Arkib Tahun 2012

3 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puas hati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikaikan rakyat. UMNO terburu – buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita cita mereka adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato’ Seri Anwar tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakamkan oleh sejarah, Dato’ Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.

Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama – sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta.  Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI ditohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato’ Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walau apapun keputusan pada 9hb Januari nanti, pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu “evolutionary process,” dan bukannya suatu “revolutionary process.”

Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggunggjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.

Justeru saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Piliharaya Umum    ke 13. Kemenangan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.

Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato’ Seri Anwar pada hari tersebut, 9hb Januari 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

——————————————————————————— (more…)

3 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa. Kita difahamkan mahasiswa terbabit sekadar menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut agar kerajaan memansuhkannya dengan kadar segera. 

Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar warkannya. Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat. Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omongan kosong. 

Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negerimemohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

2 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 2hb. Januari 2012
 
 
SIDANG MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
 
Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
 
Sidang media ini akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh      :  3hb. Januari 2012 (Selasa)
Masa        :  4:30 petang
Tempat      :  Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat PKR, Merchant Square
            Petaling Jaya

 
Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

2 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

I refer to blogger Raja Petra Kamaruddin’s interview in which he discusses ‘ gay Prime Ministers’ in relation to the sodomy trial of federal Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. He also says he is ’90 per cent sure’ that the person in the notorious ‘Datuk T’ sex video is Anwar Ibrahim. I do not wish to speculate as to RPK’s motives in making such statements. However I do say that his statements, insinuations and innuendoes are unfair,untrue, unsupported by any believable evidence and plainly libellous. For some reason, RPK ignores the fact that the entire sodomy case is a transparent fabrication by Umno/BN with the connivance and cooperation of the police force and the Attorney General’s office. RPK’s insinuations are thus based upon a malicious conspiracy which is widely disbelieved throughout this country and abroad. Anwar’s trial has made a mockery of justice, and fair and accepted legal procedures; and it has been condemned as such by civil and political leaders as well as rights bodies worldwide. The failure to disclose material evidence critical to the defence; the serious flaws in the way forensic samples were obtained,stored and analyzed; the unusual and legally unsound pre-judgement of the case by Judge Zabidin at the end of prosecution case; the extraordinary meeting between the complainant and the Prime Minister, and the PM’s lying explanation for it, are but some of the proofs of a wide-ranging conspiracy behind the Sodomy II case. Upon this shaky ground, RPK builds a ramshackle tower of vague suppositions and wild innuendoes.
 
As for the sex video, it was concocted out of desperation by UMNO-linked conspirators as a result of Sodomy II’s failure to turn the rakyat against Anwar Ibrahim and Pakatan Rakyat. A key figure in the shameful sex video fiasco is the former UMNO Vice-President and Chief Minister of Melaka, Rahim Thamby Chik who was forced to resign over a sex scandal involving a minor. Tens of thousands of copies of the pornographic video were freely distributed all over the country, while the police sat by and took no action against the porn-peddlers. When after months of public pressure, the Datuk T trio were charged for a minor offence, the A-G’s chambers took advantage of the proceedings to slander and attack the reputation of Anwar Ibrahim. Has RPK forgotten UMNO’s long, disgraceful and criminal history of abusing the police, prosecution and judiciary in order to silence or neutralize key opposition figures? Further, he provides not the slightest basis or evidence for his extraordinary claim that he is ’90 %’ certain that it is Anwar in the sex video.
 
It is extremely fortunate that the people of this country have not fallen for these UMNO-inspired plots, which are simply underhand and criminal attempts to halt the reform movement and Pakatan Rakyat’s march to federal power. UMNO must engage in democratic politics by debate and discussion, and stop using dirty and dishonest means to try to bring down Anwar and Pakatan Rakyat.
 
