Archive for June, 2011



23
Jun

Kempen Bersih 2.0 Diadakan Serentak Di Luar Negara

Dari The Malaysian Insider

Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

“Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal,” kata jawatankuasa itu lagi. Continue reading ‘Kempen Bersih 2.0 Diadakan Serentak Di Luar Negara’

23
Jun

Bersih: Najib Peralat Suara Esktrim

Dari Keadilan Daily

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperalat suara ekstrim untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan, kata  Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Anwar, kumpulan itu yang dilindungi kerajaan dan Umno, bertujuan menghalang usaha yang dilakukan NGO itu bagi menuntut pilihan raya yang lebih bebas dan adil.

“Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrim yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih. Continue reading ‘Bersih: Najib Peralat Suara Esktrim’

23
Jun

Peserta Bersih perlu tahu hak mereka – LFL

Keadilan Daily | 23 Jun 2011

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lawyers For Liberty (LFL) menganjurkan bengkel terbuka berhubung hak peserta ketika  perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Peguam, Fadiah Nadwa Fikri berkata, bengkel tersebut diadakan bagi memberi pendedahan tentang hak peserta perhimpunan sekiranya mereka berdepan salahgunakuasa atau ditangkap polis.

“Persediaan awal sangat penting dan mereka menyertai perhimpunan ini tidak perlu takut kerana dengan pendedahan yang diberikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang”

“Ramai masih lagi keliru dan tidak tahu tentang hak asasi mereka. Anda berhak untuk mendapatkan khidmat peguam sebelum memberi apa-apa kenyataan (ketika ditahan),” kata Fadiah ketika dihubungi Keadilandaily.

Continue reading ‘Peserta Bersih perlu tahu hak mereka – LFL’

23
Jun

Hisham Makes Bersih Illegal But Leaves Ibrahim Ali Alone

From Malaysia Chronicle

The Home Minister finally speaks and it is not the announcement everyone has been waiting for. Not only did he ban the Bersih rally by refusing to grant its organisers a permit, he sinisterly called them to the the Bukit Aman headquarters for a grilling.

This has upset many civil society leaders, who are not part of the Bersih movement, although they support the principles of the rally, which basically is a call to Malaysians to insist that Prime Minister Najib Razak ensures free and fair elections.

“By refusing to issue a permit is to make it illegal. So to punish those who take part is very unfair. Why should the permit be withheld in the first place? By doing so, the government will be seen as forcing the people to take part in an illegal activity,” Ramon Navaratnem, past president of Transparency International told Malaysia Chronicle. Continue reading ‘Hisham Makes Bersih Illegal But Leaves Ibrahim Ali Alone’

23
Jun

Apa Yang Ditakuti Sangat Pada Bersih 2.0?

Dari TV Selangor

Oleh Wira Arjuna

Apakah dia tuntutan penganjur Bersih 2.0 yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta Perkasa sebagai keterlaluan dan memudaratkan  keselamatan negara?

Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara maraton, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Najib Razak mahu menggunakannya bagi “mempertahankan” singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Continue reading ‘Apa Yang Ditakuti Sangat Pada Bersih 2.0?’

23
Jun

Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Perak 24 Jun 2011

DEMI RAKYAT

24 Jun 2011 (Jumaat)

Program 1
9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1 – Demi Rakyat

Lokasi: Kedai Kak Yam, Pekan Lenggong

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin
3. YB Dato’ Ngeh Kor Ham
4. YBhg Haji Razman
5. YBhg Yunus Hashim
6. YBhg Anuar Zakaria Continue reading ‘Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Perak 24 Jun 2011′

23
Jun

Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Tanggal tarikh 23hb Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT. Almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi. Tatkala saya ditahan di Kamunting selama dua tahun ekoran demonstrasi besar besaran membela nasib rakyat miskin di Baling, almarhum terpaksa memikul tanggungjawab memangku tugas sebagai Presiden.

Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan. Tujuh hari selepas saya ditahan, tanggal 27hb September 1998, almarhum bersama Azizah dan sahabat seperjuangan yang lain menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat atau lebih dikenali sebagai GERAK. Permuafakatan ini terdiri dari pelbagai parti politik dan gerakan massa demi membawa Perubahan serta menentang kezaliman Umno- Barisan Nasional.

Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT moga ruh almarhum dilimpahi kerahmatan dan ditempatkan di sisi mereka yang soleh.

Al Fatehah.

ANWAR IBRAHIM

22
Jun

Datuk ‘T’ Trial May Be Used To Further Smear Anwar, Mat Sabu

From Malaysia Chronicle

It looks like the Datuk T trio will finally have their day in court. But few of Opposition Leader Anwar Ibrahim’s supporters expect any justice for him, instead they see it as the latest ruse by Prime Minister Najib Razak to “character-assassinate” his arch rival ahead of general elections widely expected to be called within months.

Trailing in the popularity polls for taking a draconian and high-handed approach to an anti-election fraud rally slated for July 9, Najib’s advisers are keen to deflect growing public anger for the 58-year-old PM, who has been accused of plunging Malaysia into the worst disrepute both nationally and internationally since taking power in  April 2009.

“The name of the game as far as the sex video is concerned has always been about tarnishing Anwar. From sodomy, now he is accused of adultery. For sure, Najib won’t spare Anwar, he cannot win if he did,” PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle. Continue reading ‘Datuk ‘T’ Trial May Be Used To Further Smear Anwar, Mat Sabu’

22
Jun

Unconvinced About ‘Datuk T’ Charge

From Malaysiakini

Anwar Ibrahim is unconvinced that anything will come of the charge against the ‘Datuk T’ trio in relation to a sex video that has implicated him despite his denial of involvement.

“Knowing the AG (attorney-general) and his track record, I’m sure it will be a very minimal sort of charge to appease the forces, like the other politically motivated charges, except when it involves the opposition leaders,” he said.

Businessperson Shazryl Eskay Abdullah said earlier today that the three will be charged at a Kuala Lumpur court on Friday.

“I don’t know,(I) didn’t hear, cases like these (are) postponed (for) many months, (it) will raise many questions,” complained Anwar when approached in the Parliament lobby today. Continue reading ‘Unconvinced About ‘Datuk T’ Charge’

22
Jun

Sentimen SPR Pula Bagaimana Tan Sri?

Dari TV Selangor

KOMENTAR : “Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

“Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Namun yang menjadi persoalannya, sentimen SPR sendiri bagaimana? Dengan perkataan lain, SPR condong ke arah parti dan calon yang bagaimana? Soalan-soalan ini harus ditanya berulang-ulang kali.

Ini kerana jika SPR mengatakan ia berkecuali mengapa banyak sangat sentimen Badan Bukan Kerajaan, Majlis Peguam dan sudah tentu parti-parti politik cenderung mengatakan SPR tidak telus dan tidak berlaku adil pada semua, khususnya rakyat dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Ada rakyat yang tidak pernah mendaftar tiba-tiba mendapati nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih. Ada yang sudah mendaftar tetapi tersenarai dalam daftar di kawasan undi yang tidak munasabah jauhnya dari alamat tinggal mereka. Continue reading ‘Sentimen SPR Pula Bagaimana Tan Sri?’

22
Jun

Penggunaan Dakwat Kekal Lebih Praktikal- Suhaizan Kayat

Dari KeadilanDaily

Penggunaan kaedah biometrik tidak praktikal sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam yang berkata kaedah itu mampu mengesan pengundian berganda, selain menjamin ketelusan.

Suhaizan berkata, kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan. Continue reading ‘Penggunaan Dakwat Kekal Lebih Praktikal- Suhaizan Kayat’

22
Jun

Menggesa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara Menyiasat Transaksi Pembelian Dan Penjualan Pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
22hb Jun 2011

Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada 20 Jun 2011, saya telah menggesa antara lain agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat transaksi pembelian dan penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Gesaan ini dibuat kerana berdasarkan laporan juruodit, transaksi pembelian dan penjualan pelaburan tersebut mencurigakan.

