Archive for April, 2011



24
Apr

‘Najib Kembalilah Ke Pangkal Jalan’

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah.

Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan.

“Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk,” kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam.

Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak.

Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat.

Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau.

Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini:

“Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya.” Saya kata “Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan “Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang,” kata Anwar.

Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini.

“Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina,” kata Anwar

“Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan,” tambahnya lagi.

23
Apr

Cakap cakap….Chandra Muzzafar

From Steadyku47 blog

Former PKR deputy president Dr Chandra Muzaffar lashed out against critics who targeted the men behind a sex video allegedly featuring opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim with a prostitute.

Joining the fray on the sex video scandal, Chandra said it was the wrongdoer and not those who exposed the wrongdoing that should be targeted.??The former PKR deputy president said he was disappointed with some quarters whose focus had gone astray. Continue reading ‘Cakap cakap….Chandra Muzzafar’

22
Apr

Takziah Kepada N.J Ryan Sekeluarga

Saya menerima khabar sedih pagi ini bahawa mantan pengetua saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, N.J Ryan (Neil Jonathan Ryan)telah meninggal dunia di Australia. Beliau berkhidmat di Kolej Melayu dari tahun 1959-1965. N.J Ryan berjasa besar memperkenalkan antaranya pertandingan catur David Marshall dan tradisi pertandingan rugbi tahun antara Kolej Melayu dengan Vajiravudh yang sehingga kini masih diteruskan. Beliau juga terlibat memimpin pasukan debat Kolej Melayu. N.J Ryan juga sosok yang sangat mementingkan disiplin.

Mendiang juga merupakan seorang sejarahwan. Antara tulisan beliau berjudul The Last Expatriate, mencatatkan pengalaman beliau sebagai pendidik. Tatkala difitnah dan dipenjarakan pada tahun 1998, beliau antara guru yang teguh menyatakan sokongan buat saya dan keluarga. Malah mendiang pernah mengunjungi keluarga dan menyampaikan rasa kesal terhadap apa yang menimpa saya. Izinkan saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau dan sesungguhnya jasa beliau sentiasa dikenang.

ANWAR IBRAHIM

22
Apr

Menolak Sekeras-Kerasnya Laporan Berita Harian Mengenai Video Seks

Kenyataan Media
22 April 2011

Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.

Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa “perbicaraan melalui media” (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau:

1) mengenai empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir dan Dato Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?

2) mengenai persamaan yang cukup rapat antara “video seks” ini dengan “video seks” yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999.

Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak “politik lucah”, dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman.

YB Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

===== Continue reading ‘Menolak Sekeras-Kerasnya Laporan Berita Harian Mengenai Video Seks’

22
Apr

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

23 April 2011 (Sabtu)

1) 5.00 ptg – Hi-Tea di Pulau Pangkor

Lokasi : Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty
3. YBhg Dato’ Dr Yap Yit Thong

2) 8.00 – Perasmian Pejabat KeADILan Cabang Lumut Continue reading ‘Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak’

22
Apr

Trio Umno Perlu Didakwa

Dari Harakah
Oleh Subky Latiff

MENGIKUT keterangan jurucakap polis Datuk T atau Trio Umno, kumpulan terdiri dari tiga orang yang mengedarkan video lucah yang dikatakan mengaitkan ketua pembangkang akan didakwa kerana mengedar dan menayangkan klip terlarang dan terkutuk itu.

Kenyataan awal polis bagaimana pun terserah kepada Peguam Negara. Kuasa polis hanya menyiasat dan kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara.

Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa.

Ia suatu yang dinanti-nanti oleh semua orang.

Ada pun siapa sebenarnya menjadi pelakun dalam video itu adalah perkara lain yang boleh ditentukan kemudian. Tetapi yang ternyata salah ialah orang yang mengedarkan video lucah. Ketiga-tiganya belum boleh dikatakan salah kerana ia akan ditentukan oleh mahkamah. Didakwa atau tidak bergantung kepada Jabatan Peguam Negara.

Seperti kejadian Saidina Umar al-Khatab menyerbu sebuah rumah yang disyaki dan dipastikannya berlaku maksiat. Dia menyerbut ikut tingkap bagi menangkap orang yang disyaki.

