Arkib Tahun 2011

3 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Sidang Media mengenai agenda Biro Penerangan dan Komunikasi KEADILAN untuk tahun 2011 akan diadakan esok pagi.

Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Penerangan dan Nik Nazmi Nik Ahmad,Pengarah Komunikasi akan hadir di Sidang Media tersebut.

Tempat: Ibu Pejabat KEADILAN
Tarikh: 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi

3 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.
“Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Calon yang layak

“Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

“Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio,” katanya lagi.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.

3 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review

Menutup tirai 2010 dan membuka lembaran baru 2011 tidak sarat dengan maknanya bagi sesetengah orang walaupun banyak perkara menarik dijangka berlaku tahun 2011 dengan pelbagai ramalan tarikh pilihanraya umum ke-13 bagi Malaysia, kemungkinan berlakunya gelembong pasaran hartanah, berita baik untuk pekerja sektor swasta, prospek pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.

Hal-hal sedemikian mungkin antara acara atau perkara baru yang dijangka berlaku, namun jangan pula dilupakan banyak isu-isu tertunggak yang turut sama terheret ke tahun 2011 kerana masih ada yang membelenggu, belum diselesaikan dan mengalami evolusi berterusan terutama kebebasan media yang masih menjadi duri dalam daging kerana rakyat dahagakan berita yang seimbang dari media arus perdana dalam usaha mewujudkan masyarakat yang kritis lagi kritikal menjelang tahun 2020 dengan Malaysia mencapai status negara maju. (more…)

3 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh Mohd Rashidi Hassan

TAHAP pemahaman konsep 1Malaysia di kalangan rakyat meningkat 84 peratus, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Dr Rais Yatim.

Konsep 1Malaysia bukan alat politik, kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Malah semasa berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini, beliau menafikan 1Malaysia sama dengan 1Israel.

Katanya, “Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain…ini ciptaan saya sendiri.
Negara lain boleh ada satu itu, satu ini…tetapi tidak ada di dunia ada
“1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Sementara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz masih menunggu Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang mengaitkan Apco dengan konsep 1Malaysia.

Najib kata 1Malaysia adalah ilham beliau. Manakala bekas PM Israel, Ehud Barak juga mengilhamkan konsep 1Israel suatu ketika dahulu.

Berdasarkan penjelasan Najib, Rais dan Nazri, mungkin kita boleh terima bahawa 1Malaysia tidak serupa 1Israel yang digunapakai oleh Ehud Barak, untuk meraih sokongan rakyat kepada Parti Buruh pada tahun 1999.

Jelas di sini yang sama hanya penggunaan nombor 1 (One) di pangkal nama negara yang tidak serupa, iaitu Malaysia berbanding Israel.

Cumanya, Apco dikatakan menasihati Ehud Barak pada tahun 1999 manakala Umno-BN pada 2009. Jarak masanya 10 tahun.

Maknanya, ada yang sama, ada yang tidak sama. Dalam erti kata lain, ia sama tapi tak serupa.

Najib cuba menafikan 1Malaysia sebagai alat politik. Kalau beliau bercakap dengan Jakun di rimba, barangkali mereka percaya, tetapi rakyat Malaysia semuanya semakin cerdik.

1Malaysia diguna secara meluas oleh Umno-BN. Semasa Perhimpuan Agung Umno, baru-baru ini, diguna secara meluas 1Umno 1BN. Malah huruf I pada ejaan BN digantikan dengan nombor 1. Ia dieja dengan BAR1SAN NAS1ONAL.

Jika kita mengikut etika tatabahasa Dewan Bahasa Pustaka (DBP), ejaan sebegitu tidak sah. Kalau anak-anak kita masuk periksa, tulis ejaan BAR1SAN NAS1ONAL dah lama mereka failed.

Kalau dalam etika kewartawanan pun, mana-mana tulisan yang seperti itu, pasti dibakulsampahkan.

