Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.“
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL
DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:
“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
ANWAR IBRAHIM
—-
I was interviewed by the Wall Street Journal on Thursday, 26th January 2011. Among the questions posed to me was concerning foreign policy and the Palestinian issue. I was firm in stating that the wishes and rights of the Palestinian people must be protected and that includes the right to form a independent and sovereign state of their own, and not to be continuously oppressed. I also posited that if these conditions are to be must be fulfilled, then by the same logic, the rights if the Israelis should also be respected. My full response to this matter is reproduced below:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”
My position is clearly in line with that of the principles of struggle of the People’s Justice Party which values highly the Principle of Universal Justice and strongly defend the rights of the oppressed. In addition, my view runs concurrent with that of Resolution 1397 of the United Nations Security Council and the Arab Peace Initiative which promotes the Two-State Solution. What more, the same principle of the Two-State Solution approach had been addressed by the Hon. Foreign Minister at the General Debate Of The 66th Session Of The United Nations Assembly on 27th September 2011 in New York. He mentioned:
“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties.” (Israel and Palestine)
It is clear from the Foreign Minister’s statement that Malaysia adopted a policy of respecting both the rights of the Palestinians and Israelis to enjoy peace and security. However, this condition shall largely depends on the prerequisite that the rights of the Palestinians are not violated. Hence, I would like to sternly warn any distractor who wishes to twist and turn my statement and henceforth spread lies that I have turned my back on the aspirations of the Palestinians. The principle of the People’s Justice Party is very clear in defending whose rights have been denied and oppressed. Our commitment to uphold justice has never faded, in fact it is always renewed and strengthened.
ANWAR IBRAHIM









Harap baik penyokong PR or BN akan sebarkan penjelasan ini juga dlm bentuk sms, bbm, whatapps, FB, twitter…. Dengar both side of the story baru adil….
Reply
DSAI maaf yea tumpang tanya, sanggupkah kita menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israil jika Israil memenuhi aspirasi rakyat Palastin, setelah segala bentuk kekejaman yang mereka buat sekama ini kepada penduduk Palastin khasnya dan dunia Islam amnya?
Reply
umat islam seteruk2 umat islam,hatta kaki botol sekalipon,akan bangun dengan parang menentang penghinaan terhadap islam,umat….saya kira sedara nuat perlu jelas aspirasi umat kebanyakan….pmbacul tidak layak memimpin barisan….kami mahu pimpinan cerdik,bkan saja cerdik tapi mesti berani….kami mahu pemimpin serupa pimpinan ikhwanul muslimin,tegas….saya kira tuan xperlu berkelakuan mahu mngmbil hati musuh yang dilaknat tersebut…mungkin tuan terlalu bercita tinggi ,,,,terlalu yakin untuk menang…sbb tu sudah merangka cara yang tidak mnyebabkan pndgan buruk israel pada tuan kalau tuan berjaya jd p.m march nanti..???….pakatan rakyat perlu menang untuk merubah nasib rakyat…sekalipon entiti yahudi kalah di permatang pauh…..ungkapan yang boleh menaikkan darah umat islam xpatut keluar dari lidah bekas
Abim saya kira….ya ini bukan fitnah…ini ungkapan yang terang bersifat adil dari peminpin keadilan ,yang tidak mngambil kira keselamatan palestinian yang sentiasa ditindas….hak yang selama ini mnindas rakyat palestin….perlukah bersikap adil dengan pengkhianat janji??….keterangan tuhanmu tidak pernah berbohong mengenai sifat yahudi anuat…..jgn cintakan dunia lebih dari akhirat…jadilah abu bakar… jadilah umar…
Reply
Baharuddin Reply:
January 30th, 2012 at 9:21 am
jgnlah terikut2 rentak musoh2 DSAI, en danial….saya yakin DSAI memiliki 4 ciri2 sifat wajib rasulullah iaitu AMANAH, BENAR, BIJAKSANA, dan TABLIQ!
Tak betullah kalau sdr kata,”….pakatan rakyat perlu menang untuk merubah nasib rakyat…sekalipon entiti yahudi kalah di permatang pauh…..”.Ayuh, kita berdoa dan berusaha kuat sebilang masa agar DSAI akan jadi PM ke7.