Khalifah tidak meneruskan tangkapan kerana tuan rumah mendakwa khalifah melakukan tiga kesalahan untuk menangkapnya iaitu masuk ke dalam rumahnya ikut tingkap – tidak ikut pintu, mengintip ketenangan dalam rumahnya dan masuk rumahnya tanya izinnya dulu.

Kesalahan tuan rumah yang cuba ditangkap adalah perkara kedua, tetapi kesilapan khalifah perlu diselesaikan dulu.

Dalam kejadian video lucah itu pemilik, pengedar tayang dan penontonnya atas apa jua sebab perlu ditangani dulu. Jika semuanya disabitkan sebagai fitnah, maka punca fitnah itu perlu didahulukan.

Selain dari wayang haram itu telah memfitnah ketua pembangkang dan keluarganya, ia boleh memalu dan memfitnah keluarga tiga kumpulan itu yang sudah pun mengaku berterang-terangan menayangkannya.

Di antara tiga itu yang dikenali dan dihormati dalam masyarakat sekarang ialah keluarga seorang menteri kerana dia adalah bapa mertua kepada menteri itu.

Menteri itu, isterinya iaitu anak dari salah seorang kumpulan tiga orang itu dan anak-anak menteri itu yang masih bersekolah telah tahu kegiatan orang tua itu.

Menonton video itu saja sudah melanggar undang-undang. Menyimpan atau memilikinya juga melanggar kesalahan lagi dan menayangkan kepada orang lain adalah lebih salah lagi.

Ia boleh memalukan menteri itu kerana bapa mertuanya terlibat. Ia boleh memalukan isteri menteri itu atas kegiatan si ayah. Anak-anak menteri itu yang sudah tahu erti malu mengetahui pula tentang datuk mereka menengok video yang tidak patut ditengok oleh orang awam baik beragama apa sekali pun.

Jika kawan-kawannya di sekolah tahu yang dia adalah datuk mereka, maka apa pula komen mereka tentang si datuk itu dan bagaimana kalau mereka bertanya pula dari anak menteri itu tentang datuknya?

Maka semuanya sekarang telah tahu tentang datuk anak-anak menteri itu.

Semua tahu akan kesan saikologi yang dihadapi oleh anak-anak seorang anggota kabinet 30 tahun lalu atas kes yang dihadapi olehnya. Sejak kes itu ditahan, dibicarakan, dihukum dengan diringan dipenjara saja, menyebabkan anak-anaknya di sekolah tertekan untuk menghadapi rakan-rakannya.

Rakan-rakannya bertanya tentang setiap perkembangan dalam kes itu hingga anak-anak itu tahu bagaimana hendak menghadapinya.

Ia menjadi pengajaran kepada semua tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga menteri itu dulu. Dan kini keluarga seorang menteri lagi menghadapi kesan fitnah juga.

Sama ada datuk trio itu didakwa atau tidak, keluarga masing-masing sudah pun berdepan dengan kesan dan tekanan jiwa.

Ketiga-tiganya mesti berdepan dengan tindakan undang-undang supaya masing-masing mendapat pengajaran daripadanya dan supaya kesalahan undang-undang itu tidak dilakukan oleh orang lain pula. Dakwaan itu bukan dibuat sekadar memenuhi desakan orang tetapi dibuat kerana undang-undang memperuntukkannya begitu.

Semua menunggu perkembangan selanjutnya setelah jurucakap polis menyatakan mereka sedang menunggu keputusan Peguam Negara.

21
Apr

Anwar Mesti Dihapuskan…?

Oleh Tok Bahaman

Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar TDM 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.

Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus disempadan juga akan menjadi tidak selamat.

Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia – Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin.

Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan.

Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu. Bahaman adalah panglima raja – bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan”

Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO.

Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.

Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS – DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah ‘kui” atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….!

Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.

Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi ! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah “ Anwar “ dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini.

Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS – DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan.

Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS – DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya “Anwar” dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai !. Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhi masyarakat Tionghua?

Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya.

Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita disekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim!. Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO.

Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat

Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan. Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal – model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu saparation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya.

Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol.

Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina – dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah.?

