Archive for April, 2011



20
Apr

The Myths of Sarawak Polls Results

From Malaysiakini
By Bridget Welsh

The dust has begun to settle on the 10th Sarawak polls with the BN touting its retention of the two-thirds majority as a victory, while Pakatan Rakyat points to the more than doubling of its seats. This was the most competitive state election in Sarawak’s history and was hard fought by both sides.

BN, led by Prime Minister Najib Razak essentially camped in the state for 10 days to assure the two-thirds, while the opposition also focused is national machinery in Sarawak, bringing in the top guns from Peninsular Malaysia and thousands of party workers.

A closer look at the results show that the opposition has made impressive ground, despite its failure to break the two-thirds threshold. Sarawak is no longer BN’s fixed deposit, and trends in mobilisation and support suggest that it is even more likely not to be so unless Sarawak BN radically changes how it governs.
Myth of Chinese-only swing

The spin on this election reflects a similar tone of 2006, focusing on the gains in urban seats and Chinese voters. The implicit threat in Chief Minister Abdul Taib Mahmud’s statement that the Chinese will pay for their lack of loyalty highlights the perception that the losses are the product of continued Chinese support for the opposition. Continue reading ‘The Myths of Sarawak Polls Results’

20
Apr

Bebaskan Sarawak dari kekangan Politik Feudal BN

KENYATAAN MEDIA
Timbalan Ketua Wanita Pusat
Merangkap Pengarah Biro Pilihan Raya Pusat
Wanita KEADILAN
 
BEBASKAN SARAWAK DARIPADA KEKANGAN POLITIK FEUDAL BN

Berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-10 menandakan sinar baru kepada keadilan dan perubahan yang lebih bermakna di Sarawak. Tidak pernah berlaku dalam PRN Sarawak sebelum ini yang mana Barisan Nasional (BN) diberikan tentangan yang cukup sengit oleh parti-parti pembangkang. BN mungkin mendabik dada dengan kemenangan ini. Namun mereka harus ingat, Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya menambah lapan (8) lagi kerusi berbanding PRN Sarawak yang lalu, di samping meningkatkan undi keseluruhan Pakatan sehingga 45%. Jika tidak kerana peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang terbukti terus menjadi ‘talian hayat’ Barisan Nasional untuk kekal berkuasa di Bumi Kenyalang, pastinya ada beberapa kerusi lagi yang akan jatuh ke tangan Pakatan.
 
Amat mendukacitakan bilamana sebahagian Melayu Sarawak terus-menerus terjebak ke dalam politik feudal PBB-BN yang mengekang kebebasan berpolitik rakyat. Ahli politik yang berkedudukan menggunakan kuasa mereka menakut-nakutkan rakyat yang lemah dengan berbagai cara – deraan mental, emosi, ancaman fizikal, penarikan habuan ekonomi dan lain-lain lagi agar rakyat tunduk akur menyembah keinginan ahli-ahli politik feudal.

Kemiskinan dan tahap ilmu pengetahuan yang amat rendah menjadikan mereka alat yang ampuh untuk diperkotak-katikkan supaya mudah memenuhi agenda pemusatan kekayaan dan kuasa di tangan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dan kroni-kroninya. Asobiyah kenegerian juga diperbesar dan dipermainkan supaya menimbulkan rasa sangsi yang mendalam terhadap warga senegara dari Semenanjung Malaysia, khususnya daripada Pakatan. Gelagat Melayu Umnolah sebenarnya yang telah membawa imej buruk terhadap warga Semenanjung Malaysia yang tiada kaitan sama sekali dalam agenda pengautan kekayaan dari Malaysia Timur di mana Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang lebih kaya dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) percaya kepada demokrasi tulen sebagai asas kemajuan rakyat. Rakyat bebas bertindak dalam batas-batas peraturan dan undang-undang negara. Rakyat bebas memilih pemimpin dan dasar-dasar tanpa didiskriminasikan. Semua program dan rancangan adalah layak untuk mana-mana sasaran rakyat walaupun mereka ahli Umno atau PBB atau selain Pakatan.

Wanita KEADILAN berbangga dengan pertambahan calon-calon wanita dan kejayaan wanita meraih kerusi DUN Sarawak, khususnya dari DAP. Sebagai Pengarah Pilihan Raya Wanita KEADILAN Pusat, saya juga optimis bahawa kesinambungan terhadap angin perubahan politik dalam pilihan raya ke-10 Dun Sarawak akan berganda kali meningkat menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Keinginan rakyat Sarawak terhadap kerajaan yang penyayang, adil dan saksama amatlah mendalam. Semakin ramai rakyat yang sedar bahawa merekalah yang sebenarnya berkuasa menentukan masa depan Sarawak. Masa akan menjadi saksi keruntuhan pemerintahan feudalistik PBB-BN Sarawak.
 
