Author Archive for Anwar Ibrahim

12
Aug

Muhyiddin Akan Jadi Batu Api Sampai PRU 13

Dari Harakah
Oleh Dzulfikar Mashoor

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tetap menjadi batu api dengan memanipulasi kenyataannya serta kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kelak.

Menurut beliau, dengan menjadi bati api membolehkan Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri berusaha mengelirukan orang-orang Melayu supaya Umno BN tidak tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

“Dulu dia (Muhyiddin) laga-lagakan Presiden PASdengan Tony Phua, sekarang dia laga-lagakan saya dengan Ustaz Hadi.

“Selepas ini, tentu dia akan tetap laga-lagakan yang lain sebab dia ini batu api, batu api memang begitu untuk selamatkan Umno pada PRU13 nanti,” ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily. Continue reading ‘Muhyiddin Akan Jadi Batu Api Sampai PRU 13′

11
Aug

Press Release: Malaysian Bar calls for Royal Commission of Enquiry

The Malaysian Bar is disappointed that the Attorney-General’s Chambers has withheld a crucial document from the Coroner’s Court in the Teoh Beng Hock inquest. The suppression of evidence, particularly in such a high profile matter, is disturbing, regardless of the reason. This action is indicative of a serious lapse of judgment and undermines the proceedings of the inquest.

It is a fundamental tenet of the criminal justice system that all evidence must be disclosed, and made accessible to all parties, including evidence that is detrimental to the prosecution’s case. Prior to the commencement of the inquest, the prosecution ought to have furnished to the defence and the Court all documents that are relevant and necessary for the Coroner to determine the cause of death based on all facts and evidence before the Court. The principle of disclosure is aimed at ensuring that justice is served in all cases. Continue reading ‘Press Release: Malaysian Bar calls for Royal Commission of Enquiry’

10
Aug

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem

Tibalah bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan umat Islam. Moga amalan ibadah puasa disempurnakan sebaiknya hingga meningkat kederajat taqwa . Kesempatan dan kerahmatan yag hadir bersama Ramadhan memberi ruang untuk dimanfaatkan oleh umat Islam mendekatkan diri kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa..”

Ibadah puasa memupuk pendidikan jiwa dan ruhani, membuatkan kita bermuhasabah betapa ibadah ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ibadah di bulan Ramadhan menuntut kita untuk peka dengan lingkungan, menginsafi kekurangan diri dan masyarakat sekaligus membangkitkan hasrat melakukan kebaikan serta memperkukuh usaha menghilangkan kemudaratan. Menjalani tarbiyyah dan tazkiyyah sepanjang madrasah Ramadhan menemukan kita dengan dua medan; medan perjuangan dalam diri serta lingkungan. Inshaallah dengan rahmat serta kasih Allah SWT, kita akan terus beristiqamah berusaha menjalani ibadah puasa ini agar tercerna serta terpancar akhlak dan sahsiah yang terpuji.

Ramadhan kareem.
ANWAR IBRAHIM

09
Aug

Kenyataan Anwar Berdasarkan Fakta, Kata Karpal

Dari Malaysiakini

Peguam Karpal Singh menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam affidavit terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah Azlina Latif – bahawa mereka berdua mempunyai hubungan intim dan maklumat penting telah bertukar tangan – bukanlah satu tuduhan semata-mata, tetapi merupakan fakta.

Katanya, Anwar telah memperolehi maklumat tersebut (mengenai hubungan intim tersebut dan kebocoran dokumen dan maklumat) dari sumber yang boleh dipercayai.

Oleh itu, tegasnya lagi, kenyataan dalam afidavit tersebut adalah kenyataan fakta.

Ianya bukannya hanya cakap-cakap tetapi satu fakta yang belum dibantah dalam dua afidavit balas, tegas Karpal.

Kedua-dua afidavit tersebut, yang dikemukakan oleh DPP Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai menyiasat Jude Blacious Pereira, menyangkal sebarang pengetahuan mengenai hubungan intim Saiful dan Farah dan juga menafikan dakwaan bahawa Farah dan Saiful tahu mengenai kertas siasatan dan dokumen-dokumen lain.

Karpal memohon kepada mahkamah dan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk menggunakan kuasanya memanggil Saiful dan Farah sebagai saksi.

