Archive for May, 2011



14
May

Nurul Izzah Cabar Najib Debat Dengan Anwar

Dari Harakah

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan ‘debat’ khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu.

Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam. Continue reading ‘Nurul Izzah Cabar Najib Debat Dengan Anwar’

14
May

Pelihara Hak Moral, Akhlak Sesama Manusia – Ulama Syria

Dari Keadilan Daily

Definisi hak asasi manusia konvensional yang diguna pakai di seluruh dunia hari ini masih tidak lengkap kerana ia tidak melindungi hak manusia untuk mempertahankan moral dan akhlak mereka, kata ulama terkenal dari Syria, Professor Dr Wahbah Zuhaili.

Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap pada Seminar Maqasid Syariah dalam Masyarakat Majmuk di Hotel Straits Meridian Bukit Baru Melaka.

Seminar itu dipengerusikan Naib Presiden Wadah, Datuk Mohd Idris Jauzi dan ahli panel lain adalah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan KEADILAN merangkap Timbalan Presiden Wadah, Dr Muhammad Nur Manuty, dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Continue reading ‘Pelihara Hak Moral, Akhlak Sesama Manusia – Ulama Syria’

14
May

Sex Video: Police Should Stop Playing Games

From Malaysiakini

‘Deputy IGP, when is a good time to reveal the man in the sex video? One week before the general election?’

Deputy IGP: No need to reveal man in sex video, yet

Anonymous_3e86: The authorities are just playing a mind game. Yes, the video is authentic, but is the ‘actor’ a look-alike? The fact is that no crime was committed by the ‘actor’. The person who did the recording of the video should be charged instead.

The police should focus on who did the video recording and screening. Obviously, this is the work of BN/Umno. Why hasn’t the ‘Datuk T’ trio been charged till today? Why wait to reveal the identity? If it was indeed Anwar Ibrahim, they would have announced it already.

Instead the police left it to the public to assume it was Anwar. Do the police think we are that naive?

Tuah PJ: Deputy IGP Khalid Abu Bakar, the Datuk T trio showed pornography openly. Many witnesses were there and they too have confessed. There is no need for you to investigate. Just charge them and fine/jail them. Case closed. KPI met.

As for the actors in the video, they did not commit anything against the law. If the syariah office wants to charge the man in the video for khalwat, let them do the investigation and charge him. Do you need more education on how to do your job?

Been Laden: Personally, I don’t really care who the person is. What I want to know is why the police have not arrested the three datuks who screened an illegal video and distributed it.

What about the other man in the video who has officially identified himself – why isn’t he arrested for being a pimp? The police must act on whatever ‘law’ that has been violated rather than play politics.

Docs: Khalid, when is a good time to reveal the man in the sex video? One week before the general election?

Quigonbond: Basically the deputy IGP is saying he will use the information at an appropriate time, probably during the next general election campaign. If you have the information, spill it out now. Why wait for the general election, unless you’re working hand in glove with the BN parties.

Anonymous_40dc: “Investigations are still ongoing” means, “How can we find ways to nail Anwar Ibrahim? What other lies can we use?” At this point in time, the simplest way for anyone who wants a promotion is to fix Anwar.

Bozo: Come on Khalid, just expose the person in the videotape. Why wait until a suitable time? And why the foreign experts to identify this person. Is there no one in Malaysia who can do it? Shame on you. How much money did we pay to engage these foreign experts? Don’t play games with us.

Petestop: Those showing the porn video were given police protection, what more with bullet-proof vests at the mosque where one of them did the oath-taking. What need is there to investigate when the police were there as bodyguards to these alleged criminals. It is clear as to why the police did not charge these offenders.

Regardless of who is in the video, an offence has already been committed, and the police are obligated to uphold the law. But it seems that the police are only obligated to their political masters. It is not the Internet that spoiled the police’s reputation, it is their own actions.

13
May

Majlis Pelancaran Projek Perintis Pemulihan Bandar Oleh YB Penasihat Ekonomi

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ingin menjemput pihak media ke program berikut:-

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PERINTIS PEMULIHAN BANDAR OLEH YB PENASIHAT EKONOMI

Tarikh      : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa      : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat    : Blok C, Pangsapuri Taman Maju Jaya, Jalan PJS 2/29A, PJS 2, Petaling Jaya

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan membuat lawatan kerja ke Pangsapuri Taman Maju Jaya bagi melancarkan projek perintis Program Pemulihan Dalam Bandar. Program tersebut merupakan usahasama Kerajaan Negeri bersama pihak-pihak swasta, Kerajaan Tempatan iaitu MBPJ, dan juga penduduk tempatan.

Majlis akan dihadiri oleh Y. Bhg. Dato’ Hj Mohamad Roslan b Sakiman, Datuk Bandar MBPJ, Y.B Puan Haniza bt. Mohamed Talha, ADUN Taman Medan, wakil-wakil pihak swasta dan juga penduduk-penduduk pangsapuri.

Kenyataan media akan diedarkan sebaik sebelum majlis bermula.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

13
May

“Henti Aibkan Anwar”- Nik Aziz

Dari Harakah

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.

Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.

“Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.

Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar.

Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.

“Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita,” katanya.

13
May

Pejabat PM Arah Utusan Hentam Buku Jingga

Dari Malaysiakini

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didakwa diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam ‘satu sistem’ akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Nota itu menyebut, setelah hadir ke taklimat di pejabat berkenaan pada tarikh yang sama, pejabat tersebut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada keesoknya (22 Mac) akan bercakap mengenai “kesan negatif” jika janji pembangkang dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak — antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik — bagi menyokong kenyataan Najib itu. Continue reading ‘Pejabat PM Arah Utusan Hentam Buku Jingga’

13
May

SMS Ancaman: Anak Nurul Izzah Sasaran Terbaru

Dari Malaysiakini

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk “ancaman serius” terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

“Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

“Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya,” tulisnya dalam laporan polis itu.

Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan hilang dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa “sesuatu yang tidak elok” akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat aporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

13
May

Politik Lucah: Ulama Muda Diseru Tinggal Umno

Dari Harakah

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ulama muda Umno menilai semula penglibatan mereka dalam Umno ekoran amalan politik lucah dan kotor pemimpin parti itu.

Katanya, ulama muda di dalam Umno tersebut perlu sedar amalan politik yang bercanggah dengan Islam itu telah menjadi budaya dalam Umno sejak sekian lama.

Bagaimanapun katanya, beliau menyambut baik usaha untuk menegur sikap Umno itu malah mencadangkan agar mereka meninggalkan parti itu jika gagal merubahnya.

“Hakikatnya itulah budaya Umno. Harapan saya agar ulama muda Umno terus menegur budaya politik Umno yang keji dan songsang ini.

“Jika tidak mampu ubah, fikirkan semula adakah tepat berada di dalam Umno?” soalnya melalui responsnya di Facebook. Continue reading ‘Politik Lucah: Ulama Muda Diseru Tinggal Umno’

13
May

Erti Persabahatan Pakatan

From Malaysian Insider
By Wan Hamidi
is a veteran journalist who has a penchant for rock music.

Semua orang tahu PAS, DAP dan PKR tidak akan berganjak dari prinsip perjuangan masing-masing. Itu soal dasar parti. Komponen sekular MCA, Gerakan dan beberapa lagi parti dalam Barisan Nasional yang menolak Ketuanan Melayu pun masih boleh bersahabat dengan Umno walau pun dalam senyuman pahit.

Perbezaan ketara di antara PAS yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar politik dan DAP yang memperjuangkan demokrasi sosial bersifat sekular telah menjadi bahan kepada musuh politik mereka Umno untuk mengapikan permusuhan.

Yang tidak ditonjolkan oleh media arus perdana milik Umno dan Barisan Nasional ialah kesefahaman PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang berpegang kepada dasar bersama untuk menegakkan keadilan melalui demokrasi tulen yang menentang rasuah, salah guna kuasa, politik perkauman dan mempergunakan agama untuk kepentingan politik.

Sebaliknya apa yang sibuk digerakkan oleh kempen perang saraf Umno ialah mencipta fitnah dan pembohongan untuk menimbulkan syak wasangka sesama anggota komponen Pakatan Rakyat.

Tohmahan kononnya DAP terlibat dalam usaha sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara telah dijelmakan sebagai berita oleh Utusan Malaysia yang semata-mata memetik tuduhan liar blogger pro-Umno tanpa usul periksa.

Setelah beberapa hari isu ini dibangkitkan, ada kalangan pemimpin Umno sendiri yang mula menjauhkan diri daripada taktik kotor itu. Namun ia tidak akan menghentikan serangan propaganda Umno dan konco-konconya terhadap Pakatan Rakyat.

Serangan-serangan ini telah dimulakan sejak Umno dikejutkan dengan kekalahan beberapa negeri serta kehilangan majoriti dua pertiga Parlimen dalam pilihan raya umum 2008. Untuk menutup kelemahan diri, para pemimpin Umno cepat-cepat menuding jari menyalahkan orang lain.

Apabila isu konspirasi agama rasmi dibangkitkan, para penyebar fitnah menyangka ia adalah kejayaan besar untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan tanpa menyedari kesan jangka panjang hasutan sedemikian terhadap keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

Apa yang mereka tidak jangkakan ialah reaksi PAS dalam menangani pembohongan itu. Bukan sahaja para pemimpin PAS tidak berdiam diri, malah mereka berdiri teguh bersama DAP untuk mematikan serangan fitnah yang tidak munasabah itu.

Datuk Seri Abdul Haji Awang mengulangi pendirian Pakatan untuk terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan serta kebebasan mengamalkan agama-agama lain dengan aman.

Dalam kenyataannya, Presiden PAS itu menyatakan: “Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian, adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah”.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyokong laporan tidak berasas Utusan.

“Pada hal berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu bukannya berita benar. Perkara itu dinafikan sendiri oleh golongan paderi dan DAP. Berita itu ternyata bersifat provokasi yang boleh menimbulkan suasana huru-hara di dalam negara.”

