Archive for May, 2011

27 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari KeadilanDaily

Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

“BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi. (more…)

27 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysiakini
By Susan Loone

There was a third person accompanying political analyst Abdul Razak Baginda and murdered Mongolian interpreter Altantuya Shariibuu on their travels in connection with the purchase of three French submarines by the Malaysian government.

Human rights NGO Suaram director Cynthia Gabriel told Malaysiakini today that the identity of the third person involved in the travels is being verified by French investigators.

Although ‘a name’ had come up during the probe, she said, it was too early to reveal the identity of the individual.

“Our lawyers have informed us that a third person’s name came up during the investigations… the probe is going on, but it is still too early to determine who the person is,” Gabriel (right) said. (more…)

27 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Keadilan Daily

Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.

Namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

27 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Keadilan Daily

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kerajaan berdolak dalik dalam isu kenaikan petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair  (LPG), sehari selepas membuat pengumuman tidak akan menaikkan harga bahan bakar itu.

Ini kerana semalam, Menteri Perdagangan dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tidak ada sebarang kenaikan bahan api, kononnya kerana  mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun hari ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata kerajaan akan mengkaji semula subsidi sekiranya harga minyak mencecah  antara AS$110 dan AS$120 setong. (more…)

27 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

28 Mei 2011 (Sabtu)

Program 1
5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea

Lokasi : Restoran Ekonomi Mee Loon, Kampung Baru Cina, Temerloh

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tien Chua
3. YB Syed Hamid Mohamad
4. YB Leong Ngah Ngah
5. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
Program 2
8.30 – 11.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi : Markas PAS, Felda Jenderak Utara, Jenderak

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tien Chua
3. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
Program 3
9.00 – 12.00 mlm : Himpunan Raksasa Peneroka FELDA

Lokasi: Markas Besar PAS Pahang, Kerdau

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang
3. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
4. YBhg Mat Sabu

26 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

SUARAM will be holding a press conference to launch our fundraiser campaign, “Ops Scorpene”. The campaign is aimed to raise funds in order to pursue the ongoing litigation stages in the French Courts with regards to the judicial investigation into the French company DCNS whom allegedly paid an amount in commissions to Perimekar, for the purchase of the Scorpene submarines.

In December 2009, SUARAM linked up with leading human rights lawyers in France, to file a complaint with the French judicial system, hoping that preliminary investigation would be initiated. SUARAM has been monitoring the scandal building not just surrounding the mysterious and horrendous death of Altantuya Shariibu, but her role and involvement in the procurement of arms for the Malaysian government, leading to her gruesome murder. (more…)

26 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Tarikh pilihan raya umum akan datang terus menjadi tanda tanya kebanyakan orang tetapi bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanda-tandanya mula jelas.

“Saya hampir pasti ia akan diadakan tahun ini. Awak boleh lihat keghairahan dan kegilaan oleh media yang dikuasai oleh Umno. Ia tidak sihat sepanjang sedekad lalu dan juga tidak seteruk seperti sekarang ini… yang bermaksud paling awal, pada penghujung Ogos, awal September atau Oktober,” katanya.

Pertarungan sebenar kata ketua umum PKR itu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

“Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kepada kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini,” kata Anwar.

Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan ‘mengharamkan’ ketua pembangkang itu daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.

“Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina – ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak,” kata Anwar.

26 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

27 Mei 2011 (Jumaat)

Program 1

8.00 – 9.30 mlm – Solat Isyat / Hajat / Tazkirah

Lokasi : Markas PAS Seri Gading (Parit Haji Hassan, Seri Gading)

Program 2

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Markas PAS Muar (Parit Pecah, Muar)

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
3. YB Johari Abdul
4. YBhg Datuk Prof. Dr Mahfoz Mohammaed
5. YB Dr. Boo Cheng Hau

25 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman balas terhadap saman yang dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersabit video seks fitnah yang cuba dikaitkan dengannya.

Anwar menerusi Tetuan Faiz dan Co mengemukakan pembelaan dan hujah balas dengan transkrip penuh sidang akhbarnya sebelum ini.

Terdahulu, Hishammuddin memfailkan saman terhadap Anwar kononnya mahu membersihkan namanya yang dikait Anwar sebagai antara yang turut mendalangi fitnah video seks terhadapnya. (more…)

25 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Keadilan Daily

Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berhubung video seks fitnah merupakan bukti Umno menjadi dalang di sebalik pembikinan video tersebut, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Ahmad Maslan supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan video berkenaan adalah palsu.

“Kenyataan beliau (Ahmad Maslan) menjadi bukti tangan Umno di sebalik video seks konspirasi terhadap Anwar Ibrahim.

“Ahmad Maslan berulangkali membuat kenyataan salah, tidak disokong dengan kenyataan bertanggungjawab berhubung video konspirasi tersebut, yang berniat mencemar reputasi Anwar Ibrahim dan mewujudkan prejudis orang ramai terhadapnya,” kata Surendran dalam satu kenyataan media.

Menurut Surendran, kenyataan tidak berasas itu juga menunjukkan pemimpin Umno cuba memberi arahan dan mempengaruhi siasatan polis. (more…)

24 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

by Dr. Dzul

(A fren posted this piece in my gmail. Despite not knowing Damian, a lot of what this young man is saying ( in his list) resonates with many of us. I’m taking liberty to extend it to others. Not that Pakatan is the best choice, as he alludes, but allowing BN to continue governing this country will ruin this nation beyond redemption. That’s surely is not an option. So standup and be counted, you from the Gen Y and Gen Z . As Ghandi aptly puts it: “Be the Change You want to see in the World!”- Dr Dzul)

Damian Murphy Denis www.realitybytesdmd.blogspot.com

Reading the latest happenings about our country is a pain for many of us. Seeing the kind of filth BN politicians churning day in and day out makes you think that Malaysia is in a state of anarchy.

Would anyone disagree? Politically, economically and socially our nation is sinking lower and it seems we are reaching the point of no return.

We were considered to be a model country at one time but today we are on the way to become the “Next Sick Man of Asia” or the next Somalia.

Can we re-claim our country from these corrupt and good for nothing BN politicians? I say we have too. And we need too.

And we need to do it this coming GE13. Personally, I have 7 good reasons to kick BN out of Putrajaya come GE13:- (more…)

24 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa kerajaan Pusat tidak telus dalam pemberian kontrak projek naiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Dakwa beliau, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kini berada di peringkat akhir untuk menganugerahkan projek tersebut kepada kontraktor dengan nila RM1 bilion sedangkan anggaran sebelum ini hanya sekitar RM500 juta.

“Tiada usaha tender terbuka dibuat bagi kerja penaiktarafan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2. Jika kementerian sudahpun berada di peringkat akhir menganugerahkan kerja-kerja tersebut, ini bermakna projek tersebut dibuat secara rundingan terus dengan kontraktor. (more…)