Oleh itu, beliau memohon hakim mendapatkan kebenaran bagi mencapaikan keputusan yang adil.

Dan ianya, sambung Karpal lagi, hanya boleh diperolehi dengan memanggil Farah dan Saiful sebagai saksi untuk mengetahui kebenarannya.

Oleh itu, tegas Karpal, bagaimanakah kebenaran boleh diketahui sekiranya kedua-dua mereka tidak dipanggil sebagai saksi.

03
Aug

Anwar Buat Laporan Polis, Teliti Undang-Undang Syariah

Dari TV Selangor
Oleh Zeanaaima Mohd Yusof

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis bagi menggesa polis menjalankan siasatan sama ada seorang daripada pasukan pendakwaan, Farah Azlina Latif menyalah guna kuasa yang menjejaskan perbicaraan kes.

Beliau bimbang, besar kemungkinan Saiful Bukhari Azlan menerima akses kepada maklumat sulit berkaitan perbicaraan kes konspirasi terhadapnya, meliputi keterangan saksi lain mahupun keterangan beliau sendiri.

Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik sahaja perbicaraan ditangguh kira-kira jam 11 pagi.

Dalam laporan itu, Anwar menggesa polis menyegerakan siasatan terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful yang didakwa menyalahi Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Saya buat laporan polis menegaskan isu yang sama dokumen keterangan saksi dan semua keterangan rahsia saya percaya telah disampaikan kepada Saiful. Ini mencemarkan kedudukan pendakwaan.

Sebab itu peguam kemuka permohonan untuk menggugurkan pertuduhan yang dianggap tidak ikut takrif kebebasan dan pendakwaan yang telus. Saya telah bagi keterangan pada polis supaya segerakan siasatan,” katanya.

Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sedang meneliti kemungkinan untuk mengheret Saiful mengikut akta undang- undang syariah lantaran hubungan sulit mereka.

“Peguam syariah, Kamar Ainiah sedang teliti,” kata beliau.

02
Aug

Sodomy II Trial: ‘Saiful-DPP Affair’ Tops Agenda

From Malaysia Today

The prosecution and defence teams are expected to lock horns over the star witness when Opposition Leader Anwar Ibrahim’s sodomy trial resumes tomorrow.

The defence wants Mohd Saiful Bukhari Azlan to be recalled to the stand to answer the allegation of his sexual relationship with deputy public prosecutor Farah Azlina Latif.

FMT learnt that the defence team had written to Solicitor-General II Mohamed Yusof last week asking that Saiful be called in again. However, there has been no response. Continue reading ‘Sodomy II Trial: ‘Saiful-DPP Affair’ Tops Agenda’

02
Aug

Polis Perlu Jaga Keselamatan Negara, Bukan Umno

Dari Harakah

PAS berharap polis menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno dan bertindaklah secara profesional dengan memberikan keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan Umno BN.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan pihaknya membantah sikap primitif dan tidak bertamadun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini. Continue reading ‘Polis Perlu Jaga Keselamatan Negara, Bukan Umno’

08
Jul

Cubaan Merompak Petronas Perlu Diawasi Dan Ditentang

7hb Julai 2010

YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Bangunan Parlimen
50680 Kuala Lumpur 

Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, Anwar Bin Ibrahim (Permatang Pauh) mohon mencadangkan:

“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan laporan semasa prestasi kewangan dan operasi PETRONAS berikutan penurunan perolehan sebanyak 18.1% kepada RM216.4 bilion dan penurunan keuntungan sebanyak 23.2% kepada RM40.3 bilion yang mempunyai kesan yang besar kepada negara.”

Yang Di-Pertua,

Pada 1 Julai 2010 PETRONAS mengumumkan laporan prestasi kewangan dan operasinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010. Laporan tersebut menunjukkan penurunan perolehan dan keuntungan yang mempunyai kesan kepada kedudukan kewangan negara.

PETRONAS merupakan penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan. Namun, akibat daripada kegagalan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional bagi menjana ekonomi, saban tahun PETRONAS dibebankan dengan tanggungjawab menanggung perbelanjaan boros kerajaan.

