Archive for September, 2011



16
Sep

Israel’s Missed Opportunities

From Aljazeera

In the prologue to The History of the Destruction of Jerusalem, the author Josephus tells us that works written earlier by others “were marred by inaccuracies and prejudice” and that he “hopes to comfort the conquered and to deter others from attempting innovations”.

Josephus’ classic account is indeed a gripping story evoking powerful emotions and leaves us in no doubt as to where our sympathy lies: As the mighty Romans lord over the powerless Jewish inhabitants of Jerusalem perpetuating cruelty and injustice, the story is as old as mankind. The oppression of human beings by fellow human beings is not a tale told by an idiot but by the chronicle of time. And as this history repeats itself, the once oppressed can easily become the oppressor. Where once it was the all-powerful Romans against the downtrodden Jews, today it is the high and mighty regime of Israel against the helpless Palestinians.

Adding to this state of oppression is the deadly flotilla attack by Israeli commandos under the Netanyahu government, in which nine people were killed – with at least seven having been handcuffed and shot in the back of the head. Yet the latest United Nations report on the attack has completely gone off the mark by concluding that Israel’s blockade of Gaza was a legitimate act of self-defence.

According to the Palmer Commission’s report, the legitimacy purportedly arises from Israel having to take necessary steps to protect its people from violent acts by Palestinian militants in Gaza, such as the firing of illegal rockets into Israel.

While no one condones violent acts that threaten the security of the people of Israel, the purported rationale for self-defence in this case flies against the facts, the most telling of which is that a unilateral ceasefire by Hamas had already been in place since early 2009. Bereft of this pretext, the entire edifice for the perpetuation of deadly force by Israel crumbles.

But that is cold comfort for the 1.5 million Palestinians being incarcerated in Gaza, who are now at the mercy of Israel’s land and naval blockade, which continues to deny them their right to move freely within and between all countries. Sanctioning such a military siege against a helpless civilian population is to turn the global rule of law on its head. And this is a community that has already been so dispossessed. As Edward Said once said, few national groups have been stripped of their humanity in the eyes of the world more blatantly than ordinary Palestinian men and women.

The attack on the humanitarian flotilla can neither be sanctioned nor rationalised. Apart from violating international maritime law, it was an act of ruthless aggression against an innocent party. No sovereign government can allow such a transgression to take place with impunity.

When two Israeli soldiers were captured by Hezbollah, Israel invaded Lebanon. Nine Turkish citizens have been brutally killed in international waters, and no one should expect Turkey to sleep over the death of its citizens. One of those killed was also an American citizen, the 19-year-old Furkan Dogan, about whom the Obama administration has kept silent. Turkey is therefore right in unequivocally rejecting the UN report and all attempts to justify the military siege of Gaza as legal.

Netanyahu’s announcement that Israel will not apologise to Turkey demonstrates his dereliction of responsibilities and a particular callousness towards a nation that used to be a military ally. He is completely misreading the dynamic of the new Middle East, in which justice, not oppression and authoritarianism, will shape history.

More significantly, it has missed a golden opportunity to further the prospects of peace through an enhanced collaboration with democratic Turkey under Prime Minister Erdogan. There is no better time than now, particularly in the wake of the Arab Spring, for all parties to move towards a more enduring peace in the Middle East driven by universal ideals for freedom, democracy and justice.

Anwar Ibrahim is currently opposition leader of Malaysia and was formerly the Deputy Prime Minister and Finance Minister.

16
Sep

PM Bangladesh Akui Rakyatnya Dapat Hak Mengundi di Malaysia

Keadilandaily

Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd – laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

16
Sep

Terus Mara Memastikan Perubahan Terlaksana

Saya mengucapkan tahniah kepada semua pejuang kebebasan dan hak asasi manusia kerana kerajaan Umno-Bn akhirnya terpaksa akur dengan kebenaran dan keadilan yang mereka perjuangkan selama berdekad-dekad. Ribuan pejuang ini dipenjara, difitnah dan menderita pelbagai kezaliman demi untuk hak dan kebebasan rakyat yang dinodai oleh Umno-BN sejak merdeka lagi.

