Archive for September, 2011



11
Sep

Kerakyatan: Mahu lucut Mat Sabu Tapi Beri Pada Pendatang

Oleh : Tuan Ibrahim Tuam Man

“Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah” – itulah ungkapan untuk menggambarkan negara kita walaupun telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.

Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut “Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair” sehingga bertukar menjadi “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair” sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.

Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.

Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.

Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.

Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan. Continue reading ‘Kerakyatan: Mahu lucut Mat Sabu Tapi Beri Pada Pendatang’

11
Sep

6% Service Tax: PM Needs To be Strongly Rebuked For Unprincipled Conduct

Malaysia Chronicle

Dato’ Seri Najib Tun Razak’s reaction to the latest uproar against the 6% service tax on telecommunication services is expected. It has become his trademark that every time his own policy ignites strong opposition from the public, he will wash his hands and blame others instead.

It is unbecoming of a Prime Minister to plead ignorance that his government’s decision to increase the service tax to 6% effective from 1 January 2011 has nothing to do with the telecommunication companies’ decision to pass the tax burden to consumers.

For a start, the public has to be clear that the 6% service tax is a government tax levied on all services specified by the government. The service tax contributes directly to the government coffers and not a single sen is retained by any companies, which only acts as a tax collector. It is estimated that the government collects up to RM750 million in service tax each year from the prepaid customers all these years.

While I am of the opinion that it is obscene for the telecommunication companies to stop absorbing the service tax after the tax increase (considering the obscene profits enjoyed by these companies), it is also prudent for the public to fully understand the whole costing structure of the prepaid markets and the effects of the service tax increase on its costing. Continue reading ’6% Service Tax: PM Needs To be Strongly Rebuked For Unprincipled Conduct’

10
Sep

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi Enam Bulan Pertama 2011

KENYATAAN AKHBAR
10 SEPT 2011

Negeri Selangor terus mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya merekodkan pelaburan tertinggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM5.2 bilion.

Dalam tempoh ini, Selangor menerima pelaburan asing sebanyak RM3.1 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM2.1 bilion.

Sebanyak 135 projek telah diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan membuka 9,847 peluang pekerjaan. Jumlah projek ini yang diluluskan ini jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Daripada 135 projek ini, 89 adalah pelaburan baharu manakala 46 adalah mengembangkan pelaburan sedia ada.

Mengulas perkembangan positif ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jumlah ini menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi pelabur asing dan tempatan terhadap kerajaan negeri.

“Kerajaan Selangor bekerja keras untuk menyakinkan pelabur dan kita amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan ini.

“Selangor mencatatkan pelaburan tempatan dan asing yang seimbang dengan mencatatkan 135 projek berbanding negeri-negeri lain yang merekodkan antara 2 hingga 93 projek sahaja,” kata Menteri Besar.

Mengikut pecahan sektor, industri pembuatan elekronik mencatatkan pelaburan tertinggi dengan RM1.3 bilion daripada 18 projek yang diluluskan membabitkan RM110 juta pelaburan tempatan dan RM1,149 bilion pelaburan asing.

Jepun menjadi pelabur terbesar di Selangor dengan 13 projek membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM1.136 bilion, diikuti Korea Selatan sebanyak RM652 juta ( tiga projek) dan Singapura dengan RM510 juta (8 projek).

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

10
Sep

Majlis Profesor Tersasar Jauh Dari Kebenaran

Malaysiakini

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan.

Mengulas rumusan oleh majlis yang dikatakan dianggotai oleh para ahli professor yang diwakili oleh Datuk Prof Zainal Kling, TERAS dan SHURA berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma’ruf dikalangan rakyat.

Mana mungkin tafsiran ini dapat diterima sedangkan British lah yang telah mengharamkan pelbagai pergerakan Melayu seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dengan tuduhan bahawa semua gerakan ini adalah gerakan komunis. Kata-kata terkenal Datun On Jaafar “ada bahaya dari gunung” merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis.

Dari mana Datuk On mengguna label ini jika tidak dari ta’rif British yang menjajah tanah air ini.?

Bermakna kesimpulan yang dibuat untuk menuduh gerakan Melayu yang mengambil pendirian garis keras sebagai gerakan komunis adalah dari British dan golongan bangsawan yang dekat dengan British.

Pertama TERAS dan SHURA mempersoalkan istilah gologan kiri atau kanan itu adalah sebenarnya lebel dari siapa? Kenapa majlis ini terlalu taksub dengan label yang diberi oleh British.

