KENYATAAN MEDIA: Parti Keadilan menolak tawaran masa media tidak ikhlas Umno

26 March 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Parti Keadilan ingin menyatakan di sini pendirian menolak tawaran masa media sepuluh minit yang diberikan kepada kami oleh RTM.

Tawaran ini adalah satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi. Peranan media dalam sistem demokrasi ialah untuk memberi liputan dan laporan berita yang objektif, adil dan saksama. Adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan UMNO ke atas rakyat.

Tawaran masa media 10 minit ini adalah suatu penghinaan terhadap kepintaran rakyat.

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Pendapat Anda

Switch to our mobile site