Archive for June, 2011



20
Jun

Teks Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 Oleh Dato Seri Anwar

Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011
Oleh Ketua Pembangkang

PENDAHULUAN

1. Belanjawan Tambahan ini mewakili suatu peningkatan sejumlah 8.2% daripada belanjawan asal 2011 sebanyak RM162.8 billion. Perbelanjaan tambahan RM13.2 billion ini digunakan selepas hanya tiga bulan pusingan belanjawan tahun ini selesai. Tidak mustahil menjelang akhir tahun ini peningkatan mungkin mencecah 15%. Ini menimbulkan suatu tanda tanya berhubung keupayaan kerajaan untuk merangka belanjawan negara, yakni salah satu tugas asas mengurus ekonomi negara selain memunculkan persoalan terhadap keupayaan mereka untuk membuat unjuran, penjelasan atau bertanggungjawab dan mengurus perbelanjaan yang telah diluluskan dalam Dewan Yang Mulia ini.

2. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyatnya dan wakil yang dipilih mereka manakala urusan berkaitan perbelanjaan wang rakyat itu mestilah diurus serta ditadbir dengan cekap dan baik kerana itulah ciri ciri sebuah kerajaan yang berwibawa serta demokratik.

3. Hutang negara kian meningkat(peratusan hutang negara dari Keluaran Dalam Negara Kasar ialah pada kadar 54%), Malaysia tidak boleh mengambil risiko kehilangan keyakinan dan kepercayaan para pelabur, terutamanya yang melabur dalam bon kerajaan.

4. Saya khuatir kegagalan untuk membuat suatu unjuran yang tepat, tidak berupaya untuk menjelaskan perbelanjaan belanjawan dan lemah mengurus ekonomi sekiranya dibiarkan akan mengheret negara berhadapan dengan keadaan sukar. Kita perlu mengambil iktibar dari kegagalan negara akibat kecuaian pengurusan malah juga memutarbelitkan angka petunjuk ekonomi seperti mana berlaku di Greece.

5. Peningkatan perbelanjaan belanjawan berlaku akibat dari tindak balas pergerakan harga komoditi yang buruk. Namun yang dimusykilkan adalah peningkatan sebanyak 5% emolumen sedangkan ianya sepatutnya mudah untuk diunjurkan. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan.

6. Sejumlah RM1.009 bilion diperuntukkan bagi menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk Pegawai Perubatan pelbagai gred dan skim. Begitu juga RM1.3 bilion bagi menampung pembayaran emolumen kakitangan awam di bawah Kementerian Pelajaran yang meningkat berpunca daripada pengisian jawatan, pembayaran gaji ’time-based’ untuk guru serta kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

SUBSIDI

7. Belanjawan tambahan ini melibatkan pembayaran subsidi barangan petroleum sebanyak RM5.6 billion dan RM150 juta untuk pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi pengguna RM20 dan ke bawah untuk 2011. Jumlah belanjawan tambahan untuk subsidi kepada rakyat ialah RM5.75 billion.

8. Saya sentuh mengenai subsidi ini kerana menurut laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, daripada Januari hingga Oktober 2011, subsidi untuk petrol, diesel dan Liquid Petroleum Gas, dianggarkan RM7.4 billion. Subsidi untuk gula pula dianggarkan RM800 juta setahun.

9. Tetapi subsidi gas untuk IPP, dianggarkan sehingga RM20 billion untuk 2010 dan RM22 billion untuk 2011. Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 billion ini tidak diperlukan sama sekali.

10. Manakala diakui kegelisahan rakyat dan kontroversi bersabit isu IPP. Makasewajarnya didedahkan kepada rakyat seluruh fakta, kaedah, perjanjian agar dinilai secara telus dan terbuka

11. TNB yang merupakan PEMBELI terpaksa menghenti operasi mereka untuk memberi laluan kepada PEMBEKAL iaitu IPP menjana letrik pada kadar kapasiti penuh termasuk kadar rezab kelebihan 40% yang dikira tidak munasabah dan membebankan TNB serta rakyat. Ini bermakna TNB terpaksa menanggong kerugian menutup operasi atau mengurang penjanaan letrik yang jauh lebih murah dan terpaksa membeli daripada IPP yang jauh lebih mahal. Kerugian yang ditanggong oleh TNB ini juga merupakan subsidi yang dinikmati oleh IPP.