21
Apr

Rafizi : 1 Melayu, 1 Bumi Penghinaan Terbuka Dasar 1 Malaysia Najib

Dari TV Selangor

Selepas pencapaian memberansangkan Pakatan Rakyat dengan kemenangan 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak minggu lalu, slogan 1Malaysia yang dijaja oleh Perdana Menteri Najib Razak kini mula dipertikaikan.

Akhbar Utusan Malaysia yang dianggap lidah rasmi parti itu kini mula mempersoalkan dasar tersebut melalui penulisan artikel setengah muka bertajuk “Ayuh! Gerakkan Segera 1Melayu, 1Bumi”.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihubungi Tv Selangor menyifatkan ianya sebahagian daripada sindrom gagal menerima hakikat menerusi keputusan luar jangka pengundi Cina terhadap parti Barisan Nasional (BN).

Katanya, senjata perkauman yang dijulang BN dengan menggambarkan kemenangan DAP di 12 kerusi kawasan majoriti pengundi Cina sebagai faktor kaum Melayu ditindas hanya bertujuan memecahkanbelahkan masyarakat di negara ini.

“Sedangkan itu satu analisa yang salah sebab kalau kita lihat secara terperinci, perubahan undi paling besar adalah daripada kaum bumiputera baik Islam atau bukan Islam di Sarawak kepada Pakatan Rakyat adalah pengundi PKR. Tapi tentu analisis ini tidak akan ditunjukkan sebab akan lari dari skrip perkauman mereka,” kata beliau. Continue reading ‘Rafizi : 1 Melayu, 1 Bumi Penghinaan Terbuka Dasar 1 Malaysia Najib’

21
Apr

J/kuasa Fatwa Pulau Pinang Tolak Video Fitnah, Nasihat Orang Ramai

Dari KeadilanDaily

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinangyang bersidang pada 7 April 2011 lalu, telah membincangkan mengenai isu penyiaran video lucah yang didakwa melibatkan ketua pembangkang.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mufti Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Haji Hassan Ahmad, memutuskan bahawa penyiaran video lucah kepada orang ramai jelas bertentangan dengan Hukum Syarak.

Menurut AJK Fatwa berkenaan, rakaman video tidak boleh diterima sebagai bukti keterangan dalam Islam kerana ianya boleh direka dan dilakonkan semula.

Manakala mereka yang terlibat menyiarkannya adalah tidak bermoral sebagaimana firman Allah dalam surah berikut:

Surah an-Nur : ayat 4

“Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.

Surah an-Nur : ayat 13

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu
pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta”

Surah an-Nur : ayat 23

“Sesungguhnya orang yang menuduh wanita-wanita yang terpelihara kehormatannya, yang tidak memikirkan sebarang kejahatan, lagi beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di Akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar”.

Surah al-Hujarat : ayat 6

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan”.

Oleh itu kata Jawatankuasa Fatwa tersebut berkata , orang awam dinasihatkan tidak menonton video itu kerana menurut Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam, rakaman video tidak boleh dijadikan hujah dalam pembuktian untuk menjatuhkan hukuman had zina.

“Malah orang yang menyiarkan video itu boleh dijatuhi hukuman had qazaf (tuduhan zina) jika gagal membawa empat orang saksi yang adil.

20
Apr

Sumpah:Hanya Patuh Kepada Peraturan Allah

Dari Harakah

Setahu para ulama, tiada sumpah dalam urusan yang melibatkan zina, rogol liwat (melainkan isteri yang mengadu kepada hakim bahawa dia diliwat oleh suami dibenarkan bersumpah), tuduhan seseorang itu melakukan zina tanpa mengemukakan saksi (qazaf) berpandukan tindakan yang tidak memanggil Safwan atau Aisyah bersumpah dalam peristiwa fitnah ke atasnya.

Demikian penerangan yang diberikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai cabaran bersumpah dari bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

“Sumpah hanya ada dalam urusan yang bukan jenayah di atas, yang pembuktian hanya dilakukan melalui penyaksian atau pengakuan.

