27
Jan
12

Tahniah Buat Zunar

Syabas saya ucapkan buat Sdr Zunar kerana akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan “To Fight Through Cartoon” (Berjuang Melalui Kartun). Pameran tersebut akan berlangsung selama satu bulan di Free Word Centre, 60 Farringdon Road, London. Sebanyak 80 karya-karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan. Ucapan penghargaan juga buat Artikel 19, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebebasan bersuara kerana menganjurkan pameran ini dan tahniah buat rakyat Malaysia di United Kingdom yang bertungkus lumus menjayakannya.

Saya difahamkan tema “Berjuang Melalui Kartun”dipilih oleh penganjur kerana kartun-kartun politik Sdr Zunar ternyata mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia. Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buah  naskah komik kartun beliau dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam. Selain tu, pejabat Sdr Zunar di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan komik-komik tersebut turut dirampas. Manakala itu kilang pencetak diugut agar tidak mencetak komik beliau atau menghadapi risiko kehilangan lesen. Kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual komik-komik beliau. Pada September 2010, beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah. Buat Sdr Zunar dan seluruh seniman, teruskan perjuangan anda semua, teruskan berkarya dan jangan sesekali tunduk menyerah kepada penguasa yang zalim serta rakus.

ANWAR IBRAHIM


1 Response to “Tahniah Buat Zunar”


Leave a Reply




Galeri Flickr

IMG_0458 IMG_0456 IMG_0448 IMG_0437 IMG_0441 IMG_0443 Luncheon Talk with DSAI n Dr.Zakariah (MIER) 'Subsidi - Bebanan Negara Or Bebanan Rakyat' (13) Luncheon Talk with DSAI n Dr.Zakariah (MIER) 'Subsidi - Bebanan Negara Or Bebanan Rakyat' (12) 

Recent Comments

     

    January 2012
    M T W T F S S
         
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031