Archive for April, 2011



15
Apr

Awas Taktik BN Menjelang Hari Mengundi Esok

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya tidak menyogok pengundi atau menggunakan taktik licik lain untuk “membeli” kemenangan pada pilihanraya negeri Sarawak esok.

Anwar berkata Pakatan Rakyat yakin akan memperolehi sokongan pengundi yang menjangkaui sasaran awal namun gagasan itu was-was dengan taktik-taktik kotor BN yang digunakan pada masa-masa lalu untuk mempengaruhi pengundi.

“Kami sangat optimistik, kami bergerak menjangkaui (matlamat menafikan majoriti dua pertiga BN), kami bergerak untuk menafikan monopoli BN di negeri ini,” Kami berusaha kerja meskipun kami tahu ia adalah satu tugas yang sukar,” Anwar memberitahu pada sidang akhbar di Kuching.

“Jika proses (pilihan raya) adalah bebas dan adil dari peringkat awal lagi, saya tidak ragu-ragu mengenai (peluang itu)… bagaimanapun, kami melawan keseluruhan jentera kerajaan. Kami prihatin dengan perkembangan sepanjang beberapa jam akan datang,” katanya lagi.

Pemantau-pemantua bebas pilihanraya iaitu S.Ambiga, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Steven Ng dilarang memasuki Sarawak untuk mengikuti sejauh mana pilihanraya diadakan secara bebas dan adil.

Selain itu portal berita TVSelangor, Malaysiakini, Sarawak Report dan HarakahDaily digodam untuk mengekang laporan-laporan yang mendedahkan kepincangan Taib dan kerajaan pimpinannya.

Media arus perdana pula diarah untuk tidak menyiarkan ceramah-ceramah pembangkang yang menarik kehadiran tinggi. Sebaliknya tumpuan diberikan untuk mengkitar semula “cerita-cerita lama” bagi menfitnah Anwar yang menerajui kempen Pakatan di Sarawak.

Tv3 contohnya menyiarkan rakaman wawancara dengan blogger Raja Petra Kamaruddin yang mengkritik Anwar. Wawancara itu dirakam dua bulan lalu tetapi hanya disiarkan diambang pilihanraya negeri Sarawak.

Selain itu, Putrajaya mengarahkan kakitangan agensi-agensi persekutuan seperti Kemas, JASA dan Tekun menginap bersama penghuni rumah panjang untuk memberi tekanan kepada mereka supaya mengundi BN.

Pemimpin-pemimpin BN mengakui parti pemerintah yang menguasai 63 daripad 71 kerusi di DUN Sarawak kini berhadapan dengan saingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Keresahan rakyat banyak berpaksi kepada dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Perdana Menteri Najib Razak terpaksa menghabiskan seminggu berkempen untuk menarik sokongan bagi Taib khususnya di kawasan bandar.

Anwar berkata kehadiran tinggi rakyat Sarawak pada ceramah-ceramah PR tetap konsisten sejak hari pertama kempen dan menempelak dakwaan BN kononnya pengundi memberi sambutan suram kepada pembangkang.

Anwar berkata mesej yang di bawa oleh Najib tidak berkesan untuk mengatasi masalah-masalah parah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak.

“Sekarang kita tahu adalah apa yang disebut Najib mengenai tranformasi dan pembangunan Sarawak adalah retorik kerana masalah tanah (rakyat yang dirompak) pun tidak diselesaikan,” tegasnya.

Anwar yang jua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memberi ingatan kepada pentadbiran Najib supaya tidak mencemarkan proses pilihanraya aya yang sepatutnya berlangsung secara demokratik.

“Setakat ini, media tidak bebas dan memberi proses demokrasi…saya ingin memberi ingatan: jangan dikhianati amanah (pilihan raya) ini.

“Ada yang mereka (pengundi Sarawak) melebihi kebimbangan dengan asakan-asakan (daripada jentera kerajaan dan Barisan Nasional),” ujarnya.

Dalam perkembangan yang lain, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di Markas Operasi di Taman Permatang Jaya dalam Dun Tupong turut mengakui bahawa Barisan Nasional kian cemas.

Beliau menyuarakan rasa yakin bawa lima Dun yang ditandingan PAS akan menerima sokongan yang lebih besar dalam pilihan raya kali ini.

15
Apr

Pakatan Will Go ‘Far Beyond’ Two-Thirds

From Malaysian Insider

With just 12 hours left on the campaign clock, Datuk Seri Anwar Ibrahim has confidently declared that Pakatan Rakyat is now looking beyond denying Barisan Nasional its two-thirds majority and aiming to capture Sarawak.

