Archive for January 27th, 2012

27 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Gong Xi Fa Chai !!! Long Ma Jing Shen !!!
 
28 Januari 2012 (Sabtu)
 
 
1)    Pulau Pinang
 
i)                    3.00 – 6.00 ptg – Sambutan Tahun Baru Cina PKR Pulau Pinang
 
             Lokasi: Pejabat PKR Pulau Pinang, Bandar Sunway, Seberang Jaya
 
ii)                  6.00 – 10.00 mlm – Sambutan Tahun Baru Cina Kerajaan Negeri Pulau Pinang
 
             Lokasi: Dewan Bandaran, Butterworth
—-
 
2)    Perak
 
i)                    8.00 – 11.00 mlm – Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Perak
                
                 Lokasi: Dewan Tokong Wong Loa Sin See Yeh, Kopisan Baru, Gopeng
 
                 Jemputan khas:                       
1)      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2)      YB Lim Kit Siang
3)      YBhg Ust Abu Bakar Hussain
4)      YBhg Dr Mohd Nur Manuty
5)      YB  Dr Lee Boon Chye
6)      YB Dato Seri Nizar Jamaluddin
7)      YB Dato’ Ngeh Kor Ham
 
ii)                  9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat
 
Lokasi: Kampong Kota Kiri Lama, Kuala Kangsar
 
Penceramah:
1)      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2)      YBhg Dr Mohd Nur Manuty
3)      YB S. Sivakumar
4)      YBhg Ustaz Jamaluddin Ahmad
5)      YBhg Mustafa Kamil Ayub

27 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Syabas saya ucapkan buat Sdr Zunar kerana akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan “To Fight Through Cartoon” (Berjuang Melalui Kartun). Pameran tersebut akan berlangsung selama satu bulan di Free Word Centre, 60 Farringdon Road, London. Sebanyak 80 karya-karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan. Ucapan penghargaan juga buat Artikel 19, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebebasan bersuara kerana menganjurkan pameran ini dan tahniah buat rakyat Malaysia di United Kingdom yang bertungkus lumus menjayakannya.

Saya difahamkan tema “Berjuang Melalui Kartun”dipilih oleh penganjur kerana kartun-kartun politik Sdr Zunar ternyata mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia. Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buah  naskah komik kartun beliau dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam. Selain tu, pejabat Sdr Zunar di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan komik-komik tersebut turut dirampas. Manakala itu kilang pencetak diugut agar tidak mencetak komik beliau atau menghadapi risiko kehilangan lesen. Kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual komik-komik beliau. Pada September 2010, beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah. Buat Sdr Zunar dan seluruh seniman, teruskan perjuangan anda semua, teruskan berkarya dan jangan sesekali tunduk menyerah kepada penguasa yang zalim serta rakus.

ANWAR IBRAHIM

27 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Semalam Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa lima Institusi Pengajian Tinggi Awam – Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia – akan diberikan autonomi. Walaubagaimanapun langkah ini tidak bermakna sekiranya Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mencengkam kebebasan universiti masih berkuatkuasa.

Selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik. Keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU tidak membawa sebarang makna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah yang disebarkan oleh AUKU selama ini. Mahasiswa, masyarakat sivil dan pihak pembangkang telah secara konsisten menyatakan pendirian ini tetapi hanya keputusan UKM 4 yang membuatkan pihak kerajaan menerima hujah ini.

Kami juga masih menunggu jawatankuasa dwiparti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi realiti. Jawatankuasa tersebut – sekiranya menjadi realiti – akan meneliti akta alternatif kepada AUKU yang telah dicadangkan oleh pimpinan mahasiswa pada 2008.

Pada masa yang sama, KEADILAN kesal dengan keputusan Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) untuk menggunakan AUKU terhadap lima mahasiswanya. Kami berharap keadilan akan tertegak di dalam kes ini dan semua negeri-negeri Pakatan menunjukkan komitmen mereka menentang AUKU dengan tidak membenarkan peristiwa tersebut berulang. Kita telah berjuang sekian lama untuk menentang ketidakadilan tersebut.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

==== (more…)

27 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Merdeka Review
Oleh Lim Hong Siang

Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif – yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup “kreatif”.

Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) – menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan.

Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang “like” di laman rasmi Ah Jib Gorpada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 “like” pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.

Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee.

Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah “pertarungan maya” sokongan kedua-duanya – untuk menaikkan semangat orang ramai. Malah, admin Ah Wah Gormengalu-alukan “perbincangan politik”, dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja.

Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim – luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13.

Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan.

Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang “menyamar” sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui. Dengan status yang bernada “sindir” dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Sohkini menjadi “penghibur” kepada peminatnya.

27 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysia Chronicle

My fellow Malaysians in the Land Below the Wind, A Happy New Year and Kong Hee Fa Cai.

This Chinese New Year will usher in the Water Dragon. The Dragon is a creature of myth and legend. In ancient China, the dragon represents the emperor and power. Today, it is the ultimate auspicious symbol signifying success and happiness. According to a Feng Shui master, the year of the dragon is traditionally associated with new beginnings and good fortune.

This year is the year of the Water Dragon. Water symbolizes the ocean. This is an element of power, force and strong energy. The Water Dragon could be the destructive force of nature such as tsunami or earthquake. It could also be the driving force for social, political and economic changes. The water dragon is also a symbol of intelligence, courage, generosity and charity. It is predicted for countries that will hold their presidential or general elections that there will be changes. This is a sign of the bold progress and reforms that the powerful water dragon will bring this lunar year. The Dragon favours the bold. So this year he who is bold and he who dares will win. This is the year for the bold to step forward and bring change.

Putrajaya is UMNO not Malaysians

Firstly, decisions made by the Federal Government more popularly referred to as “decisions of Kuala Lumpur” and now “Putrajaya” have been taken by the people of Sabah as being synonymous as that of people of Peninsula Malaysia. I want to say that this is not correct. The decisions of the Federal Government are not synonymous with the people of Peninsula Malaysia. They are in truth and in fact decisions of UMNO.

The Federal Government’s interest in pursuing the NEP and the promotion of elitist’s interest is not the aspirations of the people of Peninsula, at least not since March 8, 2008. In the 12th General Elections the majority of the people of Peninsula Malaysia rejected racial politics. They rejected the NEP. In the 12th General Elections, 52% of the people in the Peninsula voted for the multi-racial politics of Pakatan Rakyat. They voted for PR’s New Economic Agenda, they rejected the NEP. They wanted affirmative action based on needs not race.

The people in the Peninsular rejected UMNO and BN. Unfortunately and ironically, it was the people of Sabah and Sarawak that kept UMNO and BN in Putrajaya. The brave people of Sabah who changed their state government three times, who we in West Malaysia would be the ones who will lead the change voted for BN. What happen to the people in Sabah?

Looking Back at Sabah’s History

To answer the question, to see what will be Sabah’s future, I look back at Sabah’s past. Sabah’s history is marked by the people’s courage to vote for change. It is the only state that changed its state government three times. We, in Peninsula Malaysia have always admired the courage of the Sabah people in throwing out despots and corrupt governments. However, it is sad to note that despite the people’s valiant efforts, Sabah had fallen from being the second richest state after Selangor in the 1970’s to become the second poorest. With each change the forces that the Sabah people rejected rebounded and took a stronger hold on the government. I note three features that have constantly recurred:-

1) That the Sabah people is strong when they unite under a multi-racial party;

2) That the Sabah people is weak when the multi-racial party is broken up and political parties base on race take over;

3) That the Sabah people’s aspirations are thwarted by the Federal Government who used the Federal government’s power and machinery to remove state Government whose policies are not in accord with UMNO’s.

The Early Years

I wish to refer to some historical facts to illustrate my point on the Sabah people’s need for unity and how critical it is for Sabahans to reject racial politics.

Prior to the formation of these racial based political parties, Sabah had always been racially, culturally and religiously diverse. However, the people of Sabah had never seen themselves as racially or religiously divided. In Sabah many families have relatives who are Chinese, KDM, Malay, Muslims and Christians. Ethnicity was not a feature of Sabah politics. However, this changed in the early 1960’s. Prior to the formation of the Federation of Malaysia, Kuala Lumpur promoted the formation of an inter-ethnic alliance in Sabah. The Sabah Alliance was formed just before the first elections in April 1963. The Sabah Alliance consisted of UNKO, USNO and the Chinese parties later to become the Sabah Chinese Association (“SCA”) and later UPMO and SIC. (more…)

27 January 2012

Pendapat

Pendapat Anda?