Firefox 2 For a better browsing experience get Firefox 2.

Archive for May, 2011

31
May

Lesap RM52 bilion saham bumiputera, Umno khianat Melayu- Khalid Jaafar

Dari Keadilan Daily

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Khalid Jaafar mengulangi desakan supaya pimpinan Umno memberi penjelasan ke mana hilangnya RM52 bilion saham bumiputra, sebelum bercakap soal membela orang Melayu.

Beliau berkata demikian mengulas isu saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan di Bursa Kuala Lumpur, seperti mana yang didedah Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun sehingga kini, katanya, kerajaan pimpinan Umno masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung isu itu.

“Sehingga sekarang masih tiada pemimpin Umno perjelaskan isu saham yang disonglap mereka. Semua orang perlu tahu ke mana perginya sejumlah besar saham tersebut,” kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com. Continue reading ‘Lesap RM52 bilion saham bumiputera, Umno khianat Melayu- Khalid Jaafar’

31
May

Kerajaan ‘Rompak’ Rakyat Bagi Suap Kroni, Kapitalis

Dari Malaysiakini

PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai ‘rompakan di siang hari’ kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna. Continue reading ‘Kerajaan ‘Rompak’ Rakyat Bagi Suap Kroni, Kapitalis’

31
May

Tarif Elektrik Naik Bantut Daya Saing Negara

Dari Selangorkini

Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok Suh Sim berkata kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga letrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.

Beliau berkata kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain.

” Ia (Kenaikan tariff elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain. Produk yang dikeluarkan industri tempatan akan mengalami kenaikkan harga barangan terbabit. Continue reading ‘Tarif Elektrik Naik Bantut Daya Saing Negara’

30
May

Perjanjian IPP Bukan Sulit, Dedahkan Pada Umum- REFSA

Dari KeadilanDaily

Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) mahu Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dideklasifikasi dan didedahkan kepada umum.

Pengarah Eksekutifnya, Teh Chi Chang berkata demikian mengulas dua kenyataan berbeza daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai isu itu.

“REFSA percaya penyelesaian terbaik bagi debat ini adalah untuk mendeklasifikasi PPA dan membukanya untuk
penelitian umum. Continue reading ‘Perjanjian IPP Bukan Sulit, Dedahkan Pada Umum- REFSA’

30
May

Scorpene Deal Heads For French Court

From The Malaysian Insider

Suara Rakyat Malaysia’s (Suaram) suit in a French court over the controversial Scorpene deal will soon enter the full trial stage, which could see top government officials, including Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, being asked to testify.

Suaram leaders told a press conference today that its December 2009 suit against DCNS, the French makers of the Scorpene submarine, was nearing the end of its inquiry stage and its lawyers in France were confident they had enough evidence to move into full trial.

Cynthia Gabriel, a Suaram director, announced that an application had already been filed in March this year to a French court for an instruction judge and if evidence was sufficient, the case would be brought for trial in open court.

She said this meant that top Malaysian officials, particularly the Defence Ministry and those involved in the 2002 procurement, said to cost RM6.7 billion, could be summoned as witnesses in the trial.

In a statement yesterday, Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi said he was prepared to testify in court, provided that Cabinet gives him the green light to do so. He can decline to make a court appearance.

“Once open trial is called and witnesses subpoenaed, the contract documents that we have been trying to obtain will then be made available to Suaram and other interested groups,” said Gabriel.

She explained that Suaram’s case questions the alleged payment of €114 million (RM500 million) in commission to Perimekar Sdn Bhd, a subsidiary of KS Ombak Laut Sdn Bhd, of which the wife of Najib’s (picture) aide Abdul Razak Baginda is a principal shareholder.

As such, she added, the case could also open up a can of worms as it could shed more light on the murder of Mongolian Altantuya Shaaribuu, who was Abdul Razak’s jilted lover at the time.

The gruesome murder in 2006 has been often linked by the opposition and critics of the Barisan Nasional (BN) government to the multibillion ringgit Scorpene deal.

“A few things were also discovered through the findings of our lawyers in France. We were informed that it was not just €114 that was paid out, but there were also two more commissions paid in relation to the sale — €30 million paid to Thales, a French shipping company, and another €2.5 million to unknown recipients, through dubious means.

