Archive for April, 2011

28 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

29 April 2011 (Jumaat)

Program 1
8.30 – 12.00 Mlm -_Jamuan Makan / Ceramah Perdana

Lokasi – Dataran Belia Kampong Sungai Putih, Lembah Jaya Utara, Ampang

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Zuraida Kamaruddin
4. YB Tien Chua
5. YB Khasim Abdul Aziz

Program 2
9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana

Lokasi – Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Zuraida Kamaruddin
4. YB Tien Chua
5. YB Khasim Abdul Aziz

27 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Wira Arjuna

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.
Ini kerana Datuk Seri Najib Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu.

Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara.

Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail. (more…)

26 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Wave

Penggulungan Karpal semalam tidak dapat dijawab dan dipatahkan oleh Pendakwaraya.

Antara pembohongan Saiful adalah:

1.0 Beliau mendakwa beliau dipaksa oleh Anwar untuk diliwat. PAdahal beliau dituduh di bawah Seksyen 337b yang menunjukkan liwat berlaku dengan sukarela. Ini BERLAWANAN dengan dakwaan Saiful yang mengatakan beliau dipaksa.

2.0 Saiful mengaku beliau duduk minum kopi dan makan karipap selepas beliau diliwat. Ini bukan tanda-tanda orang yang dipaksa untuk diliwat. Ini tanda-tanda orang itu sukarela untuk diliwat kerana orang yang dipaksa untuk diliwat pasti menunjukkan kesan-kesan emosional dan tidak mungkin boleh duduk dan minum kopi. Lagi bukti Saiful berbohong. (more…)

26 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh: Siti Aishah Shaik Ismail

Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa.

Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara. (more…)

26 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?


25 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari KeadilanDaily

Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai ‘Lelaki Y’ yang disebut-sebut sebelum ini.
Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli.

“Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam.

“Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam),” kata Sankara.

Sankara seterusnya menyatakan tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik.

Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya semula.

25 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Hari ini tepat sembilan hari selepas keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang berlangsung pada 16 April 2011. Walau pilihan rakyat dicemari dengan insiden-insiden penipuan dan kelemahan proses pilihanraya oleh Badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, saya mengakui dan menghormati kemenangan seratus peratus yang diraih oleh Parti Pesaka Bumiputera (more…)

25 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

From businessweek.com

Saudi Arabia’s oil minister says the current high oil price is unjustifiable and that speculation over the future oil markets is mainly behind the hike.

Ali Naimi told reporters the lower demand for Saudi oil in March compared to February was a sign of an existing surplus on the global market.

He says large quantities of oil were available as commercial stockpile or surplus production in some oil-producing countries.

Naimi spoke after a meeting on Tuesday with Dutch Economic Affairs Minister Maxime Verhagen.

Saudi Arabia is the world’s largest oil exporter, with the capacity to pump 12.5 million barrels.

In March, the kingdom cut daily output to 8.3 million, from 9.1 million barrels in February.

25 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Keadilan Daily

Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

Antara lain, Karpal berkata, hujah saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. (more…)

25 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

“Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri,” katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

“Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa,” tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

“Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

“Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu,” tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii – iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

“Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan,” kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas – di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar – tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

“Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri,” katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes – yang Saiful bukan seorang yang ‘ tidak berpelajaran’ kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

25 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari KeadilanDaily

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka akan mendengar hujah penggulungan daripada peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes Fitnah II.

Pada asalnya, mahkamah menetapkan Isnin lalu (18 April) sebagai tarikh mendengar penghujahan itu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan penangguhan tersebut dalam satu surat bertarikh 6 April. (more…)

25 April 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari ABIM Selangor

Buku ini menghimpunkan karya tokoh-tokoh ulama Islam semasa tentang hukum Qazaf dan bahaya Budaya Fitnah yang berleluasa sekarang. Sejak tahun 1990-an hingga ke hari ini, fitnah seakan-akan menjadi santapan masyarakat. Media arus perdana samada tv dan akhbar mahupun media baru – blog, facebook, twitter dan seumpamanya seolah-olah bersaing menyebarkan versi fitnah masing-masing.

Zaman ini seakan-akan membenarkan andaian penyair Indonesia, Rangga Warsita (dibaca Ronggo Warsito) yang memperkenalkan istilah Zaman Edan! (zaman gila), apabila fitnah dibenarkan berleluasa menyebarkan keburukan sesiap sahaja, apa lagi musuh politik masing-masing. Kebenaran sukar dipastikan, bahkan diselewengkan dengan pelbagai cara.

Qazaf atau perbuatan menuduh zina atau liwat kepada seorang berakhlak mulia, apa lagi terhadap pemimpin yang selama ini dilihat bersih amat tidak munasabah. Qazaf adalah sebahagian daripada Hukum Jinayat Islam yang amat ketat prosedurnya kerana Allah S.W.T. sendiri menetapkan di dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan. Dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik’

Bagi menjelaskan hukum qazaf dalam konteks undang-undang Islam, tokoh-tokoh ulama kotemporari berganding bahu mengeluarkan fatwa dan pandangan tentang perbuatan menyebarkan fitnah di kalangan umat Islam di negara ini.

Tulisan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr. Wahbah al-Zulhayli, Sheikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, Dr. Halim El-Muhammady, Ustaz Rivai Batubara, dan pendirian bersama ABIM-WADAH-PKPIM dihimpunkan dalam buku ini untuk tujuan tersebut. Pandangan ini bukan sahaja untuk berusaha untuk menjawab isu fitnah, tetapi juga menjelaskan fakta hukum Qazaf sebagai rujukan umat Islam.Demi kebenaran dan keadilan, umat Islam Malaysia patut membaca buku ini supaya tidak terjebak dalam dosa besar kerana menyebarkan fitnah.

Untuk mendapatkan buku ini, sila Hubungi Kami di Talian : 019363694 / 0355118994 / 0173759080