Archive for May 31st, 2011

31 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Keadilan Daily

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Khalid Jaafar mengulangi desakan supaya pimpinan Umno memberi penjelasan ke mana hilangnya RM52 bilion saham bumiputra, sebelum bercakap soal membela orang Melayu.

Beliau berkata demikian mengulas isu saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan di Bursa Kuala Lumpur, seperti mana yang didedah Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun sehingga kini, katanya, kerajaan pimpinan Umno masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung isu itu.

“Sehingga sekarang masih tiada pemimpin Umno perjelaskan isu saham yang disonglap mereka. Semua orang perlu tahu ke mana perginya sejumlah besar saham tersebut,” kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com. (more…)

31 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai ‘rompakan di siang hari’ kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna. (more…)

31 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Selangorkini

Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok Suh Sim berkata kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga letrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.

Beliau berkata kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain.

” Ia (Kenaikan tariff elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain. Produk yang dikeluarkan industri tempatan akan mengalami kenaikkan harga barangan terbabit. (more…)