Tanpa kegigihan perjuangan mereka yang sentiasa memberikan tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak, pastinya YAB Perdana Menteri tidak akan membuat kenyataan semalam untuk menamatkan darurat dan menyarankan untuk memansuhkan ISA. Semangat perjuangan rakyat telah menjadi sebahagian dari darah daging perjuangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan ini dengan memasukkannya ke dalam Buku Jingga.

Justeru itu apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri bukanlah suatu kurnia kepada rakyat sempena Hari Malaysia, sebaliknya ia adalah hasil dari perjuangan getir. Maka tahniah yang sebenar adalah untuk para pejuang kebebasan dan hak asasi baik dari parti-parti politik mahupun dari NGO. Sebagaimana kita tidak memberikan tahniah kepada British kerana memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 tetapi tarikh tersebut kita rayakan sebagai kemuncak kejayaan perjuagan menentang penjajahan.

Namun kita mengalu-alukan langkah yang diambil Perdana Menteri yang tentunya membuka lembaran baru kepada persekitaran politik Malaysia sekiranya apa yang diumumkan dikotakan dan tidak sebagai satu retorika serta sekadar bersifat kosmetik demi memulihkan imej politik.

Oleh kerana itu sejajar dengan pengumuman Datuk Seri Najib semalam yang berhasrat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan menamatkan perintah darurat, kita menuntut agar:

1) Segera membebaskan semua tahanan yang ditahan tanpa bicara atau hadapkan mereka ke mahkamah untuk diadili.
2) Menutup pusat tahanan yang menempatkan tahanan yang ditahan tanpa bicara seumpama Pusat Tahanan Kamunting dan Simpang Renggam.
3) Segera melaksanakan proses siasatan terhadap segala aduan siksaan terhadap para tahanan.

Kita juga perihatin dengan pengumuman Datuk Seri Najib untuk menggubal dua akta baru yang dipayungi Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Akta itu menurut Perdana Menteri bakal digunakan untuk memerangi keganasan dan aliran subversif. Kita berpandangan adalah penting bagi Pakatan Rakyat, NGO dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk duduk semeja bersama-sama mendapatkan maklum balas dari segenap lapisan masyarakat sebelum rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen kelak. Oleh itu kita menyeru agar diwujudkan Majlis Perundingan Kebangsaan bagi mengkaji serta bersama-sama menggarap dua rang undang-undang mencegah keganasan dan aktiviti subversif yang bakal dibentangkan di Parlimen kelak.

Kita tidak mahu undang-undang yang bakal digubal ini masih menerapkan unsur perundangan antaranya yang mirip dengan peruntukan Seksyen 73(1) dan Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kedua-dua peruntukan tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk menahan
sesiapa sahaja dan membolehkan Menteri itu menyalahguna kuasa demi kepentingannya semata-mata. Pastinya pengumuman pemansuhan ISA tidak membawa sebarang erti sekiranya kedua-dua akta yang bakal digubal itu itu masih membolehkan Tahanan Tanpa Bicara.

Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa rakyat dapat membedakan antara slogan dengan hakikat dan rakyat akan meneruskan perjuangan mereka sehingga segala hak dan kebebasan mereka dikembalikan sepenuhnya termasuk hak mereka untuk berhimpun secara aman untuk menjayakan demokrasi tulen.

Rakyat tidak menerima perubahan yang bersifat tempelan. Selagi pemerintahan Umno-BN tidak menerima perhimpunan Bersih 2.0 sebagai hak dan kebebasan rakyat, rakyat akan beranggapan bahawa tuntutan mereka belum dipenuhi. Demokrasi yang berwibawa dan sistem piliharaya yang adil dan bebas adalah sebahagian dari hak asasi dan kebebasan rakyat.

Parti Keadilan Rakyat juga mahu menegaskan bahawa kita tidak akan menerima kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib sebagai bermakna selagi lidah rasmi Keadilan iaitu Suara Keadilan dihalang penerbitan dan pengedarannya oleh Kementerian Dalam Negeri.

Rakyat akan menerima sekiranya pembaharuan yang dilakukan adalah benar-benar ikhlas, berdasarkan penkhayatan kepada nilai-nilai murni demokrasi dan karamah insaniah dan tidak sebagai gimik politik.

