Archive for February 9th, 2012

9 February 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

HarakahDaily
Oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat

Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.

Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.

Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.

Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.

Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.

Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.

Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.

Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah.

Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT.

9 February 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan.

Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung
pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.

Isu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.

“Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih
lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja,” katanya.

Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.

“NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.

“Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati,” katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.

Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.

“Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak… masuk akal dengan syarikat seperti itu,” katanya.

Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

“Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa
dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya.”

Katanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.

“Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil… kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa,” katanya.