Reply
pemimpin islam yang pengecut….takutkan mati…lebih suka mngatakan untuk keselamatan israel,bahkan apakah selama ini israel yang dizalimi?apakah Allah zalim kerana melaknat bangsa bani israel??…saya kira selama ini rakyat palestin,masjidil aqsa xperlu kepada jaminan keselamatan kiranya…bahkan saya rasa tuan benarkan fitnah yahudi bahawa kanak2 ,perempuan palestin itu pengganas….enak amat kita dilabel pengganas kerana keluarga kita telah dibunuh,saudara kita dirogol,tidak senang tidur,anak2 dibuli dipijak2,enak amat ya kita digelar pengganas semata menentang penghinaan itu dan mnjaga kesucian itu…saya kira tuan pasti tidak pernah mndengar atau lupa mngenai hadis akhir zaman yang menceritakan pejuang2 di sekitar masjidil aqsa…mungkin juga saya fitnah saudara kiranya saya beraggapan saudara akan cenderung pada dajjal saat dajjal keluar dan menjajah dunia suatu masa nanti,nauzubillah…demi Allah semoga Allah pelihara hati saya tatkala itu,semoga saya tidak tertipu pada fitnah dunia yang palsu,dan berani mati demi agama yang benar ini…tuan,maafkan saya kiranya dapatan saya sungguh umar alkhatab pasti akan mengerasi anda kalau anda hidup pada zaman khalifah al farouq itu…akhir kata,mohon saudara solat sunat taubat mohon ampun pada Rabbul Jalil ,kerana kata2 saudara yang saya anggap biadab, seolah keselamatan israel lah y diancam oleh saudara kita palestinian selama ini….baiklah,saya harap pakatan rakyat akan menang pru 13,sekalipon permatang pauh jatuh …ya Allah ! tegakkanlah yang haq…dan hancurkanlah org2 yang zalim…serta org yang cenderung dan membntu musuh2 Mu…
Reply
Baharuddin Reply:
January 30th, 2012 at 9:09 am
en danial
…jgmlah sdr marah berapi2 sangat dgn DSAI yg belum jadi PMpun!…..sdr marah berapi2 juga tak pada Raja Arab Saudi, Raja Jordan, Raja Kuwait dan Presiden Mesir?. Mereka2 ini dah lamapun lindungi negara israel. Apa taknya jika mereka tak lindungi dan arahkan rakyatnya serang dan kencing (maaf terkasar)pun ,lama dah negara israel dan rakyatnya telah lemas dan pupus!
sdr bersabarlah sikit….DSAI seorang pemimpin yg bijaksana dan beliau ada strategi,nanti DSAI jadi PM ke7 pandailah beliau (bersama2 pemimpin ikwanul muslimin), “ajar” israel durjana itu!!
Reply
Dato’ Seri, saya nak tanya berkenaan bahagian “…wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati…”
Secara umumnya, wilayah yg dinamakan Israel adalah wilayah yg DIRAMPAS atau DIAMBIL SECARA PAKSA/TIPUDAYA dpd penduduk asal Muslim & Kristian sejak hampir seabad lalu sehinggalah hari ini.. Justeru, saya minta diterangkan lebih lanjut, apakah hak ‘rakyat Israel’ yg perlu dihormati itu sdgkan mereka menduduki tanah org lain SECARA HARAM??
Pada pandangan saya, mungkin lebih baik jika Dato’ Seri menegaskan kunci perdamaian di rantau itu adalah dgn mengembalikan semula tanah2 Muslim/Kristian Palestin yg telah dirampas SEJAK 80 thn lalu.. Tanpa penyerahan semula ini, dunia x akan mampu mengawal perjuangan waris2 tanah yg dirampas itu utk mendapatkan kembali tanah warisan keluarga masing2..
Mana2 tanah yg telah dibeli secara beretika tanpa paksaan/ugutan/tipudaya & mengikut undang2 sejagat, maka kawasan itu barulah berhak dimiliki rakyat Zionis krn hak milik tanah berpindah secara ‘natural’ dgn kerelaaan kedua2 pihak penjual & pembeli tanah..
Reply
Assalamuaalaykum warahmatullah Bapak Anwar Ibrahim,
Saya mendoakan agar Bapak dan keluarga tetap istiqamah dalam kebenaran dan kebaikan, amiin, insyaallah.
Karena Palestina adalah bumi yang dimuliakan, tempat dilahirkannya Nabi-nabi terpilih, serta kiblat pertama ummat Islam.
Salam dari kami di Jepun
Reply
kesian rakyat 1malaysia……. dah lama kita tahu solutionnya iaitu
1-1=0 (1fitnah -1Anwar=0Anwar lenyap).
Tetapi sejak 1998 soalan ini masih rakyat 1malaysia(musoh2 DSAI) tak dapat selesaikan , asyik2sama iaitu,
1-1=1 (1fitnah-1Anwar=1Anwar terus Wujud).
Kalau tak dapat selesaikan juga (krn asyik rujuk pada nafsu dan syaitan),…… maka tibalah masa rujuk dgn Al-Quran dan Al-Hadith pula.
Reply
x paham… :p
Reply
encik danial, tuan terlalu beremosi. sepatutnya tuan benar-benar perhati dan memahami apa yang dikatakan oleh saudara anwar. saya orang biasa pun faham dengan apa yang hendak disampaikan oleh saudara anwar. islam adalah agama selamat. sesiapa yang berada dalam naungan islam akan sentiasa selamat..itu janji Allah. kita kena bijak menangani isu-isu begini.saudara anwar amat mengerti perkara-perkara seperti ini…tidak mungkin beliau mengkhianati rakyat Palestin.