Sekiranya Datuk Seri Najib benar-benar menerima nilai-nilai ini beliau sebagai wakil kerajaan harus membuat kenyataan terbuka bahawa kerajaan sebelum ini telah melakukan pelbagai kezaliman di bawah undang-undang kuku besi ISA dan undang-undang drakonian lainnya. Pengakuan ini harus diikuti dengan permohohan maaf kepada mereka yang dizalimi dan kepada mereka yang sudah meninggal, permohonan maaf tersebut disampaikan kepada keluarga mereka.

Perlaksanaan kepada janji Perdana Menteri juga bergantung kepada kebebasan dan integriti institusi kehakiman. Selagi institusi kehakiman tidak bebas dari cengkaman politik dan tidak memiliki integriti, institusi tersebut boleh dijadikan alat kepada kezaliman baru dan melakukan “political persecution.” Bahkan ini yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Najib kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.

Jenteru itu sementara saya mengajak mengalu-alukan kenyataan positif yang dibuat oleh Perdana Menteri saya juga menyeru rakyat terus istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebebasan.

MOHAMED AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

16
Sep

AMK: Najib perlu laksana pemulihan demokrasi menyeluruh

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
16 September 2011

Jangan sekadar pengumuman bernuansa pilihanraya: PM Najib perlu laksanakan pemulihan demokrasi dengan menyeluruh

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) terpanggil untuk memberikan respon balas ke atas beberapa keputusan drastik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak di dalam perutusan khas Hari Malaysia beliau.

Pertamanya, syabas dan tahniah kepada beliau kerana secara tidak langsung telah mengiktiraf melalui pencurian idea Pakatan Rakyat dan pejuang hak asasi Malaysia khususnya secara ‘bergaya’ melalui pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walau bagaimanapun, lebih banyak persoalan timbul berbanding menyelesaikan polemik penafian hak asasi manusia khususnya tahanan-tahanan ISA sebelum ini.

Tatkala diumum dua akta baru akan digubal menggantikan ISA, timbul persoalan apakah akta-akta yang akan digubal ini akan turut melibatkan pihak-pihak pejuang hak asasi agar pandangan mereka didengar ?

Kedua, mengenai tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah. AMK melihat, dalam konteks ini, perubahan dan kajian semula ini mungkin tidak bermakna kerana persepsi rakyat kepada kredibiliti sistem kehakiman yang parah. Malah AMK pelik mengapa kajian semula ini dilakukan tanpa melakukan reformasi sistem kehakiman secara total. Kita tidak perlu pergi jauh, prosiding kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah cukup untuk membuktikan bahawa dakwaan ini mempunyai asas yang konkrit. Apa guna mahkamah diberikan kuasa, sekiranya sistem Kehakiman masih dilihat bertindak di bawah pengaruh kuasa Eksekutif?

Ketiga, apabila disebut bahawa “kuasa Menteri masih dikekalkan bagi undang-undang berkaitan keganasan”, maka kerajaan harus mengambil satu ketetapan untuk mendefinisikan apakah itu “keganasan”. Ini harus ditekankan kerana di bawah hegemoni Umno-BN, berselisih pandangan politik juga berpotensi ditakrif sebagai satu bentu “keganasan”. Dan dengan menetapkan kuasa Menteri dikekalkan dalam hal ini, maka ianya lebih bersifat ‘wal hasil balik asal’.

Keempat, AMK turut mempertikaikan apakah rasional kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan? Sekiranya kerajaan percaya kepada kebijaksanaan rakyat, maka seharusnya akta ini dimansuhkan terus dan prinsip pengeluaran lesen juga tidak perlu dilaksanakan. Apa guna menyusun retorik memuji kematangan demokrasi usai 54 tahun kemerdekaan jika kerajaan masih mahu mengekang akses pengamal media kepada khalayak?

Kelima, berhubung dengan kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 mengenai kebebasan berhimpun. AMK mahukan jaminan jelas daripada Dato’ Sri Najib bahawa kebenaran berhimpun harus dipermudahkan dengan penghapusan permit yang tidak munasabah pelaksanaannya. Dengan beliau sendiri menyebut “kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa”, AMK turut mempersoalkan apakah PDRM khususnya akan menggunapakai standard antarabangsa di mana setiap perhimpunan aman akan dikawal sebaik dan seprofesional mungkin oleh pihak PDRM seperti di negara-negara luar.

