Archive for July 2nd, 2011

2 July 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyataan Media
2 Julai 2011

Pengharaman BERSIH

Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanakah sebuah pergerakan untuk pilihan raya yang adil menjadi ancaman kepada keselamatan?

Bagaimanakah sebuah perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni menjadi ancaman kepada keselamatan awam?

Arahan yang dibuat Menteri adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan. Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.

Menteri turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan BN.

Kami menuntut perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan berkaitan dengan Bersih dibebaskan serta-merta.

N. Surendran
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

==== (more…)

2 July 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysia Chronicle
By Matthias Chang

Prime Minister Najib will be the ultimate loser in the coming General Election and will be ousted just like his predecessor, Tun Abdullah Badawi.

There are four main factions in UMNO, three of which are determined to prevent the PM’s faction from gaining an overwhelming upper-hand and a repetition of “Pak Lah’s political theatrics” – when the family, in-laws included ruled supreme.

This is so typical of “Malay politics”. Can you imagine the wannabes waiting for 15 years or more to have a bite at the political cherry?

The era of Tun Dr Mahathir Mohamad was an exception and only because he was a visionary and a pragmatic leader, and an act that is hard to follow. The trend for all future leaders will assuredly be one term, as there are just too many in the queue to be the next prime minister.

The Prime Minister is a seasoned politician, adept at surviving the back-stabbing and double-dealings inherent in all political power-grabs. So why is he reacting in such a high-handed manner to the Bersih challenge?

A heavy-handed reaction – threats of incarceration under the Internal Security Act, threats of unleashing sectarian / racial violence by the likes of Perkasa, the unnecessary posturing by UMNO Youth and its irrelevant leader, Khairy (off to join the Gaza Flotilla to get some brownie points where he has no credibility in advancing the just struggles of the Palestinians), the raid of Bersih’s office and the confiscation of its materials etc., but no police action against UMNO Youth’s disorderly conduct outside PKR’s headquarters even when they threatened to burn down the building – indicates the administration’s one track mentality in solving problems, not that the Bersih Rally is a problem. (more…)

2 July 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini

Sistem baru online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, sebagaimana yang dijanjikan oleh badan itu.

Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu.

Jika wujud kes sedemikian, katanya, pendaftar yang sah boleh mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut SPR.

Bagaimanapun Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Sistem itu tidak akan memberikan maklumat mengenai jumlah pengundi dalam sesebuah rumah jika hanya alamat rumah disertakan dalam carian.

Penyelaras Jaringan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong berkata sistem carian baru SPR tidak menunjukkan sebarang kelainan berbanding kaedah sebelum ini.

“Apa yang kami perlukan ialah sebuah sistem yang membenarkan butir-butir tempat mengundi diperolehi berasaskan maklumat seperti alamat rumah dan bukan hanya dengan nombor kad pengenalan,” katanya.

Menurut Ong, SPR sebelum ini juga telah menolak cadangan itu beberapa tahun lalu kerana mendakwa ia membabitkan kos yang tinggi.

“Sebenarnya ia tidaklah mahal atau sukar dilaksanakan. Ia lebih kepada sama ada SPR mempunyai iltizam untuk berbuat demikian. SPR lebih cenderung untuk mengekang penyaluran maklumat kepada pihak awam,” katanya.

2 July 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysian Insider

Langkah menjadikan isu Himpunan Bersih 2.0 sebagai fokus khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain semalam secara langsung menunjukkan masjid turut diseret ke dalam politik, demikian menurut penganalisis politik Prof A. Aziz Bari.

Katanya, beliau juga tidak fikir wajar isu Himpunan Bersih 2.0 diseret ke dalam khutbah kerana ia sebenarnya usaha masyarakat sivil untuk membersihkan sistem pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan.

“Khutbah Jumaat hari ini (semalam) menghentam Bersih. Ini membawa politik ke dalam masjid. Masjid perlu memperkatakan yang benar dan seimbang, bukan yang berat sebelah dan mungkin, palsu.

“Saya tak fikir apa yang disebut oleh Datuk Che Mat Che Ali, Pengarah Jawi wajar. Beliau sepatutnya tidak menunjukkan bahawa Jawi yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam Wilayah, memihak kepada Umno-BN,” kata Aziz yang juga pakar perlembagaan. (more…)