Archive for February, 2011



17
Feb

Fitnah II: Bungkusan Sampel Bahan Bukti Diubah

Dari Keadilan Daily

Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong.

Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi, mahkamah didedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Anwar berbeza dengan laporan yang dikemuka di mahkamah.

Ia berkaitan pembetulan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

Seah berkata pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Ram Karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia.

Ram Karpal berkata, mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti. Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata perkara itu tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut tidak boleh diterima mahkamah.

Prosiding perbicaraan yang kini sedang berjalan dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan dari saksi pendakwaan.

Semalam, mahkamah dikejutkan dengan laporan proforma yang ditulis doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan hanya ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’ pada ketika Saiful berjumpa doktor.

Perkara itu didedahkan oleh Pakar Jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan. Mahkamah juga dikejutkan dengan keterangan Pakar Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang tidak mengisi borang proforma berkaitan pemeriksaan di dubur Saiful, rektum dan sejarah perubatan pengadu.

Mahkamah semalam turut dikejutkan dengan kenyataan peguam Sankara Nair bahawa botol berisi sampel bahan bukti yang diambil dari tubuh Saiful mempunyai tanda-tanda telah diusik.

17
Feb

Kerajaan ‘Ala Mubarak’ Tidak Akan Gugur Kes Saya – Anwar

Dari Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya tidak mungkin akan digugurkan walaupun wujud bukti baru menunjukkan tiada unsur penetrasi sebagaimana didedahkan di mahkamah semalam.

Ini kerana menurut Anwar kerajaan pimpinan Barisan Nasional BN menjurus kepada corak pemerintahan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang akan “mengorbankan” sesiapa sahaja demi kepentingan sendiri. Continue reading ‘Kerajaan ‘Ala Mubarak’ Tidak Akan Gugur Kes Saya – Anwar’

17
Feb

Sampai di Putrajaya, Anwar Akan Memulakan Refomasi Yang Dijanjikan

Dari Kerajaan Rakyat

Dalam satu post beberapa hari lalu saya menulis antaranya “Dalam PKR ada syarat wajib yang menjadi dosa besar jika tidak dipatuhi.”

Seorang pembaca KR membuat ulasan ringkas yang saya kira bolih dihadam minda. Saya paparkan ulasannya di bawah:

“Anwar bukannya malaikat. Dia manusia biasa punya kelemahan. Tetapi untuk mara ke Putrajaya perlu ada Anwar kerana hakikatnya dialah yang melahirkan refomasi ini dan menggerakkan Pakatan yang ada sekarang ini.
Sampai di Putrajaya, Anwar akan memulakan refomasi yang dijanjikan kerana di situlah terletaknya kunci utama untuk melalukannya. Tanpa kunci utama ini kunci-kunci kecil yang telah ada di tangan tidak dapat melalukukan refomasi itu kerana dihalang dan diganggu gugat oleh kunci utama itu yang masih di tangan orang. Ini adalah hakikat. Continue reading ‘Sampai di Putrajaya, Anwar Akan Memulakan Refomasi Yang Dijanjikan’

17
Feb

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Ketereh, Kelantan

17 Februari 2011 (Khamis)

Program 1) 8.30 – 10.00 Mlm – Majlis Jamuan Makan Malam

Lokasi : Dewan Putik, Pengkalan Chepa,

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Ahmad Yakob

Program 2) 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi : Padang Majlis Daerah Ketereh

Penceramah:
1. YAB Tuan Guru Dato’ Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
3. YB Saifuddin Nasution
4. YB Husam Musa
5. YB Dr. Fadly dato’ Hassan
6. YB Abdul Aziz Abdul Kadir

16
Feb

‘Attempted’ Sodomy, No Actual Penetration of Saiful, Says Report

From Malaysian Insider

An initial medical report revealed that Mohd Saiful Bukhari Azlan had told Hospital Kuala Lumpur (HKL) doctors that Datuk Seri Anwar Ibrahim had “attempted” to sodomise him, but no actual penetration had taken place.

