Archive for October 11th, 2011

11 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Keadilan Daily

Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Menurut Saifuddin, FBC yang menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia sebanyak 19.6 juta Euro, memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

“Peranan FBC Media untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya, terang-terang bercanggah. Dia dapat duit kita, dia puji Israel. Kalau baca kempen online mereka, Nabi Muhammad diserang dengan begitu hina dan jijik sekali,”

“Kerajaan mesti menjelaskan kedudukan perkara ini,” kata Saifuddin Nasution dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam.

Pada 31 Mei lalu, komando Israel menyerang kapal bantuan Mavi Marmara menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu ditahan.

Menurut Saifuddin, tindakan itu disokong FBC Media, sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain yang dilantik kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak.

FBC Media menerbitkan program TV berkaitan Malaysia yang kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

Saifuddin menambah, kontrak FBC media yang bermula pada 2007 dan berakhir pada 2010 itu berperanan menasihat, mengurus kempen komunikasi kerajaan, meningkatkan profil kerajaan dan Perdana Menteri serta menangani persepsi negatif negara di peringkat antarabangsa.

Tindakan FBC mendapatkan bayaran dari kerajaan Malaysia bagi menghasilkan program TV berkenaan, bercanggah dengan etika kewartawanan.

“Selepas siasatan badan regulasi media di Britain iaitu Ofcom, semua program FBC Media digantung,”

“Begitu juga di CNN dan CNBC yang menghasilkan program-program mengenai Malaysia,” kata Saifuddin.

11 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

The Malaysian Insider

The Barisan Nasional (BN) government paid RM94 million to raise its international profile over three years to FBC Media, which is under probe by British regulators for producing content on Malaysia without revealing that Putrajaya was its client.

But the Prime Minister’s Office (PMO) denied any involvement in how FBC Media secured coverage in the international press.

In a written reply to a question in Parliament, Datuk Seri Najib Razak’s office said that the 12-month contract that was signed in 2007 was renewed twice for a total cost of €19.6 million.

“It is the responsibility of FBC Media to obtain airtime in international media and the government has no control over this matter.

“This is a matter of discussions between FBC Media and the BBC,” the PMO replied to Batu MP Chua Tian Chang’s question posed last Thursday.

Malaysia ended its contract with the public relations firm last month after it was revealed that government leaders routinely appeared in paid-for interviews on global television programmes on CNBC.

FBC is now being investigated by British media regulator Office of Communications (Ofcom) as well as the BBC and CNBC for producing content on Malaysia without revealing it received money from Putrajaya.

Both broadcasters have dropped FBC programmes from their lineup. (more…)

11 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan tindakan kekerasan yang digunakan oleh polis ketika perhimpunan BERSIH  2.0, bermula hari ini dengan seorang saksi mendakwa beliau terlihat seorang wanita ditolak secara kasar sehingga tersungkur di jalan.

NONEKenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu siasatan bahawa beliau menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya untuk ke stesen Dang Wangi pada kira-kira jam 3 petang 9 Julai lalu.

“Saya mahu turun di stesen LRT Pasar Seni tetapi ia telah ditutup. Saya mengiringi teman wanita saya yang bekerja dengan media dan kami berjalan di Jalan Pudu menghala ke arah Maybank. Ini adalah pengalaman pertama saya terbabit dengan perhimpunan.

“Saya berpakaian kuning dan melihat sekumpulan orang yang memberi amaran bahawa gas pemedih mata sedang dilepaskan. Kami kemudiannya berlari menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana kami mendengar polis menjerit “Tangkap, tangkap!

“Kemudian saya lihat mereka menangkap seorang wanita Melayu dengan kasar. Kepalanya ditolak ke atas jalan raya,” dakwanya.

Wanita itu kemudiannya dilepaskan setelah mengenalkan dirinya sebagai kakitangan TV Selangor, katanya. (more…)

11 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Walaupun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar isu berkaitan akta berkenaan diketengahkan untuk perhatian Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melengahkan perkenan baginda kerana perkara itu “menyentuh isu kepentingan penduduk Melayu”.

“Dia (kerajaan) lulus, dia boleh lulus. Sekarang ia masih di peringkat Dewan Negara (sebelum digazetkan). Kemudian (perlu) perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya berbincang dengan Salahudin Ayub, boleh jadi perkara ini akan diketengahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor untuk melengahkan (supaya) tidak mengeluarkan kelulusan.

“Ini kerana (ia) menyentuh isu (kepentingan dan masa depan orang) Melayu dan penduduk Melayu (di situ),” katanya dalam majlis penerangan “Selamatkan Kampung Baru” malam tadi.