Reply
salam..sekadar pndapat, sekiranya tuan sokong hak negara Israel, adalah brmakna tuan menyokong penindasan trhadap Palestin. umum mengetahui bahawa penubuhan negara Israel itu sendiri adalah dgn mncerobohi negara Palestin.jgn tuan jdkan dsar keadilan sejagat untuk mnghalalkn penindasan oleh Israel thadap palestine. there is no Israel!! there is only one Palestine!!
Reply
bro,yakop sapari kata hasil pasir seluruh selangor cuma rgt 16 juta setahun.ini sama dgn rgt43,800 sebulan atau hasil 109 lori pasir 20 tan dgn harga 20rgt se tan.
109 lori untuk SELURUH SELANGOR?
apa ni bro?
Reply
sebut negara israel bererti mengiktiraf negara berkenaan secara xlangsung…hati2..
Reply
DSAI kena ada stand lebih tegas daripada ini.. Resolusi 1397 bukan resolusi yang mewakili umat ISlam , malah tidak diwakili oleh HAMAS selaku pemerintah yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin. mempertahankan resolusi 1397 dan two state solution juga satu pengkhianatan. Sepatutnya Keadilan mengkaji peranan PBB sejak 1947 lagi, menggunakan PBB, gencatan senjata, campurtangan US dll untuk membantu penubuhan Israel secara legit di pandangan PBB.. Tidak kiralah samada stand ini sama atau tidak dengan kerajaan… BAgi penyokong rakyat Palestin ini satu yang menyedihkan… Walaubagaimanapun kita memahami kalau PKR tidak bercakap mewakili umat Islam kerama dasar parti ini yang agak liberal.. cuma hati2 kerana langkah anda sedang diperhatikan
Reply
tajuk paling sensitive diperingkat antarabangsa.
Paling sensitive kpd kuasa besar dunia.
Reply
Diharapkan Tuan dapat memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai maksud ‘Two-State Solution’.
Reply
“Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati.”
Translation: “I stressed that the needs and rights of the Palestinian people must be guarded and that includes the right to establish their own country and not to be further victimised.”
Anwar Ibrahim changed his opinion 180 degrees in a split second after he is being criticised for being a stooge for the Americans and for supporting Israel.
Let us be clear that this latest statement to clear his name means absolutely nothing simply because the statement in quote above was not in the original Wall Street Journal article. If it is not there, then he would have not said it at all in the first place.
In the WSJ article, nothing was said about guarding the needs of Palestinian people or their rights to established a Palestinian country. No such thing was mentioned.
What Anwar Ibrahim should have done is to get WSJ to run full transcript of his interview. Or at the very least (since he is in the mood of suing everyone these days), to sue WSJ for tarnishing his image among his Muslim supporters and slandering him to be Israel’s number one fan!
The fact is ladies and gentlemen, this latest statement which was made in Bahasa Malaysia, was made purely to allay the fears of the Muslim Malays here in Malaysia.
At the end of that statement, he even strengthened this deceit by giving a warning to those who tries to twist his earlier interview. But we all know, nobody is pushing him to voluntarily make that interview and nobody is twisting anything.
We can take his words from the WSJ story word by word without changing anything and the result is still the same. He sealed his own fate with his own actions.
His latest blog posting was just a cover up to assuage his supporters.
Reply
this kind of hit and run by desperate party was expected…i would not belived such act would actally influence Malaysian…they just do it and love to see to what extend it could damage your Image as future PM…just pray hard to Allah…the truth will always prevail..the evil still the evil..cannot hide from the truth…may Allah protect Malaysian from those Evil!!!this act of Evil…is their signature…
Reply
Pokoknya sampai Kiamat pun Israel tak akan berdamai dgn. Pelastine.
Oleh itu taklah kita nak jaga keselamatan Israel….impossible..
Perkara ASASnya kita support Palestine…sedara kita sesama Islam.
Full Stop….janganlah nak panjang2kan lagi..masaalah umat Islam
dalam negara kita masih banyak TERBENGKALAI….fitnahnya, dadahnya,
dedahnya, murtadnya dan banyak lagi….
Reply
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel”. The word “all” is a big word that should not have been used here.
Reply
I disagree. Your comment was a betrayal to the Palestinian cause.
Reply
Semoga kita semua dijauhi dan dilindungi daripada sifat yang dikeji:
“Menghalalkan yang haram, dan Mengharamkan yang halal”.
Tidak kira matlamat kita baik macam mana pun, yang haram tetap haram.
Jangan kita menjadi golongan yang menghalalkan cara disebabkan matlamat.
Reply
wahai saudara2ku.. semua yg berlaku di muka bumi ini adalah qada’ & qadar Allah swt. Dia maha mengetahui segala yg berlaku dimuka bumi ini. Hanya Allah swt sahaja yg boleh menimbang samaada betul atau salah tindakan DSAI, kita hanya perlu doakan yg terbaik sahaja untuk negara Palestin. Janganlah menabur fitnah kerana org yg menfitnah lebih besar dosanya drpd askar2 yahudi yg membunuh penduduk2 Palestin.. renungkan & slmt beramal.. peace no war..
Reply