Archive for March, 2011

31
Mar

‘Peruntukan Rasuah’, 4 MP KEADILAN Adu Kepada SPRM

Dari KeadilanDaily

Empat Ahli Parlimen KEADILAN hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perbuatan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan peruntukan tertentu, sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar.

Ia adalah perbuatan rasuah dan menyalahi peruntukan undang-undang tetapi pimpinan BN melakukannya secara terang-terangan, malah dilapor dalam media arus perdana yang dikawal mereka. Continue reading ‘‘Peruntukan Rasuah’, 4 MP KEADILAN Adu Kepada SPRM’

31
Mar

New Politically Motivated Police Investigation On Dato Seri Anwar Ibrahim

Kenyataan Media

Siasatan Polis Bermotif Politik Ke Atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Dato’ Seri Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan ‘rule of law’ dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan ‘semak dan imbang’ ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini jelas bermotidkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan
pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

=== Continue reading ‘New Politically Motivated Police Investigation On Dato Seri Anwar Ibrahim’

31
Mar

Mufti Nasihat Siasat Dahulu Berita Si Fasik

Dari Malaysiakini

Dalam menghadapi keadaan politik mengeksploitasi isu peribadi, seperti dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

“Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu,” kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.” Continue reading ‘Mufti Nasihat Siasat Dahulu Berita Si Fasik’

31
Mar

Kisah Disebalik Tirai Video Seks


31
Mar

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

31 Mac 2011 (Khamis)

2 ptg – Ceramah – Selampit, DUN Lundu

4 ptg – Ceramah – Paon Rimu, DUN Kedup

5 Ptg – Ceramah – Riit Mawang, DUN Kedup

9 mlm – Ceramah – Kampong Rampangi Satu, DUN Pantai Damai

1o mlm – Ceramah – Demak Commercial Centre

31
Mar

YB Nurul Izzah And PKR MPs Will Be Lodging an MACC Report

YB Nurul Izzah along with YB Tian Chua, YB Azan Ismail,
and YB Yusmadi Yusoff will be lodging an MACC report today (31/3).
The report is regarding DPM Muhyiddin election pledges, which
according to Transparency International, amounts to bribery.

Date:31/3/2011

Time: 10.30 amVenue: MACC Putrajaya

Thank you.

Steven Tan
Press Secretary to YB Nurul Izzah

30
Mar

Gangguan Polis, Ceramah Anwar Dipindah ke Dalam Rumah

Dari KeadilanDaily

Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis bagi menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching.

Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.

Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan
Negeri Semariang, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis. Continue reading ‘Gangguan Polis, Ceramah Anwar Dipindah ke Dalam Rumah’

30
Mar

Jenayah Fitnah, Whistleblower, Dan Kegilaan Peradaban

Dari Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Fitnah adalah suatu rekayasa daripada peristiwa yang tidak benar, yang bertujuan untuk merosakkan reputasi atau menjatuhkan kredibiliti seseorang. Dalam isu fitnah melalui penayangan video seks, jelas sekali tindakan pihak yang merancang dan mempersembahkan video seks kepada sekumpulan wartawan senior di Hotel Carcosa Sri Negara terlibat dengan unsur-unsur jenayah. Kumpulan manusia tersebut (termasuk “Datuk Trio”) patut ditahan polis, disiasat dan didakwa ke mahkamah.

Tetapi anehnya, komen sesetengah ahli politik UMNO termasuk komen awal “Menteri loose cannon” bukan sahaja bercanggah dengan prinsip negara hukum, malahan mempamerkan suatu fenomena peradaban yang cukup ganjil sehingga mencadangkan pemakaian konsep whistleblower atau pemberi maklumat ke atas kumpulan manusia dengan tindakan berunsur jenayah. Logik pemikiran sedemikian yang penuh dengan ciri-ciri kegilaan peradaban (madness of civilization) sesuatu kelompok masyarakat cukup menakjubkan! Continue reading ‘Jenayah Fitnah, Whistleblower, Dan Kegilaan Peradaban’

30
Mar

Dirty Tricks in Malaysia

From Wall Street Journal

The latest installment in a long saga of smears against Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim is afoot, even as his second trial for alleged sodomy drags on. Three anonymous men calling themselves the “datuk trio,” now exposed and under police investigation, showed a group of hand-picked journalists a video purporting to depict the former deputy prime minister having sex with a female prostitute a month earlier.

