Archive for August, 2011

31
Aug

Dato Seri Wan Azizah: Raya Semakin Mahal, Rakyat Perlu Pembelaan

TV Selangor

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu keadilan terbela bagi rakyat yang terpaksa menghadapi kesan kenaikan harga barang dalam kegembiraan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Oleh itu, beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memperketat dan memantau mekanisma kawalselia harga agar keperluan rakyat dan peniaga dapat dijaga.

“Kekangan dan bebanan sara hidup yang semakin meninggi akibat tatakelola dan perancangan yang tidak dilandasi semangat kerakyatan dan kesederhanaan. Rakyat terus dibebani dengan kenaikkan harga barang yang tidak terkawal terutamanya barang keperluan raya,” katanya dalam satu Perutusan Khas sempena Hari Raya hari ini.

Dalam menyambut bulan Syawal, Wan Azizah turut mengajak rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneladani pengajaran pembersihan jiwa sepanjang ramadan dengan terus berjuang demi keadilan , kebenaran dan perpaduan sejati.

Dalam perutusan Hari Raya beliau, Wan Azizah mahu kemenangan yang disambut dalam bulan Syawal hasil daripada pentarbiyahan dalam menjalani latihan dan disiplin sepanjang Ramadhan memberi semangat kepada setiap umat Islam. Continue reading ‘Dato Seri Wan Azizah: Raya Semakin Mahal, Rakyat Perlu Pembelaan’

31
Aug

Imej Najib Tercalar, Rakyat Mahu Kerajaan Baru

Malaysiakini

Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar dalam wawancaranya di TV Selangor berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di luar bandar yang masih di bawah pengaruh Umno-BN.

“Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda kerajaan.

“Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat akan mengundi Pakatan,” kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center pada Isnin lalu dalam laporannya mendedahkan bahawa kemerosotan tahap puas hati terhadap Najib itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.

Ini kerana pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan kerajaan pimpinannya, baru-baru ini.

Menurut kajian Merdeka Center itu kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada Jun tahun lalu.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 turut mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh BERSIH 2.0.

“Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk S Ambiga (pengerusi BERSIH 2.0) memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong (menuntut) pilihan raya adil?” kata Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata sebarang perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh Najib sebagai sudah terlewat kerana presiden Umno itu telah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

“Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan pilihan raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.
“Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?” soal Anwar lagi.

Hasil kajian Merdeka Center itu turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Bagaimanapun, tidak seorangpun pemimpin Umno dan BN menerima keputusan kajian berkenaan berbanding reaksi mereka apabila badan bancian yang sama menunjukkan tahap puas hati Najib pada tahap yang tinggi satu ketika dahulu.

Malah, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menempelak kajian Merdeka Center itu dan berkata kepimpinan Najib diterima majoriti rakyat di negara ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan perdana menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti perdana menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Rais, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Najib dan kerajaan BN secara ikhlas.

31
Aug

Majlis Rumah Terbuka Dato Seri Anwar Ibrahim Dan YAB Dato Mansor Othman

Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri Dato Seri Anwar Ibrahim dan YAB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dato Mansor Othman di Parlimen Permatang Pauh. Butiran seperti berikut:

Tarikh: 1 September 2011
Jam 2.00 – 5.00 ptg
Lokasi: Rumah Pakatan Rakyat (Berhadapan Masjid Kubang Semang).Permatang Pauh.Pulau Pinang.

30
Aug

Najib Tersepit Antara Populariti Menurun Dengan Harapan Reformasi Sistem Pilihan Raya Yang Melambung

Merdeka Review

Perdana Menteri Najib Razak kini tersepit di antara pola popularitinya yang semakin menurun, dengan harapan reformasi sistem pilihan raya yang semakin melambung, seandainya dikupas satu hasil soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center, baru-baru ini.

Menurut soal selidik yang dijalankan antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap kepuasan Najib Razak (gambar kiri) memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6% kepada 59% – buat kali pertama di bawah paras 60% dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009.  Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72% pada Mei 2010, dan seterusnya menunjukkan pola menurun.

Jatuh pada magnitud yang besar

Populariti seseorang PM pada paras 67% (dua pertiga) mungkin boleh dianggap “agak selamat”, dan “naik-turun”-nya di sekitar angka ini dilihat biasa.  Namun, seandainya data soal selidik ini diteliti, maka Najib perlu berhati-hati dengan pola ini.  Tahap puas hati terhadap Najib jatuh 3% dalam 6 bulan (Mei-Nov 2010), kemudian jatuh lagi 2% dalam empat bulan (Nov 2010 – Mac 2011), 2% lagi dalam dua bulan seterusnya (Mac-Mei 2011).  Tiga bulan kemudian, tahap puas hati terhadap Najib jatuh 6%, bermakna 2% dalam sebulan secara puratanya. Continue reading ‘Najib Tersepit Antara Populariti Menurun Dengan Harapan Reformasi Sistem Pilihan Raya Yang Melambung’

