Usaha Mencetuskan Huru-Hara Pada 9 Januari 2012 – Satu Lagi Usaha Fitnah UMNO

27 December 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggotaKEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini,yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan
penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
27 DISEMBER 2011

Pendapat Anda

Switch to our mobile site