Perutusan Hari Natal dan Tahun Baru 2013

24 December 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat Kristian di Malaysia! Moga musim perayaan ini membawa keharmonian, kebahagiaan dan harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Natal adalah masa untuk bersama keluarga dan masa bersama dengan orang yang tersayang. Marilah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita ada dan tidak dilupakan juga kepada yang kurang bernasib baik.

Masyarakat Kristian memainkan peranan penting dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama dalam negara kita. Hubungan antara masyarakat Kristian dan kerajaan seharusnya dibina atas kepercayaan dan semangat kerjasama, dan kebebasan fundamental mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan wajib dihormati dan dilindungi. Ini adalah perkara yang sangat esential untuk Malaysia bergerak maju bersatu demi keharmonian dan kesejahteraan. Negara tidak tampak hebat dengan masyarakat yang tidak bersatu.

Sempena dengan kehadiran musim perayaan ini, saya ingin ulangi bahawa kegembiraan, kestabilan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia harus menjadi batu pengukur kepada kekuatan negara bangsa ini dan kemampuan untuk mengharungi cabaran di hadapan. Marilah kita bersatu di bawah panji keamanan, kebebasan, reformasi dan keadilan untuk semua.

Saya bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat bekerja keras bertahun-tahun untuk memastikan komitmen kami bahawa Malaysia ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia. Dalam semangat itu, kami ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh masyarakat Kristian di Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site