Archive for October, 2011



10
Oct

Penghakiman Kes Altantuya Yang ‘Tergantung’ Memburukkan Sistem Kehakiman

Malaysia Chronicle

Ketidak upayaan sistem kehakiman Malaysia untuk membawa kesudahan kepada kes pembunuhan Altantuya adalah sangat memalukan dan menunjukkan keburukan yang terdapat dalam sistem kehakiman. Hakikat yang penghakiman untuk perbicaraan pembunuhan ini masih belum ditulis selepas 2 tahun pengumumannya dibuat adalah amat memalukan dan memberi tanggapan yang sangat buruk terhadap mahkamah undang-undang di Malaysia.

Sebagai permulaannya, hakim kes tersebut seharusnya sudah menulis penghakiman itu, ditanda tangani olehnya dan dihantar ke Mahkamah Persekutuan. Ini adalah selaras dengan seksyen 281 (b)(ii) Criminal Procedure Code (Act 593) yang memerlukan dokumen tersebut untuk diserahkan untuk membuat rayuan terhadap hukuman mati itu.

Tetapi sementara dua orang bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya, dan sudah pun membuat rayuan, halim Mahkamah Tinggi itu, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati bahawa mereka bersalah, masih belum menulis penghakimannya itu sehingga sekarang.

Bagaimana pula rayuan dapat dilakukan di Mahkamah Persekutuan sekiranya penghakiman belum ditulis? kelihatannya seperti mahkamah sengaja melengahkan proses rayuan supaya banyak masa terbuang, tetapi apa kebaikannya untuk kedua-dua pegawai polis ini yang sudah dijatuhkan hukuman mati?

Dan kenapa pentadbiran Najib tidak menyoal Mohd Zaki Yasin tentang ketidak upayaannya untuk menulis penghakiman itu? Atau Mohd Zaki Yasin sedang menunggu orang lain untuk menulisnya bagi pihak dia? Ini bukanlah perkara mengejut, kerana hanya di Malaysia seorang hakim ‘dibenarkan’ untuk mengambil orang lain untuk menulisjan penghakimannya.

Kerjaya undang-undang atau wild, wild West

Dalam pertunjukan korupsi di dalam sistem kehakiman di Malaysia yang amat memeranjatkan, seorang setiausaha undang-undang telah memberikan keterangan pada tahun 2008 kepada Suruhanjaya Penyelidikan DiRaja (SPD) bahawa pada tahun 1994, seorang peguam kepada penuduh telah menulis penghakiman yang dibacakan oleh hakim yang membicarakan kes tersebut, yang kemudian menganugerahkan RM10 juta nilai kerugian yang dialami akibat fitnah kepada seorang kroni kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad terhadap seorang jurnalis dan enam lagi yang terdakwa. Continue reading ‘Penghakiman Kes Altantuya Yang ‘Tergantung’ Memburukkan Sistem Kehakiman’

10
Oct

Najib, Rosmah And The Judge: Are They Really Irrelevant Or Is This BN’s Malaysia?

Malaysia Chronicle

There was good reason Anwar Ibrahim wanted the Sodomy II presiding judge disqualified. He was too junior and green to handle a court case of Sodomy II’s magnitude. And rightly so, since he was brought in by a system so compromised by the Executive branch of the government, it is an embarrassment.

This can also be said about the court’s dismissal of a summons to Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor to appear as witnesses in the sodomy trial that Anwar has accused them of ‘rigging’.

The reason given was that Najib and Rosmah would not be able to provide relevant information concerning the Sodomy II accusations. Mohd Zabidin Mohd Diah agreed with Najib and Rosmah in that they were not relevant. “Hence, I allow the applications and order the trial to continue,” said Zabidin.

The response from Anwar was one of dismay. “We have evidence to support that the duo was (involved). Our position is that this was planned. Najib should come and deny it. The prosecution offered Najib and Rosmah as witnesses. If they are not relevant, why were they offered?” Anwar told reporters later.

Prosecution would offer ‘irrelevant’ witnesses?

Yes, it was the prosecution who offered the duo as witnesses and yet it is the same prosecution that seems adamant to protect Najib and Rosmah. The argument that the duo is not relevant to the Sodomy II trial is simplistic and dead-wrong.

The very nature of Najib’s initial denial and subsequent retraction when confronted with the question, if he knew Saiful Bukhari Azlan, reeks of conspiracy. What was discussed by Najib and Saiful, days before the latter made the police report? What was the nature of the relationship between Saiful and Najib to the extent the former could so easily meet Najib, who was already the deputy prime minister, at his residence to discuss ‘scholarship’ matters?