12. Saya pohon kerajaan menngguhkan kenaikkan tarif letrik dan mengkaji segera perjanjian konsesi IPP yang bukan sahaja merugikan TNB dan kerajaan tetapi juga rakyat keseluruhannya. Pendirian kerajaan untuk mempertahankna kepentingan syarikat2 konsesi ini turut disanggah oleh Bekas KSU Perbendaharaan, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan bekas Ketua Eksekutif TNB

13. Former Tenaga Nasional Berhad (TNB) chief executive Tan Sri Ani Arope is blaming the Economic Planning Unit (EPU) for rising electricity tariffs, saying the powerful agency forced the national power company to sign lopsided purchase deals nearly 20 years ago.

Ani said EPU, which he sarcastically dubbed “Economic Plundering Unit”, forced Tenaga to buy electricity from an independent power producer (IPP), believed to be Genting Sanyen, at 14 sen per kilowatt hour (kWh) despite an existing offer of 12 sen/kWh then; other IPPs then were charging 16 sen/kWh.

Genting Sanyen became the first IPP to transfer 15 million watts (MW) in electricity to TNB’s national grid on April 15 and is scheduled to complete a RM1.8 billion upgrade on its existing gas-fired plant with a capacity for 720 MW by June next year.

“You don’t need to go to a fanciful business school to figure out why we need a tariff hike — just revisit the terms given to some IPPs,” Ani, who helmed the utility company between 1990 and 1996, said in his last Facebook posting three days ago.

“With the take-or-pay clause and with the 40 per cent excess reserve that we have today, one only has to produce half of one’s capacity and be paid 80 per cent of the agreed capacity. Well done the then-EPU — Economic Plundering Unit,” he added, mocking the economic unit under the Prime Minister’s Department.

14. Kenaikan tarif letrik bukan sahaja melibatkan kenaikan bil penggunaan tetapi juga melibatkan kenaikan kos pengeluaran barangan pengguna. Begitu juga dengan kenaikan harga diesel akibat penarikan subsidi baru-baru ini. Keduanya merupakan nadi pengeluaran dan pengedaran barangan pengguna. Kenaikan kedua kos ini akan menaikkan harga barangan pengguna yang membebankan rakyat dan mengurangkan “competitiveness” barangan keluaran Negara.

15. Mengikut laporan UNDP terbaru harga barangan pengguna di Malaysia sudah meningkat lebih daripada 30% tetapi gaji masih ditahap lama atau meningkat tak sampai 10% . Kerajaan cuba manipulasi kadar inflasi yang rendah dengan mengawal harga barangan “basket goods” atau “bakul barangan” yang dibuat kiraan untuk kadar inflasi. Hakikatnya banyak barangan “basket goods” tidak relevan lagi dan banyak barangan kegunaan harian yang tidak termasuk dalam bakul barangan dan perkhidmatan melambung begitu tinggi.

16. Kerajaan boleh mengekalkan harga petrol dan harga gula sekiranya subsidi untuk korporat baik atas nama subsidi, tax holiday, pampasan, “cost overrun”, “variation order” yang berlipat kali ganda dari kontrak asal dan sebagainya diimbangkan dan diagih untuk barangan pengguna.

1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD

17. Saya ingin menyentuh berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilaporkan telah mengeluarkan bon berjumlah RM5 billion dan akan mengeluarkan RM10 billion lagi hingga tahun 2013, menjadikan keseluruhan bon yang akan dikeluarkan bernilai RM15 billion.

18. Perdana Menteri telah mengumumkan 1MDB mencatat keuntungan RM425 juta pada tahun pertama operasinya yang berakhir 31 Mac 2010 tanpa memberi sebarang butiran bagaimana keuntungan ini diperolehi.

19. Bila disemak penyata kewangan 6 bulan pertama 1MDB hingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dan kos operasinya untuk 6 bulan mencecah RM20.5 juta.

20. Pengumuman keuntungan 1MBD oleh PM amat disangsikan kerana bila saya amati penyata kewangannya menunjukkan keuntungan yang diperolehi bukan hasil pelaburan atau operasi perniagaan sebenar tetapi melalui “paper shuffling”.