“Andainya dibenarkan sumpah dalam urusan qazaf, nescaya akan binasalah masyarakat, apabila seseorang wanita atau lelaki yang khianat atau berniat jahat kepada seorang imam, sanggup bersumpah dengan nama Allah:

“Wallahi, wabillahi, watallahi, imam itu telah merogol saya, nescaya akan punah keyakinan masyarakat pada imam, demikian seterusnya,” terang Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Lantaran itu, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rasulullah s.a.w mengkategorikan qazaf sebagai dosa membinasakan – yakni ia akan membinasakan diri yang dituduh, keluarganya mungkin bercerai-berai, masyarakat hilang kepercayaan padanya dan institusi atau syarikat akan membawa hilang kredibiliti kepada majikannya.

“Bayangkan kalau sumpah dibenarkan dalam tuduhan zina, rogol dan liwat, sudah tentu akan ada golongan yang akan mengambil kesempatan sanggup bersumpah demi menjatuhkan maruah seseorang,” tambahnya.

Disebabkan itu, katanya, Islam menyeru umatnya agar berpegang pada panduan ilmu yang disampaikan oleh para ulamak yang muktabar.

“Apabila Dr Yusuf al-Qardhawi menjelaskan tiadanya sumpah dalam urusan qazaf, bermakna inilah panduan syarak yang perlu dipatuhi oleh umat Islam.

“Semoga Allah menjauhi kita dari membuat tuduhan yang berupa qazaf kerana ia termasuk dalam tujuh dosa besar yang membinasakan umat manusia,” kata Tuan Ibrahim.

Oleh itu, beliau berkata, Shuib harus mendalami peraturan syarak sebelum mencabar pemimpin PAS untuk bersumpah.

“Yang minta saksi ini bukan PAS, tapi Allah dan Rasul-Nya. Jangan kita anggap Allah jahil dalam membuat peraturan-Nya – Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Hakim dalam menetapkan hukuman-Nya.

“Kita mesti ikut peraturan Allah, bukan membuat peraturan baru yang bercanggah dengan peraturan Allah. PAS tidak berhasrat membela sesiapa tetapi kita perlu ikut peraturan Allah,” tegas Tuan Ibrahim.

Kalau Shuib merasakan klip video seks itu satu kes penting, kata Tuan Ibrahim dia perlu menayangkannya pada hakim yang bakal memutuskan sesuatu kes dan bukannya kepada orang ramai untuk minta penghakiman awam.

“Dia perlu mengadu kepada polis bukan tayang pada wartawan untuk jadi bahan menjatuh seseorang, kalau ianya benar sekalipun, apa lagi ianya penuh dengan pertikaian kesahihannya,” bidas Tuan Ibrahim, yang turut melahirkan rasa kesal ke atas kelambatan polis untuk mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang melakukan jenayah secara terang dengan menyiarkan video lucah kepada orang awam.

20
Apr

Memahami Kejahilan Politik BN

Dari Merdeka Review
Oleh Hafiz Zainuddin

PR kecundang, BN melemah

Kita tidak boleh menuduh rakyat Sarawak telah silap membuat pilihan. Atas kefahaman dan penilaian tertentu, mereka telahpun menggunakan ruang demokrasi yang disediakan sebaik mungkin. Yang pasti, Pakatan Rakyat nyata kecundang apabila gagal menggantikan BN malah menafikan majoriti 2/3 pun masih jauh.

Sama sekali PRN Sarawak kali ini sedikit sebanyak memberi tamparan kepada PR yang begitu yakin untuk menafikan majoriti 2/3 BN sekaligus membuktikan bahawa congakan awal oleh Zentrum meleset. Walau bagaimanapun, keputusan pilihanraya menunjukkan peningkatan undi kepada PR adapun BN masih selesa dengan kemenangan 55 kerusi dari 71 kerusi bertanding.

Secara umum, rakyat Sarawak masih selesa dengan BN dengan mandat baru yang telah diberikan.

Pada masa yang sama menjelaskan bahawa strategi kempen BN nampaknya gagal mempertahankan majoriti sedia ada walaupun jentera BN bertungkus lumus berkempen. Isu video seks nyata tidak memberi kesan kepada minda rakyat Sarawak malah populariti Najib dan Muhyiddin juga tidak mampu membendung kecenderungan pengundi untuk mengundi Pakatan Rakyat. Kemenangan beberapa kerusi tambahan untuk Pakatan Rakyat juga melucutkan gelaran Sarawak sebagai fix deposit buat BN.

Kemenangan DAP menggusarkan?

