Archive for September, 2011



20
Sep

Pendedahan Kad Pengenalan Palsu

Harakah

Berdasarkan kepada maklumbalas yang saya terima, terlalu ramai yang berminat untuk mengikuti pendedahan saya berkenaan lebih 10 ribu kes kad pengenalan yang berkemungkinan besar palsu seperti yang telah dikemukakan pada minggu lepas. Seperti yang dijanjikan saya akan keluarkan maklumat terbabit setiap hari bekerja, satu hari sepuluh data.

Saya tidak akan menentukan mana satu kad pengenalan yang palsu. Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menentukan mana yang palsu dan mana yang benar. Saya juga mohon kepada pemilik kad pengenalan sebenar agar dapat menampilkan diri membuat penjelasan.

Saya percaya ada pihak tertentu telah membuat manipulsi terhadap kad pengenalan sebenar ini bagi tujuan pilihanraya.  Ini sangat penting bagi kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab membuat semak dan imbang dalam sistem demokrasi di negara kita.

Walaubagaimana pun pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membisu seribu bahasa  adalah lebih maklum mana kad pengenalan yang benar dan mana yang palsu.

Terdapat dua identiti berbeza AZINAH BT MOHD FAZIN, pertama memiliki kad pengenalan 800829-02-5150 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800820-02-5150. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tarikh hari lahir sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza EH NAM A/L EH WAN, pertama memiliki kad pengenalan 780515-03-5705 dan keduanya memiliki kad pengenalan 280515-03-5705. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tahun lahir sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza MOHD BAHAR BIN OMAR, pertama memiliki kad pengenalan 800105-02-5459 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800105-02-5489. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan satu digit ke 11 sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza DALIZA BINTI IBRAHIM, pertama memiliki kad pengenalan 790402-03-5966 dan keduanya memiliki kad pengenalan 790902-03-5966. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Terdapat dua identiti berbeza FATEN DIANA BINTI HASSAN, pertama memiliki kad pengenalan 810522-03-5400 dan keduanya memiliki kad pengenalan 810822-03-5400. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai, apakah ada unsur manipulasi pilihanraya melalui manipulasi kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara?

SUHAIZAN BIN KAYAT

PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA

KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

20
Sep

Pemohon PR Diingatkan Mengundi ‘Parti Pemerintah’

Malaysiakini

Seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan negara ini mendakwa pegawai imigresen memaklumkan kepadanya bahawa tugas utamanya, jika diberikan kerakyatan, adalah untuk mengundi “parti pemerintah “.

Dalam temubual e-mel, pemohon yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia itu, berkata pegawai imigresen berkenaan berkata demikian ketika dia diwawancara dalam proses bagi mendapatkan kerakyatan.

azlan“(Mereka bertanya kepada saya) Apa yang anda akan lakukan dengan kewarganegaraan Malaysia? Apakah tugas utama anda?

“Saya jawab bahawa saya akan sokong perjuangan anak-anak muda kerana ia minat saya,” katanya, sambil meminta identitinya tidak didedahkan kerana bimbang ini akan menjejaskan keputusan permohonan itu.

“(Mereka menjawab) ‘Salah! Jawapan yang betul ialah mengundi parti pemerintah kerana mereka memberi anda taraf penduduk tetap’.”

Pemohon yang menghubungi Malaysiakini dan menceritakan pengalamannya pada Sabtu lalu, berkata ibu bapanya juga telah dimaklumkan perkara yang sama. Mereka telah berhijrah ke Malaysia dari Asia Selatan pada tahun 1970-an apabila ditawarkan jawatan profesional di negara ini. Continue reading ‘Pemohon PR Diingatkan Mengundi ‘Parti Pemerintah’’

20
Sep

Fitnah II: Pakar DNA Bantah Pendapat Pendakwa Raya

Keadilan Daily

Pendakwaraya dalam kes perbicaraan fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim sedaya upaya menegakkan benang yang basah ketika menyoal balas saksi pembela, Dr Brian McDonald.

Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden  memaksa Pakar DNA Australia itu bersetuju dengan kandungan jurnal Thailand bahawa sel DNA dari air mani boleh bertahan lebih 100 jam.

Berikutan itu, McDonald membantah kerana tidak memahami kandungan yang bertulis dalam bahasa Thai itu.

“Kamu minta saya untuk setuju tentang sesuatu yang saya tak faham. Saya takkan lakukan.

“Saya rasa tiada siapa dalam mahkamah ini yang boleh baca bahasa Thai,” kata Brian, mengundang ketawa mereka yang berada di galeri awam.

Terdahulu, Yusof mengemukakan jurnal dalam bahasa Thai dan meminta McDonald bersetuju dengan rujukan tersebut.

Beliau merujuk tiga jurnal perubatan kes rogol di luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih 100 jam di dalam vagina seseorang wanita.

Kandungan dokumen tersebut digunakan Yusof untuk menyokong hujahnya sebelum ini bahawa perolehan sel DNA dari air mani yang dibuat oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora adalah terpakai.

Sementara itu, peguam pembantu Sankara Nair berkata, andaian yang dibuat Yusof tidak kukuh kerana merujuk kepada jurnal yang diterbitkan di United  Kingdom pada 1982 bahawa sel DNA hanya bertahan selama 65 jam.

“Bahagian yang tertulis tentang perkara itu dalam Bahasa Inggeris hanya satu perenggan.

“Jurnal yang sama menyatakan calitan (swap) itu bertahan lebih 100 jam hanyalah yang diambil dari vagina wanita.

“Manakala, calitan dari rektum hanya bertahan selama 65 jam,” kata Sankara ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Mengikut laporan sebelum ini, calitan yang diambil dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berusia 56 jam dari tarikh kejadian didakwa berlaku, dan disimpan lagi selama 43 jam sebelum diuji ahli kimia.

Hakim Datuk Zabiden Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2.30 petang

19
Sep

Pakar: Ahli Kimia ‘Sembunyi’ Maklumat DNA Ketiga

Malaysiakini

Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

NONETumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.

Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

dr brian mcdonald sodomy llPakar DNA Australia Dr Brian McDonald (kanan) berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon – tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

“Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu,” kata McDonald.

Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan ‘lelaki Y’.

“Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

NONE“Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan.”

Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

“Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa… hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli,” katanya lagi.

19
Sep

Fitnah II: Ahli Kimia Abai Kriteria Wajib Dalam Analisa DNA

KeadilanDaily

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal menyambung semula soal periksa terhadap pakar DNA dari Australia, Dr Brian Mc Donald dalam perbicaraan kes fitnah membabitkan ketua pembangkang itu.

McDonald, yang merupakan saksi pembela keempat, dijangka mengambil masa dua hari bagi memberi keterangan beliau dengan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa.

Berikut  perbicaraan pada pagi ini:

8.55 pagi: Peguam Sankara Nair dan CV Prabhakaran tiba di mahkamah bersama pakar DNA Dr Brian Mc Donald.
Pendakwaraya diketuai  Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga dilihat di mahkamah. DPP Noorin Badaruddin dijangka menyoal balas Mc Donald. Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang juga saksi pendakwa duduk berhampiran Noorin.

9.33 pagi: Datuk Seri Anwar ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tiba di mahkamah. Turut kelihatan hadir di mahkamah bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Dr Lee Chong Meng.

9.34 pagi: Karpal Singh tiba ke di mahkamah. Selain itu Ahli Parlimen batu,  Tian Chua turut hadir. Bersama beliau ialah Baginda Minda, bekas rakan kongsi perniagaan Ummi Hafilda yang terbabit dalam konspirasi 1 terhadap Anwar.

9.38 pagi: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding.

9.46 pagi: Galeri awam mulai penuh dengan orang ramai. Dr Brian beritahu sampel B7, B8 dan B9 tidak konsisten kerana ia diambil selepas 56 jam.

“Tiada slaid telah dibuat mengikut piawaian antarabangsa, katanya. Mc Donald berkata tiada maklumat berhubung sperma didokumentasikan, walaupun Seah mengakui kehadiran sperma yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

9.47 pagi: Menurut Mc Donald, dari tiga sampel, B7 terdapat DNA utama lelaki Y dan satu komponen kecil pengadu (Mohd Saiful Bukahari Azlan).