21. 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta hasil jualan balik pelaburan yang dibuat tidak sampai 5 bulan. Pelaburan ini melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited dengan pelaburan berjumlah RM3.5 billion yang dibayar secara tunai. 1MDB menjual semula pelaburannya dalam 1MDB PetroSaudi Limited kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion menyebabkan 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Transaksi penjualan pelaburan ini dibuat pada 31 Mac 2010 iaitu hari akhir akaun tahunan 2010 1MDB ditutup.

22. Bayaran pelaburan yang dibuat oleh 1MDB sebanyak RM3.5 billion kepada PetroSaudi International Limited secara tunai. Walaubagaimana pun bayaran oleh PetroSaudi International Limited kepada 1MDB atas pembelian balik pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan harga RM4.1 billion secara ansuran selama 11 tahun. Ini bermakna bayaran akan langsai hanya pada 31 Mac 2023. Continue reading ‘Teks Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 Oleh Dato Seri Anwar’

19
Jun

PKR Desak Timbalan Presiden SPR Undur Jika Gagal Bukti Daftar Pemilih Bersih

Dari The Malaysian Insider

PKR menggesa timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk yang diwartakan bulan lalu adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu.

Wan Ahmad diberi kata dua 48 jam membuktikan perkara itu. Continue reading ‘PKR Desak Timbalan Presiden SPR Undur Jika Gagal Bukti Daftar Pemilih Bersih’

19
Jun

BERSIH Lambang Kejujuran Dan Kebebasan Pilihanraya Malaysia

Dari keadilandaily

KEADILAN mengesali sikap kerajaan Umno Barisan Nasional (Umno BN) terhadap himpunan aman BERSIH yang diadakan pada 9 Julai ini, kata Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, ugutan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Umno BN menyekat kebebasan rakyatnya untuk berhimpun.

“Himpunan BERSIH adalah kejujuran dan kebebasan sistem pilihanraya di negara ini.

“Ruang dan hak rakyat memilih wakilnya secara bebas adalah aspek integriti politik terpenting yang dituntut rakyat mutakhir ini, ” katanya dalam kenyataan media. Continue reading ‘BERSIH Lambang Kejujuran Dan Kebebasan Pilihanraya Malaysia’

19
Jun

Ku Li: Gugur Pemusatan Kuasa Di Tangan PM, Peguam Negara

Dari The Malaysian Insider

Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.

Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang (gambar) itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang “imbang dan periksa” demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen. Continue reading ‘Ku Li: Gugur Pemusatan Kuasa Di Tangan PM, Peguam Negara’

19
Jun

Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Di Program Rapat Anak Muda


19
Jun

Menanti Pertembungan Sengit Di Parlimen

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Parlimen minggu ini kembali rancak dengan kemasukan semula empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO.

Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden KeADILan,R Sivarasa kembali ke Parlimen 16 Jun lepas

Pada 16 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kerajaan Malaysia.

Karpal yang merupakan wakil rakyat DAP bagi kerusi Bukit Gelugor, Azmin (KeADILan-Gombak) dan Sivarasa (KeADILan-Subang) digantung kerana menghina dewan akibat membantah penggantungan Anwar.

Isunya di sini bukan soal penggantungan empat MP Pakatan Rakyat semata-mata. Tugas menggantung adalah hak Speaker, namun usul dan motif penggantungan itu yang dipertikaikan.

Umno-Barisan Nasional mengemukakan usul tersebut mereka mereka sudah tidak tahan dengan Anwar. Anwar dan MP Pakatan Rakyat, berjaya membongkar rahsia besar Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat perunding Yahudi untuk kepentingan BN. Itu sahaja isunya.

Ketiadaan Anwar dan tiga lagi MP selama enam bulan tidak dinafikan memberikan sedikit kesan. Pertembungan dengan BN tidak setajam ketika semua MP Pakatan Rakyat hadir semuanya.

Tiada siapa dapat menafikan masalah besar kepada Umno-BN adalah Anwar. Sasaran mereka adalah Anwar. Fitnah yang dilemparkan juga teruknya ke atas Anwar. Mengapa Anwar?

