Archive for May, 2011



09
May

Jemputan Munajat Rakyat Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily Serta Pimpinan Pakatan Rakyat

MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.

Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut :

14 Mei 2011 (Sabtu)

Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E.

Bermula jam 7 malam.

2.            Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara.

3.            Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

YB Ahmad bin Kasim
Pengerusi,
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.

—- Continue reading ‘Jemputan Munajat Rakyat Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily Serta Pimpinan Pakatan Rakyat’

09
May

Statement By Dato Seri Anwar Ibrahim on The Singapore Election Results

Congratulations to the Workers’ Party and the other opposition parties of Singapore for their sterling performance in yesterday’s elections even as the PAP continues to maintain a stranglehold in Parliament with 81 out of 87 seats. However, having obtained almost 40 per cent of the popular vote through a campaign dominated by the rallying call for democratic reform, the opposition has triggered a tectonic shift in Singapore’s political landscape.

The results have torn apart the veneer of contentment touted on the strength of impressive economic numbers and exposed the bare realities that come with governance under the same power for too long – social inequities, the hard knocks of inflation and increasingly unaffordable healthcare.

Nevertheless, in spite of the absence of a free media generally, the opposition parties were given a small window of opportunity to air their positions via state television, something that has never happened in Malaysia and not about to happen anytime soon.

And it is also a good reminder to the Pakatan Rakyat that by closing ranks and setting aside personal differences, the opposition parties in Singapore have stepped up to the plate for political change. Again, as it is happening elsewhere, the youth play an essential role in this transformation harnessing the force of social networks and other alternative media and staying at the forefront to overcome the fear of change and chart the course for greater freedom and democracy.

Anwar Ibrahim
8th May 2011.

08
May

Rakaman Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Klang


07
May

Penasihat Ekonomi: Pemuda PAS Mahu Anwar Teruskan

Dari Harakah

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) tetap mahukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri.

Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana telah terbukti kecemerlangan ekonomi Selangor ditunjukkan selepas pelantikan Anwar memegang jawatan tersebut melalui peningkatan jumlah pendapatan negeri dari tahun ke tahun. Continue reading ‘Penasihat Ekonomi: Pemuda PAS Mahu Anwar Teruskan’

07
May

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

8 Mei 2011 (Ahad)

Program 1
7.00 – 8.30 mlm – Solat Maghrib / Hajat dan Tazkirah Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Surau Kampong Petaseh, Jelebu

Program 2
8.00 – 11.00 mlm – Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua dan Pengundi Continue reading ‘Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan’

07
May

Kenyataan Rasmi Pimpinan Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia

Nota Admin

Utusan sekali lagi bertindak melampui batas,mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.

Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah,manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang didepannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini,bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid UMNO’ sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.

Berikut merupakan pernyataan bersama yang dibuat pada 8 September 2008 oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan turut dimuatkan didalam Buku Jingga:-

KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008

PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang
Melayu.

Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Y.B. LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)

Y.B. DATO’ SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Berikut link format PDF:

Joint Statement BM 8-9-08-1


06
May

Abim: Anwar Tak Perlu Sahut Cabaran Eskay Sumpah Laknat

Dari The Malaysian Insider

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dirinya sebagai si pelaku dalam video seks, yang didakwa “Datuk T” Mac lalu sementara isu cabar-mencabar mengenai masih hangat diperkatakan.

Mantan pimpinan Abim, Prof Dr Ashraf Md Hashim berkata, Anwar tidak perlu melayan sumpah laknat kerana sumpah laknat disempurnakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikira tidak sah mengikut syariah Islam.

“Jika mengikut syariah Islam, walaupun Eskay membuat sumpah laknat atas kemahuan sendiri tetapi beliau masih tidak memenuhi syarat sah sumpah seperti dalam Islam di mana sumpah laknat perlu dilakukan di mahkamah, sumpah tersebut mesti mendapat kelulusan mahkamah (hakim) dan mesti disaksikan oleh empat saksi.

