Najib Mengecewakan: Memuji Diri Sendiri Dan Memburukkan Pakatan

4 December 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysia chronicle

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah. Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang.

Ia merupakan ucapan yang mengecewakan kerana tidak memberikan arah tujuan kepada Umno dan menunjukkan bahawa tiada perubahan signifikan dibawah Najib. Nampaknya, ia lebih teruk berbanding masa Abdullah Badawi atau Mahathir di mana sekurang-kurangnya terdapat juga perkembangan ekonomi untuk mengimbangi kekurangan kebebasan awam. Sekarang, dalam tahun 2011, Malaysia bukannya kekal dalam pertumbuhan ekonomi malah ia sedang jatuh dan Najib menutupnya dengan penipuan. Berapa banyak reformasi telah Umno lakukan?” ujar Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Malaysia sekarang negara paling teruk di ASEAN dari segi kebebasan berhimpun

Jui Meng merujuk kepada ucapan Najib yang tiada isi itu di mana beliau menegaskan bahawa Umno lebih demokratik berbanding parti pembangkang PKR, PAS dan DAP.

Yang peliknya, beberapa hari yang lalu Najib telah pun mencipta sejarah sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia negara paling teruk di Asia Tenggara dengan Akta kontroversi Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat. Selain daripada ahli politik tempatan, Majlis Peguam Negara, masyarakat umum, badan-badan antarabangsa termasuk LawAsia, Amnesty International dan Human Rights Watch telah mengutuk akta tersebut kerana bersifat menekan, menentang hak asasi dan tidak selari dengan demokrasi.

Sungguhpun begitu, Najib tetap tidak memperdulikan itu semua dan terus menegaskan bahawa Malaysia kearah menjadi negara demokrasi terbaik disebabkan oleh pentadbiran beliau.

“Kita membenarkan ramai orang Umno untuk memilih pemimpin mereka dan Umno bukanlah parti yang takut pada demokrasi, berbanding lawan kita. Kita tidak seperti parti pembangkang. Umno berpegang kepada demokrasi seperti pepatah Inggeris, “the proof of the pudding is in the eating’” beliau memberitahu dalam Perhimpuan Umno 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari Khamis.

“Kami tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti komponen lain. Kami bukanlah parti yang bersifat perkauman tetapi berusaha ke arahpembangunan nasional. Selain itu, dalam PKR, presiden parti adalh isteri pemimpin de-facto dan anak perempuan sulungnya menjadi timbalan presiden. Perlu kita cakap apa-apa lagi?”

Selepas memburukkan Anwar, beliau meneruskan kepada DAP dan PAS.

“Adakah demokratik apabila delegasi daripada bahagian memilih 20 ahli komiti utama dan mereka pula memilih pemimpin parti? Ini jelas tidak menunjukkan kemahuam ahli-ahlinya” kata Najib merujuk kepada DAP.

“Orang ini, (mursyidul am) adalah lebih berkuasa daripada presiden” tambah beliau mengenai PAS pula.

 

Tikam dari belakang

Ramai yang hairan mengapa Najib, yang seharusnya melakukan permulaan baru atau letupan idea lebih berminat untuk fokus kepada apa yang berlaku dalam parti lawan. Ini mungkin kerana beliau sudah kehabisan idea dan tiada jalan lain lagi. Dengan itu beliau terburu-buru mendapatkan kelulusan Akta Perhimpunan itu untuk mengelak daripada berlakunya tujuk perasaan jalanan sekiranya BN menang dengan cara yang mencurigakan pada PRU 13 nanti.

“Sangat mengejutkan dalam masa yang kritikal begini, Najib mahu membuat perbandingan antara parti beliau dengan parti kita. Sama ada beliau merasa sangat tidak selamat ataupun ramai ahli Umno yang telah memberi isyarat bahawa mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan. Tetapi, untuk menjawab pertanyaan beliau, bagaimanakah Umno boleh menjadi lebih demokrasi berbanding PKR? Kita mempunyai sistem satu ahli satu undi, manakala, hanya sedikit sahaja ahli Umno yang dapat mengundi terus pemimpin mereka. Mereka harus melalui delegasi yang semestinya telah mengambil faedah politik wang dan mengundi seperti yang dikehendaki oleh elit Umno.” Jelas Jui Meng.

“Bagi PAS pula, struktur dalaman mereka memang meletakkan Mursyidul Am PAS lebih tinggi berbanding presiden parti. Jadi Najib bercakap mengenai apa sebenarnya? Sebagai presiden Umno dan PM, beliau sepatutnya memberitahu partinya bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada kejatuhan ekonomi, bagaimana hendak membersihkan parti daripada rasuah dan bukan mempertahankan rasuah. Beliau sepatutnya memberitahu Malaysia betapa gahnya Umno dengan memberi bayangan kepada masa depan yang diwarnai dengan demokrasi tulen dan harapan untuk rakyat terutamanya yang lemah dan miskin. Bukannya menghentam orang lain dari belakang!”

Berwawasan atau hanya handal berkata-kata?