Apa pun, usahlah PM hendak nafi. Memang 1Malaysia menjadi alat politik BN. Kerajaan BN adalah politik, PM pun orang politik. Apa sahaja adalah untuk kepentingan politik.

Namun yang hendak dibahaskan di sini, isu asasnya ialah, damage atau kerosakan angkara Apco ini amat besar kepada negara.

Pertama, kerajaan Umno-BN menggunakan lebih RM77 juta wang rakyat untuk dibayar kepada Apco.

Kedua, kerajaan Umno-BN sudah mendedahkan rahsia negara kepada syarikat perunding asing, yang diterajui Yahudi.

Ketiga, angkara Yahudi Apco, politik Malaysia jadi huru hara dan kelam kabut.

Keempat, demi kepentingan politik, kerajaan Umno-BN melalui Nazri Aziz, lebih mempercayai keterangan Yahudi Apco daripada keterangan Anwar Ibrahim. (more…)

3 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Mohd Rashidi Hassan

RAKYAT mahu tahu siapakah yang bercakap benar, sama ada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani atau Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin dalam isu pelantikan Dato’ Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Pelantikan Khusrin diumumkan oleh Munir Bani, selepas mendakwa, ianya dibuat selepas mendapat perkenan Sultan.

Manakala Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan rakan-rakan pimpinan kerajaan negeri, menolak Khusrin kerana pelantikan dibuat tidak dirujuk kepada beliau.

Khalid berkata beliau sudah mempunyai beberapa nama untuk dikemukakan bagi menggantikan Dato’ Ramli Mahmud, yang sepatutnya hanya tamat bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 20 Mac 2011.

Namun Munir Bani mendakwa, Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawtan SUK tersebut. (more…)

1 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN AKHBAR
1 JANUARI 2011

______________________________________________________________________________
KETUA SETIAUSAHA NEGARA MEMBELAKANGKAN ETIKA PROFESIONAL PEGAWAI TINGGI KERAJAAN

Kerajaan Selangor kesal dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu.

Pemilihan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.

Selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat untuk proses dokumentasi pelantikan.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Jawatankuasa itu telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam Kerajaan Negeri Selangor.

Ketika mengumumkan pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi, Ketua Setiausaha Negara bukan saja membelakangkan Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar Perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Lebih merunsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan. Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acap kali dikritik sebagai tidak efisyen.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

___________________________________________________________ (more…)

1 January 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Sidang Bank Islam Al Barak berakhir petang semalam. Ahli-ahli Lembaga diberi taklimat khusus mengenai peningkatan mendadak kegiatan bank di Turki.

Semalam juga hari terakhir saya di Istanbul, justeru mengambil peluang ke masjid Fateh Sultan. Sempat juga menziarahi masjid dan maqam Sultan Selim. Saya terharu tatkala menerima undangan alim-ulama besar Turki, Sheikh Emin Sarac dan berpeluang solat di tempat khas bersama beliau dan teman-teman lain termasuk bekas mufti besar Lutfi Dorgan dan Prof. Osman Catag.

Shiekh Emin mendoakan kesejahteraan bersama dan juga mendoakan berlaku pembaharuan di Malaysia.

Kemudian syarikat pembinaan Yilmaz yang sedang menyelenggara projek pemulihan Kompleks Masjid Fateh Sultan memberikan taklimat khas kepada saya. Semua kontraktor besar yang terlibat dengan projek pemerintah ditugaskan memulihara warisan : samada masjid ataupun muzium.

Pimpinan AKP, parti pemerintah di bawah pimpinan Reccep Tayib Erdogan, Perdana Menteri Turki mengundangkan ke sesi khas di pejabat mereka di Istanbul. AKP dikagumi sebagai parti yang tuntas pegangan mempertahan demokrasi dan prinsip negara hukum, tegas mempertahan kepentingan negara Turki di samping menyuarakan hak rakyat Palestin.

Sebelum kembali ke Malaysia, saya sempat mengunjungi Pusat Penyelidikan Islam Darul Hikmah.

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site