 
Rodziah Ismail
Timbalan Ketua Wanita Pusat
Pengarah Pilihan Raya Wanita Pusat
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
19 April 2011

19
Apr

Projek e-mel 1Malaysia Diberi Kepada Syarikat Hampir Muflis

Dari KeadilanDaily

Projek e-mel percuma melalui sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd, yang bernilai RM50 juta merupakan satu lagi projek jenaka yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat di negara ini, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menurutnya, projek yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjelaskan lagi bahawa usaha kerajaan- menerusi Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), tidak langsung mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat.

“Projek ini dimasukkan ke dalam projek utama dalam EPP di bawah ETP yang dikatakan bertujuan untuk meningkatkan dan melipatgandakan pendapatan rakyat.

“Tetapi rakyat boleh nilai sendiri bentuk projek yang ada dan ditawarkan kerajaan samada mendatangkan pulangan kepada rakyat,” ujarnya.

Selain menyifatkan projek e-mel 1Malaysia itu bukan idea yang bernas, Rafizi juga mempersoal cara kontrak tersebut diberi kepada Tricubes Bhd, yang dipercayai sebuah syarikat yang hampir muflis. Continue reading ‘Projek e-mel 1Malaysia Diberi Kepada Syarikat Hampir Muflis’

19
Apr

Syed Husin Dedah SB ‘Lantik’ Pensyarah Universiti

Dari Keadilan Daily

Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa Polis Cawangan Khas bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik.

Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam.

“Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya. Continue reading ‘Syed Husin Dedah SB ‘Lantik’ Pensyarah Universiti’

19
Apr

Skandal Scorpene: Suaram Lantik Hakim Bebas di Perancis

Dari Kerajaan Rakyat

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.

“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia hari ini.

“Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan,” kata peguam itu.Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.

Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.
Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.

18
Apr

Video: Peguam Negara Dijangka Akan Tetap Mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim Walau Siasatan Polis Tunjukkan Sebaliknya

Saya merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.

Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
18 April 2011

==== Continue reading ‘Video: Peguam Negara Dijangka Akan Tetap Mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim Walau Siasatan Polis Tunjukkan Sebaliknya’

18
Apr

Berkumandang Slogan “Tangkap Taib Mahmud”

Dari Merdeka Review

Tahun 1998 Sarawak tidak terusik oleh ombak reformasi, malah Pilihanraya Umum 2008 pun Sarawak juga tidak terusik. Warga Sarawak kini telah melihat dan sedar bahawa kalau Semenajung boleh berubah, maka mereka juga boleh berubah. Semangat dan roh reformasi kini telah sampai ke Sarawak. Warga Sarawak kini melihat gaya dan cara politik Semenanjung. Ini didikan politik untuk Sarawak.

Semangat dan nasionalisme Dayak telah muncul. Ini akan menumpaskan hegemoni Melanau.

Untuk pertama kalinya rakyat Sarawak mendengar slogan: TANGKAP TAIB MAHMUD! Continue reading ‘Berkumandang Slogan “Tangkap Taib Mahmud”’

18
Apr

Sarawak Bukan Lagi ‘Simpanan Tetap’ BN

Dari Malaysiakini

Pakatan Rakyat berjaya menembusi di Sarawak, dengan menggandakan bilangan wakil rakyatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk, manakala presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya. Continue reading ‘Sarawak Bukan Lagi ‘Simpanan Tetap’ BN’

17
Apr

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?

Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.

ANWAR IBRAHIM

15
Apr

BN, Taib Diramal Tumbang

Dari Keadilan Daily

Barisan Nasional diramal tumbang di Sarawak dengan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.

Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan kalah dikerusi yang dipertahankannya di DUN Balingian.
Demikian hasil satu kaji selidik yang dilakukan Zentrum Future Studies, satu pusat penyelidikan bebas yang meramalkan isu sosial, politik dan ekonomi di masa depan.

Menurut hasil kajian tersebut, Pakatan Rakyat diramal berjaya memperoleh 31 kerusi, bebas 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak, yang juga menentang BN sebanyak 15 kerusi dalam pilihan raya kali ini. Continue reading ‘BN, Taib Diramal Tumbang’

15
Apr

The Unending Haunt Of Altantuya

By Kim Quek

14.04.2011

Raja Petra Kamarudin’s interview by TV3 last night is undoubtedly a piece of political propaganda aimed at cleansing Prime Minister Najib Razak’s taint with the Altantuya murder case ahead of the Sarawak elections two days from now.