Najib juga menggunakan perkataan seperti ‘berwawasan’ tetapi tidak menerangkan apa maksud sebenar selain daripada menyebut media baru, realiti politik baru dan minda baru pengundi.

Sungguhpun begitu, beliau dilihat masih mempertahankan cara Umno dank omen beliau disifatkan lebih kepada menunjuk-nunjuk untuk kelihatan baik dan bukan untuk diusahakan. Najib sememangnya menyuarakan kepada calon-calon yang tidak popular untuk tidak mempertahankan kerusi mereka tetapi beliau tidak menyentuh isu-isu yang telah merosakkan Umno seperti rasuah dan kuasa di tangan elit.

Perhimpunan Agong Umno diadakan tidak lama selepas Ketua Wanita dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam ahli keluarga beliau. Namun, sehari yang lalu, Pemuda Umno telah digesa untuk mempertahankan Shahrizat dan tidak pula menasihatkan beliau untuk merelakan diri disiasat untuk membersihkan nama beliau. Umno dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa polis dengan pengumuman Timbalan ketua Polis Khalid Bakar mengenai tiada unsure-unsur rasuah yang dijumpai semasa siasatan terhadap NFC setakat ini. Ini mengundang tuduhan bahawa Khalid digunakan untuk menyelamatkan Umno.

Indeks rasuah jatuh, satu komen pun tiada mengenai rasuah

Pengkritik juga mengatakan bahawa adalah pelik bahawa Najib menyuarakan hasrat untuk melihat wujudnya Malaysia baru yang lebih baik, untuk partinya pula, beliau langsung tidak berani mengutarakan perkataan “rasuah”.

Sementara itu, Indeks Rasuah telah jatuh kepada 60 daripada 56 pada tahun lepas dan ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dilakukan Umno terhadap negara adalah sangat dalam.

“Kita harus faham bahawa sekiranya Umno gagal untuk memahami faktor yang membawa kepada insane ‘berwawasan’dan tidak mengambil langkah untuk memperbaharui ‘pelan permainan’ iaitu yang telah kita rangka pelan tersebut, maka kita akan ditimpa tragedi. Sekiranya Umno tidak memahami realiti lanskap politik baru, bagaimanakah Umno dan BN akan berjaya? Kedua, media baru,” kata Najib.

“Suka atau tidak, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, sekarang ini, ia dapat menentukan kejayaan atau kekalahan. Ia boleh memberikan serampang dua mata kepada kita disamping menjadikan peperangan kita tidak sama rata. Ketiga, Umni harus memahami bahawa terdapat pemikiran baru disemua peringkat pengundi, jadi kita haruslah mendapatkan sokongan mereka. Umno tidak boleh dilihat sebagai angkuh dan tidak relevan kerana sekiranya itu berlaku, rakyat akan mengenepikan kita.

Bukan perkauman atau hipokrit

Berkemungkinan tahap hipokrasi Najib yang tertinggi adalah apabila beliau mengisytiharkan bahawa Umno bukan perkauman. Beliau langsung tidak memarahi Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang dalam tahun ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbau perkauman.

 

“Umno sebenarnya adalah pemangkin kepada semangat kerjasama antara kaum yang telah akhirnya mencipta kestabilan sosial dan keharmonian nasional.” Ujar Najib. “Umno sehinggakan sanggup menyokong calon yang bukan daripada kaum Melayu, untuk kepentingan yang lebih besar iaitu memenangi pilihanraya, mencipta kerajaan dan kebebasan.”

Ahmad Maslan, Timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga Ahli Parlimen Pontian telah mengeluh dengan kehilangan tempat kepada pemimpin bukan melayu dan mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima. Beliau suka menghentam kaun cina dan memberi amaran bahawa sekiranya Pakatan menang dalam PRU dan terjadi parlimen tergantung, orang melayulah yang akan kerugian besar kerana mereka akan kehilangan bahasa dan Islam akan diganti dengan Kristian.

Pengkritik menyelar Najib kerana sanggup membuat ‘kenyataan yang lemah’ bahawa Umno bukan bersifat perkauman.

“Ini adalah lawak paling besar. Tak hairanlah Umno harus menipu dalam pilihanraya. Mereka sering memutarbelit kebenaran daripada mengakui dan membetulkan kesilapan mereka. Ia bertambah teruk tahun demi tahun.” Ujar Jui Meng.

“Tidak ada sebab untuk bicara mengenai “wawasan” atau menggunakan bahasa yang canggih. Baliklah kepada yang asas. Berkhidmatlah untuk rakyat dan dengarlah apa yang mereka mahu, dan sedarlah bahawa inilah yang penting dan bukannya kemahuan Umno elit sahaja. Hapuskan rasuah walaupun layaknya agak terlambat. Ia akan memakan kita dan membankrapkan kita. Hukumlah ahli yang bersikap perkauman termasuk Muhyiddin dan Mahathir sebelum mengaku bahawa Umno tidak bersifat perkauman. Kemudian, barulah kami akan kata bahawa kamu bukan hipokrit!”

Pendapat Anda

Switch to our mobile site