“They chose a small, Mediterranean country — Malta — to disburse the funds through a company called Gifen. There were also payouts discovered for air tickets for trips made by Altantuya and Abdul Razak and maybe more,” she said.

Suaram director Dr Kua Kia Soong, who was also at the press conference today, said that judges in the Paris prosecution office have also been probing other corruption charges involving similar submarine deals in France, Pakistan, Taiwan and other countries.

“In fact, Altantuya’s murder is considered small if compared to two other cases involving the French sale of weaponry — in the Karachi case, 11 engineers were killed, and in the sale of frigates to Taiwan, at least two were killed… a father, who was pursuing the case, and his son,” he said.

Kua also urged the Malaysian government to raise to issue in Parliament next month and clarify discrepancies on who had paid the commission to Perimekar — the Malaysian government or the French authorities.

Suaram also launched Ops Scorpene today to raise funds for its legal fees in the case. It will hold two fundraisers — a hi-tea in Penang on July 21 and dinner in Kuala Lumpur on July 23, with French lawyer William Boudon.

Suaram secretariat member Fadiah Nadwa Fikri said the group hoped to raise an initial RM100,000 to foot its legal fees through cheques written out to Suara Insiatif Sdn Bhd or to its Hong Leong Bank account at 0300-0065-200.

30
May

Jemputan Menghadiri Seminar: Social Market Economy: An Alternative for Malaysia?

* 24–25 Jun 2011 * Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor.

Kemelesetan ekonomi dunia yang paling dahsyat sejak Kemelesetan Agung 1930an berikutan dari krisis subprima di Amerika Syarikat mencetuskan perdebatan kritis tentang sistem ekonomi dunia. Persoalan ditimbulkan tentang kestabilan ekonomi pasaran dan tuntutan supaya ditingkatkan peraturan atau regulation kedengaran lantang.

Justeru kerana perdebatan ekonomi didominasi oleh wacana melalui bahasa Inggeris maka yang sering kedengaran adalah belahan dua kumpulan, di satu pihak golongan liberal (dipanggil libertarian di Amerika) dan di satu pihak lagi adalah golongan Keynesian. Golongan liberal mempercayai sistem ekonomi yang ideal adalah sistem pasaran yang berlandaskan ukuran objektif (rule based) dan peranan wewenang atau campur tangan pemerintah adalah minimal. Sementara itu pihak Keynesian bertolak dari prinsip kegagalan pasaran maka peranan pemerintah dalam ekonomi sentiasa diperlukan.

Perdebatan dua kumpulan ini digambarkan dengan begitu menarik dalam video musik Keynes versus Hayek. Namun dunia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan wacana hampir tidak mendengar wacana Ekonomi Pasaran Sosial (Social Market Economy) yang berlaku di Jerman sejak 1949, satu variasi ekonomi pasaran tetapi ekonomi pasaran yang berlandaskan matlamat-matlamat sosial. Sistem ini telah menjana ketakjuban ekonomi di Jerman selepas Perang Dunia Kedua dan seterusnya menjadikan Jerman salah satu kuasa besar ekonomi. Kejayaan Jerman untuk keluar lebih awal dari krisis kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan dunia mula memberikan perhatian terhadap sistem tersebut.

Hakikat ini juga telah mendorong Institut Kajian Dasar untuk menterjemahkan 60 Years of Social Market Economy (60 Tahun Ekonomi Pasaran Sosial) dan mengadakan seminar pertama di Malaysia tentang sistem tersebut dengan tajuk : Social Market Economy: An Alternative for Malaysia?

