[KENYATAAN MEDIA] Mengecam Penghinaan Terbaru Terhadap Rasulullah SAW

3 January 2013

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terbaru terhadap Nabi Muhammad SAW dengan melakar kisah kehidupannya dalam sebuah majalah satira yang diterbitkan di Perancis baru-baru ini. Karya tersebut, yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi umat Islam serta cuba untuk membangkitkan kekacauan sewajarnya ditarik semula dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Islam melarang sama sekali menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam apa jua cara, melainkan seperti yang telah digambarkan dalam Al Quran. Sewajarnya diletakkan suatu batas yang membedakan di antara penghinaan dan penyelewengan agama dengan kebebasan bersuara dan hak untuk berkarya.

Kerajaan Perancis perlu bertanggungjawab dengan bertindak terhadap mereka yang sengaja mencetuskan provokasi ini dengan kadar segera. Hak kebebasan berkarya bukan alasan untuk disalahguna oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site