But the PR de facto leader said the final hours would prove crucial to ensure BN’s last-ditched attempt to use money politics and underhanded tactics to steal opposition votes would not succeed.

“We are very optimistic we are going to go far beyond that (denying two-thirds), we are pushing to deny BN its monopoly of the state,” he said. Continue reading ‘Pakatan Will Go ‘Far Beyond’ Two-Thirds’

15
Apr

Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang

Dari Harakah

Bukan sekadar memorandum mereka tidak diterima bahkan pegawai yang menyertai rombongan Perdana Menteri di Pasar Tamu Limbang petang semalam telah mengoyak memorandum itu.

Inilah nasib rakyat yang cuba mendapatkan pertolongan Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”

Menurut Adun Pasir Pinji, Thomas Su, (gambar) penduduk di sini bersama dengan DAP telah menunggug ketibaan rombongan PM untuk menyampaikan dua memorandum iaitu “Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang” dan satu lagi adalah mengenai “Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang”. Continue reading ‘Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang’

15
Apr

Sarawak Election 2011: Come Home And Vote For Change



15
Apr

Kenyataan Surendran Berhubung Wawancara TV3 Bersama RPK

Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai. Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh “sumber yang boleh dipercayai” berkenaan perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia. Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam.

Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan “disapu ke bawah Permaidani”. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan.

N.Surendran
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

14
Apr

Program ‘Grand Finale’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

14 April 2011 (Khamis)

5.00 ptg – Pekan Sadong Jaya

6.00 ptg – Pekan Asajaya

7.30 malam – Serian Seafood Garden Restaurant, Bazar Serian

9-00 malam – BDC, Jalan Stampin, Kucing

10.30 malam – Bandar Baru Semariang Fasa 3, Jalan Sultan Tengah, Kucing

14
Apr

Utusan Dan Adab Songsang Cari Kebenaran

Dari Malaysiakini

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.

Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.

Adab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.

Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.

Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.
Soal maruah

Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.

Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.

Runtuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.

Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.

Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.

Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.

Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.

Setelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.

Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya. Continue reading ‘Utusan Dan Adab Songsang Cari Kebenaran’

13
Apr

1MDB – Najib’s Political Slush FundTo Prop Taib And His Cronies

PRESS STATEMENT
Wednesday 13 April 2011

As you may recall, I raised my concerns about 1MDB in September 2010 when Pakatan Rakyat exposed how the fund, which was already allocated RM5 billion in 2009 via government bonds, was planning to raise another RM10 billion. That would have raised the fund’s liabilities to RM15 billion by 2013, which is four times the value of bonds issued for PKFZ that amounted to RM3.68 billion.

To hoodwink the Rakyat, Dato’ Seri Najib said that 1MDB had in fact declared a profit of RM425 million in the first year of operation. He never told us how.
We have today 1MDB’s financial statements that expose BN’s blatant abuse of government funds and how it continues to mismanage the country.

1MDB was able to declare a profit for 31 Mac 2010 because it entered into a very suspicious transaction tantamount to a blatant attempt to deceive the Rakyat. The profit declared was nothing more than an accounting entry to hide a trail of arrangement to create slush funds for BN.
Hardly five months after paying RM3.5 billion in cash for an investment in a joint venture with PetroSaudi of Saudi Arabia, 1MDB sold the investment back to the owners of the Saudi concern for RM4.1 billion.

On the surface this looks like a stunning financial return; a roughly RM615 million gain that helped 1MDB show profit.

But careful reviews of the 1MDB’s financial statements show a different picture. PetroSaudi, which received cash when 1MDB bought the stake, is now paying for the transaction through an 11-year loan scheme that will only be fully repaid in 31 March 2021.

Why such a sweetheart financial arrangement?

Nearly 70% of 1MDB’S original capital is now tied-up in a loan, which there is no certainty it will be paid.

PetroSaudi and many of its associates are companies incorporated in tax havens, such as Cayman Islands and the British Virgin Islands. Therefore, there will not be any transparency of the transactions between 1MDB and PetroSaudi and the latter’s associates which will remain to be shrouded in secrecy.
What is even more astonishing is that the deal to sell the investment was done on 31 March 2010, which is the last day of the financial year. This sleight of hand accounting is a blatant attempt to show the dubious profit that Dato’ Seri Najib declared.

