Archive for March, 2011



25
Mar

‘Bekas’ Ahli Konspirator Video Seks Dedah Tembelang Eskay

Dari KeadilanDaily

Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.

Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Esyak sejak 1996. Continue reading ‘‘Bekas’ Ahli Konspirator Video Seks Dedah Tembelang Eskay’

25
Mar

Video Seks Palsu: Mahathir, Najib Bertanggungjawab

KENYATAAN MEDIA
25 MAC 2011

Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.

Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.

Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Datuk Mokhtar Sidin, Datuk Denis Ong and Dato’ Abdul Kadir Sulaiman.

Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pegawai penyiasat, (Tan Sri) Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Tan Sri Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.

SAC 1 Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.

Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.

Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?

Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi.

Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.

Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
25 Mac 2011

25
Mar

Kekal Fokus Agenda Membela Rakyat -Anwar

Dari MalaysiaKini

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat dan masyarakat supaya tidak terpesong dari perjuangan dan jatuh dalam perangkap keji Umno menggunakan fitnah video lucah untuk memecah-belahkan gagasan itu, lapor TV Selangor.

“Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ia akan merugikan kita.

“Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ia ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya,” kata Anwar selepas majlis solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi. Continue reading ‘Kekal Fokus Agenda Membela Rakyat -Anwar’

25
Mar

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang Membongkar Konspirasi Politik Terkini

26 Mac 2011 (Sabtu)

Program 1
4.30 ptg – Hi-Tea dan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut Kampong Besar

Lokasi: Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir

Program 2
7.00 mlm –Solat Maghrib/Hajat dan Tazkirah

Lokasi: Masjid Daerah Bandar Perda, Seberang Jaya

Program 3
9.00-12.00 mlm – Membongkar Konspirasi Politik Terkini

Lokasi : Taman Pauh Indah, Bandar Perda

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Dato’ Mansor Othman
4. YB Dato’ Johari Abdul

25
Mar

Saya Yakin Dalam Video Itu Bukan Anwar

Kenyataan Media

24 Mac 2011

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami. Continue reading ‘Saya Yakin Dalam Video Itu Bukan Anwar’

25
Mar

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Membongkar Konspirasi Politik Terkini

25 Mac 2011 (Jumaat)

Program 1
8.00 – 11.30 malam – Majlis Malam Malam Mengenang Pejuang

Lokasi: Ballroom, One Plaza Kuala Selangor
(belakang Tesco Kuala Selangor)

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Tan Sr Khalid Ibrahim
3. YB Nurul Izzah Anwar

Program 2
9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana -
Membongkar Konspirasi Politik Terkini

Lokasi: Dewan Pusat Khidmat Rakyat,
Ahli Parlimen Gombak
Pusat Bandar Taman Melawati

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Saifuddin Nasution
4. YB Amirudin Shari
5. YB Saari Sungib
6. YB Teo Nie Ching
7. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
8. YBhg Normala Sudirman

24
Mar

Bila Dendam Tidak Dapat Sembunyikan…

Dari Malaysiakini

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.
‘Tak boleh baca’

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca’, kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,’ katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay – seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”. Continue reading ‘Bila Dendam Tidak Dapat Sembunyikan…’

24
Mar

UMNO Terbabit Dengan Video Seks, Kata Anwar

Dari Malaysiakini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks yang cuba memalitkannya itu adalah bukti pembabitan Umno.

Katanya, Rahim seolah-olah cuba membalas dendam terhadap pengundurannya dari politik pada 1994.

“Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno dalam perkara ini,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, kuala Lumpur, hari ini.

“Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini… Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu. Continue reading ‘UMNO Terbabit Dengan Video Seks, Kata Anwar’

24
Mar

Wan Azizah: Saya Tahu Video Itu Palsu Dan Fitnah

Dari KeadilanDaily

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyatakan beliau tidak berminat untuk duduk dalam apa-apa jawatankuasa untuk menyiasat kesahihan video seks yang cuba memfitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga suaminya.

“Sebagai Muslim, saya tidak tonton video sebegitu. Saya tak minat tengok video itu, haram dan berdosa,” kata Wan Azizah.

Beliau membuat kenyataan tersebut di luar mahkamah sewaktu mengulas sidang akhbar dibuat trio ‘Datuk T’ yang mengaku menjadi petualang di sebalik rakaman video yang kononnya memaparkan aksi seks Anwar. Continue reading ‘Wan Azizah: Saya Tahu Video Itu Palsu Dan Fitnah’

23
Mar

Rakaman Pendedahan Datuk Johari Abdul Berhubung Dalang Disebalik Video Lucah

23
Mar

Pemimpin Umno BN Keterlaluan

Dari Harakah

Tindakan para pemimpin Umno BN itu, menurut beliau, amat keterlaluan kerana untuk mengekalkan kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja terasuk penipuan dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sediri.

“Terbaru, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar,” kata Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.

Antara bahaya fitnah, katanya, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa khazah, merrosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.

“Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula,” tegasnya.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang.

Selain itu, katanya Umno atau BN difahamkan telah meluluskan kemasukan 90,000 pekerja asing ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selain PRU, mereka juga didakwa akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagii membolehkan mereka menempa kejayaan.

Ketika mendedahkan perkara itu berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar.

Menurut beliau, pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka.

Kata, keadan itu terjadi kerana mereka sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nerlayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno.

“Peliknya pula mereka juga sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja.

“Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

23
Mar

Apa Akan Jadi Jika Anda Mempelawa Rakan Dari Facebook Dan Twitter Menonton Video Lucah?

Dari Merdeka Review

Cuba anda bayangkan, mungkinkah White House, kediaman Presiden Amerika Syarikat menyewa Blair House, iaitu rumah tetamu rasminya kepada orang yang tidak diketahui identitinya, untuk menayangkan “filem lucah”, sebagai serangan terhadap pembangkangnya?

Kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Datuk T (gagal dikenalpasti kesahan gelaran Datuk-nya, memandangkan semakin ramai Datuk muncul buat masa kini) telah menayangkan satu klip video di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Pengamal media yang diundang menerima sms pada awal pagi, “terlepas peluang keemasan kalau tak datang”. Maka suasana pemandangan Tasik Perdana yang aman dan tenang di sekitarnya berkocak, diusik dengan “kegemparan” tersebut. Continue reading ‘Apa Akan Jadi Jika Anda Mempelawa Rakan Dari Facebook Dan Twitter Menonton Video Lucah?’