30
Aug

Populariti Najib Pasti Junam Jika Gagal Tunai Pembaharuan Pilihan Raya

The Malaysian Insider

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meramalkan populariti Datuk Seri Najib Razak, yang terus merosot, akan berhadapan dengan paras lebih buruk jika perdana menteri gagal menunaikan janji pembaharuan pilihan raya selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Sementara mereka juga bersetuju dengan kemerosotan berterusan sebagaimana dibuktikan menerusi kajian Merdeka Center dan bukan sesuatu yang mengejutkan, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengambil sikap berhati-hati tentang implikasi persekitaran itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Kata mereka, kedudukan itu tidak semestinya menggambarkan satu peralihan positif yang pasti kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, tanpa pembaharuan pilihan raya dengan segera, pentadbiran Najib (gambar) kemungkinan akan berakhir pada pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan dipanggil dalam beberapa bulan ini.

“Keputusan kajian itu seiring dengan pandangan umum situasi semasa yang tidak memihak buat Najib, ekoran kenaikan harga barang dan kesilapan menangani isu Bersih 2.0,” katanya lagi.

“Beliau begitu ketara terdesak untuk memulihkan keadaaan…. (dengan itu) memperkenalkan jawatankuasa pilihan khas bagi pembaharuan pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengkaji untuk membenarkan kesemua rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi dan mempertimbangkan (semula) penggunaan dakwat kekal,” kata Lim sambil menambah, “sama ada semua ini akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum, sesuatu yang perlu (kita tunggu dan) lihat.”

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 – lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam. Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Continue reading ‘Populariti Najib Pasti Junam Jika Gagal Tunai Pembaharuan Pilihan Raya’

29
Aug

Perutusan Sambutan Eid ul-Fitr 1432H/ 2011

Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Pada ayat 185, Surah Al Baqarah itu termaktub perintah untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa dan ayat tersebut juga mengsiyaratkan keutamaan bulan Ramadhan, antaranya ialah yang padanya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk. Al Quran atau gelar lainnya iaitu Al Furqan menjadi keterangan buat umat manusia membedakan antara yang hak dan batil, antara kebaikan dengan keburukan, dan antara cahaya dan fasad.

Merenungi pesan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sepertimana yang terkandung dalam ayat tersebut pasti mengetuk nurani kita betapa dikaitkan perintah untuk berpuasa dan keutamaan Al Quran sebagai pedoman menunjuki jalan yang lurus. Ternyata terkandung dalam ayat tersebut bukanlah Allah SWT mahukan suatu kesukaran buat hambanya dengan mengwajibkan ibadah puasa bahkan juga ianya keterangan bagi Rahmah Nya, Kasih Sayang Nya yang melimpah ruah dan seperti yang ditunjuki dalam ayat sebelumnya, ayat 183 Surah Al Baqarah, agar kita menjadi umat yang bertakwa.

Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam, ujian melawan nafsu, menundukkan musuh utama dan sekiranya menang, dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta ampunan dari Nya. Maka tidak hairanlah kita mengapa perintah melaksanakan ibadah puasa dipintal bersama dengan keutamaan Al Quran. Kedua-duanya menjadi suatu kesempatan buat umat untuk menghayati, merenungi serta untuk dimaanfaatkan, dengan tujuan dilimpahi petunjuk untuk membedakan antara yang benar dengan yang batil, menafikan ketundukan kepada makhluk dan bersaksi bahawa kekuasaan hanya milik Dzul Jalal Wal Ikram ( Yang Maha Memilki Kebesaran dan Kemuliaan )

Kini Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Sepanjang kita menjalani ibadah puasa ianya umpama sebuah madrasah yang mendidik erti kerendahan hati, erti sabar menanggung ujian, senantiasa membesarkan Allah SWT dan bersyukur kepada Nya. Tibanya satu Syawal semestinya disambut dengan rasa gembira dan bersyukur. Apatah lagi sekiranya bersama sahabat handai serta sanak saudara. Moga kesempatan memperkukuh hubungan antara kita dengan Sang Pencipta sepanjang bulan Ramadhan itu berterusan. Izinkan saya, Azizah dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Eid ul-Fitr kepada seluruh muslimin dan muslimat dengan lafaz Minal Eidin Walfaizin wal Maqbulin.