Ia melibatkan pengumuman keuntungan RM425 juta untuk operasi tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2010 oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada pada 8 Oktober 2010 dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Sharol Halmi pada 12 Oktober 2010. Keuntungan diperolehi antara lain hasil penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited iaitu syarikat usahasama diantara 1MDB dengan PetroSaudi International Limited.

Dalam transaksi ini 1MDB melabur dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion yang dibuat secara tunai. Tidak sampai 5 bulan kemudian 1MDB menjual semula pelaburan ini kepada rakan usahasama mereka iaitu PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion dan memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta.

Walaubagaimana pun bayaran untuk penjualan pelaburan ini dibuat samaada secara ansuran atau bayaran tertangguh selama 11 tahun. Ini bermakna perolehan RM4.1 billion ini hanya dapat diperolehi sepenuhnya menjelang 31 Mac 2023 berdasarkan transaksi penjualan ini dibuat pada hari akhir penutupan akaun 1MDB iaitu 31 Mac 2010.

Keupayaan 1MDB memperolehi balik RM4.1 billion ini amat disangsikan berdasar nota khas yang dibuat oleh Juruodit KPMG dalam laporan oditnya keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010.

Nota khas ini berbunyi seperti berikut:-

“The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement”.

Nota ini menjelaskan Juruodit KPMG semata-mata bersandar kepada perakuan pengurusan 1MDB bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan berupaya memenuhi kesemua tuntutan kewangan sepertimana yang terkandong dalam dokumen Perjanjian Jaminan Korporat nya. Juruodit KPMG sendiri tidak memberi kepastian samaada hutang tertunggak RM4.1 billion berupaya dibayar oleh PetroSaudi International Limited kerana ia bukan jaminan Bank atau Kerajaan.

Susulan dari gesaan tatkala membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2011 itu , saya telah menulis surat bertarikh 22hb Jun 2011, memohon Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat perkara berikut menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 77 (1)(d) :

1) Menilai kedudukan kewangan, pemegang saham, nominee, dan pengurusan PetroSaudi International Limited samada mempunyai keupayaan membayar hutang RM4.1 billion kepada 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pengurusannya.

2) Menyiasat sumber 1MDB perolehi untuk membayar pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion secara tunai. Adakah ia hasil penerbitan Bon yang dijamin oleh Kerajaan?

3) Menyiasat penilaian yang dibuat oleh pengurusan 1MDB keatas 1MDB PertroSaudi Limited apabila membuat keputusan melabur sebanyak RM3.5 billion dalam usahsama ini.

4) Menyiasat kegiatan perniagaan 1MDB PetroSaudi Limited sehingga 1MDB berupaya menjual pelaburannya dalam masa yang singkat tidak sampai 5 bulan dengan keuntungan RM615 juta daripada pelaburan sebanyak RM3.5 billion. Ini bermakna pulangan sebanyak 17.6% atau 42% berdasarkan kadar pulangan tahunan (annualized rate of return). Siasatan ini perlu agar 1MDB sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan tidak terlibat dalam kegiatan sindiket kewangan antarabangsa yang mencurigakan dan mungkin jenayah.

5) Menyiasat tempat atau lokasi PetroSaudi International Limited dan kumpulan syarikatnya termasuk 1MDB PetroSaudi Limited diperbadankan. Benarkah PetroSaudi International Limited di perbadankan di Cayman Islands atau British Virgin Islands dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan perusahaan petroleum dan individu atau organisasi dari Arab Saudi?

6) Menyiasat adakah kerajaan terdedah kepada jaminan atau pinjaman dalam pelaburan yang dibuat 1MDB?

Saya menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat kes ini kerana ia melibatkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan. Difahamkan bon sehingga RM15 billion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta.

1MDB dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar sementara Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan. Pembangunan Pengakalan TUDM di Sungai Besi ini melibatkan usahasama diantara 1MDB (30%), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (30%) dan Desmond Lim dari Malton Berhad (40%). Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hartanah ini akan dibangunkan sebagai Bandar Malaysia untuk memperkukuh daya saing Kuala Lumpur bagi menarik pelabur tempatan dan asing. Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur. Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan dalam ibukota ini.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA