Archive for June, 2011



25
Jun

‘Larangan Polis Tak Sah, Langgar Perlembagaan’

Dari Malaysiakini

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

“Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

“Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar. Continue reading ‘‘Larangan Polis Tak Sah, Langgar Perlembagaan’’

25
Jun

Bar Council Says ‘Shocked’ With Sex Video Screening In Court

From The Malaysian Insider

The magistrate’s court should not have screened the sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim yesterday because the “Datuk T” trio had already pleaded guilty to the crime, says the Bar Council.

Bar Council president Lim Chee Wee described that the court’s decision in allowing the video to be shown as “shocking” and “extraordinary.”

He stressed that there was no reason to do since those accused of screening the video had readily admitted to the crime.

“There is no need to because they have already pleaded guilty; I am surprised why the sex video was shown in court. Continue reading ‘Bar Council Says ‘Shocked’ With Sex Video Screening In Court’

25
Jun

Disgraceful Attack On Anwar Ibrahim By Police & A-G’s Chambers In Datuk T Case

PRESS RELEASE
Disgraceful attack on Anwar Ibrahim by police & A-G’s chambers in Datuk T case

After an unexplained delay of 3 months, the notorious ‘Datuk T’ trio were charged and convicted on June 24 for exhibiting an obscene film in public under s.292(a) of the Penal Code. As expected, the trio were let off with ‘a slap on the wrist’. However what is truly shocking is the conduct of the prosecution in court today. The prosecution submitted a statement of facts which alleged that the video recording is authentic and that an expert in the United States had found that the person in the video resembled Opposition Leader Anwar Ibrahim. Continue reading ‘Disgraceful Attack On Anwar Ibrahim By Police & A-G’s Chambers In Datuk T Case’

25
Jun

KEADILAN Terbit Dokumentari Dedah Tembelang Datuk T



Dari KeadilanDaily

KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus mengesahkan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar.

Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas dengan memaparkan analisa video seks berkenaan. Continue reading ‘KEADILAN Terbit Dokumentari Dedah Tembelang Datuk T’

25
Jun

Kesudahan Kes Video Yang Menepati Jangkaan

Dari Merdeka Review

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa keputusan pertuduhan “Datuk T” lantaran penayangan satu klip video seks yang mengheret nama dirinya itu “sudah dijangka”.

Malah, Anwar berkata, “Saya tak terkesan sama sekali. Eekmal (pembantunya) lebih terkesan, dia yang beritahu saya apa yang berlaku secara terperinci. Dan saya jangka…” Beliau meneruskan, “Siapa yang tidak tahu sistem yang ada sekarang? Dan tentunya media UMNO akan menyerang, cuba nak hidupkan balik kes yang sudah mati…” Continue reading ‘Kesudahan Kes Video Yang Menepati Jangkaan’

25
Jun

Refusal To Probe Bala Over Altantuya: Who is The Govt Trying To Protect

From Malaysia Chronicle

The de-facto Law Minister Nazri Aziz, in a written reply to Parliament, has stated that there was ‘no case’ in the investigations into the authenticity of P Balasubramaniam’s two statutory declarations in regards to the Altantuya murder.

Thus, the Attorney-General has decided not to investigate further, effectively closing the case into the private investigator’s declarations.

Nazri also mentioned that the AG decided not to pursue the case as the two conflicting SDs would have “no effect” on the Altantuya Shaaribuu murder trial.

This has further dumb-founded lawmakers as the basis for dropping the case does seem flimsy and illogical.

Nazri’s rationale

For Bala to be charged, it must be proven that the contents of his SD are not only false but also legally admissible as testimony in a court of law, Nazri added.

“However, the statutory declarations made by P Balasubramaniam were not intended to be used as testimony in any proceedings,” he said.

Nazri also quoted and made references to Section 199 of the Penal Code.