ANWAR IBRAHIM

27
Aug

Jangan Halang Kaum Lain Jika Bantu Umat Islam

Video Ihsan Malaysiakini

The Malaysian Insider

Umat Islam tidak harus menghalang kaum lain daripada menghulurkan bantuan kepada Muslim yang miskin kerana menjadi kewajiban kepada semua bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan, kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak harus menghalang mereka… sesiapa sahaja, mana-mana kaum, mana-mana agama daripada menjalankan atau mengambil inisiatif untuk membantu sesiapa,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Gereja minta agar mereka diberi kebebasan untuk membantu golongan miskin tanpa mengira kaum, di sebalik dakwaan bahawa masyarakat Kristian berusaha untuk menukar agama umat Islam menerusi kerja-kerja kebajikan.

Awal bulan ini, Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu satu majlis makan malam muhibah yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ekoran aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan Muslim.

Semalam, Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah yang akan bertindak sebagai platform menerima aduan dan permohonan bantuan daripada umat Islam di negeri itu.

Hasan, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, penubuhan unit itu diwujudkan berikutan masalah umat Islam terutamanya berhubung “dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum.”

“Orang-orang Islam yang dihimpit oleh kesusahan dan kesempitan hidup didapati terdedah kepada risiko meggadaikan akidah mereka demi menyambung kehidupan yang lebih baik bersama ahli keluarga.

“Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan negeri, badan-badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini,” katanya.

Bagaimanapun Anwar (gambar), yang juga Ketua Pembangkang berkata, usaha untuk memudahkan penggunaan wang zakat tidak seharusnya dilihat sebagai reaksi kepada usaha pihak Kristian yang banyak diperkatakan.

“Kita ada saluran, kita ada sumber. Lakukan sahaja,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, zakat negeri seharusnya diurus dengan telus bagi memastikan bantuan bagi golongan miskin sampai di tangan mereka yang memerlukan berbanding kerugian berbilion ringgit ekoran rasuah dalam sistem pentadbiran.

27
Aug

Pakatan Alternative Budget Looking at ‘Floor Wage’

Malaysiakini

The Pakatan working committee on the 2012 alternative budget announced today that it is looking to introduce a “floor wage” concept.

Speaking to reporters after the committee’s weekly meeting, the coalition’s de facto leader Anwar Ibrahim said that this is different from minimum wage, which keeps wages “stuck” at a certain level.

“We say floor wage to avoid confusion. What we need is to enhance the income of workers, and not to have it stuck as what is termed as minimum wage,” he said, after the meeting which involved trade unions and economists.
Anwar (left) added that, however, it cannot be done in isolation and should be carried out concurrently with policies to cut corruption and raise efficiency, particularly in the government sector and government-linked companies.

“We regret that even GLCs like Proton and Perodua pay basic wages of below the poverty line at RM650 a month.

“With alternative policy to reduce corruption, raise efficiency, no corruption and the lowering of costs through proper tender and renegotiation of unfair deals like highway tolls, we hope to have more savings and increased revenue…allowing us to be able to assist workers with a better and fairer deal,” he said.

Adding to this, working committee member and PKR vice president Tian Chua said that what Pakatan aims to have are annual productivity and income targets, to gradually solve the conundrum of suppressed wages.

“Minimum wage is only a tool because there is no level playing field for workers,” said the Batu MP.

Shifting low-skilled industry abroad

Among the measures considered, said committee member and PAS-Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad is following the footsteps of Singapore by shifting low value low wage industry outside Malaysia.

“Our critique of the situation is the over-reliance on low skill foreign workers. This is the bottle neck stopping the country from breaking away from shackle of low wages.

“We cannot address this with the existence of foreign workers, who not only compete with locals for jobs but also come in every two years at the same level of wages,” he said.

DAP representative and Klang MP Charles Santiago added that all this would require comprehensive labour market reform, which among others would address issues like outsourcing which exposes workers to abuse.

The Pakatan working committee on the alternative budget meets weekly, and intends to unveil its alternative budget before the October tabling of the 2013 Federal Budget in Parliament.

27
Aug

Pemohon Taraf Penduduk Tetap Dikesan Pula Didalam Daftar Pemilih SPR

Malaysiakini

Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant electoral roll recordHasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara.

Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru.

Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant green cardSemakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu

Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap.

Malaysiakini
telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti.

azlanSebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat “kecuaian teknikal”.

NONEPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan.

Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap.

27
Aug

Sidang Media Pakatan Rakyat

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Perbincangan Mejabulat Ekonomi Pakatan Rakyat mengenai Gaji Minimum.

Sidang media ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 Ogos 2011 (Sabtu)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Bangunan Ibu Pejabat PKR,
Tropicana, Petaling jaya

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato’Seri Anwar Ibrahim dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat yang meanggotai Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat.

27
Aug

New Investigation Into Film Maker That Took Millions From Malaysia

Independent

Press corps in Kuala Lumpur all knew FBC had close links to the Malaysian government with special access

One of America’s most prestigious magazines, the 154-year-old The Atlantic, has become the latest high-profile news organisation to launch an investigation into its relationship with a media company that was allocated millions of pounds by the Malaysian government.