Yet, the questions go deeper than just this. What are Najib and Rosmah hiding from public view? Why the allergic reaction to appearing in court? And to compound it all, the courts seem to be colluding with the duo in their wishes to stay away.

Judicial rot

This is the biggest mystery yet and it shows the expanse of the rot within the judiciary. The courts of law are supposed to be independent of the Executive branch of a government. It is the bastion of hope for those who are unable to defend themselves, yet in Malaysia, the courts have made it a standard prosedure to kow-tow to those in the elite section of society. The courts can be bought or bent or pressured and this is exactly what happened in the Sodomy II case.

Should not testimony be first heard and then deemed relevant or irrelevant by the judge? Yet, Mohd Zabidin deemed the testimony irrelevant before even hearing it nor questioning it? Should not the judge have acted in the interests of the public and made Najib and Rosmah, as citizens of Malaysia, defend their innocence in a court of law? It is for the courts to settle once and for all whether the duo is innocent or guilty, but only after their testimony is heard.

In this regard, Mohd Zabidin reacted unprofessionally and brought further embarrassment to an institution that should always put public interest in the foreground, ahead of all other interest. Otherwise, civil society in Malaysia might as welll be dead and gone. It would all be a sham.

Look at the Wall St protest

The very institution that should the cornerstone of liberty and citizen rights is compromised. There are double standards – practiced and enforced by those placed in the seats of justice by an equally corrupt Executive. And the rot is not merely in the judiciary but also within every arm of the justice system.

Why is it that the US Wall Street protest has been going on for days, yet the tear gas canister count still stands at zero? Here in the streets of Kuala Lumpur, on July 9, a peaceful march in support for free and fair elections was attacked by the police who fired 262 tear gas canisters.

They Malaysian police also shot acid water from water canons and threw smoke bombs at their countrymen, who were unarmed and sat on the ground to show they came in peace. This is also the same police force that gave Anwar Ibrahim the black eye in the first Sodomy trial in 1998, what more horrors are in store for Anwar once judgement is passed for Sodomy II.

Time to punch out Najib and Rosmah

It is clear, the rush to keep Najib out of court coincides with the coming 13th general election. Yes, keep Anwar tied up with the Sodomy II trial, call snap general elections, thus ensuring that Anwar and his Pakatan Rakyat coalition are handicapped in contesting.

This is the ultimate goal of Sodomy II, eliminate Anwar from the political landscape at all cost. Yet, Najib has underestimated the nature of Malaysians. Malaysians did not need Anwar to march on July 9, Malaysians did it for Malaysia.

And though Najib thinks he has the upperhand, it will be Malaysia who will finally hand him and wife Rosmah the well-deserved and long-overdue knockout punch.

10
Oct

Bajet Tak Selesai Pengangguran Graduan

Malaysiakini

Pemuda PAS menyelar pembentangan belanjawan kali ini yang didakwa tidak menitikberatkan keperluan anak muda, antaranya bagi bersaing dalam pasaran kerja.

Naib Ketua dewan itu Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, selain tiada peruntukan khas pembangunan insan dan latihan, kerajaan juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung pengangguran graduan di yang semakin meningkat.

“Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi,” kata Dr Raja Ahmad.

Dalam kenyataannya hari ini Dr Raja Ahmad juga berkata, dalam sektor perkilangan sekali pun, kebergantungan masih diberikan kepada pihak luar dan bukannya anak tempatan, terutama graduan berkemahiran. Continue reading ‘Bajet Tak Selesai Pengangguran Graduan’

09
Oct

Bajet Najib gagal Tawan Hati Semua Lapisan Rakyat – Azmin

Keadilandaily

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘gula-gula’ untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal.

“Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan.

“Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam penting. Namun begitu tumpuan juga harus diselaras kepada semua pihak.

“Dalam pembentangan semalam, tidak ada insentif untuk kakitangan swasta,” katanya kepada Suara Keadilan selepas menyampaikan ucaptama di forum bertajuk Malaysia dan Sejarah yang belum berakhir anjuran Akademi Pak Sako di sini, malam tadi.

Untuk menjana ekonomi, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Najib harus beri keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak sebagai gula-gula pilihan raya.

Azmin juga menyifatkan Bajet 2012 yang meneruskan defisit untuk tahun ke-14 berturut-turut sebagai ancaman ekonomi dan memerlukan pengurusan kewangan dalam keadaan bajet berhemah.

“Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk pembangunan,” katanya.

