Archive for October, 2011



21
Oct

Gantung Aziz Bari, Zalimi Cendekiawan

KeadilanDaily

Penggantungan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Pensyarahnya, Aziz Bari dilihat merendahkan golongan akademik dan menzalimi cendakiawan, Kata Presiden KEADILAN.

“Sesuatu memalukan dan menzalimi cendekiawan Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandar fakta imperikal yang sememangnya kepakaran mereka, sekaligus membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat,” kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya KEADILAN melihat tindakan pengurusan (UIAM) menggantung Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai merendah-rendahkan golongan akademik di negara.

Ini kerana katanya, Aziz Bari yang juga pensyarah hanya memberi pandangan mengenai isu tertentu berpaksikan kepakaran yang dimilikinya.

Beliau turut menyelar tindakan media dan politikus tertentu yang mempolemikan isu itu.

“Isu ini sepatutnya dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan dan bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak.

“Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara,”
katanya,

Oleh itu, katanya, atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap pengurusan UIAM mengendalikan isu itu dengan penuh hemah tanpa mencemar budaya ilmu.

Aziz Bari diberi tunjuk sebab oleh universiti itu sejak beberapa hari lalu kerana didakwa “memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti” dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.

UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan selain dihalang memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti itu.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz ialah pensyarah paling kanan di universiti itu dan sudah berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

21
Oct

Kenyataan Media: UIA Digesa Menarik Balik Penggantungan Prof Dr Aziz Bari

Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar
perlembagaan terkemuka Prof Dr Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan.

UIA, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf
antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea.

Malangnya, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini.

Dengan mengambil tindakan ini, UIA terbukti mementingkan agenda
politik UMNO.  ”Transformasi” yang sering dilaung-laungkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji
kosong.

Universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat. Jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan.

Tindakan menggantung Dr Aziz ini merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum.

Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan
serta-merta. Hak kebebasan akademia mesti dipertahankan.

YB ELIZABETH WONG Continue reading ‘Kenyataan Media: UIA Digesa Menarik Balik Penggantungan Prof Dr Aziz Bari’

21
Oct

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kedah

22 Oktober  2011 (Sabtu)

Program 1)

8.00 mlm – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali

Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sidam (YB Tan Chu Kang)
Jalan Sekerat, Sungai Petani

Program 2)

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Dewan Dato’ Fadhil Noor, Kampong Batu 16, Serdang, Bandar Baru, Kulim

Penceramah:

1.      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2.      YB Saifuddin Nasution Ismail

3.      YB Yakob Husin

4.      YB Senator Saiful Izham Ramli

5.      Sdr Fariz Musa

20
Oct

Rayuan Sepina Najib, Rosmah Patut Didengar dulu

Malaysiakini

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rayuannya bagi menolak sepina yang membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengketepikan sepina yang meminta mereka hadir di Mahkamah Tinggi didengar terlebih dahulu sebelum hujahan akhir daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dilakukan.

“Kami telah membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Datuk Mohamad) Zabidin (Mohd Diah) untuk membatalkan sepina yang diberikan kepada Najib dan Rosmah.

“Saya juga tidak mahu kes ditangguhkan lagi… tetapi Mahkamah Rayuan perlu mendengar rayuan saya terlebih dahulu. Dalam kes-kes lain, rayuan diputuskan dengan cepat,” kata Anwar.

Ketua pembangkang itu juga mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman dan mendakwa kelewatan dalam mendengar rayuan beliau hanya mencerminkan pendakwaan yang tidak adil terhadap dirinya.

20
Oct

AMK Kecam Penggantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bertindak menggantung perkhidmatan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, pensyarah kanan UIAM yang juga merupakan pakar perlembagaan tanah air.

Penggantungan ini, susulan daripada Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh UIAM semalam kepada Dr. Aziz, ternyata sesuatu yang memelikkan dalam keadaan Dr. Aziz belum lagi memberikan sebarang jawapan balas kepada Surat Tunjuk Sebab berkenaan yang meletakkan tarikh 25 Oktober sebagai tarikh akhir untuk beliau menjawabnya.