Raja Petra’s interview was centered on an affidavit he signed on 18the June 2008, in which he claimed he was reliably informed by his informer that Najib’s wife Rosmah Mansor was at the scene of the crime, witnessing the blasting of Altantuya’s body. Raja Petra now claims that he no longer believes what he believed then.

Let us be very clear on this issue at the very outset. The veracity or otherwise of that affidavit as well as whatever belief or disbelief Raja Petra may have over the Altantuya case does not add or subtract one bit to the dark clouds that have persisted to hound Najib over this murder case.

FAILURE OF INSTITUTIONS

Such negative perceptions of Najib do not arise from so-and-so says this or that. Rather, they have accumulated over Najib’s own failure to conduct himself appropriately as well as the overtly protective shield provided by our law-enforcing institutions to keep Najib out of bound to due legal process – to the point of dereliction of duty, bordering on criminal collusion. It is these flagrant institutional failures as well Najib’s clumsily evasive conduct that has deepened public suspicion of his involvement.

These instances are too many to enumerate, but we will mention a few to refresh public memory.

Starting with the police, there is no reason whatsoever why the police should have left Najib and his aide-de-camp Musa Safri out of its loop of investigation, when all the three accused were closely linked to Najib and it was Musa who instructed the first two accused to tackle Altantuya.

Police failure was even more glaring when it failed to act on private investigator P. Subramaniam’s all three affidavits and video interview by three senior lawyers. The information provided by Bala in these documents not only incriminated Najib (in first affidavit), but also accused Rosmah and Najib’s brother Nazim of forcing Bala and his family to flee the country with bribe and threats (recorded in video interview and submitted via the third affidavit). The third affidavit was in reply to Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) written questions, and submitted in July 2010. There has been no response from MACC, despite written reminders by Bala’s lawyer.

What possible reason is there for the police and MACC to remain silent over these serious accusations, backed by factual details, against the Prime Minister and his family? If Najib and family is innocent, wouldn’t these law enforcing bodies have sprung to action in the first instance to clear the PM and family of such horrible stigma?

BIZARRE IRREGULARITIES

The scenario in the court is even more bizarre. Revealing and critical evidence exposed in court was quickly smothered, instead of being pursued in the cause of truth and justice. The extra-ordinary part is that the attempt to bury these new evidences was not engendered by one or two parties but by all the three parties acting in concert – prosecutor, defence and judge.

These evidences included the erasure of immigration record of Altantuya and her Mongolian companions, and an alleged photograph of Najib, Altantuya and the third accused having a meal in a restaurant. The former evidence would have yielded important lead to some high power involvement in the case, while the latter would have nailed Najib (if proven) who had repeatedly sworn that he had never known nor met Altantuya.

This grotesque phenomenon of confluence of interest of all the judicial players to suppress new evidence can have only one explanation – Najib must be kept out of this case.

That justice might not have been fully served through the sentencing of the first two accused to death should be obvious, when the court never bothered to probe into the motive of executing the girl – and in such cruel fashion. It is not difficult to fathom why motive of murder was never mentioned in court. The simple answer is: there is none.

The two convicted killers, who were bodyguards to Najib, and trained to execute order rigidly without question, had no motive on their own to kill someone they had never met. And since the third accused, who was accused of instigating the killing, was set free due to lack of evidence, then the remaining question must be: who ordered the killing? Is it conceivable that the bodyguards had killed without order and without motive? Isn’t it to logical to duduce that the mastermind and real culprit may still be lurching somewhere beyong the realm of the court?

It is clear that major questions and swirling doubts over the handling of the case are still unresolved. Until these are satisfactorily answered through a just court and an honourable police force, which can only be brought into existence through a complete change of political leadership, it is naïve to hope for the return of justice to the Altantuya family and the nation. And until such time, Premier Najib Razak cannot expect to be free from the haunt of Altantuya’s murder.

Kim Quek

15
Apr

Siapa Arahkan UTK Bunuh Altantuya?

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab persoalan siapa yang mengarahkan dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata persoalan mengenainya gagal dijawab Najib sehingga hari ini.

Anwar merujuk kepada akuan-akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P. Balasubraminiam dan Raja Petra Kamaruddin pada 2008. Continue reading ‘Siapa Arahkan UTK Bunuh Altantuya?’