Bermakna mereka telah bermula dengan premis yang batil lagi menyesatkan kerana kerangka dan paradigma serta tasawur British itulah yang menjadi ukuran tafsiran mereka terhadap sejarah perjuangan kemerdekaan. Kiri dianggap komunis dan semua gerakan menjadi komunis bila menentang British dan yang tidak sealiran dengan pendekatan yang diguna Umno.

Tidakkah apa yang mereka rumuskan itu termasuk golongan ulama yang telah memilih untuk berjuang dengan cara bersenjata menentang British. Padahal mereka berjuang atas nama tuntutan Islam . Adakah perjuangan mereka dianggap bukan perjuangan yang sah.

Beranikah mereka mengelompokkan ulama yang bertempur dengan British seperti Tok Janggut, Abdur Rahman Limbong, Tok Guru Hussin Dol sebagai komunis hanya kerana British melabelkan mereka sebagai pengganas komunis?

TERAS dan SHURA kesal dengan keanggkuhan golongan bijak pandai yang dikatakan bergelar Profesor.

Dari asas apakah majlis ini membuat rumusan demikian?

Adalah sangat mengelirukan jika ia keluar sebagai pendirian rasmi, seolah ahli pemikir sejarah cuba membuat pentafsiran yang batil mengikut faham British yang mahu generasi selanjutnya menerima bahawa British memberi kemerdekaan bukan kerana tekanan golongan ulama dan pejuang nasionalis tetapi kerana berunding dengan Umno.

Untuk mengatakan tanah air ini tidak dijajah adalah kedangkalan yang sangat mengejutkan datang dari Majlis Profesor terutama bila mereka dikatakan adalah golongan inteligensia negara .

Tidak ada siapapun yang memiliki akal waras mengatakan tanah air ini tidak dijajah sedangkan Raja-raja Melayu hanya menjadi penguasa yang terbatas kepada soal adat dan agama dan dalam urusan yang lain British menjadi tuan.

Malah dalam hal melantik qadhi sekalipun British akan campurtangan kerana pihak British jualah yang akan menentukan dasar siapa yang akan dilantik.

TERAS & SHURA tidak dapat menerima rumusan yang mengelirukan ini hanya kerana wujud kecenderungan ahli sejarawan mengabsahkan perjuangan Umno sahaja yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan.

TERAS & SHIDA mempersoalkan asas Majlis tersebut yang mendakwa bahawa golongan yang menentang British secara bersenjata berniat menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

Di mana buktinya dan dari sumber mana mereka menyandarkan hujah ini?

Menuduh perjuangan ulama dan nasionalis sebagai perjuangan komunis dan memfitnah pula mereka sebagai bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis adalah kebiadapan intelektual yang sangat parah. .

TERAS & SHURA menganggap dakwaan Prof Zainal Kling bahawa perjuangan nasionalis yang tidak mengikut jalur Umno sebagai tidak sah dan tidak legitimate menunjukkan betapa beliau terperangkap dengan sindrom jiwa terjajah iaitu jiwa yang mengukur keabsahan sesuatu perjuangan itu hanya sah jika diterima oleh British.

Nota: Mohd Azmi Abdul Hamid adalah presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) manakala Abdul Ghani Samsudin adalah pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA).

10
Sep

‘Malaysia Tak Pernah Terjajah’ Usaha Tipu Rakyat

Malaysiakini

Pemimpin tertinggi PAS mencemuh pandangan seorang sejarahwan semalam bahawa Malaysia tidak pernah terjajah dan menganggapnya sebagai usaha untuk mengelirukan rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, polemik berkenaan ditimbulkan untuk “menipu rakyat” serta mengalih perhatian daripada pendedahan masalah dalam sistem pilihan raya.

“Kesannya rakyat ditipu supaya jangan fikir tentang penipuan pilihan raya.

“Fikir tentang isu yang sudah 40 tahun, 60 tahun, tidak fikir isu sekarang. Sepatutnya sudah selesai lama,” tambahnya.

Dakwaan bahawa Tanah Melayu “tidak pernah terjajah” itu dikemukakan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.

Abdul Hadi juga bersetuju dengan pandangan bahawa, polemik berkenaan sengaja ditimbulkan oleh bagi menunjukkan bahawa hanya Umno merupakan pejuang orang Melayu.

“Kita mahu orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun.