Hampir 80% dari 15 kerusi yang di menangi Pakatan Rakyat didominasi oleh DAP. Ternyata, DAP berjaya mengubah sentimen rakyat yang selama ini menyokong SUPP yang mewakili sebahagian besar masyarakat Cina Sarawak. Kesimpulan pertama yang boleh dibuat dari kemenangan besar DAP ini ialah, masyarakat Cina komited dalam meneruskan agenda perubahan dengan memberikan sokongan padu mereka kepada calon-calon Pakatan Rakyat manakala PAS dan PKR pula telah mula diterima di Sarawak dengan peningkatan undi di kawasan-kawasan tertentu. Atas kejayaan besar ini DAP telah dimangsakan oleh media.

Apa lagi yang oleh diperkatakan dengan kemenangan besar DAP ini baik di Semenanjung mahupun di Sarawak? Sudah tentu kemenangan DAP ini menimbulkan rasa kurang senang dari BN yang telah hilang sokongan dan kepercayaan dari masyarakat Cina seolah-olah masyarakat Cina memberi signal kepada kerajaan bahawa “kami tidak perlu lagi diwakili di peringkat federal”, “kami boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa”.

Perubahan berani yang dilakukan oleh masyarakat Cina Sarawak telah disalah erti sebagai sebuah “kebangkitan Cina”. Malah kemenangan DAP ini digambarkan sebagai menularnya “politik perkauman”. Persoalannya, apakah jika masyarakat Cina memberi kemenangan kepada SUPP dianggap kemenangan untuk Melayu? Walhal calon-calon yang bertanding mewakili SUPP juga di kalangan masyarakat Cina. Apakah yang sebenarnya cuba digarapkan oleh media perdana negara ini dengan dakwaan yang begitu dangkal dan menjatuhkan imej profesional mereka. Sekiranya kita benarkan dakwaan ini, apa pula yang boleh dijelaskan dengan kemenangan PAS di Kedah dan bertahannya kerajaan PAS di kelantan selama lebih 20 tahun?

Kemenangan PAS dicemburui

Situasi politik dan budaya di Malaysia masih lagi berlegar disekitar faham perkauman sempit malah BN sangat selesa dengan “tradisi” ini. Isu kaum sering kedengaran di negara ini untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar. Sepertimana yang telah diungkapkan oleh Syed Husin Ali dalam bukunya Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan menyatakan bahawa “persaingan kelompok atasan diberi wajah kaum”. Continue reading ‘Memahami Kejahilan Politik BN’

20
Apr

Siapakah “Whistle Blower” Sebenar?

Dari TVSelangor

Sejak 21 Mac, gandingan Datuk T diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk Perkasa dan Utusan Malaysia sebagai ‘whistle blowers’ yang harus dilindungi.

Pada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim menayangkan video kepada media dan ahli politik terpilih untuk “membuktikan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Suara-suara Umno mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai “whistle blower” semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah.

Persoalan timbul sama ada Datuk T layak dipanggil “whistle blower” kerana kononnya mendedahkan perbuatan sumbang Anwar.

“Whistle blower” adalah pihak yang mendedahkan sesuatu skandal , khususnya yang mempunyai implikasi kepentingan nasional.

Umumnya orang yang membuat pendedahan itu terbabit secara langsung dalam skandal berkenaan, justeru keperluan untuk memastikan keselamatan beliau.

“Whistle blower” berkenaan juga dikecualikan daripada pendakwaan demi memastikan agenda lebih besar ialah membongkar skandal itu dan menghukum “ikan jerung” yang bertanggungjawab, mencapai matlamatnya.

Merujuk kepada kes Datuk T, seseorang yang memegang bukti dan mahu menegakkan kebenaran tidak akan membuat tempahan bilik hotel dan menjemput media serta ahli politik tertentu (Zaid Ibrahim) untuk menonton video lucah.

Tindakan itu bukan amalan rasional bagi pihak yang menuntut keadilan tetapi lebih mirip kepada ahli politik yang mahu memastikan rakaman itu dipancarkan ke seluruh media tempatan dan antarabangsa.

Pihak yang berjiwa Islam dan tidak mahu mengaibkan sesiapa (seperti mana yang didakwa Datuk T) tidak akan menggunakan media untuk membuat ugutan terbuka terhadap Anwar dan isterinya untuk berundur dari politik.