AMK melihat, usai 54 tahun kemerdekaan negara dan 48 tahun penubuhan Malaysia, sistem demokrasi negara harus dianjak ke satu tahap kematangan yang lebih berani. Isu-isu persoalan sistem pilihanraya yang terpalit dengan penyelewengan yang masih tidak berjawab, isu-isu kelangsungan generasi muda khususnya mahasiswa melalui penguatkuasaan AUKU, dan beberapa hal lain, masih menunjukkan demokrasi Malaysia masih belum punyai keberanian untuk dianjak selagi mana hegemoni Umno-BN masih berkuasa.

Isunya bukan soal memberi kelebihan kepada pembangkang mahupun pemerintah. Isunya ialah bagaimana menghidupkan roh demokrasi ini kepada rakyat, ini mauduk utama yang harus difikirkan bersama.

Kesimpulannya, AMK mengucapkan tahniah di atas beberapa inisiatif yang diambil oleh Dato’ Sri Najib ini. “Keberanian politik” ini pastinya terhasil rentetan merudumnya populariti beliau mutakhir ini, dan AMK percaya ini juga satu semboyan awal Pilihanraya Umum yang pastinya akan “disempurnakan” melalui Belanjawan 2012 menjelang Oktober depan.

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

16
Sep

Najib Disappoints Again: Glamour ISA Announcements But Little Real Change

Malaysia Chronicle

Prime Minister Najib Razak’s promise to repeal the Internal Security Act 1960 and several other oppressive laws were cautiously greeted by PKR leaders as a victory for the people, including the thousands of activists both local and foreign who fought through the decades for their removal.

However, they slammed Najib for trying to give a false impression to Malaysians that they could look forward to greater democracy, when effectively, there was little real change and a possibility that new laws made to replace the ISA could contain similarly oppressive clauses.

“Firstly, we don’t know what new laws will be made to replace the ISA and Emergency Ordinance. They could be worse. Also, if Najib was really sincere, he would have lifted the Sedition Act and the Official Secrets Act, which they are already using to force the people into obedience. We have always said there was no need for the ISA. The Sedition Act and the OSA were bad enough,” PKR strategies director Rafizi Ramli told Malaysia Chronicle.

Freedom of expression and speech is as curtailed as before

PKR leaders were also not impressed by the lifting of a requirement for media firms to renew their publishing licenses on a yearly basis. They pointed out that a licence still needed to be obtained from the Home Ministry, and that the power to rescind such licenses at any time and for any reason whatsoever was still available to the Home Minister.

“All the mainstream media are already owned by the political parties like Umno, MCA and MIC. They will toe the party whether or not the license needs annual renewal. For the alternative media, the beneficiaries are the PAS papers like Harakah. But even then these can be banned at anytime,” PKR vice president and Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle.

“Also notice, Najib did not uplift the ban on Suara Keadilan. In other words, he uplifted a superfluous clause. If you don’t believe, try applying for a licence to publish a Malaysia Chronicle daily or weekly and see whether you can get any approval?”

Still refusing to acknowledge a two-party system

Indeed, it does not augur well and implies that the current chaotic political environment will continue until even after the next general elections, which many believe will be held within the next few months.

Najib’s refusal to granter democratic space, or any acknowledgment of the existence of a two-party political system in the country signals a refusal to embrace real reforms.

Electoral reforms ignored Continue reading ‘Najib Disappoints Again: Glamour ISA Announcements But Little Real Change’

16
Sep

Najib “Tunduk” Tuntutan Buku Jingga

Harakah

Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini.

“Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham.

“Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri malam ini yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Continue reading ‘Najib “Tunduk” Tuntutan Buku Jingga’

15
Sep

Memaknai Kemerdekaan Menjelang Sambutan Pembentukan Negara Malaysia

Kita baru sahaja menyambut ulang tahun ke 54 Kemerdekaan negara dan esok rakyat negara ini akan menyambut pula Hari Malaysia pada tanggal 16hb September. Setiap kali menjelang dua sambutan yang sungguh bererti itu, kita pastinya mengambil kesempatan tersebut untuk menghimbau sejarah negara. Himbauan tersebut pada asalnya mahu menjana semangat patriotisme, keyakinan, dan kegigihan untuk berusaha membangun negara bernama Malaysia ini, yang usianya jika dibandingkan dengan negara lain, sebenarnya masih muda.
Namun sudah beberapa lama rakyat negara ini disogokkan dengan naratif sejarah yang dilakar oleh sesetengah pihak sahaja. Tujuan asal sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan disampaikan kepada generasi seterusnya ternyata menyimpang dari halatuju yang sebenarnya.