“Walaupun Eskay dengan rela hati membuat sumpah laknat, namun beliau tidak memenuhi syarat sumpah laknat menjadi sah seperti yang terkandung dalam syariah Islam,” katanya pada diskusi berkenaan hukum qazaf dan sumpah menurut syariah anjuran Abim, hari ini.

Sebelum ini, Eskay telah mengajak Anwar menyertainya untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Al-Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita asing dalam rakaman videoyang didedahkannya, bulan lepas.

Beliau telah mengangkat sumpah laknat Jumaat lalu dengan memegang al-Quran, mengatakan “Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dipaparkan pada 21 Februari tahun 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku.”

Selain itu, Ashraf turut berkata, dalam syariah Islam, pendakwaan hanya boleh dilakukan apabila cukup empat syarat iaitu orang yang menuduh, pendakwaan dilakukan di mahkamah, orang yang dituduh perlu hadir dan isu yang dimaklumi dibuat kepada penghakiman. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata, Anwar berhak menolak sumpah laknat mengenai pelaku video seks.

Katanya, jika mengikut syariat Islam, Anwar tidak perlu melayan sumpah tersebut kerana pada asalnya sendiri tidak betul cara dan tempatnya.

Bagaimanapun kata beliau, secara moralnya pula Anwar perlu balas sumpah untuk mengelakkan moral dirinya tercalar.

Naib Presiden Pencerdasan Ummah (Wadah), Dr Abdul Halim El-Muhammady berkata, sekarang ini berlaku kekeliruan yang ditimbulkan media massa hanya memperkatakan berkenaan prosedur sumpah tetapi bukan subjek sumpah ekoran kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang mengatakan mengenai sumpah mubahalah.

“Sebenarnya dalam syariat Islam, sumpah mubahalah hanya berlaku apabila penuduh dan si tertuduh melakukan sumpah laknat. Sumpah mubahalah juga melibatkan akidah. Oleh itu, jika ada pihak perlu bersumpah dan menyuruh sebelah pihak lagi bersumpah adalah tidak benar.

“Ini sekali gus akan mengelirukan masyarakat dan menjadikan sumpah itu sebagai budaya dalam masyarakat. Jadi, buat apa kita sibuk menyuruh seseorang melakukan sumpah laknat. Sebagai orang Islam, apa yang penting, berserah kepada Allah s.w.t., biar Dia yang menentukan siapa yang bersalah, siapa yang tidak bersalah,” ujarnya.

Beliau menambah, kekeliruan ini juga timbul disebabkan media massa yang mengeluarkan berita tidak kena pada tempatnya.

Mereka hanya mengambil kira prosedur sumpah tetapi tidak mengambil objektif sumpah tersebut.

“Kadang kala orang yang membuat sumpah itu, tidak memahami syariah Islam dan tidak merujuk kepada buku syariah sebelum menyatakan sumpah.

“Jika mereka tidak bersumpah di hadapan hakim, sumpah itu tidak dikira sah. Oleh itu, seharusnya kita jangan bunuh adat Melayu, adat Islam dan hanya mengikut kehendak diri tanpa merujuk kepada yang lebih pakar, “ katanya lagi.

06
May

Sokong Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Dan Musa – Khalid Samad

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju dengan cadangan bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Khalid berkata, meskipun Gani Patail disabitkan dengan pelbagai dakwaan yang menjejaskan kreadibilitinya sebagai peguam negara, beliau masih dibenarkan betugas seperti biasa tanpa sebarang siasatan keatasnya.

“Saya sokong saranan beliau (Datuk Mat Zain Ibrahim) kerana amat pelik bagaimana peguam negara yang jelas telah terlibat dalam kes itu untuk menutup kebenaran dan fakta berhubung dengan kes itu dan masih boleh bertugas sebagai peguam negara dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.” Continue reading ‘Sokong Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Dan Musa – Khalid Samad’

06
May

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Klang, Selangor

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

7 Mei 2011 (Sabtu)

Program 1
7.00 – 12.00 mlm – Malaysian Indian Voice – Bersatu Untuk Berjaya

Lokasi : Dewan Hamzah, Kelang

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Karpal Singh
4. YB Prof Dr P. Ramasamy
5. YB Ronnie Liew Tian Khiew
6. YBhg Raidu

Program 2
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana- Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah

Lokasi : Markaz PAS, Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Dr Siti Mariah Mahmud
4. YB Shuhaimi Shafie
5. YB Charles Santiago
6. TBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

05
May

Mat Zain Wants RCI on Attorney-General

From The Malaysian Insider

Retired cop Datuk Mat Zain Ibrahim wants a royal panel to probe the government’s top lawyer whom he blamed for prolonging a police investigation into a controversial sex video linked to Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mat Zain has repeatedly accused Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail of having deceived the federal government and former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad in several high-profile cases.