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman yang membuat laporan polis terhadap berita palsu Utusan itu pula menganggapnay sebagai satu agenda yang didalangi UMNO yang sengaja mahu meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

“Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu,” katanya.

Suara Mazlan mewakili kebanyakan pemimpin dan ahli PAS yang sudah pun menghidu perang saraf Umno yang mahu memecahbelahkan perpaduan Pakatan.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mencadangkan supaya PAS meninggalkan Pakatan atas alasan “adakah DAP boleh perjuangkan Islam?”, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyatakan:

“Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua… jadi tak timbul soal ini…kerajaan negeri Pulau Pinang (yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng) juga tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam… tiada apa-apa masalah.”

Isu agama dan kaum akan terus dilontarkan oleh konco-konco Umno; tambahan pula menjelang muktamar agung PAS yang akan menyaksikan pemilihan kepimpinan parti pada Jun depan.

Ada kalangan Umno yang masih mengharapkan “wakil-wakil Umno” dalam PAS akan tunduk kepada hasrat untuk membawa keluar PAS dari Pakatan. Bagi mereka, hanya cara itu dapat menguburkan Pakatan melalui politik pecah dan perintah.

Namun, para pemimpin dan ahli PAS diingatkan oleh oleh AJK PAS Pusat Mohamad Sabu supaya berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat Umno yang semakin terdesak sejak kebelakangan ini.

“Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN.

“Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat… tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS,” katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider.

Pendirian sebeginilah yang menggusarkan pucuk pimpinan Umno; jarum hasutan mereka gagal mengubah pendirian kepimpinan PAS. Persahabatan erat PAS dan DAP dengan kerjasama PKR menyukarkan Umno dan konco-konconya untuk percaya kepada tohamahan-tohmahan perkauman serta keagamaan sempit.

Mungkin Umno tersalah jangka bahawa komponen-komponen Pakatan tidak akan membantu satu sama lain kerana pentingkan diri sendiri, dalam apa yang sering digambarkan oleh media arus perdana sebagai pakatan rapuh.

Yang nyata, formula Pakatan yang saling membantu serta mempertahankan sahabat dalam perkara-perkara yang benar dan baik sudah terbukti berjaya.

Jika pergeseran sesama sendiri dapat dikendurkan; jika perebutan kerusi dan jawatan dikurangkan; jika syak wasangka dileburkan; tidak mustahil kemantapan Pakatan akan dapat dipertingkatkan lagi.

12
May

Jemputan Munajat Rakyat Menolak Fitnah Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily(Syria) Dan Pimpinan Pakatan Rakyat

MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.

Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut :

14 Mei 2011 (Sabtu)

Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E.

Bermula jam 7 malam.

2.            Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara.

3.            Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

YB Ahmad bin Kasim
Pengerusi,
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.

—- Continue reading ‘Jemputan Munajat Rakyat Menolak Fitnah Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily(Syria) Dan Pimpinan Pakatan Rakyat’

12
May

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

15 Mei 2011 (Ahad)

Program 1

2.30 – 5.30 ptg – Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Pahang

Lokasi : Restoran Tanjong, Galing, Kuantan

Ahli Panel:

  1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Dauk Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YBhg Prof Dr Muhammad Nur Manuty
  4. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman (Moderator) Continue reading ‘Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang’
12
May

Pendedahan Hata Wahari Dan Politik Talam Dua Muka

Dari Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Pendedahan bekas wartawan kanan Utusan Malaysia (Utusan) Hata Wahari bahawa agenda Utusan ditetapkan oleh Biro Politik UMNO yang dipimpin Presiden Najib Razak pasti menakjubkan pelbagai pihak!

Semenjak zaman reformasi, komentari pelbagai pihak sama ada oleh ahli akademik, ahli politik, wartawan, penganalisa politik, aktivis masyarakat atau pihak lain telah membentuk “common sense” dalam kalangan masyarakat yang prihatin terhadap isu kebebasan media dan politik negara, bahawa Utusan bagaikan “lidah rasmi UMNO”. Kini seorang bekas wartawan kanan Utusan telah membuktikan kesahihan “common sense” tersebut.

Kalau kecenderungan komentari selama ini melihat kawalan terhadap Utusan dari segi pemilikan syarikat dan “consumption” atau pemaparan berita saban hari, kini Hata Wahari (gambar kanan) membekalkan perspektif kawalan terhadap Utusan dari segi “production” atau penetapan agenda secara langsung dan tidak langsung oleh Biro Politik UMNO pimpinan Najib.

Betapa munafiknya PM

Pendedahan Hata Wahari sekali gus membuktikan betapa munafik seorang Perdana Menteri yang kononnya berazam membawa gagasan 1Malaysia jitu kepada rakyat jelata malahan berbicara tentang idea 1ASEAN tanpa segan silu semasa berucap pada Forum Kepemimpinan ASEAN kelapan baru-baru ini, seolah-olah retorik 1Malaysia yang penuh dengan bayangan politik fitnah dan unsur-unsur ekstrem dapat dijadikan inspirasi kepada negara-negara rantau ASEAN. Continue reading ‘Pendedahan Hata Wahari Dan Politik Talam Dua Muka’