Sejarah diseleweng demi kepentingan sesetengah pihak sahaja sekaligus menafikan perjuangan golongan lain yang bersama bertungkus lumus menentang penjajahan.
Mana mungkin, kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan, baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran  kanan. Mereka ini walaupun berbeda pandangan, hakikatnya punyai matlamat yang sama, iaitu mahu tanah air kita merdeka dari penjajah. Adalah suatu keangkuhan sekiranya kita menafikan sumbangan golongan tertentu menuntut kemerdekaan hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan kita. Jikalau kita jujur berhadapan dengan sejarah, ternyata selain dari Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, ramai lagi seumpama Dr Burhanuddin al Helmi, Ishak Haji Muhammad, V.T Sambathan, Tan Cheng Lock, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah ternyata gigih menentang penjajahan terutamanya penjajahan British.

Tidak wajar dilupakan juga sumbangan tokoh persuratan seumpama Syed Sheh al Hadi dan Pendita Zaaba yang berusaha membina kesadaran membawa pembaharuan kepada masyarakat. Berbekalkan senjata berupa mata pena, mereka tajam menembusi tembok kelesuan yang membarah akibat dari penjajahan. Tokoh persuratan ini berhasrat membongkar mitos yang ditanam penjajah, kononnya kita tidak berupaya bebas merdeka memerintah tanah air sendiri. Jasa mereka semua wajar dikenangi dan tidak dilupakan.

Mutakhir ini, muncul suatu polemik pensejarahan yang tajam berkaitan siapa sebenarnya pejuang menuntut kemerdekaan. Akan tetapi yang dikesali polemik yang sewajarnya disusuli wacana berhasrat memahami latar perjuangan menuntut kemerdekaan, lebih banyak dibaluti mesej propaganda.

Fakta sejarah diabaikan manakala naratif sejarah terbabas dari landasan rasional sehinggakan ada mereka yang mendabik dada sebagai intelektual, kerana mahu mengampu pemerintah, menafikan negara ini pernah dijajah. Sekonyong-konyong filsafat yang disarankan filasuf Jerman, Hans Vaihinger melalui karyanya, Philosophie des Als Ob (Philosophy of As If) diterima para sarjana kita demi kepentingan penguasa. Mereka mengiyakan agar diciptakan fiksyen demi memenangkan agenda politik. Meminjam judul karya Julien Benda, perbuatan mereka yang mendabik dada sebagai intelektual itu digelar La Trahison des Clercs (Pembelotan Kaum Intelektual).  Seharusnya tragedi keganasan Hitler dan aliran Nazime itu dijadikan iktibar, jangan sesekali menidakkan kebenaran kerana keserakahan agenda politik golongan tertentu.

Teguran Almarhum Profesor Syed Hussein Alatas sepertimana yang terkandung dalam karyanya Intelektual Masyarakat Membangun janganlah dikesampingkan.  Intelektual atau para sarjana jangan dihinggapi penyakit “Bebalisme,” suatu penyakit malas berfikir, kelesuan intelektual dan takut menyatakan yang benar. Tidaklah menjadi suatu kesalahan sekalipun, tatkala kita mengakui sumbangan Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, adalah fakta sejarah sememangnya Umno itu lunak dengan pemerintahan British berbanding golongan lainnya sehinggakan pendiri Umno itu pernah menyelar Hizbul Muslimin yang didirikan antaranya oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir sebagai “bahaya dari gunung.” Karya berjudul From Malayan Union to Singapore Separation tulisan Dr. Nordin Sopiee, mantan Pengerusi ISIS, sebuah badan pemikir bagi pemerintah turut mengakui hakikat ini.