“Bagaimana pula dengan isu yang sudah tujuh ratus, lapan ratus tahun semasa Portugis datang tak ada orang yang lawan mereka.

“Seolah-olah, yang mula lawan penjajah ini Umno sahaja. Continue reading ‘‘Malaysia Tak Pernah Terjajah’ Usaha Tipu Rakyat’

10
Sep

Keluar Dari Penipuan Cendekiawan Sempit Umno- Azmin

Keadilan Daily

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengajak rakyat Malaysia keluar daripada pemikiran sempit yang dibawa cendekiawan Umno, berhubung soal sejarah.

“Cukuplah. Jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN,” katanya.

Menurut Azmin, penolakan idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl Marx, Webber dan Engel dilabel sebagai komunis dan sosialis.

Sedangkan, katanya, konsep dan idea sama pernah dirai oleh sahabat nabi dan ulama Islam seperti Abu Dzar dan Abdul Rahman Auf.

“Kenapa begitu? Menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, ini semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis. Sentimen diutama dan kebenaran  dipinggirkan,” katanya pada blognya hari ini.

Abu Dzar ialah sahabat nabi yang menitikberatkan konsep keadilan dan kesamarataan dalam Islam dengan memberi penekanan terhadap prinsip keadilan sosial dan ekonomi.

Dianggap sebagai pemikir radikal, beliau pernah menyatakan setiap lebihan (al-afwu) dalam rumah seorang Islam, menjadi hak orang lain yang memerlukannya.

Ibnu Hazm, seorang lagi ulama besar pula menyatakan sesebuah kelompok miskin tidak bersalah apabila berperang menuntut hak jika ia dirampas.

Abdul Rahman Auf pula diketahui umum sebagai seorang sahabat nabi yang kaya tetapi banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan Islam.

“Tidakkah ini sama dalam isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu.

“Beliau mahu penilaian adil diberi kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Berbanding kebanyakan pemimpin Umno yang dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, Azmin berkata, Mat Indera dikenali sebagai kuat beribadah,  seorang hafiz dan cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya.

Dalam konteks tanah air, British menjajah dan merompak hasil kekayaan di Tanah Melayu sedangkan masyarakat Melayu Islam ketika itu hidup melara dan miskin.

09
Sep

Lawatan Kerja Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Munich,German,11-12 September 2011

Meeting for peace: “Bound To Live Together – Religions And Cultures In Dialoge”

Ahad: 11hb September 2011
Tempat: Residenz,Herkulessaal (opening assembly).

“Humanists And Believers: The Agenda Of Coexistence”

Isnin: 12 September 2011
Tempat: Halls In The City Centre

09
Sep

Cukai Perkhidmatan 6%: Golongan Muda Terus Dibebankan

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
9 September 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang bakal berkuatkuasa pada 15 September ini.

Ini bererti, pengguna yang membeli tambah-nilai prabayar bernilai RM10 selepas ini terpaksa membayar RM10.60, iaitu dengan kos tambahan sebanyak 60 sen.

Alasan syarikat telekomunikasi bahawa caj tambahan sebanyak 6% ini merupakan ‘cukai perbelanjaan’ adalah tidak bertanggungjawab kerana ianya secara langsung telah menambahkan beban pengguna terutamanya golongan muda, pelajar universiti, pekerja kilang dan rakyat berpendapatan rendah.

AMK difahamkan bahawa peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Nilai keuntungan ini meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan dijangka akan mencatatkan keuntungan berlipatganda untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011 kesan dari pelaksanaan ‘cukai perbelanjaan’ ini.

Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya “mendahulukan rakyat”. Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak “mendahulukan” syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP).

Justeru, AMK dengan ini mendesak pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia supaya mengkaji dan membatalkan semula keputusan ini dengan mengambilkira jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

09
Sep

Swasta IWK : Najib Ulangi Mahathirisme, Kata Dr Dzul

TV Selangor

Langkah kerajaan mahu menswastakan syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWk) kepada sebuah syarikat pelaburan strategik 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga, merupakan satu tindakan kurang bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mengulangi kegagalan regim Mahathir Mohamad kira-kira 10 tahun lalu.

Langkah itu menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Ini kerja kurang bijak. Kerja Najib yang mengulangi kerja “bodoh” regim Mahathir. Najib mengulangi Mahathirisme.