The Washington-based magazine and website is “reviewing all transactions” it had with FBC, a media company that also produced television programmes for the BBC and the business channel CNBC. The Independent revealed this month that FBC had been hired by Malaysia in a “global strategic communications campaign”.

The FBC programmes broadcast on BBC World News dealt with contentious issues including Malaysia’s treatment of its indigenous peoples, its management of rainforests and its controversial palm-oil industry. The BBC said: “FBC has now admitted to the BBC that it has worked for the Malaysian government. That information was not disclosed to the BBC as we believe it should have been when the BBC contracted programming from FBC. Given this, the BBC has decided to transmit no more programming from FBC while it reviews its relationship with the company.”

The Atlantic has ordered a “full review” into its own relationship with FBC. Justin Smith, president of Atlantic Media Co, publisher of the magazine, has resigned from the board of FBC. FBC’s founder Alan Friedman, a long-term friend of Mr Smith’s, blogged for The Atlantic from this year’s World Economic Forum in Davos. Mr Friedman also encouraged The Atlantic to host an event in March in which the Malaysian Prime Minister, Najib Razak, was interviewed by a correspondent of The Atlantic.

Natalie Raabe, director of communications for The Atlantic, said Mr Smith’s role at FBC was unpaid and “largely nominal”. She said that the magazine was “reviewing all interactions it has had with FBC and its chairman,” including blogs Mr Friedman wrote about Indonesia. “We have found several instances in which Friedman wrote positively about the Indonesian government and its representatives. Our internal process will seek to determine whether Friedman was representing Indonesia at the time he wrote for TheAtlantic.com.”

She said the company was also examining blog comments made by Mr Friedman on Malaysia and had now attached an online reference to inform readers that he was working for the Malaysian government “at or around the time he wrote them”.

FBC also made a half-hourly weekly programme for CNBC, part of the American NBC network. Many of its episodes featured Malaysia. CNBC has withdrawn the programme “indefinitely” and “immediately initiated an examination of FBC and its business practices”. Since publication of The Independent’s investigation, the newspaper has been contacted by numerous correspondents based in Kuala Lumpur, who complained that the broadcasters should have taken action earlier.

One senior international journalist with a decade of experience in Malaysia, said FBC’s relationship with the Malaysian government was “common knowledge among the press corps in KL”. He said: “The real scandal is the failure by BBC and CNBC to police the outsourcing of their programmes. They need to answer some hard questions.”

The BBC said it had “acted swiftly to suspend the broadcasting from FBC” and pointed out that “all independent TV companies who produce programmes for BBC World News have to sign strict agreements”.

A former correspondent for a prominent US magazine said that correspondents became accustomed to seeing FBC granted access to “notoriously press-shy” senior political and business figures who would not speak to other sections of the media. “Knowing FBC and their modus operandi, it was pretty clear how it happened,” he said. The Independent has established that FBC also hired the Washington-based American lobbying company APCO Worldwide for the purpose of “raising awareness of the importance of policies in Malaysia that are pro-business and pro-investment as well as the significance of reform and anti-terrorism efforts in that country”.

FBC denies impropriety in any of its programme-making. Its lawyers said in a letter that “at no time have the television programmes made for the BBC ever been influenced or affected by our client’s commercial activities”. It said that FBC ran production and commercial divisions, which “are and always have been quite separate and distinct”. The BBC, CNBC and the media regulator Ofcom continue to investigate.

26
Aug

KEADILAN Fully Supports YB Fuziah Salleh And The Anty-LYNAS Movement

BN’s ploy of using the UMNO-owned TV3 to discredit YB Fuziah Salleh,KEADILAN Vice President and Kuantan MP’s relentless campaign together with the Anti-Lynas movement against the Lynas Advanced Material Plant (LAMP) in Gebeng, Kuantan is utterly desperate and despicable.

BN resorted to hide behind two nuclear experts that misrepresented the aims and objectives of the Anti-Lynas movement in order to further BN’s narrow and divisive political objectives.

Zulkefly Mohd Omar, the PAS Central Committee Member and Chairman of Environment Bureau has also released a statement in support of the Anti-Lynas movement which is supported by Pakatan Rakyat as a coalition.

In addition, the Malaysian Medical Association, the Malaysian Bar Council, Sahabat Alam Malaysia, Aliran and the Consumer Association of Penang, among others, have expressed their concern about the project.

The Anti-Lynas movement was never narrowly confined to objecting about radioactivity alone. On the contrary, the movement opposed LAMP on the basis that operating a rare earth refinery in Prime Minister Najib Razak’s home state brings with it other hazards such as health and environmental damage that would have dire consequences for the tourism and fishing industry, thus the local economy as a whole. Continue reading ‘KEADILAN Fully Supports YB Fuziah Salleh And The Anty-LYNAS Movement’