Ketika saya bersembang sembang dengan rakan dari Umno di lobi Parlimen, beliau dengan serius mengatakan, “Umno tidak ada pilihan, kalau Anwar masuk dalam (penjara) baru Umno selamat.

“Belum tentu Umno selamat, itu andaian saudara, bagaimana jika sebaliknya?” soal saya.

Beliau tidak menjawab soalan yang bersifat futuristik tersebut. Pada beliau, by hook or by crook, Anwar harus direhatkan jika Umno mahu selamat.

Namun beliau tidak pula menafikan Umno agak gelojoh dalam usaha mereka untuk memusnahkan karektor peribadi Anwar.

Belum pun kes liwat selesai, Umno-BN mendalangi isu video seks, macam-macam lagi yang dijangka akan dikeluarkan, semata-mata untuk menghapuskan hayat politik Anwar.

Tetapi Umno juga sedar, bukan senang mereka hendak berhadapan dengan Anwar. Umno-BN agak termanggu apabila PAS dan DAP cukup setia bersama Pakatan Rakyat dalam menangani isu Anwar

Usaha mereka untuk memecah belahkan Anwar dengan PAS dan DAP gara-gara isu video, menjadi buntu.

“Saya berterima kasih kepada PAS dan DAP, khususnya kepada Dewan Ulama PAS Pusat yang meluluskan usul menolak isu video seks,” kata Anwar kepada saya semasa kami bersembang-sembang di lobi MP bersama Senator Saiful Izham Ramli dari Kedah.

Saya turut bertanya kepada Anwar, jadualnya disusun begitu padat, kudrat sesiapa pun ada batasnya.

“Tidak letih ke Dato’ Seri menghadapi tekanan setiap hari?” soal saya.

Sambil tersenyum beliau menjawab, “Letih juga, tetapi mengenangkan kejahatan Umno-BN yang melampaui batas, ia menzahirkan kekuatan.

“Kita tidak akan beri mereka laluan mudah, kita harus bertekad tumbangkan mereka (PRU nanti),” katanya penuh keyakinan.

“Apa pilihan yang kita ada?” tambahnya.

Pada saya, semangat seperti inilah yang diperlukan dalam Pakatan Rakyat. Semangat ini harus diterjemah dan diwarisi oleh seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat jika kita mahu menumbangkan BN pada PRU akan datang.

Kami terus berbual-bual mengenai isu politik semasa. Anwar kelihatan mahu memesan makanan, tetapi beliau tidak tahu apa yang hendak dimakan.

“Saya belum makan apa lagi, tapi tengahari ini saya tak mahu makan yang berat-berat. Kawan-kawan selalu ingatkan saya, jangan makan banyak sangat nanti perut buncit macam dalam video,” seloroh beliau.

Akhirnya beliau memesan semangkuk sup cendawan yang dimakan dengan roti. Saya cukup dengan kopi o secawan.

Sambil-sambil bersembang datang beberapa orang MP BN yang menyapa Anwar. Tetapi mereka kelihatan agak takut untuk duduk lama-lama dengan Anwar. Mereka sekadar hanya bersalaman dan mengucapkan selamat kembali ke Parlimen, kemudian berlalu pergi.

Beberapa orang menteri dan MP Umno hanya menjenguk dari jauh. Agaknya mereka takut dekat dengan Anwar. Takut dituduh simpatisan Anwar, walaupun hakikatnya memang begitu.

Kelibat Anwar dan rakan-rakan MP Pakatan Rakyat ditakuti kerana mereka mampu menggegarkan Dewan Rakyat. BN nampaknya tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat. MP Umno-BN ibarat keris tumpul.

Sebab itu mereka menggunakan MP pencacai untuk menggendong najis-najis BN. MP-MP yang khianat daripada KeADILan ini, bersama ‘sang katak’ digunakan setiap hari oleh media talibarut Umno sama ada TV mahu pun akhbar untuk menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat.

Tetapi mereka hanya kelihatan menang di tv dan akhbar. Hakikat sebenar dalam dewan, mereka tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat.

Yang penting, sepanjang sebulan ini Parlimen akan kembali rancak. Kembali hiruk pikuk kerana panglima-panglima sudah berkumpul semuanya. Pertembungan dengan BN dijangka kembali sengit.