The ex-cop said the series of deception had caused the destruction of public confidence in the police.

“In my opinion, in the interest of public justice, I suggest Tan Sri raise this issue to the prime minister and suggest an RCI or a tribunal be formed to investigate this claim in a transparent and comprehensive manner for once and for all,” he said in the latest of a series of open letters addressed to Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar today. Continue reading ‘Mat Zain Wants RCI on Attorney-General’

05
May

Anwar Tuntut Panel Bebas Semak Projek MRT

Dari Malaysiakini

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu panel bebas perlu diwujudkan bagi menyemak kos dan keberkesanan projek pengangkutan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) yang dijangka menelan belanja RM55 bilion.

Katanya, panel bebas itu perlu dibentuk memandangkan pelantikan konsortium Gamuda-MMC sebagai rakan penyampaian projek (PDP) itu menimbulkan banyak persoalan.

Anwar berkata, isu berhubung tata kelola penganugerahan projek dan penentuan kos projek berkenaan perlu dijelaskan.

“Skop tanggungjawab yang terlalu besar dan menyeluruh yang diserahkan kepada PDP membolehkan Gamuda-MMC membuat keputusan bagi pihak (kerajaan) mengenai spesifikasi projek, kos projek dan menganugerahkan pakej projek kepada subkontraktor.

“Ini tidak ubah seperti amalan lama melalui rundingan terus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Gamuda-MMC mempunyai motif bagi menentukan spesifikasi projek demi memaksimumkan keuntungan yang bakal diperoleh.

“Spesifikasi teknikal yang dicadangkan mungkin lebih mahal dan tidak diperlukan, tetapi dimasukkan untuk melonjakkan kos sesuatu pakej tender,” katanya.

Tambahnya, Gamuda-MMC juga terlibat dalam konflik pertembungan memandangkan firma itu juga menjadi pembida utama bagi pakej kerja-kerja pembinaan bawah tanah.

“Pakej ini adalah pakej yang terbesar dan termahal kerana melibatkan kerja-kerja mengorek terowong,” katanya lagi.

Anwar turut melahirkan kebimbangannya berhubung hutang yang mungkin ditanggung negara berhubung pelaksanaan projek tersebut.

“Anggaran saya, jumlah ini akan melonjakkan kadar keberhutangan negara melebih paras 60 peratus daripada jumlah KDNK apabila projek tersebut siap dalam tahun 2016.

“Sebelum ini rakyat terpakasa menanggung beban apabila (kerajaan) BN terpaksa mengambil alih keseluruhan projek LRT dari Renong dan syarikat milik Tan Sri Vincent Tan pada kos RM7 bilion dalam tahun 2001.

Katanya lagi, rakyat masih lagi menanggung hutang kos pengambilalihan LRT tersebut walaupun sudah 10 tahun berlalu.

“(Kini kerajaan) BN mahu menambah lagi RM55 bilion hutang awam yang akan ditanggung generasi akan datang,” kata Anwar.

05
May

Pembohongan Eskay Tentang Video Fitnah Semakin Terserlah

Dari Keadilan Daily

Pembohongan Ahli Perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu.

“Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang.

“Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula.
“Ini salah satu dari rentetan penipuan, kita boleh masukkan senarai-senarai baru. Malah sumpah laknat yang dibuatnya juga satu penipuan. Seperti pepatah Inggeris, orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya,” ujar Rafizi kepada Keadilandaily.com. Continue reading ‘Pembohongan Eskay Tentang Video Fitnah Semakin Terserlah’