Tarikh: 24 – 25 Jun 2011
Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor

Kami telah mengundang khas Prof. Dr. Volker Nienhaus seorang pakar Ekonomi Pasaran Sosial untuk mengendalikan seminar dan perbincangan dengan tokoh-tokoh ekonomi di Malaysia. Kami dengan sukacitanya menjemput Y.Bhg YB/Dato’/Datin/Tuan/Puan hadir ke seminar ini. 50 penyertaan awal akan diberikan penginapan. (butiran program turut dilampirkan)

Oleh yang demikian, pihak Y.Bhg YB/Dato’/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk memberikan maklum balas kehadiran melalui email ini atau: ikdbudaya@gmail.com atau faks: 03 6028 2257 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Saifuddin di talian 012 2964244/ 03 6028 2262. Kerjasama dan perhatian daripada pihak Y.Bhg /Y.B /Dato’/ Datin/ Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

30
May

Program Naib Presiden YB Nurul Izzah

CERAMAH DI MARKAS PAS KG PASIR LEMBAH PANTAI

Tarikh : 30 Mei 2011 ( Isnin )

Masa : 9.00 malam

Tempat: Markas PAS Kampung Pasir, Lembah Pantai

Penceramah : 1) Tuan Haji Mohd Sabu
2) YB Nurul Izzah Anwar-MP Lembah Pantai
3) Ustaz Adlin-YDP Pas Lembah Pantai

Tentatif Program :

8.00-9.00 malam : YB Nurul Izzah bersama PAS Lembah Pantai mengedarkan risalah di Kerinchi, Lembah Pantai

9.00-9.30 malam : Ucapan daripada Ustaz Adlin-YDP Pas Lembah Pantai

9.30-10.00 malam : Ucapan YB Nurul Izzah-MP Lembah Pantai Continue reading ‘Program Naib Presiden YB Nurul Izzah’

30
May

Pertahan Prinsip Idelisme Anak Muda, Bangkit Jana Perubahan





30
May

Generasi Ke 2:Anak, Teruskan Usaha Bela Peneroka

Dari Harakah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh usaha yang dibuat Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang bertungkus-lumus membawa perubahan ke dalam Felda.

“Saya salute dengan Mazlan yang pakar dalam hal generasi kedua Felda ini.

“Yang dicadangkan Universiti Felda dalam buku Jingga ini memang cadangan yang cukup baik,” katanya katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Tambahnya sudah sampai masanya Felda mempunyai universiti yang diuruskan tenaga mahir dari warga Felda sendiri. Continue reading ‘Generasi Ke 2:Anak, Teruskan Usaha Bela Peneroka’

30
May

Belia Mahukan Perubahan

Dari Malaysiakini

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

“Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

“Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan,” kata Anwar kepada ribuan peneroka Felda dan penduduk kampung di Kerdau, Pahang malam semalam untuk mendengar ceramahnya.
Kaya-raya

Anwar malam tadi juga mengupas ucapan Najib pada majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran.

Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri.

Menurut Anwar beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa.

Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya.

“Saya tidak samakan Umno dengan Firaun, Firaun pun buat bangunan dan jalan, negara komunis, Zimbabwe, mahupun Bangladesh pun buat pembangunan, soalnya kita ini mahu nilai apa kekurangan besar yang membolehkan sebuah perubahan kuasa itu perlu,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu.

“Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?” tanya Anwar.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan.

28
May

Closed Dialogue Session With Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Closed dialogue session with Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Date: 29TH MAY 2011 (SUNDAY)

Time: 3 pm – 6 pm
Venue: Empire Hotel, Subang (located near Subang Parade, for map and directions please refer to
http://www.empirehotel.com.my/location-map.html)

SAIFULLAH ZULKIFLI : 013-3005461 (saifullahzulkifli@gmail.com)
AHAN : 013-2345660 (ahan.fauzi@gmail.com)
——————————————————————————————————————————————————————————————————————–
[PERINGATAN]

Dialog tertutup bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tarikh: 29 MEI 2011 (AHAD)
Masa: 3 pm – 6 pm
Lokasi: Empire Hotel, Subang (berhampiran Subang Parade, map boleh dirujuk di sini
http://www.empirehotel.com.my/location-map.html)

Pertanyaan lanjut hubungi:
SAIFULLAH ZULKIFLI : 013-3005461 (saifullahzulkifli@gmail.com)
AHAN : 013-2345660 (ahan.fauzi@gmail.com)

28
May

Program YB Nurul Izzah di Klang, Selangor

Tarikh : 28 Mei 2011 ( Sabtu )

Masa : 8.00 malam hingga 12.00 malam

Tempat : Dewan Hokkien Association, Klang

Tentatif Program :

8.00 pm : Makan Malam
8.10 pm : Ucapan daripada YB Nurul Izzah-Naib Presiden Keadilan