Isu yang dipolemikkan secara berlebihan oleh Utusan Malaysia dan beberapa aktivis politik picisan melibatkan kenyataan terdahulu Dr. Aziz sehingga beliau disiasat oleh SKMM dan polis, nyata sekali bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan bertujuan untuk membangkitkan sentimen rakyat ke atas sesuatu isu yang sememangnya jelas justifikasinya di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan Malaysia. Continue reading ‘AMK Kecam Penggantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari’

20
Oct

Abdul Aziz Bari: Keluhuran Perlembagaan Bukan Untuk Diulang-ulang Seperti Burung Kakak Tua

Merdeka Review

Berita terkini melaporkan bahawa Profesor Abdul Aziz Bari digantung tugasnya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), lantas mencungkil persoalan sejauh manakah institusi pengajian tinggi mampu mempertahankan kebebasan akademik atau kebebasan bersuara dalam menara gading?
Mampukah menara gading tempatan menampung sesuatu yang dikatakan “idealisme”?  Atau sekadar bayangan realiti di luar kampus – apabila mereka yang sepatutnya mempertahankan “keluhuran perlembagaan” menodai semangat ini; dan apabila mereka yang sepatutnya mempertahankan autonomi akademik, mencabul kesucian intelektual.

Abdul Aziz Bari (gambar kiri), 52, menjadi tumpuan kali ini.  Isunya terlalu besar, membelenggu fikrah masyarakat Malaysia selama ini.  Namun sehingga hari ini, beliau tetap tidak berganjak, mempertahankan apa yang dipercayai dirinya, sebagai seorang pakar perlembagaan.

Ikuti bahagian kedua wawancara MerdekaReview (MR), bersama Abdul Aziz Bari (AAB) melalui email.

MR: Dari sejarahnya, sistem perlembagaan kita direka dengan institusi Raja dikekalkan sebagai lambang untuk mempertahankan agama Islam dan kaum Melayu.  Mungkin ini antara puncanya mengapa institusi Raja menjadi isu “sensitif”, kerana mengkritik “Raja” disamakan dengan “mempertikaikan Melayu dan Islam”.

Atau dalam konteks hari ini, apakah Prof menganggap, “sensitif”nya isu institusi Raja sebenarnya berpunca daripada permainan politik kepartian?  Parti politik telah mengheret institusi Raja ke gelanggang politik kepartian, sebagai senjata dalam pergelutan politik.  Misalnya, dalam rampasan kuasa Perak pada tahun 2009, penyandang asal jawatan Menteri Besar, Mohd. Nizar Jamaluddin diserang sebagai “penderhaka” oleh UMNO, yang mana motifnya diketahui umum.

AAB: Apa yang dianggap sensitif itu pada saya sesuatu yang subjektif.  Lain orang lain tafsirannya.  Dalam konteks undang-undang hasutan seorang hakim, Tan Sri Azmi Kamaruddin, pernah menyebut dalam kes Mark Koding (1982) betapa undang-undang hasutan Malaysia payah difahami.  Menyeret istana ke kancah politik ini banyak sebabnya.  Tetapi jika istana tegas dan tahu peranannya itu saya fikir tidak akan berlaku.  Tetapi ada kalanya tuduhan itu timbul kerana pihak berkenaan hendak menyembunyikan sesuatu dan pihak ini mungkin berkata istana diseret ke dalam politik kerana istana memainkan peranannya yang sebenar.

Dalam kes Nizar itu saya dah sebut sikap dan pandangan saya yakni istana perlu melaksanakan kuasanya sebagaimana yang dihasratkan oleh perlembagaan; yakni selaras dengan demokrasi.  Ertinya kuasa budibicara itu perlu dilihat dalam konteks yang betul.  Bukan secara literal. Continue reading ‘Abdul Aziz Bari: Keluhuran Perlembagaan Bukan Untuk Diulang-ulang Seperti Burung Kakak Tua’

20
Oct

Can The People of Malaysia Ever Forgive Mahathir ?

Malaysia Chronicle

“[Mahathir Mohamad has] . . . created a legacy so monumental that no one could have presumed his mantle.” That was what Abdullah Ahmad gushingly said of Mahathir when the ‘Great Man’ announced his resignation as Prime Minister. Tan Sri Abdullah was Group Editor-in-Chief of the New Straits Times when he wrote the above on 26 June 2002 following the News of Mahathir’s intention.

I believe that came from Abdullah’s heart for you cannot write anything so ‘Moving’ if it . . . does not come from the heart.

Now let me tell you what comes from my heart when I read that.

Who would be foolhardy enough to presume the Mahathir mantle ?

This man used money and power like no other PM of Malaysia has ever done ! Like no other Leader in most parts of the civilized world has ever done, save for some parts of Africa and some parts of our world where accountability for one’s action is easily dismissed through the barrel of the Gun !