The three said their motivation was to “show the truth.” But as with past attacks on Mr. Anwar, the timing is politically significant: Snap elections are expected later this year.

The way in which the tape became public is also suspicious. Many of the invited journalists proceeded to impugn Mr. Anwar without revealing the identity and motivations of the tape’s owners. Nor did they determine whether the tape was doctored, or other details of its provenance. Mr. Anwar’s denials that he is the man on the tape, and his defense that he was busy posting on the Internet on the night in question, have been given short shrift by the country’s mainstream media outlets, many of which are owned by the government and the parties in the ruling coalition.

Dirty-tricks campaigns like poison-pen letters are depressingly common in Malaysia. But public skepticism about the ever-lengthening list of allegations against Mr. Anwar suggests they may no longer have the power they once did to ruin political careers. Alternative sources of information are developing, and as Malaysians become better informed they are more independent-minded. If Mr. Anwar can convince Malaysians that he is not the man on the tape, this latest attack will only make him stronger, since it will bolster the belief at home and abroad that he is the victim of politically motivated persecution.

That would spell bad news for the ruling United Malays National Organization, which says it has nothing to do with the sex tape. Its support has been slipping away in the Malay heartland, leaving the ruling coalition vulnerable. In the March 2008 general elections, the opposition substantially increased its seats and polled 46.8% of the popular vote. Mr. Anwar then came close to toppling the government by enticing MPs to defect from the government benches. Prime Minister Najib Razak has since managed to rally government forces, but this could be a temporary reprieve. UMNO is vulnerable to complaints that corruption scandals such as that over the funding of Port Klang are occurring on its watch.

The transfer of power might have happened much sooner but for Mr. Anwar’s conviction for sodomy in 1998.

He served six years in prison before the Supreme Court reversed a verdict that had become a stain on the country’s body politic — the defendant was beaten in custody by the inspector general of police, evidence was inconsistent and witnesses were found to have been coerced. So it’s understandable that many

Malaysians regarded the latest case with skepticism — especially given irregularities in the investigation, such as the lack of medical evidence and delay in collecting DNA evidence.

Mr. Anwar has maintained his innocence, but the pressure has taken its toll. While even the Islamist PKS party dismissed the latest sodomy allegations and affirmed Mr. Anwar’s leadership at first, the opposition coalition has been fracturing and losing by-elections in recent months.

Many Malaysians have had enough of dirty tricks. But Mr. Anwar still faces an uphill struggle to convince a majority that despite all the smears he is a worthy leader.

30
Mar

Anwar Seru Rakyat Sarawak Buat Perubahan Politik Secara Aman

Dari Keadilan Daily

Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.

“Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kampung Tupong Batu yang terletak di pinggir Sungai Sarawak itu kerap disambut sorakan ‘reformasi’ di kalangan 300 penduduk setempat. Continue reading ‘Anwar Seru Rakyat Sarawak Buat Perubahan Politik Secara Aman’

30
Mar

YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz: Doa Khusus Untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim

30
Mar

Skim Kesihatan Wanita Kempen 1 Juta Wanita SelangorSihat Mammogram Selangor (MammoSEL)

Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam, 29 Mac; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail hari ini memberitahu Dun Selangor bahawa, Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) yang telah dilancarkan pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor, adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor. Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan. Continue reading ‘Skim Kesihatan Wanita Kempen 1 Juta Wanita SelangorSihat Mammogram Selangor (MammoSEL)’