Sayangnya hiruk pikuk ini terpaksa saya tinggalkan seketika kerana mempunyai tugasan yang besar di luar negara bersama misi kemanusiaan Yayasan Amal. Ketika rencana ini disiarkan saya sudah berlepas ke Mesir, dari sana saya akan memasuki Rafah dan terus ke Gaza jika tidak dihalang di sempadan.

Insya Allah jika tiada aral, kami akan merentasi laluan yang jauh ke sempadan Libya untuk meninjau pelarian yang terperangkap akibat kezaliman Muammar Gaddafi.

19
Jun

SPR Perlu Hormati Hak Berhimpuan Rakyat – GAMIS

Dari TV Selangor

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berlapang dada dan tidak terus menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam usaha memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, SPR harus jelas himpunan BERSIH 2.0 diadakan bukan untuk kepentingan parti politik tetapi untuk rakyat, yang cintakan keluhuran sistem pilihan raya. Continue reading ‘SPR Perlu Hormati Hak Berhimpuan Rakyat – GAMIS’

18
Jun

Polisi Dividen: Petanda UMNO-BN Semakin Kesempitan Wang?

Dari Merdeka Review

GLC kini dijadikan sasaran untuk menyelamatkan UMNO-BN dari kesempitan wang.  Polisi dividen yang diutarakan memperlihatkan petanda-petanda bahawa UMNO dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional kini semakin kesempitan wang, sehingga mengintai dividen dari syarikat GLC. Continue reading ‘Polisi Dividen: Petanda UMNO-BN Semakin Kesempitan Wang?’

18
Jun

Bersih Rally Test Of BN Tolerance

From The Malaysian Insider

The Bersih 2.0 rally next month will be the litmus test of the ruling Barisan Nasional (BN) government’s commitment to tolerance and openness, PKR said today.

The opposition party said the planned mammoth July 9 rally to demand electoral reform will determine if Malaysia can progress as a society in step with the demands of an increasingly progressive public.

“The ability and right of a citizen to elect a party of his choice independently and without manipulation is central to the political integrity that the rakyat now demands loudly of any political party in Malaysia,” PKR said in a statement today. Continue reading ‘Bersih Rally Test Of BN Tolerance’

18
Jun

Dr Tan: Siapa Biaya Kos Pertunangan Anak Najib?

Dari Malaysiakini

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam. Continue reading ‘Dr Tan: Siapa Biaya Kos Pertunangan Anak Najib?’

17
Jun

Did Felda Lose RM500mil In North America?

17
Jun

Ke Mana Kita Dengan ‘Anak Malaysia’?

Dari KeadilanDaily
Oleh Najwan Halimi

Saya fikir ada banyak isu lain yang lebih penting dan memerlukan keutamaan ketimbang gimik untuk mendaftarkan anak yang baru lahir dengan identiti bangsa ‘Anak Malaysia’. Timbul juga hujah lucu, kononnya tindakan ini sebagai langkah ‘awal’ untuk menghapuskan politik perkauman dan diskriminasi yang diterap dalam sistem pentadbiran sedia ada.

Menjadi Melayu, Cina, India, Cindia (istilah bagi anak kacukan Cina-India), Iban dan sebagainya sebenarnya bukanlah suatu yang bermasalah meski ada kerisauan seolah-olah pengkelasan identiti kaum sebegini bakal mengundang diskriminasi dan kesukaran kepada anak tersebut di masa hadapan.

Sebetulnya yang wajar dibicara dan dipolemikkan adalah sistem yang menunjangi diskriminasi itu sendiri. Ini bukan soal ‘kedudukan istimewa’ Melayu atau tuntutan samarata oleh bukan Melayu, tapi yang lebih mustahak adalah – ke mana hala tuju anak-anak di negara ini jika yang diheboh-heboh oleh ibu bapa mereka masih lagi berkisar soal bangsa dan perkauman?

Asas kewujudan dan ketamadunan manusia, sejak zaman-berzaman adalah cukup jelas – yakni semuanya diidentitikan menerusi pengenalan kaum dan etnik. Ini tidak salah. Tak sama sekali. Yang menjadi masalah adalah bila mana wujud kecenderungan untuk bersifat angkuh dan ta’asub dengan identiti tersebut. Continue reading ‘Ke Mana Kita Dengan ‘Anak Malaysia’?’