Archive for April, 2011



08
Apr

Program Dato Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

9 April 2011 (Sabtu)

10.00 pagi – Ceramah – Kedai Ngu, Niah (DUN Kemena)

1.00 tghari – Ceramah – Sebauh (DUN Kemena)

5.00 ptg – Ceramah – Tatau (DUN Kakus)

8.00 mlm – Ceramah – Taman Seaview, Bintulu (DUN Jepak)

9.00 mlm – Ceramah – Restoran 96, Bintulu (DUN Kidurong)

10.30 mlm – Ceramah – Kampong Jepak, Bintulu (DUN Jepak)

08
Apr

Mufti: Letak Jawatan Tanda Protes,Wujudkan Media Sendiri

Dari Harakah Daily

PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka.

Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) berkata, kejadian yang berlaku terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar bawah) amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia. Continue reading ‘Mufti: Letak Jawatan Tanda Protes,Wujudkan Media Sendiri’

08
Apr

Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak Tekad Jana Perubahan

Dari Keadilan Daily

Pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto ‘Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.’.

KEADILAN dan DAP masing-masing diwakili Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.

08
Apr

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak di Bintulu

9 April 2011 (Sabtu)

10.00 pagi – Ceramah – Kedai Ngu, Niah (DUN Kemena)

1.00 tghari – Ceramah – Sebauh (DUN Kemena)

5.00 ptg – Ceramah – Tatau (DUN Kakus)

8.00 mlm – Ceramah – Taman Seaview, Bintulu (DUN Jepak)

9.00 mlm – Ceramah – Restoran 96, Bintulu (DUN Kidurong)

10.30 mlm – Ceramah – Kampong Jepak, Bintulu (DUN Jepak)

08
Apr

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak di Miri

8 April 2011 (Jumaat)

4.30 ptg – Ceramah – Kampong Luak (DUN Senadin)

5.45 ptg – Hi-Tea – Kampong Dagang (DUN Bekenu)

6.45 ptg – Solat Maghrib – Masjid Kampong Dagang (DUN Bekenu)

8.00 mlm – Ceramah Umum – Kampong Tunku Abdul Rahman (DUN Lambir)

9.30 mlm – Ceramah Umum – Taman Tunku Abdul Rahman (DUN Lambir)

11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Rakyat – Miri (DUN Senadin/Piausau/Pujut )

06
Apr

Program Dato’ Seri Anwar Membongkar Konspirasi Politik Semasa di Selangor

7 April 2011 (Khamis)

Program 1 – 7.00 – 11.30 malam

Lokasi : Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan

Program 2 – 8.00 -12.00 malam

Lokasi : Dewan Masyarakat Kampong Seri Tiram Jaya.
Tanjong Karang

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Johari Abdul
3. YB Yusmadi Yusof
4. YB Dato’ Teng Chan Kim
5. YB Abdullah Sani
6. YB Ng Swee Lim
7. YBhg Yahya Sahri
8. YBhg Mohd Fauzi
9. YBhg Ustaz Mohd Judi

06
Apr

: Kematian Seorang Lagi Saksi SPRM: Selangor Tekad Lindungi Kakitangan

KENYATAAN AKHBAR
6 APRIL 2011

Kerajaan negeri amat kesal dengan berita kematian seorang lagi saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang amat mencurigakan.

Amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi. Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka.

Takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd, 56, dilaporkan dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane, pagi ini.

Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang.

Insiden ini juga menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri. Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.

Arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi.

Kami harap kes ini adalah kes terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

06
Apr

Baru Bian Pimpin Jentera Harapan Rakyat Sarawak

Dari KeadilanDaily

Sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan KEADILAN sebagai majoriti, maka Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan demikian pada program perasmian Bilik Gerakan Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’ kelalan di Kampung Lunbawang, malam tadi.

“Kenapa kita lantik dia? Sebab dia (Baru) pemimpin rakyat dan manusia yang taat kepada perintah Tuhan.

“Jika di Pulau Pinang, majoritinya orang Cina, maka yang menjadi Ketua Menterinya adalah orang Cina. Begitu juga di Selangor, yang mana penduduk majoritinya adalah orang Melayu,” kata Anwar di hadapan kira-kira 2,300 hadirin. Continue reading ‘Baru Bian Pimpin Jentera Harapan Rakyat Sarawak’

05
Apr

Sidang Media Mengenai Isu Suruhanjaya Diraja Isu Video Dato ‘T’

MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 5 April 2011

SIDANG MEDIA MENGENAI ISU SURUHANJAYA DIRAJA ISU VIDEO DATO T

Dimaklumkan bahawa satu sidang media yang diketuai oleh YB Tuan Karpal Singh akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 6 April 2011 (Rabu)
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Lobi, Parlimen Malaysia

Antara yang akan menghadiri sidang media ini adalah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat serta para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat .

Wakil media dijemput hadir untuk meliputi sidang media ini.

Sekian, terima kasih.

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT

05
Apr

Orang Ramai Boleh Tangkap Trio Dato T- Karpal Singh

Dari Keadilan Daily

Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap ‘Trio Dato T’ yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.

Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai ‘citizen arrest’ untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.

“Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, ” kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi. Continue reading ‘Orang Ramai Boleh Tangkap Trio Dato T- Karpal Singh’

05
Apr

Kenyataan Media / Media Statement Dr Wan Azizah, Nurul Izzah

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
5hb APRIL 2011

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim

——————————————————————— Continue reading ‘Kenyataan Media / Media Statement Dr Wan Azizah, Nurul Izzah’

04
Apr

No One Believes it, Says Razaleigh On Porn Clip

From Harakah Daily

Gua Musang member of parliament and former Finance minister Tengku Razaleigh Hamzah (pic) has described the latest sex accusation against Anwar Ibrahim as shameful and despicable.

Saying the public would not buy the story following a pornographic clip targeting Anwar released by several UMNO leaders recently, Razaleigh said such acts of humiliating others were neither part of Islamic nor Malay culture.

“I don’t think the people accept this… If we see Anwar’s first case in 1998, the people did not accept. Even after bringing a mattress, pillows, no one believed. I still remember when I made a dialogue session in Gua Musang, the people asked, ‘Is this Malay?’ Continue reading ‘No One Believes it, Says Razaleigh On Porn Clip’