“Seah tidak meliputi pada B8. B8 ialah pengesat rektum tinggi..adalah komponen DNA utama pengadu dan lelaki Y.
Dia sepatutnya membuat satu slaid, dan bukannya membuat tekaan dalam penjelasannya mengapa ini terjadi.

“Terdapat dua ciri bertentangan bagi pengesat rektum tinggi (iaitu, B7 and B8).” Oleh kerana B9 pengesat rektum rendah, McDonald berkata terdapat amaun sama rata lelaki Y dan DNA pengadu.

“Tiada pecahan sperma menunjukkan pada sebarang DNA tercemar. Jika ia datang dari sperma sama sekali, ia perlu menunjukkan degradasi, terutama selepas 56 jam dalam dubur dan 46 jam (sebelum diberi kepada ahli kimia).”

9.58 pagi: McDonald berkata penemuan adalah tidak selaras dengan sejarah ia disimpan sekian lama.
Menurut Mc Donald, B5 pula datang dari pengelap peri-anal.

10.01am: McDonald menyatakan Seah memberi keterangan bahawa terdapat DNA tiga individu dengan penyumbang utama merupakan lelaki yang tidak diketahui.

“Lelaki Y, menurut Seah, merupakan sperma yang tercemar,”

“Hujah Seah bahawa DNA lelaki tidak diketahui itu datang dari (a) mangkuk tandas adalah kerana beliau tidak menjumpai apa-apa lagi dari calitan rektal.”

“Seah tidak menjalankan ujian terhadap sampel sperma ini. Terdapat DNA lelaki tak diketahui di mana Seah menyimpulkan diambil dari mangkuk tandas, namun beliau tidak menjalankan ujian,”

Namun demikian, menurut McDonald pengadu menyatakan bahawa beliau tidak ke tandas selama dua hari.

10.06 pagi: McDonald menyatakan Seah hanya meneka dalam membuat kesimpulan.

10.08 pagi: Merujuk kepada laporan beliau setebal 15 muka surat, McDonald menyatakan bahawa Seah hanya mengagak berdasarkan sampel yang diambil memandangkan wujud campuran pada sperma yang diambil.

Ram Karpal: Pada masa tersebut, kita tidak tahu sel mana datangnya DNA?

McDonald: Tidak.

10.13 pagi: McDonald menyatakan adalah tidak diketahui samada sampel yang diambil dari B5, B7, B8 dan B9 datang dari sampel air liur atau darah.

“Bukti itu tidak memberitahu kita (sama ada) ia datang dari sperma atau air liur.”

10:15 pagi: Ram dan McDonald membincangkan mengenai bidang pencemaran.

McDonald berkata isu pencemaran merupakan isu penting di dalam DNA.

10:18 pagi: Ram: Adakah anda menemui sebarang bukti yang tercemar?

McDonald: Adalah sukar untuk menjawab, kerana terdapat beberapa keadaan di mana DNA yang diperolehi boleh yang berkaitan dengan kesalahan itu.

“Terdapat DNA yang tidak datang daripada salah seorang daripada dua orang (yang terbabit), dan ini perlu dijelaskan.”

10:24 pagi: McDonald berkata Seah telah salah tafsir apa yang ahli kimia itu terangkan pada permulaan.

10:30 pagi: Ahli Parlimen Lembah Pantai,MP Nurul Izzah Anwar memasuki mahkamah.

10:35 pagi: McDonald berkata Seah tidak mengemaskan semula sampel B5 (peri-annal swab), yang sepatutnya dilakukan.

10:37 pagi: Beliau juga berkata ahli kimia Nor Aidora Saedon juga telah gagal untuk mengiktiraf campuran dalam sampel yang diperolehi daripada sel Anwar.

10:41 pagi: Ram: Terdapat penyumbang ketiga dalam ujian yang dijalankan oleh Seah dan Nor Aidora.