” Penswastaan begini dengan diberikan langsung, tidak dibuka tender, tidak dicari oang yang layak, tidak ditentukan kepakarannya, kebolehan kewangannya. Apa yang merseka lakukan ialah untuk beri kepada kroni kerana dalam waktu terdekat ini akan berlakunya pilihan raya,”kata Dr Dzul.

Portal The Malaysian Insider semalam memetik sumber-sumber dari Kementerian Kewangan memberitahu bahawa IWK bakal diambil alih oleh 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga.

Difahamkan juga, ia telah diberikan lampu hijau oleh Najib.

“Penswastaan dan berakhir dengan kegagalan… Dalam penswastaan yang kita saksikan (pada) zaman Mahathir, ia berakhir dengan cerita-cerita duka yang membebankan wang rakyat untuk syarikat-syarikat ini di bail-out. Hari ini setelah Najib membentangkan model ekonomi baru, ETP, EPP, NKRA, NKEA, berakhir dengan begini jugak, cara dan modes operandi urus tadbir sektor-sektor utiliti ini kembali kepada swasta. Esok bila gagal, ambil balik dan selamatkan balik. Jadi sampai bila kita harus macam ini?

“ Sampai bila rakyat dan dana rakyat akan diperguna cara begini,”soalnya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Kira-kira 11 tahun lalu, kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan.

Menurut Dr Dzul lagi, projek yang diberikan kepada 1MDB dan Puncak Niaga secara terus juga menggambarkan ketidaktelusan pihak yang terbabit dalam pemberian projek ini.

“Kenapa diberi kepada Puncak Niaga , pihak paling tak layak nak uruskan tentang pembetungan dan sebagainya. Sebab terbukti mereka gagal di Selangor ini dalam industri air Selangor, dalam Syabas . Jadi kalaulah Najib bercakap tentang merit daya saing, mengapa terus-terusan beri kepada 1MDB dan Puncak Niaga,”soalnya lagi.

Bagaimanapun menurut Dr Dzul, beliau memahami helah kerajaan di sebalik pemberian projek ini.

“Sebab inilah syarikat-syarikat yang didakwa memberikan dana politik kepada Umno-Barisan Nasional. Continue reading ‘Swasta IWK : Najib Ulangi Mahathirisme, Kata Dr Dzul’

08
Sep

Pertemuan Najib-Hakim Dibimbangi Pengaruhi Kes Anwar

Keadilan Daily

Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan para hakim hari ini, dibimbangi sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas pertemuan tersebut yang dikatakan untuk memberi taklimat bagaimana dana kerajaan persekutuan diguna untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah.

“Dari segi prinsip ketelusan undang-undang, ia dilihat satu perkara yang bercanggah dengan pemisahan dalam sistem pentadbiran negara (Eksekutif dan kehakiman).

“Ia memeranjatkan apabila ketua hakim negara telah melanggar kepada prinsip asas itu. Sangat meragukan apabila seorang hakim dilihat membuat kunjungan hormat dalam keadaan PM bakal menjadi saksi dalam kes Fitnah terhadap Anwar yang sedang berjalan,” kata Shamsul.

Shamsul berkata, jika perkara itu berterusan, integriti badan kehakiman akan menjadi semakin teruk dan parah.

“Saya juga menganggap ini merupakan satu indikasi bahawa Najib mungkin akan diselamatkan oleh hakim agar tidak perlu menghadiri sebagai saksi sepertimana yang dilakukan oleh bekas PM Tun Mahathir di mana alasan yang diberikan tidak relevan.

“Apa relevan tindakan hakim berjumpa dengan Najib,” ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.

Ketua Hakim Negara yang bakal bersara, Tun Zaki Azmi hari ini dilapor berkata, pertemuan tersebut bukan perkara baru kerana ia pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika  menjadi perdana menteri.

Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman- yang dulunya dikenali sebagai Istana Keadilan- pada petang ini.

Tun Azmi juga menyatakan pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman ke mahkamah lebih tinggi pada masa ini lebih telus kerana ia dilakukan menerusi undi sulit. Sebelum pelantikan dibuat melalui JAC, kata Zaki, beban pelantikan hakim adalah pada pihak eksekutif dan ketua hakim.

08
Sep

Antara Profesor Kangkung Dan Kongkang

Malaysiakini

Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim diselar lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri apabila sejarahwan terkenal itu membangkitkan soal asal usul tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera.