Issued by,
N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

1 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di depan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi.  Pengerusi Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) saudara Safwan Anang dilaporkan masih lagi terlantar di Hospital Slim River, Perak akibat patah tulang rusuk kesan dari tindakan ganas pihak polis. Rakaman video insiden tersebut yang kini telah dimuatnaik di beberapa laman sosial di internet juga jelas menunjukkan bahawa pihak polis telah bertindak keterlaluan tatkala meleraikan demonstrasi aman tersebut.
 
AMK menyifatkan peristiwa ini sebagai suatu tragedi hitam dalam sejarah gerakan kebebasan akademik dan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap mahasiswa. Apakah layak bagi sekumpulan mahasiswa yang berhimpun bagi tujuan menuntut kebebasan akademik dilayan dan diperlakukan sedemikian zalim oleh pihak berkuasa? Insiden ini jelas menzahirkan bahawa pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak tidak serius dalam usaha meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan ianya tidak lebih sekadar gimik politik murahan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
 
Apa yang berlaku semalam membuktikan bahawa pendekatan pentadbiran Dato’ Sri Najib kini semakin mirip kepada kaedah otokratik yang diamalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini jelas bertentangan dengan janji beliau sendiri kononnya untuk menjadi pemimpin yang mendengar suara rakyat dan mesra anak muda. Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim dengan menindas anak muda dan mahasiswa. Peristiwa yang berlaku awal pagi tahun baru 2012 ini secara tersirat menandakan bermulanya kejatuhan rejim UMNO-Barisan Nasional.
 
Justeru, AMK menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden keganasan ini dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan. Kami juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka. AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis.
 
 
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN

1 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

“BEBASKAN ANWAR IBRAHIM”

a)          Selasa 3 Januari 2012 – Johor
 
 9.00 mlm – Ledang –  Jln Serom Panggong, Serom 3, Ledang
11.00 mlm – Muar – Parit Samsu, Jln Temenggong Ahmad,  Muar
 
b) Rabu 4 Januari 2012 – Negeri Sembilan & Melaka
 
 9.00 mlm – Seremban – Pejabat PKR N9, Jalan Rahang, Seremban, N9
11.00 mlm – Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Parlimen Bukit Katil, Melaka
 
c) Khamis 5 Januari 2012 – Kelantan
 
7.00 mlm – Ketereh – Pondok Padang Kala, Melor
10.00 mlm – Macang – Padang Majlis Daerah Macang
 
d) Jumaat 6 Januari 2012 – Lembah Pantai & Kelana Jaya
 
9.00 mlm –  Lembah Pantai – Dewan Gasing Indah, Seksyen 5, PJ
11.00 mlm – Kelana Jaya – Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
 
e) Sabtu 7 Januari 2012 – Pulau Pinang, Pahang & Terengganu
 
7.00 pagi – Permatang Pauh – Madrasah An Nahdoh, Kubang Semang
3.30 ptg – Indera Mahkota – Markas PAS, Kampong Balok, Kuantan
9.00 mlm – Kuala Terengganu – Pejabat PKR Kuala Terengganu, Gong Kapas
11.00 mlm – Hulu Terengganu – Kampong Gaung, Kuala Berang
 
f) Ahad 8 Januari 2012 – Kediaman DSAI, Kg Baru & Kg Pandan
 
7.00 ptg – Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Bukit Segambut
9.00 mlm – Kampong Baru – Padang Kelab Sultan Sulaiman
11.00 mlm – Pandan – Dewan Orang Ramai Kg Pandan, Jalan H, Kg Pandan.
 
g) Isnin 9 Januari 2012 – BEBASKAN ANWAR IBRAHIM
 
8.00 pagi – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – Jalan Duta

1 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Keadilan Daily

KEADILAN mengecam perbuatan ganas polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

“Tindakan ini jauh berbeza ketika perarakan mahasiswa ke PWTC. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa makna,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media, pagi ini.