Bagaimanapun Anwar dalam ucapan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru itu, tidak menyatakan bila Pakatan Rakyat yang diterajuinya akan berbuat demikian.

Menyifatkan cadangan itu sebagai “saluran sementara”, Anwar berkata apa yang lebih penting tindakan itu dibuat bagi memastikan akta tersebut “tidak sempat dilaksanakan dengan sepenuhnya”.

“Kita nak beritahu bahawa rakyat ada pilihan,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh kira-kira 500 penduduk Kampung Baru yang hadir pada majlis tersebut.

Turut bersama adalah tiga ahli parlimen Pakatan iaitu Salahudin Ayub (Kubang Kerian), Tian Chua (Batu) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak).

Gagal sekat

Rabu lalu, ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila ia diluluskan menerusi undi belah bahagian.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Dalam ucapannya lagi, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mempersoalkan tindakan kerajaan menarik balik draf undang-undang tersebut yang dibentangkan sebelum ini.

“(Kerajaan) kena dengar pendapat rakyat (terlebih dahulu). Kena tengok dari segi undang-undang dan apa implikasinya (kepada rakyat)

“(Kehendak rakyat) mesti difahami, sebelum buat sesuatu,” katanya sambil menambah tidak perlu “kuasa mutlak” diberikan menteri untuk membangunkan di kawasan itu

Sehubungan itu, Anwar yang juga ketua pembangkang berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya akan datang, pihaknya akan “membatalkan” undang-undang baru tersebut.

Mengimbau sejarah pembangunan di Kampung Baru, bekas timbalan perdana menteri itu menceritakan jasa bekas menteri besar Selangor Allahyarham Datuk Harun Idris membantu membangunkan ekonomi orang Melayu.

Anwar menegaskan sepatutnya pemimpin Umno mencontohi Harun yang berusaha menolong orang Melayu, seperti memberi bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada penduduk di situ, yang mana ketika itu Kuala Lumpur berada di bawah Selangor.

MB diminta bantu

Beliau yang juga penasihat ekonomi negeri itu turut mencadangkan kepada Khalid supaya segera membantu penduduk Kampung Baru melalui anak-anak syarikat, berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar.

Anwar berharap perbincangan antara anak-anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor dapat diadakan demi kepentingan penduduk selewat-lewatnya sebelum solat Jumaat.

Beliau mengulas syor Khalid yang berucap sebelum itu, berhubung komitmen kerajaan Selangor untuk memberi “sokongan profesional” kepada penduduk Kampung Baru.

Sementara itu, Salahudin pula menempelak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahtaraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang disifatkan sebagai ‘sombong’.

Ini kerana dakwanya, menteri itu tidak memberi peluang kepada pemimpin pembangkang untuk mencelah membahaskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Memanglah mengikut peraturan mesyuarat, nak bagi jalan atau tidak itu hak menteri kepada kita (untuk) membahaskan rang undang-undang itu.

“Memang hak dia, kita tidak menafikan hak dia. Tetapi rang undang-undang yang menentukan masa depan orang Kampung Baru, yang dia adalah menteri wilayah persekutuan,” katanya.

Pada sidang media selepas majlis tersebut, Khalid berkata beliau bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bertindak di bawah pejabat menteri besar dengan kerjasama antaranya PKNS dan Perbadanan Negeri Selangor Berhad untuk membantu membangunkan Kampung Baru.

Beliau turut mengumumkan seorang wakil kerajaan negeri yang kini sebagai adalah lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diarahkan memantau sebarang keputusan dewan tersebut berhubung pembangunan di situ.

“Beberapa rakan profesional dari kumpulan peguam menolong jawatankuasa ini untuk memahami dan merancang. Kumpulan perancang yang akan memberi idea perancangan (pembangunan) dan projek analisis,” katanya.

Khalid berkata jawatankuasa itu akan bertindang bermula hari ini (Selasa) atau lusa.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kampung Baru mempunyai hubungan sejarah dengan negeri itu melalui Malay Agriculture Settlement Act yang dibuat semasa kampung itu berada dalam Selangor.

“(Oleh itu) akta tersebut sebagai asas untuk menggembleng pemilik tanah (mengenai) apa yang mereka perlu lakukan dalam usaha pembangunan di Kampung Baru dan masyarakat di situ.

“Daripada pemahaman saya, undang-undang yang dikemukakan sekarang mesti dibaca dengan undang-undang yang sudah ada. Antara undang-undang itu adalah Malay Agriculture Settlement (MAS) Act… Itu asasnya.