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Mohamad berkata, dalam membincangkan soal sejarah kemerdekaan, tidak perlu membangkitkan asal usul seseorang seperti kerana perkara itu “tidak elok”.

“Asal usul ini tak payah sebutlah. Yang bercakap itu (Khoo) pun asal mana? Tak eloklah.

“Bila duduk sini kita anggap semua rakyat Malaysialah,” kata Mohamad.

Semalam, PAS Johor juga mempersoalkan kenyataan Khoo, antaranya yang didakwa menolak kajian ahli akademik lain berkenaan peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera tanpa menghasilkan kajian sendiri, dengan menganggap lelaki itu pengganas.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimKhoo (kanan) sebelum ini dilaporkan mendakwa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan, menyokong gerakan komunis yang cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman itu dan bukan anak tempatan.

Sebaliknya, menurut Khoo, Mat Indera berasal dari Indonesia dan bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu. Adik Mat Indera – Baharum Shah – bagaimanapun semalam tampil dalam sidang media Pemuda PAS Johor menafikan dakwaan itu.

Membahaskan isu yang sedang hangat itu, Khoo berpendapat bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik dari “kedua-dua belah gabungan politik” dan mereka sebenarnya tidak memahami sejarah. Continue reading ‘Antara Profesor Kangkung Dan Kongkang’

07
Sep

Perth in August, Italy in July, Kazakh in June: Time For Umno to Rein in Najib

Malaysia Chronicle

There is nothing wrong if one wants to escape the rigors of everyday work and take a short vacation to unwind and relax. A period of rest and recreation is needed and in fact a healthy way of living. So what is fuss about when the Malaysian Prime Minister decided to go Down-Under for some down-time with his family and friends?

Firstly, it was on the 31st of August, a key day in the Malaysian calendar for this was the day Malaya obtained independence from the British colonialists. Iin other words, it was Independence Day. Secondly, there was a huge questionmark over who was funding the trip and was it for public or private reasons?

No doubt this year, instead of holding nationwide celebrations including the annual parade on August 31, the Malaysian government had finally decided to have it on September 16, to commemorate the joining of Sabah and Sarawak to form the federation of Malaysia in 1963, it is still against protocol to quietly sneak out without informing the people where you are going, not when you are the PM.

Half-truths and cover-ups

There is now huge derision over the whole affair which has even attracted the attention of the foreign diplomatic community. The way the PM’s aides have sidled and dished out half-truths rather than provide open and honest answers when asked about his whereabouts is rather alarming. Is not the PM of a country a public figure? Instead, a situation developed where one aide said he was away on vacation but declined to state where and why. Then another one staffer – probably overzealous – said he was in Australia for physio-therapy or was it knee-operation, as some blogs reported it to be?

But Najib walked fine when he finally showed himself to the people on Monday. So what was the real reason behind the PM’s decision to hop onto the Malaysian government’s private jet and make his way to Australia?

The latest reason offered was that he had gone to spend Hari Raya, which was on August 30, with Malaysian students there. But was the whole ‘speaking to students’ session as reported by the national Bernama news agency a sufficient reason to justify such costly use of public funds?

Not that our children are not important, but there is justifiable grounds to suspect the PM was taking advantage of public funds to spend a mere two hours or so at a public function, while spending the rest of the week enjoying a spanking good holiday. To many Malaysians, Najib appears to have perfected the art of making use of official trips for personal pleasure.

UMNO must take disciplinary action

But then, this is not surprising as previous Malaysian premiers have shared the same love for venturing out of the country on publicly-funded escapades. It is high time that UMNO, the country’s largest political party, take note of this because so far all the PMs have been their party presidents. If UMNO doesn’t clean up its own stables, how can it expect Malaysians to vote in its candidates when the next election arrives. If its Supreme Council sits back and does nothing, then expect the public to continuously have the impression that UMNO is the most corrupt party in the country, if not the region!

Consider this. In 2006, Najib’s predecessor Abdullah Badawi enjoyed a publicly-funded trip to the Caribbean. Back then it was stated that the four-day trip was a “working visit”, but little appears to have come out from that excursion despite his having addressed the St Vincent Parliament. A reporter travelling with the entourage reported that the Jamaica portion of the trip dealt with possible Malaysian investment in energy exploration and construction projects, while the PM stopped in St Vincent ‘mostly for a vacation and to unwind from the pressures of work. Continue reading ‘Perth in August, Italy in July, Kazakh in June: Time For Umno to Rein in Najib’