Dr Khairul Hakim, one of the HKL doctors who had examined him admitted today that the proforma report stated that Saiful had told examining doctors on June 28,2008 that there was “attempted” sodomy and oral sex, but not actual penetration.

Khairul however insisted that Saiful did not say this to him when the latter met him, and maintained that Saiful had told him he was sodomised.

“Based on the proforma report, it was attempted sodomy and oral sex. But he (Saiful) did not say it was attempted,” said Khairul. Continue reading ‘‘Attempted’ Sodomy, No Actual Penetration of Saiful, Says Report’

16
Feb

Fitnah-2: Karpal Merobek Kes Pendakwaan

Dari Malaysiakini

Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan ‘cubaan meliwat’ dan ‘cubaan seks oral’.

Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.

“Dia (Saiful) tidak sebut ‘cubaan’ tetapi ‘liwat’ dan ‘seks oral’,” katanya.

Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’.

Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful.

Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan.

“Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai ‘cubaan’?” soal Karpal.

Beliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) – yang mengetuai pasukan pendakwaan – mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu.

Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor.
Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.

Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

‘Maklumat penting’ lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.

“Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.

“Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat,” kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah.

16
Feb

“Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia”, Melaka


16
Feb

Masa Untuk Mencipta Sejarah

Dari Merdeka Review

Oleh YB Azmin Ali

Saya mengucapkan tahniah kepada Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar kerana menganjurkan seminar ini. Seminar ini amat bermakna bagi umat Islam dan Umat Melayu khasnya. Umat Melayu-Indonesia adalah umat Islam yang terbesar di dunia. Dari perspektif tersebut Alam Melayu-Indonesia adalah pusat kepada dunia Islam, bukan di pinggir dunia Islam seperti yang dianggap oleh pengkaji-pengkaji. Bahkan saudara kita se umat Islam – Arab, Parsi, Turki, India dan Pakistan, sendiri melihat rantau ini sebagai pinggir dunia Islam. Paling parah lagi apabila umat Melayu-Indonesia sendiri merasakan mereka duduk di pinggir. Akibatnya mereka dilanda psikologi pinggiran.

Sudah sampai masanya umat Islam Melayu-Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Singapura mempunyai keyakinan untuk membangun pemikiran yang asli untuk mendepani cabaran umat, rantau dan dunia. Untuk itu kita perlu keluar dari kepompong pemikiran sempit, baik perkauman mahupun ideologi. Kekuatan dan tenaga yang akan membawa kita keluar dari kesempitan tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah kesejagatan dan universalisme Islam itu sendiri.

Bahkan kedudukan Alam Melayu dewasa ini menuntut keberanian dan kecekalan. Dunia hari ini memperkatakan kebangkitan China dan India. Peterson Institute of International Economics menegaskan ketika Presiden Hu Jintao bertemu dengan Presiden Barack Obama di Washington awal tahun ini dari segi purchasing power parity China sudah menjadi ekonomi no 1 dunia. Maka dunia Islam yang diwakili oleh Alam Melayu-Indonesia berada di tengah-tengah ekonomi no 1 di dunia dengan satu lagi kuasa baru dunia iaitu India. Maka tanggungjawab berdepan dengan kuasa-kuasa baru ini adalah tanggungjawab umat Melayu.

Selama satu kurun pemikiran dunia Islam dihantui oleh persoalan Islam dengan Barat. Sejak dari abad ke-19 umat Islam ditakluk dan dijajah oleh kuasa-kusa imperialis Barat. Setelah dunia Islam memperolehi kemerdekaan persoalan Islam dengan Barat masih berterusan kerana negara-negara di kedua belah Lautan Atlantik mendominasi dunia dari segi ekonomi, politik dan ketenteraan. Justeru itu wacana dan penulisan pemikir-pemikir dan juga pimpinan politik dan sosial dunia Islam tertumpu dengan isu “Islam and the West”.