“Sebab itu saya rasa ada peluang untuk kita menggunakan akta MAS sebagai asas untuk kita mencari jalan pembangunan yang boleh diterima oleh masyarakat di Kampung Baru,” katanya.

11 October 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Merdeka Review

Oleh KPRU

DEFISIT BERLARUTAN SELAMA 15 TAHUN

Peruntukan Belanjawan Najib 2012 sebanyak RM232.8 bilion memperlihatkan peningkatan sebanyak 9% berbanding dengan peruntukan pada tahun 2011.  Daripada jumlah tersebut, 78% atau RM181.6 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan 22% atau RM51.2 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.

Sementara itu, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 dianggarkan meningkat 1.9% kepada RM186.9 bilion dan defisit Kerajaan Persekutuan dijangka berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK atau RM45.9 bilion.  Hal ini juga bermaksud, tahun 2012 merupakan tahun ke-15 Kerajaan Persekutuan mengalami defisit secara berterusan semenjak tahun 1998.

Sumber: Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan dan Laporan Bank Negara Malaysia

Jelas, tumpuan Belanjawan Najib 2012 ialah PRU Ke-13, bukan masalah ekonomi khususnya bagaimana negara berdepan dengan ekonomi dunia yang tidak menentu dan risiko defisit 15 tahun berturut-turut.  Pakej Rangsangan Khas dengan jumlah projek bernilai RM6 bilion bukan sahaja tidak dibekalkan butiran, malah impaknya untuk merangsangkan ekonomi negara juga tidak meyakinkan.

Ekonomi dunia memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia.  Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi dunia lemah dan disemak semula kepada 4 peratus pada tahun 2012, unjuran pertumbuhan ekonomi negara sekitar 5 hingga 6% bukan sahaja terlalu optimistik dan tidak meyakinkan, malah tidak bertanggungjawab. Pertimbangan PRU Ke-13 dan sifat short-sighted Belanjawan 2012 dilihat hanya mampu menjana pertumbuhan kurang daripada 4% pada tahun 2012.

Sesungguhnya, ramai penganalisa ekonomi berpendapat angka Kerajaan Persekutuan berhubung KDNK dan defisit adalah terlalu optimistik dan tidak meyakinkan.

Apabila diimbas kembali rekod displin fiskal khususnya bagi tiga tahun yang lepas Kerajaan Najib cenderung membentangkan sebuah Belanjawan Tahunan dengan kadar defisit yang lebih rendah, kemudian mengemukakan belanjawan tambahan pada masa depan yang bakal menyaksikan peningkatan perbelanjaan.

Jadual-jadual di bawah membuktikan kecenderungan yang dimaksudkan:


Kekurangan Dana dan Isu Pembiayaan

Menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), Kerajaan BN dijangka mengumpul sebanyak RM88 bilion (berbanding RM58 bilion tahun lalu) melalui Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) bagi tujuan membiayai defisit belanjawan dan bon yang matang <1>.

MARC menjangkakan defisit belanjawan tahun 2011 berada pada paras RM45.5 bilion manakala MGS/GII yang matang pada tahun ini adalah bernilai RM45 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai keperluan pembiayaan berjumlah RM90.5 bilion.

Terbitan MGS telah mencecah RM66.5 bilion ataupun 74% daripada sasaran terbitan bagi tahun 2011. Menurut HSBC Global Research, dana asing berjumlah RM62 bilion telah dilabur di dalam pasaran MGS pada enam bulan pertama tahun 2011.<2>

Kini dengan pengumuman defisit sebanyak RM43.021 bilion bagi tahun 2012, isu pembiayaan sebenar yang bakal dihadapi Kerajaan Persekutuan menjadi persoalan penting.  Sejauh mana perangkaan sebuah Belanjawan Negara yang tidak berhemat bakal meninggalkan tanggungan berat kepada generasi muda pada masa depan?

GOLONGAN BERPENDAPATAN MENENGAH JUGA BERDEPAN DENGAN BEBAN HIDUP YANG BERAT

Golongan berpendapatan menengah yang bukan pelabur atau peniaga besar tidak layak mendapat “handout” RM500 kerana jumlah pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan fakta bahawa biasanya lebih daripada seorang ahli keluarga perlu bekerja. Namun mereka juga berdepan dengan beban hidup yang berat.