Beliau berkata, tata kelola yang baik harus meletakkan bajet pembangunan melebihi perbelanjaan pengurusan tetapi Bajet 2012 memperlihat 70 peratus peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

“Masalah defisit tidak akan dapat ditangani disebabkan peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

“Justeru, rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN,” katanya.

09
Oct

Ribuan Hadir Himpunan Hijau Bantah Lynas

Malaysiakini

Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.

Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.

Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.

Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof  bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

07
Oct

Khalid : Belanjawan 2012 Tidak Jamin Hasil Ekonomi Berterusan

TV Selangor

Walaupun belanjawan Kerajaan Persekutuan dikatakan bersifat kebajikan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia tidak memberi pelan yang kukuh bagi membolehkan negara mengharungi keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Khalid berkata jika pelan untuk memperoleh hasil tidak ditingkatkan, usaha untuk memberi kebajikan tidak akan kesampaian.

“Jika struktur ekonomi kita tidak jelas hasil pendapatan negara kita tidak dapat dikekalkan di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,” kata Khalid bila ditemui TV Selangor selepas pembentangan belanjawan 2012.

Kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan RM232 bilion bagi tahun 2012 yang antaranya memperuntukkan bayaran sekali RM500 bagi isi rumah berpendapatan rendah dan pemansuhan semua yuran pendidikan.

Bajet kerajaan yang menganggarkan defisit 4.7 peratus adalah 12 bilion lebih daripada belanjawan alternatif yang dibentangkan Pakatan Rakyat, tiga hari lalu.

Antara usaha-usaha lain adalah penukaran skim gaji penjawat awam dari SSM kepada SBPA dan baucher buku teks kepada pelajar universiti.

Sebanyak RM978 juta diperuntukkan untuk merancakkan pembangunan di lima wilayah ekonomi dan pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur.

07
Oct

Nasib Kg Baru.Dan Slogan ‘Rakyat Didahulukan’: BN Rakus di Sebalik ‘Pembangunan’

Harakah

Kerakusan Kerajaan BN sehingga sanggup meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) malam tadi amat dikesali bukan sahaja oleh para pemilik tanah di kampung itu, tetapi juga di seluruh negara.

Tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap rakus kerajaan dan pihak-pihak yang berselindung di sebaliknya untuk mengaut kekayaan melimpah-ruah hasil daripada ‘pembangunan’ Kampung Baru nanti.

Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, pihaknya amat kesal dengan sikap gelojoh dan tergesa-gesa kerajaan yang meluluskan Akta RUU PPKB 2011 malam tadi, tanpa memberi masa dan peluang langsung kepada pemilik dan pewaris tanah kampung itu untuk melihat sendiri kandungan akta tersebut.

Menurut beliau, Isnin lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menarik balik RUU PPKB 2010, tetapi kemudiannya membentangkan pula rang undang-undang baru, RUU PPKB 2011dengan beberapa pindaan.

Katanya, belum pun sempat pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berpeluang memegang, meneliti dan berbincang berkenaan undang-undang yang bakal menentukan masa depan mereka itu, Kerajaan telahpun secara tergesa-gesa sehingga lewat malam tadi meluluskan RUU PPKB 2011 di Parlimen.

“Apakah yang hendak dikejar sangat sehingga tidak ada ruang langsung untuk RUU PPKB 2011 tersebut dibincang dan diluluskan oleh orang-orang Kampung Baru sendiri terlebih dahulu, sedangkan merekalah pihak yang terlibat secara langsung dengan apa saja bentuk pembangunan yang hendak dicadangkan. Continue reading ‘Nasib Kg Baru.Dan Slogan ‘Rakyat Didahulukan’: BN Rakus di Sebalik ‘Pembangunan’’

07
Oct

Najib Goes After Voters With Fistfuls of Cash in Populist Elections Budget

Malaysia Chronicle

As expected, Prime Minister Najib Razak unveiled a Budget 2012 stashed with cash goodies aimed to lure voters back to the BN fold, but it was immediately shot down not just by opposition but also by financial experts who gawked at his overly rosy economic projections.

In Budget 2012, Najib forecast GDP growth of 5 to 6% while the deficit was to drop to 4.7% from a projected 5.4% in 2011.

“That’s a pretty bullish outlook relative to the street and relative to ourselves as well. We’re looking at 4 per cent this year and 4.2 per cent next year. Second-half growth has to turn up to 5.5 per cent to average even 5 per cent. So that looks a bit optimistic from my view,” Hak Bin Chua from Merrill Lynch Bank of America told Reuters.