Section 199 of the Penal Code reads: Continue reading ‘Refusal To Probe Bala Over Altantuya: Who is The Govt Trying To Protect’

24
Jun

Democratic Transitions in the Muslim World

The Democracy and Islam Programme
Centre for the Study of Democracy
University of Westminster

Cordially Invites You to a Lecture by

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Leader of the Opposition Coalition
and Former Deputy Prime Minister of Malaysia

on the topic

Democratic Transitions in the Muslim World

At 5:30 pm
Monday 4 July 2011
University of Westminster, The Pavilion
115 New Cavendish Street, W1W 6UW

A world renowned intellectual and reform politician, Anwar is architect and leader of Malaysia’s Opposition Coalition, which made spectacular and unprecedented electoral gains in the 2008 elections. Highly respected for his reformist and anti-corruption credentials, as well as his management of the Malaysian economy during the 1990s financial crisis, Anwar is also viewed as one of the forefathers of the Asian Renaissance and a leading proponent of greater cooperation among civilizations. He is an ardent supporter of democracy and is an authoritative voice in the dialogue between East and West.

Anwar Ibrahim served as Malaysia’s Deputy Prime Minister and Minister of Finance from 1993-1998, and before that had occupied a number of ministerial positions since 1983. He was also Chairman of the Development Committee of World Bank and International Monetary Fund in 1998 and President of UNESCO’s General Conference. As a student leader he was the founder of Malaysia’s Muslim Youth Movement and has extensive experience working with Muslim political parties. From August 2005-December 2006, he was the Malaysia Professor of Islam in Southeast Asia at the Prince Alwaleed bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding in Washington, DC. He remains involved in the Center’s activities and lectures on American campuses during his frequent visits to the United States

24
Jun

Pembelian Scorpene Malapetaka Negara- Azmin Ali

Dari KeadilanDaily

Pembelian dua kapal Scorpene bernilai 1.14 bilion Euro merupakan malapetaka kepada negara kerana mendatangkan pelbagai masalah kewangan dan politik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

“Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

“Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut,” kata Continue reading ‘Pembelian Scorpene Malapetaka Negara- Azmin Ali’

24
Jun

BERSIH 2.0 Announcements: Upcoming Road Shows & Global Solidarity

Press Statement: 23 June 2011

BERSIH 2.0 Announcements: Upcoming Road Shows & Global Solidarity

It is 16 days before Perhimpunan BERSIH 2.0 on 9 July 2011. We are increasing activities on the ground in ensuring that as many people as possible receives information regarding the demands of BERSIH 2.0.

Road shows
BERSIH 2.0 would like to announce that this weekend will mark our second leg of our national road shows.

Our road shows are intended to spread awareness to the general public the issues pertaining to the Malaysian electoral system and explain our demands for electoral reform. The road show will also promote the upcoming Perhimpunan BERSIH 2.0.

Details for this week’s road shows: Continue reading ‘BERSIH 2.0 Announcements: Upcoming Road Shows & Global Solidarity’

24
Jun

Langkah-Langkah Menggalakkan Pembinaan Rumah Di Bawah Konsep “Bina Dan Jual” Di Negeri- Negeri Pakatan

Ramai rakyat Malaysia yang kini tidak lagi berkemampuan membeli rumah yang sesuai terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Harga rumah terus meningkat secara berterusan sedangkan purata kenaikan gaji rakyat Malaysia adalah lebih rendah sehingga menyukarkan rakyat Malaysia memiliki sebuah kediaman yang sesuai dengan keperluan mereka.

Bagi mereka yang berjaya membeli rumah pertama, mereka terpaksa berdepan pula dengan risiko hutang yang berpanjangan apabila projek rumah yang dibeli akhirnya terbengkalai. Keadaan ini memburukkan lagi nasib pembeli dari golongan berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar pinjaman rumah sementara masih menyewa. Ramai dari mereka akhirnya tidak mampu meneruskan bayaran pinjaman rumah dan disenaraihitamkan dari mendapat pinjaman di masa hadapan. Bagi mereka ini, memiliki rumah yang sesuai menjadi satu kemustahilan.