Who would dare to presume the monumental mantle of this Mahathir who was instrumental in bringing into our way of life such concepts as Operasi Lalang ( ISA and the ends justify the means of preventive detention ), nepotism, money politics, greed, privatization, IPPs and Perwaja ; the monumental mantle of this Mahathir that displayed such utter vindictiveness to [ destroy ] those who simply do not agree with his point of view ?

It is a monumental mantle to have left as his legacy – negotiated tenders, a tainted judiciary, Bakun, Renong and its horrendous debts, Khir Toyo, Daim Zainuddin and the list is endless. The monumental man almost left us a crooked bridge as well.

Every government machinery, every high public office appointment, every political decision made during Mahathir’s time was at his pleasure and made to do your biddings.

Not Dollah, not anyone . . . nobody would be foolhardy enough to try and assume that mantle.

All the personal excesses that we now talk about had its beginnings, development and reached its zenith during Mahathir’s time. Samy Velu, Rafidah, VK Lingam, Augustine Paul, L iong Sik, Daim, Vincent Tan, Abdullah Ang, Eric Cheah . . . the mind boggles at the billions these people made at the expense of the Nation !

Sir, you need to take responsibility

What defines greatness in a man ? “It’s not what you take but what you leave behind that defines greatness.” – Edward Gardner.

Billions in debt

Mahathir left us with debts measured in billions, not millions !

This man left us with monuments of First World stature but failed miserably to prepare our then third-world mentality to be ready for these iconic structures. If you bring a nation into an era that it is not ready for, you are being irresponsible !

If you cut corners and award projects to people who YOU think can do the job and they fail to do that job – you take responsibility !

If you do nothing about a Leader that robs his own people blind – like Samy Velu did to the Indians – then you take responsibility.

If you take power away from the Sultans and empower UMNO with the same power and UMNO abuses that power – you take responsibility !

When you remove two of your deputies and in so doing caused:

1) Within UMNO, a factionalism that forever weakened the party;

2) and had one of these removed deputies, Anwar, come back 10 years later and inflict upon UMNO its biggest defeat, you take responsibility.

When you take a dentist and make him Menteri Besar of Selangor – and this MB then proceeds to enrich himself so excessively that it finally culminated in the loss of Selangor to the opposition – then you take responsibility.

When you take Oil Royalties away from Terengganu and Kelantan because the people voted for the Opposition, you take responsibility for the suffering of the people within that state who are now without the funds for development.

When you use Petronas Money to bail out your son’s shipping company to the tune of hundreds of millions, then you take responsibility for abusing the trust the people placed in you as the guardian of public monies.

Can he walk down a street unmolested?

That a man of your previous stature would require me, a 62-year-old man living in Adelaide, Australia to write this biting and hurtful article about you simply indicates the depth you have allowed yourself to sink to.

Once you told us to look East. We looked East.

You told us to buy British last. We bought British last.

You told us to buy Proton, we bought Proton – albeit with a little arm-twisting. Possibly all those were relevant at that point in time. So Tun, using that analogy, let me respectfully tell you this: “Tun, you are no longer relevant”.

You are no longer relevant in UMNO except to serve the selfish purpose of certain factions. “ Hear ! Hear ! ” or as ( the blogger ) Antares said for the benefit of Ibrahim Ali, “ Dengar, Dengar ! ”

You are no longer relevant to the Malays. You have done enough damage to us and we see through your deceptions.

You are no longer relevant to the people in this country. We have all moved on and demand a more open and responsible government. We see through your duplicity and untruths.

Tun, you are only relevant to those that still love you for what you are – a Grandfather, a Father and a Husband. Is it not time that you return their Love and their Need to have you back in their fold ? And that you return the Love and Respect that they give to you for what you are today ? An 84-year-old Grandfather, Father and Husband.

Sir, you would need all the goodness that is in Mecca, all the forgiveness that Mandela has shown to the very people that imprisoned him, and all the love that the families of Teoh Beng Hock, Kugan and Aminulrasyid have for their loved ones if you are ever to be forgiven by the people of Malaysia.

And I know that even with all that, you would still have a hard time walking down the streets of KL without worrying that someone might spit on you . . . and that Sir is the whole Truth and nothing but the Truth . . . so help me God !