Faking it with overblown growth projections, no details on where money to come from

But Najib, who is also Finance minister, may have no choice. If he did not ‘fake’ his projections, there may not be enough to finance the plans he unveiled. Continue reading ‘Najib Goes After Voters With Fistfuls of Cash in Populist Elections Budget’

07
Oct

Belanjawan Najib Tidak Realistik, Helah Pilihan Raya

Keadilandaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13.

Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga disifatkan Anwar sebagai “menjanjikan banyak perkara tetapi tiada perincian tentang meningkatkan pendapatn negara atau ketelusan”, lapor The Malaysian Insider.

“Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar,” kata Anwar.

Najib sebentar tadi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara tahun 2012 pada kadar 5 ke 6 peratus, satu anggaran yang dikritik penganalisa ekonomi sebelum ini sebagai tidak realistik.

Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Rakyat pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4 ke 4.5 peratus sahaja.

Anwar seterusnya menambah bahawa Najib membentangkan satu belanjawan yang “diciplak dari Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu dilaksanakan BN”.

Antaranya adalah bantuan RM500 wang tunai setahun kepada isirumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3000.

Ia hampir sama dengan bantuan RM1000 setahun kepada isirumah yang layak seperti dibentangkan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua sebelum ini.

07
Oct

Ikuti Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

Untuk makluman bagi memudahkan anda , Berikut adalah link Belanjawan Pakatan Rakyat:

http://www.pakatanrakyat.info/?page_id=108

http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg/blog/pakatan_rakyat_shadow_budget_2012_final_version.pdf

07
Oct

Keputusan Pembatalan Sapina PM Najib Bukti Skrip Ulangan Konspirasi Fitnah

Kenyataan Media
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

7 Oktober 2011

Keputusan Pembatalan Sapina PM Najib Bukti Skrip Ulangan Konspirasi Fitnah

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Dato’ Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi kes Fitnah 1 tahun 1998.

AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu “prejudge” pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Dato Sri Najib didakwa terlibat.

Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas ‘turun naik’ kenyataan Dato’ Sri Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008. Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Datuk Seri Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku 2 hari selepas pertemuan dengan Dato’ Sri Najib !

Tiga tahun berlalu, ini masih belum dinafikan. Dan sekiranya Dato’ Sri Najib melihat beliau tidak relevan sebagai saksi, mengapakah beliau ditawarkan sebagai saksi di peringkat pertama? Bagaimana pulakah dengan keterangan Datin Sri Rosmah yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk mengatakan kedua mereka ini tidak relevan menjadi saksi sekiranya mereka direkodkan keterangan masing-masing.

Perkembangan ini, secara tidak langsung, membuka satu ruang dan asas baru kepada pihak peguambela untuk memfailkan semula permohonan untuk membatalkan hakim berikutan ketetapan yang tidak konsisten dengan fakta-fakta kes yang berkaitan.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

07
Oct

Jawapan Berbeza, Najib Harus Beri Keterangan di Mahkamah

KeadilanDaily

Datuk Seri Najib Razak sehingga kini belum ada penafian konkrit berhubung jawapan berbeza berkaitan pertemuan Perdana Menteri itu dengan pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan.

“Beliau mengaku Saiful ada berjumpa dengannya untuk memohon biasiswa tapi dalam respon kali kedua menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat.

“Dari segi fakta (kertas pertuduhan), fitnah yang dibuat Saiful berlaku dua hari selepas pertemuan itu. Tiga tahun berlalu, hal ini masih belum dinafi,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melalui kenyataan media, hari ini.

Najib sebelum ini dilapor mengadakan pertemuan itu pada 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 yang turut disiar media arus perdana secara besar-besaran tetapi kini mengelak dari memberi keterangan dalam kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Shamsul menyifatkan kegagalan Najib dan isteri, Datin Sri Rosmah untuk disepina memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik sekali gus mengulangi kes Fitnah I.

“Keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan mereka untuk tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan dilihat “prejudge” pembelaan Anwar dan peguam bela bahawa wujud konspirasi,” katanya.

Beliau hairan kerana Najib ditawar sebagai saksi pada peringkat awal tetapi kemudian, kehadirannya tiba-tiba dianggap tidak relevan.

“Bagaimana dengan keterangan Rosmah yang direkodkan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah? Di manakah asas untuk mengatakan mereka tidak relevan jika keterangan ada direkod.”

Ini, kata Shamsul, secara tidak langsung membuka ruang dan asas baru kepada  peguam bela untuk memfail semula permohonan membatal hakim berikutan keputusan tidak konsisten dengan fakta kes.