Pemikir-pemikir seperti Taha Husayn dan Sutan Takdir Alisyahbana melihat kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan Barat berpunca dari kebudayaan yang mereka bina dari Renaissance, Enlightenment, rasionalisme dan ilmu-ilmu yang berteraskan sains dan falsafah. Taha Husayn begitu memperkecilkan Asia dan menyatakan Mesir adalah sebahagian dari Barat dan masa depan Mesir adalah bersama dengan Barat. Sutan Takdir Alisyahbana pula melihat alam Melayu-Indonesia berada di zaman jahiliah sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat. Continue reading ‘Masa Untuk Mencipta Sejarah’

16
Feb

Kenyataan Media Majlis Presiden KEADILAN Sabah

MAJLIS PRESIDEN PKR SABAH

Majlis Presiden telah mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di ibu pejabat PKR Sabah di Kota Kinabalu. Ia adalah langkah pertama untuk membina asas kepimpinan yang lebih kukuh di Sabah dengan memberi penekanan kepada pendekatan konsensus dalam isu-isu utama.

Majlis Presiden telah meluluskan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa yang akan diketuai oleh ahli-ahli Majlis Presiden seperti berikut:

1. Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi – Ahmad Thamrin Jaini
2. Pembangunan Luar Bandar – Datuk James Ghani
3. Pembangunan Infrastruktur – Christina Liew
4. Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Saidil Simoi
5. Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan – Awang Tengah Awang Amin
6. Pembangunan dan Pengurusan Tanah – Datuk Kong Hong Ming
7. Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna – Stephen Sandor
8. Belia dan Sukan – Jafery Jomion
9. Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Lukiah Indan
10. Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat – Datuk Hallik Zaman
11. Pertanian dan Industri Makanan – Datu Mustapha Hj Tambuyong

Ali Majlis Pimpinan Pusat dari Sabah, Saudara Roland Chia dan Saudara Darell Leiking dan Naib Ketua Wanita Pusat, Puan Sakinah Yusuf akan dipertanggungjawabkan sebagai ahli ex-officio Majlis Presiden dengan tugasan menguatkan kerjasama di antara kepimpinan Sabah dan pusat.

Setiap jawatankuasa ditugaskan untuk menghasilkan kerangka dasar utama PKR Sabah di dalam bidang pentadbiran masing-masing. Pimpinan PKR Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat.

Majlis Presiden juga membincangkan beberapa program dalam bulan Februari dan Mac untuk meningkatkan momentum kempen PKR Sabah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Pada 26 Februari 2011, PKR Sabah akan mengetuai pelancaran Buku Jingga peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu. Ini akan diikuti dengan seminar mengenai dasar-dasar PKR Sabah untuk menangani pentadbiran tanah, perhutanan dan pembangunan ekonomi di Sabah pada 5 dan 6 Mac 2011.

Pada 17 Mac 2011, PKR Sabah akan menganjurkan satu forum awam mengenai integrasi nasional di Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai beberapa isu yang dekat dengan rakyat Sabah yang mempunyai kesan kepada integrasi nasional, termasuk perspektif rakyat Sabah yang mahukan hubungan negeri-persekutuan yang lebih adil. Siri program rakyat ini akan menemui kemuncaknya dengan penganjuran Konvensyen PKR Sabah pada 2 April 2011.

Saya sendiri akan mengetuai barisan kepimpinan PKR Sabah dalam satu rangka lawatan menjelajah Sabah untuk menemui anggota parti dan rakyat sebagai persediaan awal menghadapi pilihanraya umum.

Saya percaya penyusunan semula PKR Sabah bagi tempoh interim ini akan memberikan fokus baru yang akan menguntungkan rakyat Sabah menjelang pilihanraya umum akan datang.