“Nor Aidora mengabaikan semua kriteria terhadap campuran, yang dia mesti lakukan sebagai saintis,”

19
Sep

Najib Enggan Akui Kesilapan – Pak Samad

Harakah

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mempersenda pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai “tidak mengakui kesilapan kerajaannya”.

A. Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata, amat malang apabila BN khususnya Najib masih enggan mengakui bahawa pengumuman pemansuhan itu hasil desakan rakyat khususnya anak muda yang mahukan perubahan demokrasi.

“Selama 54 tahun mereka tak terfikirkan pun ISA itu harus dikikis. Tiba-tiba sahaja mendapat ilham, dan tidak mengakui bahawa ini adalah desakan daripada kelompok antaranya anak muda bahawa kita sudah tidak tertahan lagi.

“Perdana Menteri pun dua tiga hari ini mengumumkan…oh, kami…kami sahaja yang meluruhkan ISA tapi tidak diceritakan kerana desakan-desakan itulah yang mendorongnya untuk merubah. Kalau tidak ada desakan-desakan itu, saya tidak fikir (ISA dimansuhkan) kerana itu adalah alat yang sangat bermanfaat untuk menekan (rakyat),” katanya. Continue reading ‘Najib Enggan Akui Kesilapan – Pak Samad’

19
Sep

Zalim Pada Saya, Saya Maafkan Tetapi Jangan Rampas Hak Rakyat

Keadilan Daily

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah terhadapnya sebaliknya mahu menumpu usaha membela nasib rakyat.

Tayangan terbaru pada video fitnah yang cuba untuk mengaibkan Ketua Pembangkan itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepadanya.

Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay.

“Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik,” sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar ‘.

Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September lalu.

Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati.

“Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat,” kata Anwar.

Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit.

Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya.

“Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan. Najib juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib,” katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa.

18
Sep

Warkah Buat Perdana Menteri

Malaysiakini
Oleh Mamu Tanjung

Dear Najib Razak (sila baca dengan loghat utara),

Mamu dengan rasa rendah diri menulis warkah ini untuk tatapan tuan Perdana Menteri, dan juga sebagai rekod bahawa apabila sejarah negara ini berdepan dengan perubahan, Mamu telah turut bersuara dan memberikan pandangan. Mamu berharap agar warkah yang tidak seberapa ini boleh diambil sebagai iktibar untuk kemaslahatan kita bersama.

Terlebih dahulu Mamu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada tuan Perdana Menteri, memandangkan haritu Mamu tak berkelapangan nak pi makan briyani di Permatang Pauh. Hujan lebat, Mamu semput, tak tahan sejuk. Maka ucapan maaf zahir batin Mamu titipkan untuk Tuan Perdana Menteri, isteri tercinta dan anak-pinak sekalian. Semoga Tuhan menerima amal ibadat kita semua di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Najib, my dear;

Mamu telah menonton pengumuman besar yang telah dibuat pada malam ambang sambutan Hari Malaysia, yang telah disiarkan secara langsung di media arus perdana. Mulanya Mamu tak berapa berkenan nak tengok, memandangkan media arus perdana mempunyai reputasi yang agak buruk. Namun menyedari bahawa amanat daripada pihak Perdana Menteri perlu ditekuni, maka Mamu pun pi lah duduk depan televisyen, sambil-sambil mengadap twitter, menantikan analisa dan komen secara langsung oleh penduduk Twitterjaya.

Secara am, Mamu ingin mengucapkan tahniah seraya berkata, “Syabbashh mere betey!” sambil menepuk tengah belakang, kepada Tuan Perdana Menteri atas keberanian menongkah arus mengambil langkah berisiko tinggi untuk menyatakan apa yang telah dinyatakan dalam ucapan tersebut. Mamu melihat wajah Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri kelihatan begitu riang gembira. Mamu tumpang berbangga dengan keberanian yang telah dipertontonkan dengan mengenepikan sekalian juak-juak yang begitu lantang menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mamu sangat berharap untuk mendengar respon mereka yang dahulu begitu terkinja-kinja melaungkan slogan pro ISA, dan melabel pakatan pembangkang sebagai pengkhianat dan punya agenda menjual negara. Tidak dilupakan juga label komunis dan sosialis yang diberikan kepada mereka yang berjuang untuk memansuhkan ISA sejak dulu.