Disebalik janji kerajaan untuk mengambil langkah mengurangkan kebergantungan kepada hasil PETRONAS untuk membiayai perbelanjaan negara, kerajaan menuntut bayaran dividen dikekalkan pada RM30 bilion. Akibatnya, PETRONAS terpaksa membayar sejumlah RM70.9 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2009, sedangkan keuntungannya bagi tempoh setahun berakhir 31 Mac 2010 hanyalah RM40.3 bilion. Ini meneruskan pola pembayaran yang terlampau tinggi yang dikenakan kepada PETRONAS, sehinggakan ia terpaksa memulangkan 85.6% dari keuntungannya bagi tahun berakhir 31 Mac 2010 sebagai bayaran kepada kerajaan. Ini mempunyai kesan buruk kepada ekonomi negara dan kedudukan PETRONAS.

Pengumuman kepimpinan baru PETRONAS bahawa strategi pelaburannya akan ditukar untuk menumpukan perhatian kepada pelaburan huluan dalam negara menimbulkan banyak tanda tanya. Perkiraan mendadak untuk mengalihkan perbelanjaan kapital dan kos operasi PETRONAS ke dalam negara untuk membangunkan rezab-rezab marginal dilihat sebagai percubaan untuk merompak dana PETRONAS melalui cara baru.

Kaedah menekan PETRONAS membayar dividen yang terlampau tinggi sudah tidak memadai untuk menanggung ketamakan pihak yang berkepentingan, maka PETRONAS dipaksa mengubah strateginya agar lebih banyak projek dalam negara dilaksanakan yang memungkinkan campur tangan politik.

Mutakhir ini, ada tanda-tanda cubaan untuk menyelewengkan sumber kewangan PETRONAS. Jika selama ini rakyat terpaksa menanggung beban subsidi gas kepada penjana bebas (IPP) yang hanya menguntungkan temolok kroni sahaja, kini ada langkauan baru untuk merompak PETRONAS dengan lebih tersusun. Campur tangan dan cubaaan penyelewengan ini perlu diawasi dan ditentangi dengan sehebatnya.

Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.
.
Sekian.

Yang benar,

ANWAR BIN IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

07
Jul

Bala, Raja Petra Ada ‘Kunci Peti Rahsia’ Kabinet Najib?

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai ‘anak kunci peti rahsia’ kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang ‘kunci peti rahsia’ tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara,” jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.

Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai. Continue reading ‘Bala, Raja Petra Ada ‘Kunci Peti Rahsia’ Kabinet Najib?’

27
Apr

‘Put Teen Killer Cops Behind Bars, Not Desks’

From Malaysia Today
By FMT Staff

The Human Rights Party wants the policemen involved in the shooting of a 15-year-old teenager to be accorded the same treatment as other suspects in a murder probe.

“They should be arrested and remanded pending investigation,” said HRP pro-tem secretary-general P Uthayakumar. Continue reading ‘‘Put Teen Killer Cops Behind Bars, Not Desks’’

22
Apr

Campurtangan Politik: Penerbit ntv7 Letak Jawatan

Dari Malaysia Kini
Oleh Regina Lee

Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.

Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin ‘Editor’s Time’, berkata ‘larangan yang tidak munasabah’ dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini. Continue reading ‘Campurtangan Politik: Penerbit ntv7 Letak Jawatan’

21
Apr

Aturcara Kempen Pilihanraya Kecil H.Selangor,22-23 April 2010

22 April 2010,Khamis

Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Tiong Hua

8.30Mlm

Dewan Orang Ramai Kg.Gurney,
Ulu Yam,
Dun Batang Kali

Ceramah I

9.00-12.00mlm

Taman Teratai
Kuala Kubu Baru

Penceramah:

Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Husam Musa
YB Yaakob Sapari
YB Sivarasa
Ybhg Sdr.Syed Shahir
Dato Zaid Ibrahim
——– Continue reading ‘Aturcara Kempen Pilihanraya Kecil H.Selangor,22-23 April 2010′




tunfaisal: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
13 minutes ago
tommydiansyah: RT @anwaribrahim: Waras.Jgn hukum rakyat! @HeditiaDamanik: Kenapa nolak mahsswa msia kuliah di Indonesia. Padahal banyak mahsswa indonesia d
18 minutes ago
tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
20 minutes ago
khayrulumam: Reformasilah RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini kejayaan perjuang2 reformasi
25 minutes ago
tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipenjara rezim zalim Mahathir: tarikh ini menandakan kejayaan perjuang2 reformasi & kuasa rakyat!
31 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930