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
15 FEBRUARI 2011 Continue reading ‘Kenyataan Media Majlis Presiden KEADILAN Sabah’

14
Feb

Surendran: Press Release On HRP Arrests

We are gravely concerned over the arrests of 65 members and supporters of the Human Rights Party (HRP) by police on 13.2.11 for having participated in a peaceful convoy event. These were planned and concerted arrests which took place nationwide and intended to persecute and intimidate HRP members. These arrests are unlawful,oppressive and in breach of Article 10 of the Federal Constitution which guarantees the Rakyat’s right to freedom of assembly and expression. Once again the government and police have displayed blatant disregard for the rule of law and democratic freedoms.

We are also disturbed that among those arrested were 5 children who were also detained and interrogated by police. This action by police is in bad faith and gross disregard of laws protecting minors. No access to lawyers was granted to any of the detainees including the children. The arrests were also carried out with excessive force and vulgar abuse was heaped upon some of those arrested. It is reported that a Malaysiakini citizen journalist was also assaulted by police. Continue reading ‘Surendran: Press Release On HRP Arrests’

14
Feb

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Melaka Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia

15 Februari 2011 (Selasa)

Program 1) 7.30 Malam – Solat dan Tazkirah Maghrib

Lokasi – Markaz PAS Padang Temu, Kota Melaka

Program 2) 8.00 – 11.00 Malam – Majlis jamuan Makan Malam

Lokasi – Dewan Pay Fong, Jalan Kubu, Melaka

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YB Tian Chua

3. YB Goh Leong San

4. YBhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

3. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

4. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin Continue reading ‘Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Melaka Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’

14
Feb

Kenyataan Akhbar Kelab Anwar Ibrahim Berhubung Gesaan Ummi Hafilda Supaya Kerajaan Malaysia Menghalang Kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim Keluar Masuk Negara

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat gesaan Ummi Hafilda yang dipetik daripada Mingguan Malaysia, supaya Kerajaan Malaysia menghalang kebebasan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk keluar dan masuk negara ini sebagai terdesak dan tidak kena pada pada tempatnya. Tindakan itu juga jelas bertujuan mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu merancang sesuatu untuk meraih simpati politik.

Umum telah mengetahui yang Ummi Hafilda sering menjadi alat kepada musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim dalam merencanakan pelbagai agenda jahat dan menabur fitnah untuk memberi imej buruk kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, namun seringkali gagal mencapai matlamat tersebut.

Kelab Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kredibiliti Ummi Hafilda dan kedudukannya yang dilihat seperti mempunyai kuasa dan tugas-tugas khas sehingga mempunyai suara untuk mengarahkan Kerajaan Malaysia melakukan sesuatu mengikut telunjuk beliau. Amatlah menghairankan apabila seseorang yang tidak mempunyai apa-apa jawatan kerajaan, memperolehi liputan istimewa daripada media arus perdana untuk menyerang keperibadian orang lain.

Ummi Hafilda dinasihatkan supaya mengukur baju di badan sendiri dahulu sebelum bertindak melebihi batas yang dimilikki. Tindakannya yang seolah-olah ingin mengajar Kerajaan Malaysia adalah amat memalukan dan ditertawakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Ini juga menggambarkan Kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai kredibiliti dan terpaksa menggunakan Ummi Hafilda sebagai suara rasmi kerajaan. Cukuplah sudah campur tangan keterlaluan daripada banyak pihak dalam urusan seharian pentadbiran negara ini, yang jelas amat memualkan dan mengundur sistem pengurusan negara ke tahap paling teruk sejak sedekad yang lalu

AIC bertegas bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dilabelkan bersalah, selagimana mahkamah tidak memutuskan sedemikian apatah lagi dengan banyak kekeliruan perjalanan perbicaraan yang berlaku. Oleh itu, beliau mempunyai hak dan kebebasan untuk melaksanakan urusan beliau dan tidak sewajarnya beliau dinafikan hak tersebut hanya kerana gesaan-gesaan bodoh yang datang dari sesetengah pihak.

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha Agung
Anwar Ibrahim Club