Golongan berpendapatan menengah yang juga merupakan pembayar cukai tidak mendapat sebarang bantuan bermakna untuk meringankan beban hidup.  Kadar caruman KWSP sebanyak 11% tidak diturunkan daripada 11% kepada 8%. Kadar cukai pendapatan individu juga tidak diturunkan. (sila lihat jadual di bawah) <3> Ekoran itu, golongan ketua isi rumah berpendapatan menengah berdepan dengan tekanan inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan pendapatan boleh guna tidak bertambah.

MASALAH PERUNTUKAN AD HOC TANPA DASAR ADIL

Dasar Transformasi Nasional (DTN) lebih merupakan kumpulan siri projek yang memperlihatkan peruntukan secara rampang dan ad hoc melalui Belanjawan Najib meskipun DTN mula berlangsung pada tahun 2011 sehinggalah 2020.  Sesungguhnya, perancangan dasar negara bukan sahaja memerlukan pemahaman masalah, desakan dan tuntutan rakyat tetapi juga pendekatan dan penyelesaian masalah secara dasar.

Dalam peruntukan RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan, meskipun demi tujuan meraih undi untuk PRU Ke-13, Najib terpaksa memberikan peruntukan kepada semua jenis sekolah tanpa mengira jenis aliran, tetapi peruntukan secara mendatar (egalitarian) tanpa mengira nisbah peruntukan terhadap bilangan sekolah bakal menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikannya.

Pengiraan peruntukan RM1 bilion tersebut berdasarkan nisbah apabila dibandingkan dengan peruntukan Belanjawan Najib tanpa mengira nisbah memberikan scenario keadilan social yang berbeza dan memperlihatkan perbezaan antara peruntukan secara dasar dengan peruntukan secara ad hoc.

STATISTIK KPRU: PURATA PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH TANPA MENGIRA NISBAH BILANGAN SEKOLAH (SECARA AD HOC)

STATISTIK KPRU: PURATA PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN NISBAH BILANGAN SEKOLAH (SECARA DASAR)

Pengagihan semula pendapatan negara apabila dilakukan secara dasar dapat menjamin pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Contoh pengiraan di atas menunjukkan bahawa, sekolah kebangsaan sewajarnya diberikan peruntukan sebanyak RM758.54 juta dan bukannya RM500 juta. Peruntukan ad hoc dan dasar tidak adil BN selama ini telah mengakibatkan peruntukan yang cacat dilaksanakan demi meraih undi menjelang PRU Ke-13.

Menyentuh pendidikan manusiawi, tidak cukup sekadar memansuhkan bayaran bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah. Isu yang lebih penting ialah bagaimana beban bag murid sekolah yang berat dapat diberikan perhatian khusus dan isu penerbitan buku teks membabitkan kemelut antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dawama Sdn. Bhd. Harus diberikan penjelasan secara menyeluruh oleh kementerian dan agensi berkaitan kerana kemelut ini melibatkan persoalan dasar.

SUBSIDI KORPORAT KEKAL

Subsidi korporat kekal. Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak berniat hendak menstruktur semula dasar subsidi supaya subsidi korporat dijuruskan ke arah pengukuhan jaringan keselamatan social berlandaskan ekonomi manusiawi dan bukannya ke arah pengukuhan politik naungan berlandaskan ekonomi kronisme.

Berdasarkan laporan The Edge Financial Daily bertarikh 25 April 2011, keuntungan bersih Tenaga Nasional Berhad (TNB) susut 37% (RM630.3 million)  pada  2QFY011, berbanding tahun lepas sebanyak RM1 bilion.

Selepas pengumuman peningkatan kos tenaga, terdapat pendedahan bahawa Petronas terpaksa menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP, dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP tetapi Kerajaan BN sebelum ini telah memotongkan subsidi kepada rakyat dalam barangan keperluan.

1.http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/23/business/8324459&sec=business#13165856481881&if_height=619

2.http://www.thesundaily.my/news/131225

3. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/7/business/9647201&sec=business

4. http://emisportal.moe.gov.my/emis/emis2/emisportal2/doc/fckeditor/File/BukuPerangkaan10/BAB_2.pdf

5. Laman Web Kementerian Pelajaran, < Perangkaan Pendidikan Malaysia 2010 >  membekalkan statistic pelbagai jenis sekolah rendah tetapi tidak merangkumi Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains MARA. KPRU Andaikan Pendidikan Khas merangkumi kedua-dua Sekolah Mubaligh dan Maktab Rendah Sains MARA sekadar untuk tujuan pengiraan. Seperkara lagi ialah Sekolah Independen Cina telah diabaikan dalam peruntukan Kerajaan BN.

(more…)