Tuan Perdana Menteri,

Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah berusia 51 tahun sejak 1 Ogos 1960. ISA telah digunakan secara meluas untuk menutup mulut sekalian ahli politik yang bersilang arah dengan ideologi dan kebijakan kerajaan sekian lama. Kita tidak lupa Ops Lalang 1987 yang telah menyaksikan ratusan ahli politik ditahan tanpa bicara hanya kerana melontarkan ide politik yang berbeza selera dengan kerajaan.

Kita juga telah melihat dan membaca tulisan mereka yang ditahan di Kamunting, perihal penyeksaan dan pelanggaran hak asasi manusia yang telah diterima. Mamu masih ingat tulisan Dr Syed Husin Ali di dalam bukunya ‘Dua Wajah’ tentang penderaan yang (didakwa) dilakukan terhadap para tahanan. Kecut perut Mamu apabila membaca cerita tersebut. Itu belum lagi mengambil kira kisah Malik Husin yang ditahan ISA sewaktu Reformasi 1998. Bagaimana kemaluannya (didakwa) ditusuk dengan dawai besi. Trauma beliau berbulan, apabila terdengar bunyi gemerincing jambak kunci.

Justeru, Mamu yakin bahawa Tuan Perdana Menteri juga setuju bahawa ISA adalah akta zalim, yang telah digunakan untuk menutup mulut dan mengurung mereka yang berani bertingkah dengan ego kerajaan tanpa perlu melalui lunas undang-undang normal, seperti yang termaktub dalam Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga halnya dengan Ordinan Darurat, yang tanpa pengetahuan ramai, masih lagi terpakai sehingga ke hari ini. Paling kelakar, Ordinan ini turut digunakan untuk menangkap dan mengurung mereka yang mencuri motorsikal atau paling tidak disyaki mencuri motorsikal. Kemudian dari itu boleh pula diperas ugut keluarganya agar membayar sejumlah wang sebelum dibebaskan anak remaja yang ditahan tanpa bicara itu.

Mamu agak-agak, benda yang dipanggil Ordinan Darurat ini, digunakan khas untuk mengawal aktiviti subversif gerila komunis, di zaman Darurat 1948; yang sehingga hari ini ramai juga tidak tahu kenapa ia disebut ‘Darurat’ menentang komunis, dan bukannya ‘Perang’ terhadap komunis. Barangkali pihak insuran tidak akan membayar pampasan untuk sebarang kerugian dalam pelaburan pihak British pada waktu itu, kalau Malaya diisytihar kawasan perang. Mungkinlah. Mamu mana lah tau.

Justeru, Mamu menyambut baik cadangan pihak Tuan Perdana Menteri untuk memansuhkan perkara-perkara drakonian ini, yang telah sekian lama diperjuangkan oleh badan-badan seperti SUARAM, Gerakan Mansuhkan ISA dan juga pihak-pihak dalam parti-parti pembangkang. Nyatanya, UMNO selama ini, tidak pernah pun kedengaran sebarang usaha atau niat untuk memansuhkan ISA. Apatah lagi untuk membatalkan perisytiharan darurat. UMNO, pada pandangan Mamu, pastilah suka bila ia mempunyai suatu aparat atau alat untuk mengurung pihak lawan yang berani menentang tanpa perlu pun diseret mereka itu ke muka pengadilan. Continue reading ‘Warkah Buat Perdana Menteri’

18
Sep

Fitnah Versi Ke-2 Dan Kaitannya Dengan 16 September

Mohd Rashidi Hassan

ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.

Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.

Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.

Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?

Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.

Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.

Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato’ Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.

Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.

Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).

Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham ‘pencak silat’ politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.

Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.

BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?

Saya percaya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.

Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?

Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.

Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.

Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.

Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.

Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, “Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang.”

Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa sekitar April 2008.

Kata beliau kepada Husam ketika itu,”Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara.”

Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?

Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.

Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.

Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?

Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.

Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.

Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.

Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.

Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.

Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa ‘memenjarakan’ Anwar. Jika Anwar masuk ke ‘dalam’ Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.

Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

18
Sep

Tindakan Terdesak Seorang Anak Bangsawan

Merdeka Review

Oleh Ooi Heng

Ekonomi dunia semakin tidak menentu.  Keadaan ekonomi tahun depan mungkin lebih teruk berbanding akhir tahun ini.  Tambahan lagi, khabar angin bahawa wujud desakan dalaman UMNO memaksa Perdana Menteri Najib melepaskan jawatannya mulai bertiup malah semakin hari semakin kencang.  Najib tidak mempunyai banyak pilihan dalam situasi sedemikian.  Kehilangan sokongan UMNO menjadikan sokongan luar lebih penting sekarang.

Dalam keadaan terdesak, Najib (gambar kiri) terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat.  Kalau selepas Pilihan Raya Umum 2008 UMNO memerlukan Najib dengan retorik dan popularitinya untuk menenteramkan kemarahan rakyat terhadap keangguhan dan segala bentuk kecacatan dasar serta penyelewengan yang dikaitkan dengan UMNO dan pemimpin UMNO, kini populariti Najib jatuh dan dilihat sebagai liabiliti UMNO yang bakal menenggelamkan UMNO kalau dibiarkan terus memegang tampuk pimpinan.

Baru-baru ini, desas-desus Najib berdepan dengan tekanan dalaman UMNO kelihatan lebih jelas berikutan penerbitan sebuah buku berjudul “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir…” oleh Shahbudin Husin yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.

Meksipun Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO (Penawar) telah menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun perkembangan terkini nampaknya memperkukuh dakwaan bahawa wujud kuasa politik yang mahukan Najib melepaskan jawatannya. Continue reading ‘Tindakan Terdesak Seorang Anak Bangsawan’

17
Sep

Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Perak

19 September 2011 (Isnin)
 
Program 1) 5.30 ptg – Salam Aidilfitri KeADILan di Ipoh, Perak
 
Lokasi: Padang Permainan, Taman Meru 2C, Ipoh
 
Tetamu: Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Pimpinan Pakatan Rakyat Perak
 
Program 2) 7.30 – 8.30 malam – Solat & Tazkirah Maghrib
 
Lokasi: Masjid An Naim, Kg Chikus, Pasir Salak 
 
Program 3) 8.00 – 11.00 malam – Majlis Makan Malam AidilFitri di Pasir Salak
 
Lokasi: Restoran Choon Koon, Pekan Langkap
 
Tetamu:
1.      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2.      YBhg Dr Mohd Nor Manuty
3.      YB Nga Kor Ming
4.      YBhg Haji Osman Abdul Rahman
 
Program 4) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana di Bagan Datuk – Demi Rakyat
 
Lokasi: Dataran Pemuda Parit 23, Jalan Bagan Datuk
 
Penceramah:
1.      YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2.      YB S. Kesavan
3.      YBhg Misbahur Munir
4.      Sdri Siti Aisyah Shaik Ismail
5.      YBhg Rahman Kadir (Pak Jabit)
6.      YBhg Mahdi Haji Hassan

16
Sep

Anwar Trial Looms Over Malaysian Politics

The Wall Street Journal

Malaysian Prime Minister Najib Razak is carving out a new role for himself as a liberal reformer after pledging to scrap the country’s harsh Internal Security Act, but he still has one big problem in selling his case to the rest of the world—the continuing sodomy trial of opposition leader Anwar Ibrahim.

Mr. Anwar, a 64-year-old father of six with a goatee mustache and snappy glasses, denies the charges, saying they are a political plot to destroy any threat to the ruling coalition that has controlled Malaysia for over half a century. Mr. Najib and his government deny setting him up. If Mr. Anwar is convicted, he faces going to prison for the second time after being jailed in 1998 for allegedly sodomizing two other aides before an appeals court overturned his conviction.