Negara kini berada di persimpangan, ketika rakyat negara ini mahu mengetahui sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan serta berhasrat menolak dogengan ciptaan pemerintah, para sarjana dan intelektual tidak boleh lagi tinggal diam membisu. Mereka harus bingkas bangun bersama rakyat keseluruhannya menjadi penyuluh menelusuri jalan memaknai Kemerdekaan dan Membangun Negara Malaysia ini.

Antara tugas intelektual ketika ini menjadi suara menyatakan kebenaran tanpa rasa takut. Kita masyhgul apabila wacana pensejarahan menjadi medan untuk mereka yang berkuasa menunding siapa pengkhianat dan siapa yang bukan. Sewajarnya wacana pensejarahan sebegini sesuai sebagai pentas menyemak kembali fakta memperkaya pengetahuan rakyat, bukannya sebagai upaya politik murahan hatta mengenepikan hakikat sejarah. Polemik Mat Indera yang tercetus baru-baru ini menggasak pimpinan Umno bertindak balas dengan nada emosi. Retorika seumpama pengkhianat dan tidak kenang budi dicanang seluruh negara sedangkan rujukan seperti karya berjudul “Pengukir Nama Johor” terbitan Yayasan Warisan Johor serta disunting Profesor Dato’ Abu Bakar A. Hamid dan Md Ismail Zam Zam itu menjelaskan Mat Indera antara mereka yang gigih menentang penjajahan British.

Janganlah pula kerana kesediaan kita menghargai kegigihan Mat Indera itu, maka dilabelkan kita sebagai mendokong agenda komunisme. Kita tuntas menolak apa sahaja bentuk fahaman yang membenarkan pemerintahan satu parti, membungkam suara mereka yang tidak sehaluan dan berlandaskan keganasan. Kita tuntas mengecam tragedi Bukit Kepong yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa.

Sejarah menunjukkan kepada kita asakan Komunisme dapat ditewaskan lantaran kekuatan muafakat terutamanya umat Melayu termasuk Umno, PAS dan seluruh kekuatan rakyat. Maka amat dikesalkam manakala Kemerdekaan berjaya dicapai, pihak penguasa kini cuba menafikan sumbangan mereka yang sudah berkorban nyawa, keringat dan harta demi perjuangan yang mulia itu. Kerana itu kita tidak menafikan pengorbanan pihak keselamatan menumpaskan gerakan militan komunis sekaligus berjaya mengekalkan keamanan di seluruh negara.
Berasaskan faham itulah juga memperkukuh tekad kita mahu melakukan perubahan dan
menumbangkan hipokrisi pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Manakala komunisme dimomokkan sebagai pengkhianat, pimpinan Umno-Barisan Nasional tidak segan silu pula curang kepada semangat Kemderdekaan yang raih itu. Persoalannya, bagaimana kita menilai makna Kemerdekaan itu. Apakah kita sudah bebas dari segala bentuk penindasan dan kezaliman?

Tiada gunanya dicanang laungan kemerdekaan sekiranya masih ramai yang terpinggir tatkala khazanah negara dikongsi kelompok kecil yang rapat dengan penguasa. Apa makna Kemerdekaan jika Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat masih diteruskan, bahkan digunakan pula untuk memenjarakan musuh politik.

Kita rakyat Malaysia tidak mahu suatu pemerintahan yang sekadar menggantikan regim penjajah, sekadar bertukar bekas sedangkan isi dicurah dan disisihkan. Oleh kerana itu kita tuntas menuntut agar dikembalikan Semangat Kemerdekaan dan dipenuhi pula Makna Pembentukan Negara Malaysia itu. Adalah suatu keutamaan agar negara ini senantiasa makmur, rakyatnya sejahtera, hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan terjamin serta pilihanraya umum dilaksanakan secara bebas dan adil. Moga negara ini yang sudahpun berusia 54 tahun senantiasa kekal merdeka dan rakyatnya makmur sejahtera.

Dirgahayu Negaraku Malaysia

ANWAR IBRAHIM

15
Sep

Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perlis / Kedah

18 September 2011 (Ahad)

Program 1)

11.30 – 2.00 ptg – Salam Aidilfitri KeADILan di Kangar, Perlis

Lokasi: Restoran Sawaddi, Seriab, Kangar, Perlis

Tetamu:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Ustaz Hashim Jasin
3. YB Dato’ Mansor Othman

Program 2)

12.00 – 4.00 ptg – Salam Aidilfitri KeADILan di Alor Setar

Lokasi: Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar

Tetamu:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Mansor Othman
3. YB Johari Abdul
4. YB S. Manikumar
5. Pimpinan KeADILan Kedah

Program 3)

8.00 – 12.00 malam – Salam Aidilfitri KeADILan di Merbok

Lokasi: No 81A & 82, Jalan Desa Permai, Taman Desa Permai, Sungai Lalang, Kedah

Tetamu:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Mansor Othman
3. YB Saifuddin Nasution Ismail
4. YB Tian Chua
5. YBhg N Surendren
6. YB Dr Hamdan Khalib

Program 4)

9.00 – 12.00 malam – Pentas AMK Kedah – Demi Rakyat

Lokasi: Dewan Serbaguna Taman Mahsuri, Padang Serai

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
3. YBhg Sdr Azman Nashruddin
4. YB Saifuddin Nasution Ismail
5. YB N Surendren
6. YB Tian Chua

15
Sep

Kenyataan Media Pakatan Rakyat,15 September 2011

KENYATAAN MEDIA

 
Jawatankuasa Bajet Alternatif  Pakatan Rakyat  di dalam mesyuaratnya pada 15hb. September, 2011 telah memutus dan mengambil ketetapan bahawa:
 
 
a)            Langkah kerajaan BN untuk mengiktiraf 16hb Sept sebagai Hari Malaysia esok (itupun  hanya selepas 48 tahun ianya berlaku!) adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya 2008.
 
            Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bagi untuk menghormati       serta mengangkat martabat Negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal  seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga (halaman 31), sebagai contoh, menjamin royalty sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
 
b)            Sebagai memperingati hari ulangtahun Dato Seri Najib Tun Razak mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan dari Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun tahun lalu. Untuk makluman awam, pada 17hb September 2008, Dato Seri Najib telah menemui PM ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Dato Seri Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan tersebut kepadanya.
 
Pakatan Rakyat ingin memperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang 3 tahun kebelakangan ini semenjak Dato Seri Najib mengambil-alih  jawatan tersebut:
 
i)          Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau telah tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi Negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonomi Baru yang dicanang-canangkannya.
 
ii)         Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel  minyak. Yang terakhir sekali, cukai 6% untuk telefon prabayar. 
 
            Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin  meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.
 
            Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa DS Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya di dalam kabinet dan juga UMNO.
 
Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seseorang PM turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal dimana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik .
 
Oleh yang demikian, di dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Dato Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannay kepada DS Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya  untuk mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh.
 
 
 DIKELUARKAN BAGI PIHAK SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT
Oleh wakil-wakil parti:
 
 YB DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Islam SeMalaysia
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif PR
 
 YB LIEW CHIN TONG, Setiausaha, Hal-ehwal Antarabangsa
Democratic Action Party
 
YB R. SIVARASA, Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

15
Sep

Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang

17 September 2011 (Sabtu)

Program 1)  

12.00 – 4.00 ptg – Salam Aidilfitri di Bukit Tengah, Bukit Mertajam

Lokasi: Dataran Sungai Semilang,  Juru, Bukit Mertajam

Program 2)

7.15 – 8.30 malam – Solat dan Tazkirah Maghrib

Lokasi: Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya

Program 3)

9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – “Demi Rakyat”

Lokasi: Stadium Bandaraya , Pulau Pinang

Penceramah:

1.      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2.      YAB Lim Guan Eng

3.      YB Karpal Singh

4.      YB Dato’ Husam Musa 

15
Sep

Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Johor

16 September 2011 (Jumaat)

Program 1)

7.00 – 9.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Skudai

Lokasi: Kelab Rekreasi Taman Universiti, Skudai

Tetamu:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

3. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin

4. YB Dr Boo Cheng Hau

5. YBhg Haji Zulkifli Ahmad

——

Program 2)

8.00 – 11.00 malam – Majlis Jamuan Makan Malam

Lokasi: Restoran Pekin, Taman Sutera Utama, Skudai

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

3. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin

4. YB Lee Boon Chai

5. YB Chang Li Kang

6. YBhg Jimmy Puah

—–

Program 3)

9.00 – 12.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Pasir Gudang

Lokasi: No 2, Jalan 9/14, Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang

Tetamu:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

3. YBhg Dr Hj Mahfodz Mohamed

4. YBhg Dr. Ahmad Faidi

5. YBhg Hassan Karim

15
Sep

MES: RM49 Juta Sudah Diagih Kepada Warga Emas Selangor

Harakah

Melalui Skim Mesra Usia Emas iaitu salah satu program kebajikan di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), sekurang-kurangnya 20,999 warga emas di negeri ini sudah menikmati bantuan kerajaan negeri.

