tangan kita untuk hidup megah.

Malangnya masih wujud sebahagian yang berpuas hati serta menyerah dengan kehidupan yang dilalui, tanpa menyedari bahawa yang diambil lebih banyak dari apa yang dinikmati serta tidak berpeluang berada pada tahap kehidupan yang lebih menjanjikan kedamaian.

Justeru, saya mewakili Kelab Anwar Ibrahim ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat sekalian anak mua yang meraikan, serta mereka yang menerima tempias semangatnya. Pastikan Syawal ini akan menjadi saksi, kelahiran semangat baru, yang menjanjikan kemenangan paling manis dalam kehidupan yang pasti ditinta dalam lipatan sejarah yang akan dibaca berulang-ulang oleh pemberani zaman akan datang.

Salam Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC MALAYSIA

16 August 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

#BorakAnwar
Tarikh: Jumaat, 17 Ogos 2012
Masa: 10.30pm


13 August 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

10 August 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Merdeka Rakyat
12 Ogos 2012 (Ahad)

1) 2.00 – 5.00 ptg – Perisytiharan YB Senator Datuk Maijul Mahap
Lokasi: Kediaman YB Senator Datuk Maijul Mahap
Kg. Kokobuan, Goshen, Kota Marudu
Penceramah :
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato’ Seri Panglima Lajim Ukin
iii. YB Senator Datuk Maijul Mahap
iv. YB Saifuddin Nasution
v. YB Tian Chua
vi. YBhg Ahmad Thamrin Jaini

2) 6.30 ptg – Iftar / Maghrib / Tazkirah / Isya’ / Tarawikh
Lokasi: Masjid Kampong Kulambai, Kota Belud

3) 8.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat
Lokasi: Restoran Suang Suka, Kg Kulambai, Kota Belud
Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato’ Seri Panglima Lajim Ukin
iii. YB Senator Datuk Maijul Mahap
iv. YB Saifuddin Nasution
v. YB Tian Chua
vi. YBhg Ahmad Thamrin Jaini

9 August 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

KeadilanDaily

Persetujuan bersama semua negeri Pakatan Rakyat menggunakan tema dan logo Hari Kemerdekaan yang sama melambangkan keterbukaan Pembangkang dalam membuat keputusan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walaupun berbeza pendapat, tetapi setelah kata sepakat dicapai, mereka kembali bersatu demi kepentingan rakyat. Ia membuktikan sikap keterbukaan dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini mengulas keputusan tiga negeri Pakatan yang sebelum ini mahu menggunakan tema Kemerdekaan masing-masing.

“Setelah perbincangan oleh pimpinan tertinggi Pakatan, keempat-empat negeri kini bersetuju menggunakan logo serta tema yang sama,” kata Anwar.

Beliau sebelum itu melancarkan logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat bagi menggantikan logo yang ditetapkan kerajaan Umno BN.

Logo ciptaan Ilusenidesign.com itu dipilih untuk digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

1 Ogos lalu, Pakatan Rakyat memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan Umno BN.

Tema tersebut dipilih oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat.

Tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ diilhamkan Alhaimi Adam, merangkumi tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.

Switch to our mobile site