Statistik terkini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan bahawa sehingga 31 Disember 2009, terdapat 115,788 unit rumah yang tidak siap melibatkan 492 projek di seluruh negara.Walaupun ada beberapa langkah di peringkat persekutuan dan negeri untuk memulihkan projek-projek ini, ia tidak dapat menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai kerana struktur industri perumahan tidak banyak berubah.

Pakatan Rakyat percaya campur tangan yang berterusan diperlukan untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai yang sedia ada. Namun, beberapa langkah proaktif juga diperlukan untuk melindungi rakyat dari risiko keberhutangan akibat rumah terbengkalai; apatah lagi dalam suasana harga barang naik dan gaji rendah yang semakin menekan rakyat.

Beberapa langkah boleh dilaksanakan di peringkat negeri termasuklah kemudahan untuk mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa tempatan dengan cepat bagi projek-projek yang dibina di bawah konsep ini. Anak-anak syarikat yang terlibat dalam industri perumahan juga boleh diminta melaksanakan projek di bawah konsep ini mengikut sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri.

Isu ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat akan datang untuk mencari konsensus  bahawa negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat akan menggalakkan pembinaan rumah di bawah konsep “bina dan jual” secara berperingkat, agar industri perumahan dapat membiasakan diri untuk melaksanakan konsep ini sepenuhnya dalam masa terdekat.

Pakatan Rakyat mengakui bahawa masih terdapat beberapa isu pokok yang perlu diselesaikan sebelum konsep “bina dan jual” ini boleh dilaksanakan sepenuhnya. Keperluan mendesak melindungi hak pembeli mesti diseimbangkan dengan langkah-langkah memastikan harga rumah tidak naik mendadak atas alasan kos pembiayaan projek yang lebih tinggi di bawah konsep ini. Pelaksanaan konsep ini juga perlu mengambil kira keperluan nasional untuk menjamin keterlibatan pemaju-pemaju yang lebih kecil; dengan memastikan mereka juga diberi ruang untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan projek pada kadar yang berpatutan.

Semua ini memerlukan peralihan sikap dan struktur dalam industri perbankan dan perumahan, yang hanya boleh dicapai jika kerajaan persekutuan ada kemahuan politik.

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada langkah-langkah di dalam bidang kuasa dan pengaruhnya yang boleh dilaksanakan segera untuk melindungi hak pembeli rumah.

ANWAR IBRAHIM
24 Jun 2011

== Continue reading ‘Langkah-Langkah Menggalakkan Pembinaan Rumah Di Bawah Konsep “Bina Dan Jual” Di Negeri- Negeri Pakatan’

24
Jun

Kenyataan Media Anwar Ibrahim Mengenai 1Malaysia Development Berhad

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
20hb Jun 2011

1MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD

Perdana Menteri telah mengumumkan 1MDB mencatat keuntungan RM425 juta pada tahun pertama operasinya yang berakhir 31 Mac 2010 tanpa memberi sebarang butiran bagaimana keuntungan ini diperolehi.

Walaubagaimanapun apabila disemak penyata kewangan 6 bulan pertama 1MDB hingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dan kos operasinya untuk 6 bulan mencecah RM20.5 juta.

Kita sangsi pengumuman keuntungan 1MBD oleh PM, kerana difahamkan penyata kewangannya menunjukkan keuntungan yang diperolehi bukan hasil pelaburan atau operasi perniagaan sebenar tetapi melalui suatu proses yang dikenal sebagai “paper shuffling”.

Adalah difahamkan bahawa 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta hasil jualan balik pelaburan yang dibuat tidak sampai 5 bulan. Pelaburan ini melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited dengan pelaburan berjumlah RM3.5 billion yang dibayar secara tunai. 1MDB menjual semula pelaburannya dalam 1MDB PetroSaudi Limited kepada penjual asal PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion menyebabkan 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Transaksi penjualan pelaburan ini dibuat pada 31 Mac 2010 iaitu hari penutup akaun tahunan 1MDB.