Sejak 21 Mac, motif Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib bersabit video itu terbongkar sedikit demi sedikit.

Kecacatan-kecacatan dalam video berkenaan turut diperinci dan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu, untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik semata-mata.

Dukacita dimaklumkan gandingan Datuk T tidak boleh memakai topi “whistle blower” supaya kebal dari pendakwaan di mahkamah undang-undang mahupun menghadapi penilaian di mahkamah rakyat.

Segala tindakan yang diambil mereka mempunyai agenda tertentu dan ianya amat berkait dengan agenda besar Umno untuk Datuk Seri Anwar.

Benar, “whistle blower” harus dllindungi, tetapi siapakah “whistle blower” dalam kes ini, mahupun dalam politik Negara?

Jawapannya Anwar Ibrahim.

Susulan tindakannya mendedahkan pelbagai skandal di Dewan Rakyat dan di ceramah-ceramah, Anwar digantung enam bulan dari Parlimen Disember lalu.

Ceramah-ceramah beliau di Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain menjadi sasaran serbuan polis.

Di Sarawak, ceramah-ceramah Anwar dihadiri ribuan orang, di bandar dan kawasan pedalaman, dengan pengundi Melayu-Melanau, Cina, Iban dan Dayak hadir mendengar kepincangan-kepincangan BN.

Sehingga hari ini, Perdana Menteri dan menteri-menteri Umno khususnya tidak menjawab beberapa skandal yang dibongkarkan oleh Anwar.

Ini termasuklah pemberian kontrak lebih RM2 bilion Kementerian Pertahanan kepada seorang pemimpin Umno dari Perak sejak tahun 2008 yang mencerminkan budaya kronisme masih menebal dalam Umno.

Najib juga tidak mengulas dakwan Anwar bahawa 1Malaysia Development Corporation (MDB) dan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud menjalankan urusniaga mencurigakan dengan Petro Saudi.

Urusniaga itu melibatkan hampir RM6 bilion ringgit.

Contoh-contoh ini hanya secebis daripada pendedahan yang dibuat oleh Anwar di Parlimen dan di luar dewan sejak beliau menjadi Ketua Pembangkang Ogos 2008.

Kebanyakan daripada dakwaan itu tidak dijawab oleh menteri berkenaan, sebaliknya Ketua Pembangkang diaib dan dicaci dengan kata-kata kurang sopan di dalam Parlimen serta juga di luar oleh juak-juak Umno.

Sejak 2008, Umno mencari helah bagaimana untuk mengekang “whistle blower” bernama Anwar Ibrahim.

Perbicaraan fitnah liwat sekali lagi menjadi senjata politik Umno untuk menyerang Anwar dengan keyakinan pengundi Melayu mudah dipengaruhi atas isu-isu agama dan moral.

Juak-juak Umno seperti Umni Hafilda dikitar semula manakala “pejuang-pejuang bangsa” seperti Senator Ezam Mohamad Nor dan S.Nallakarupan diberikan liputan luar biasa dalam media arus perdana.

Apabila “tsunami fitnah” Umno tidak dapat menghakis sokongan untuk Anwar KERANA orang Melayu menolak budaya sedemikian, parti itu tidak berundur malah memperhebatkan serangan.

Maka sampailah giliran gandingan Datuk T pula memegang “obor kebenaran” Umno dengan video seks demi membela agama bangsa dan negara.

Dan jika video seks babak pertama gagal mencapai maksud yang dihajatkan oleh Umno, usah bimbang kerana kilang fitnah parti itu sentiasa rancak dengan senjata-senjata lain.

Perlu ditanya, jika Anwar tidak lantang dan hujahnya tidak meyakinkan, adakah Umno akan mengambil peduli terhadapnya?.

Apakah rakyat di Semenanjung dan di Sarawak akan menerima secara membuta tuli segala pendedahan Anwar, jika ia tidak disokong dengan bukti dan fakta?

Jelas, Umno mempunyai kepentingan untuk membisukan “whistle blower” terbesar di negara ketika ini dengan apa cara sekali pun sama ada menerusi mahkamah atau pun menggunakan video untuk menabur fitnah.