Justeru, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil memberi penjelasan,
Nik Nazmi turut mendedahkan, pengamal media yang bertugas melaporkan kejadian tersebut turut dikasari pihak berkuasa.

“Mahasiswa mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media turut dipukul polis,” katanya.

Dalam pada itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula menyifatkan tindakan ganas di ambang sambutan tahun baru meletakkan Malaysia sebagai negara polis yang takut  dengan gerakan mahasiswa.

“Ini sungguh memalukan. Pemerintah mengerahkan polis untuk melindungi kepincangan mereka dalam mengendali AUKU,
“AMK akan terus bersama aktivis mahasiswa. Inilah yang ditakuti Umno BN, apabila anak muda sudah berani menggerakkan zaman.

“AMK menyokong penuh mahasiswa mempertahankan prinsip yang mahukan kebebasan akademik tanpa sebarang sekatan dan campur tangan politik kotor kerajaan yang memerintah,” kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi.

Lebih mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato sebelum polis mencetuskan keganasan.

1 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Harakah

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyelar tindakan Umno Barisan Nasional dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis bagi membantah ‘Kempen Bebas Anwar 901′ dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily menjelaskan penangkapan yang berlaku di Kelantan semalam ekoran mengedarkan risalah berkaitan dengan kempen tersebut juga menunjukkan kerajaan serta pihak polis tidak pernah berlaku adil serta bertindak di luar prinsip demokrasi.

“Saya melihat tidak ada satu kesalahan langsung di dalam kempen tersebut, yang mana bagi saya ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh rakyat bagi menuntut perbicaraan yang adil kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika Anwar telah diberikan keadilan yang sewajarnya di mahkamah maka kempen tersebut sudah tentu tidak akan berlaku, tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya dan atas tidak mendapat ketidak adilan itulah rakyat bangkit melakukan kempen,” jelasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesabaran rakyat dalam campur tangan kerajaan dalam soal perundangan terutamanya kes Anwar sebenarnya sudah berada pada tahap yang tidak boleh dibendung lagi.

Malah beliau memberitahu, jika sesuatu perkara yang dituntut terutama prinsip perbicaraan yang adil di mahkamah tidak diatasi dengan sewajarnya, maka tindakan itulah cara terbaik yang dilakukan oleh mereka dengan hasrat kerajaan akan membuka mata bahawa kerajaan perlu akur dengan tuntutan rakyat.

“Rakyat sudah mula muak dengan permainan yang dilakukan oleh kerajaan terutama dalam isu fitnah Anwar, cara terbaik adalah melakukan kempen agar kerajaan membuka mata dan dengar hasrat mereka.

“Kerajaan harus memberi ruang kepada rakyat untuk menyatakan hasrat mereka bukannya menghalang kebebasan bersuara mereka, malah menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kempen tersebut juga satu yang tidak sewajarnya.

“Pihak Polis boleh memantau tetapi tidak menggunakan kekerasan dan kita juga tidak mahu perkara yang sebaliknya berlaku jika polis bertindak diluar batasan kemanusiaan,” jelasnya lagi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan kempen tersebut sebagai menghina keputusan mahkamah, beliau mempersoalkan di mana tindakan tersebut dilihat menghina mahkamah.

“Kuasa keputusan adalah hak mahkamah, apa yang dilakukan adalah sebagai kempen bebas Anwar bukan memcaci keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

“Kempen desakan perlu dilakukan dan ia sebagai isyarat bahawa kita mahukan pengadilan mahkamah kali ini berlaku dengan adil tanpa campur tangan pihak tertentu,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, secara simboliknya kempen itu bertujuan agar mahkamah yang akan memutuskan keputusan pada 9 Januari nanti dilakukan atas keadilan yang telus bukan dorongan mahupun desakan oleh pihak tertentu.

Sebelum itu sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’.

Laporan dibuat oleh Umno dan beberapa parti komponen Barisan Nasional dan juga Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat.

Switch to our mobile site