Bayaran pelaburan yang dibuat oleh 1MDB sebanyak RM3.5 billion kepada PetroSaudi International Limited secara tunai. Walaubagaimana pun bayaran oleh PetroSaudi International Limited kepada 1MDB kerana membeli balik pelaburan yang dibuat dengan harga RM4.1 billion dibuat secara ansuran selama 11 tahun. Ini bermakna bayaran akan langsai hanya pada 31 Mac 2023.

Persoalannya apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 billion yang dilaburkan dalam usahasama 1MDB PetroSaudi Limited bersama keuntungan RM615 juta hasil jualan balik pelaburan tersebut kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion.

Menurut laporan audit yang dibuat oleh KPMG ke atas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010 –

“The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement”.

Kenyataan juruaudit KPMG ini jelas menunjukkan hanya pihak pengurusan 1MDB sahaja yang mengesahkan PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik sedangkan KPMG sendiri tidak dapat memberi kepastian kedudukan sebenar kewangan PetroSaudi International Limited dan samaada hutang RM4.1 billion yang tertunggak dapat diperolehi dari mereka.

Syarikat PetroSaudi dan syarikat-syarikat sekutunya pula diperbadankan di Cayman Islands dan British Virgin Islands. Maka segala maklumat kedudukan kewangan dan transaksi syarikat mereka akan terselindung dari pengetahuan umum.
Saya khuathir 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan Syarikat operasi minyak sebenar atau Syarikat yang dimiliki oleh individu atau organisasi atau kerajaan dari Arab Saudi. Ia merupakan saluran untuk menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB yang dijamin oleh kerajaan untuk kegunaan pihak tertentu samaada organisasi politik, syarikat, kumpulan atau individu tertentu.

Oleh kerana pengeluaran bon oleh 1MDB dijamin oleh kerajaan dan wang tunai sebanyak RM3.5 billion telah dilaburkan dalam 1MDB PetroSaudi Limited dan bayaran jualan balik pelaburan sebanyak RM4.1 billion dibuat secara ansuran selama 11 tahun daripada PetroSaudi International Limited, maka saya pohon kerajaan membentangkan penyata kewangan 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited dalam Dewan ini.

Saya percaya kerajaan dan 1MDB berupaya memperolehi semua ini kerana bagaimana mereka dapat membuat keputusan melabur secara tunai RM3.5 billion dalam 1MDB PetroSaudi tanpa menilai kedudukan kewangan mereka? Dan bagaimana pula kerajaan boleh memberi jaminan atas penerbitan bon 1MDB tanpa rujukan kepada penyataan kewangan dalam syarikat mereka melabur?

Saya menggesa Jawatankuasa Audit Parlimen dan Jabatan Audit Negara mengambil langkah segera menyiasat transaksi kewangan 1MDB. Kerajaan juga diminta membeku segera segala jaminan dan usaha penerbitan bon yang dicadangkan oleh 1MDB sehingga siasatan menyeluruh dijalankan terhadap perolehan dan transaksi 1MDB. Kerajaan juga digesa menahan serta menarik balik pada kadar segera segala jaminan yang dikeluarkan untuk 1MDB.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

23
Jun

Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kedah

Demi Rakyat

25 Jun 2011 (Sabtu)

Program 1

12.00 – 2.00 ptg – Sambutan 50 Tahun PAS Kg Kodiang Lama

Lokasi: Rumah Ustaz Abu Kassim, Kg Kodiang Lama Luar, Jerlun

Penceramah:

1.   YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2.   YBhg Ustaz Haron Din

Program 2

3.00 – 4.30 ptg – Pertemuan Dengan Pimpinan KeADILan Lantikan Politik Negeri Kedah

Lokasi: Paya Pahlawan, Jitra


Program 3

5.00 – 6.00 ptg – Hi-Tea dan Perasmian Pejabat KeADILan Kubang Pasu

Lokasi: Pekan Hosba, Kubang Pasu

Continue reading ‘Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kedah’