The outcome could help determine bigger issues in this majority-Muslim, multi-racial nation of 28 million people, which has been struggling to break away from its system of race and religion-based politics that many analysts believe have retarded growth in one of Southeast Asia’s most important economies.

Although Mr. Najib is opening up the country’s political system to head off the kinds of stresses that have destabilized parts of the Middle East this year—on Thursday he announced plans to repeal harsh laws that allow for detention without trial and pledged new freedoms for the country’s closely controlled media—he faces a potential push-back from opponents in his ruling United Malays National Organization party. Some analysts view Mr. Anwar’s multi-ethnic opposition alliance as perhaps better placed to pursue a more aggressive liberalization policy—that is if he can stay out of jail and get elected to office.

This time around a difference is emerging compared with Mr. Anwar’s last trial, or so Mr. Anwar hopes: The importance of forensic evidence that could be partially attributed to—the widespread following here for fictional television cops such as Horatio Caine of the show CSI: Miami.

Political analysts say that in 1998 Mr. Anwar was convicted on witness testimony, but this time the prosecution relies heavily on new technologies such as DNA testing and other forensic-investigation techniques. That, Mr. Anwar told The Wall Street Journal during a recent recess at his trial, gives him fresh hope of being acquitted.

“Last time there was no medical report and no medical evidence—nothing but the word of mouth,” Mr. Anwar said during a lengthy discussion about anal swabs, data samples and the survival time of sperm cells. “But now the case is all about the science—and that’s where I have a chance.”

A Malaysian government spokesman says it has no comment on Anwar’s remarks, saying it is a matter for the courts.

During recent testimony in the marathon trial, Mr. Anwar’s lawyers presented a series of expert witnesses who raised doubts about the credibility of the forensic evidence presented by prosecutors. Australian forensics expert Brian McDonald told the court that the DNA testing and labeling wasn’t up to international standards and was riddled with errors. Dr. McDonald said it was unclear where some samples came from.

Some of the testimony could help Mr. Anwar’s case, especially in the court of public opinion, analysts say.

“I think it will resonate,” says Bridget Welsh, a professor Singapore Management University and a close observer of Malaysia’s political drama. “People in general don’t trust the system. That feeling is endemic in Malaysia and Mr. Anwar is trying to capitalize on it.”

It helps that shows such as the CSI franchises are so popular, especially the Miami-based version famously spoofed by comedian Jim Carrey on the David Letterman show. Malaysians closely follow the adventures of Lt. Caine and his colleagues as they try to bring down criminals using advanced forensic techniques and a spot of fisticuffs when appropriate.

“We know about forensics. Nobody can fool us about that. We’ve all seen CSI,” says one keen viewer, Rizal Osman, from Pahang, central Malaysia.

Bloggers, among others, often discuss plots from shows such as CSI and Special Victims Unit to discuss what’s going on in Malaysia. One person, Gerard Samuel Vijayan, wrote to the Malaysiakini portal to describe an episode of Special Victims Unit that featured a conspiracy to fabricate DNA. He said Mr. Anwar might be facing a similar problem. “Given the holes in the prosecution’s case, there is sufficient doubt to acquit the accused,” Mr. Vijayan wrote.

Either way, as the trial moves toward its conclusion—Mr. Anwar is scheduled to continue making his defense on Monday —Malaysians can expect to hear more about DNA, and in forensic detail, in the weeks and months to come.

Claiming he is unable to get a fair trial, Mr. Anwar unleashed a tirade against Malaysia’s judiciary recently, liberally quoting from Nelson Mandela, Shakespeare and the Quran to buttress his allegation that the judiciary and government are conspiring to put him away—something Mr. Najib denies.

If Mr. Anwar is ultimately convicted, “I hope the forensic evidence lingers in people’s minds,” he says. “It’s worth the effort and expense of debunking the prosecution’s entire case.”

In the meantime, Mr. Anwar’s political party is claiming the credit for forcing Mr. Najib to unlock Malaysia’s political system. Mr. Anwar took to microblogging site Twitter after arriving on an overnight flight from England to say Malaysians must remain vigilant. “We have to be wary whether the freedoms are now guaranteed and what laws will replace” the Internal Security Act.