What is also as explosive is the Taib Mahmud’s connection to 1MDB and the dubious transactions it recorded.

Last year PetroSaudi paid over RM1.5 billion to takeover UBG Bhd, the financial arm of the business empire owned by Taib Mahmud’s family that was facing difficulties.
Where did that money come from?

The financial statements strongly suggest that 1MDB’s financial merry-go-round is clearly a political slush created by the BN and Najib to enrich cronies and bail them out.

Therefore, in light of the massive and unprecedented spending and political bribery seen in this Sarawak election, Pakatan Rakyat demands the following:
An appointment of a special audit to probe into the transactions involving 1MDB, PetroSaudi and UBG to ascertain whether or not government money has been used for a slush political fund;

The immediate halt of the company’s efforts to raise more funds from the banks until such probe is completed;

A freeze on any attempt by BN to transfer any government property into 1MDB, such as the plan to award the company the prime piece of real estate in Jalan Cochrane; and

A full disclosure on who is behind PetroSaudi and 1MDB to convince the Rakyat that the company is financially sound to meet all its obligations to repay the loan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

13
Apr

BN Dijangka Tabur Jutaan Ringgit Pada 4 Hari Terakhir Kempen

Dari Keadilan Daily

Barisan Nasional dijangka akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini.

“Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia diluar kawalan kami. Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada diantara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri. Continue reading ‘BN Dijangka Tabur Jutaan Ringgit Pada 4 Hari Terakhir Kempen’

13
Apr

BN Sarawak: Tradisi Memangsakan Rakyat

Oleh YB Dzulkefly Ahmad

Rakyat Sarawak mesti melakukan perubahan pada pilihan raya negeri yang berlangsung 16 April ini daripada terus menjadi mangsa kerajaan.

Ini kerana kerajaan BN negeri secara tradisi menjadikan rakyat sebagai mangsa termasuk merampas tanah mereka dengan alasan untuk menjadikan negeri ini maju.

Justeru, adakah rakyat dan pengundi termasuk di Dun Muara Tuang kepada jaminan yang diberikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menjadikan Sarawak Maju pada 2020. Continue reading ‘BN Sarawak: Tradisi Memangsakan Rakyat’

13
Apr

Anwar: BN’s Transformation Is a Sham, ‘ubah’ is Better

From Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim mocked Barisan Nasional (BN) election campaign’s “transformation” message last night, calling it a sham that covers up the ruling coalition’s failures in Sarawak.

“They say transform is better than ubah. But let me ask you this, how can you even transform Sarawak if you cannot even control (Sarawak chief minister Tan Sri Abdul) Taib Mahmud.

“I have seen corruption in the Peninsula but the corruption that goes on in Sarawak under this man is done with impunity. Done without even a shred of guilt or shame,” Anwar told his audience near Kampung Hilir, here.

The BN’s call to “transform” Sarawak is a counter to the PR’s campaign motto for Sarawakians to “ubah” or change their state government.

“Transform” is a phrase inspired from the two transformation programmes, the Economic Transformation Programme and the Government Transformation Programme, introduced by Datuk Seri Najib Razak’s administration.

Federal-level BN and PR leaders have been boasting of their track records while criss-crossing Sarawak.

The BN has trumpeted the massive infrastructure projects they have earmarked for Sarawak while the PR has pointed to their achievements in the Selangor and Penang governments.

Anwar spent most of his time countering the BN’s claims that the PR governments of Penang and Selangor failed to meet their 2008 general election promises.

“Taib says we offer empty promises. But you can see for yourself what we have achieved in Penang and Selangor.

“Their economies are growing, the people’s welfare is being taken care of and we are running a clean government. This what we can bring for Sarawak if only you all change,” Anwar said.

He also compared the PR’s stand on the freedom to practice religion to that of the BN. Anwar was hoping to capitalise on any fallout created by the BN’s dispute with Christian groups over the usage of the Bahasa Malaysia Bible and the term Allah.

“Allah has been used to refer to God for centuries even before Islam. The proof is there. So there should not be any restrictions on it. Christians should also have the right to practice their faith in whatever language they choose.”

13
Apr

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak di Sibu

13 April 2011 (Rabu)

10.30 pagi – Ceramah – Rumah Panjang Nyandang, Nasi (DUN Meluan)

7.30 mlm – Ceramah – Rumah Panjang Bundong (DUN Pelagus)

9.00 mlm – Ceramah – Rumah Panjang Melai (DUN Baleh)