20
Oct

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang

21 Oktober 2011 (Jumaat)

Program 1)

12.30 tghari – Solat Jumaat dan Tazkirah di Masjid Permatang Janggus

Program 2)

2.30 ptg – Perjumpaan Dengan Masyarakat Permatang Pauh

Lokasi: Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh

Program 3)

4.30 ptg – Hi-Tea

Lokasi: Taman Seri Gunong, Nibong Tebal

Program 4)

7.00 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib

Lokasi: Surau Semilang Pantai, Seberang Jaya

Program 5)

8.30 mlm – Sambutan Pesta Cahaya Deepavali

Lokasi: Tapak Expo Seberang Jaya

Program 6)

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Demi Rakyat

Lokasi: Dataran PASTI Sungai Aceh, Nibong Tebal

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YAB Lim Guan Eng

3. YB Dato’ Mansor Othman

19
Oct

Parti KEADILAN Rakyat Tidak Akan Sertai Himpunan Sabtu Ini

19
Oct

Pakatan Tubuh Jawatankuasa Kaji Laporan Audit

Harakah

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sudah membentuk jawatankuasa untuk mengkaji isi kandungan Laporan Audit Negara yang belum diterima oleh Dewan Rakyat sehingga hari ini.

Ahli Parlimen Kuantan, Azan Ismail berkata, jawatankuasa tersebut melibatkan lima wakil Pakatan Rakyat, bagaimanapun belum menamakan invidu-individu tersebut.

“Buat pertama kali kita tubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji segala aspek dalam laporan audit yang sudah hampir dua minggu lewat daripada waktu sepatutnya ia dikeluarkan,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu juga akan mengemukakan pandangan Pakatan Rakyat tentang laporan audit yang akan dikeluarkan dan mencari sebab kenapa ia lambat dikeluarkan.

“Jawatankuasa ini bukan sahaja untuk mengkaji isi kandungan semata-mata tapi kita nak kemukakan pandangan kita sebagai satu pandangan daripada pembangkang untuk lihat kenapa berlaku kelewatan yang sangat ketara ini,” katanya. Continue reading ‘Pakatan Tubuh Jawatankuasa Kaji Laporan Audit’

19
Oct

DSAI Terima Kunjungan Hormat Speaker MPR Muhammad Tawfik Kiemas Serta Ahli Parlimen Indonesia

Keadilan Daily
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi anggota parlimen Indonesia, diketuai Speaker Majelis Permusyawaratan Rakyat Indonesia (MPR), Muhammad Taufiq Kiemas.

Kunjungan selama kira-kira dua jam itu berlangsung di Kelab Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, yang turut dihadiri pimpinan tertinggi KEADILAN, kira-kira jam 8.30 malam.

Pertemuan dalam suasana mesra itu menyaksikan kedua pihak berbincang mengenai soal demokrasi dan hubungan kerjasama antara kedua negara

Taufiq, yang juga Ketua Dewan Pertimbangan Pusat Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), juga dikenali sebagai suami Presiden Indonesia kelima, Megawati Soekarnoputri.

MPR adalah lembaga legislatif bikameral yang merupakan salah satu lembaga tertinggi negara dalam sistem ketatanegaraan Indonesia.

19
Oct

Debat Anwar-Najib: Akademi Penulisan Tawar Jadi Penganjur

Keadilan Daily

Sebuah akademi penulisan sedia menjadi penganjur bagi debat antara Ketua Pembangkang, dan Perdana Menteri berhubung soal ekonomi dan Belanjawan 2012.

Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu merupakan perkembangan sihat bagi membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

“Perdebatan seperti ini akan memberi ruang yang adil kepada rakyat untuk menilai secara rasional dasar-dasar yang digarap demi kepentingan mereka.

“Justeru Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur kepada Debat Belanjawan Negara 2012; di antara YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” kata Hilman dalam satu kenyataan media.

Katanya, pihaknya akan menghantar undangan kepada perdana menteri dan ketua pembangkang itu, Jumaat ini.
Sekiranya kedua-dua tokoh itu bersetuju, debat berkenaan akan ditetapkan pada hari Khamis, 3 November pada jam 9 malam dan bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

“Kami berharap kedua-dua tokoh ini bersedia untuk menerima undangan debat daripada pihak kami. Semoga debat ini berlangsung dengan baik dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat,” ujar Hilman.

Isnin lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung soal ekonomi dan Belanjawan 2012 yang dibentang baru-baru ini.

Ia berikutan kenyataan Najib mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya gagal memahami kehendak rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, debat itu juga perlu disiarkan secara langsung melalui televisyen ke seluruh negara