Jumlah itu merangkumi peruntukan sebanyak RM49 juta oleh kerajaan negeri sejak ia dilancarkan pada tahun 2008 sehingga April 2011.

Program yang dimasukkan dalam Fasa I program MES itu juga merupakan program yang telah mempunyai perbelanjaan kedua tertinggi selepas program pemberian bekalan air percuma 20 meter padu kepada rakyat negeri ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, ianya merupakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam usaha membela dan menghargai warga emas di negeri itu.

Ianya merupakan satu skim khairat kematian sebagai menghargai warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi mahupun tahap sosial mereka.

Melalui program ini, warga emas dan juga golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang telah berdaftar dan apabila berlakunya kematian, maka waris mereka akan menerima RM2,500 bagi perbelanjaan menguruskan  jenazah tersebut.

“Daripada RM49 juta ini seramai 20,999 orang rakyat Selangor telah mendapat manfaat skim ini sejak ia dilancarkan pada tahun 2008 sehinggalah April 2011, pada awal pelancarannya tahun 2008 seramai 867 orang sahaja dengan kos RM867 ribu, angka ini meningkat pada 2009 iaitu seramai 8,303 melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM19 juta.

“Pada tahun 2010 kerajaan negeri mengeluarkan bantuan sebanyak RM21 juta untuk rakyatnya iaitu seramai 8,673 orang dan sehingga April 2011 ini sebanyak RM7.1 juta dikeluarkan bagi mengenang jasa baik warga emas seramai 3,156 orang,” jelasnya dalam satu temubual dengan Harakahdaily.

Tiada kerjasama dari BN

Mereka yang ingin menyertai skim tersebut ujarnya perlu mendaftar di Pusat Khidmat Dun ditempat masing-masing, tidak kira sama ada kawasan tersebut di menangi oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Bagaimanapun wakil rakyat BN ujarnya tidak memberi kerjasama dalam urusan mendaftarkan warga emas di kawasan mereka.

“Apa yang pasti bagi kita tidak mempunyai masalah untuk mendaftarkan nama bagi kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat tetapi bagi kawasan Barisan Nasional mereka tidak mahu membantu warga emas untuk mendaftar di dalam skim tersebut kerana mereka beranggapan ini adalah kerja politik dari Pakatan Rakyat bukannya usaha kerajaan negeri.

“Wakil rakyat BN sepatutnya perlu mengenepikan ideologi politik terlebih dahulu kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat, apa jua hasil yang diperolehi oleh kerajaan perlu dinikmati kembali oleh rakyat walaupun jumlahnya tidak begitu besar. Jika halangan sedemikian tidak diubah maka usaha murni kerajaan tidak akan sampai kepada seluruh rakyat terutamanya bagi golongan warga emas,” sambung Faekah lagi.

Tambah beliau lagi tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.

“Skim Usia Emas ini bukan sahaja tertumpu kepada sumbangan khairat kematian malah kerajaan negeri telah memperkenalkan Program ‘Jom Shopping’ kepaada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas bagi menghargai jasa mereka di samping mengukuhkan hubungan akrab di antara rakyat dan pemimpin.

“Program ‘Jom Shopping’ ini adalah bertujuan agar pemimpin dapat bermesra dan bertanya khabar dengan warga emas berkenaan dalam masa dua jam di samping kupon bernilai RM 100,” jelasnya lagi.

Program ‘Jom shopping’ ini merupakan serampang dua mata yang mana selain sebagai usaha kerajaan menghargai rakyatnya malah ia juga dapat mengeratkan wakil rakyat yang dilantik bagi setiap kawasan kerana mereka yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi membantu warga emas ke pusat membeli belah yang dipilih.