Archive for February, 2011



21
Feb

Ahli Kimia Akui Tidak Patuhi Piawaian

Dari Malaysiakini

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

“Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.

Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.

“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

Ram juga berhujah satu ‘allele’ yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.

“Ini bukan milik Saiful atau ‘Lelaki Y’. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya.”

Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.

“Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,” kata Ram.

Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa ‘Lelaki Y’ – DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.

“Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan,” katanya.

Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.

Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan.

21
Feb

Saya Takut Najib Yang Lari Ke Luar Negara

Dari Keadilan Daily

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Umno di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa beliau akan melarikan diri ke luar negara sekiranya kalah dalam perbicaraan yang dihadapi di mahkamah.

Sebaliknya, kata Anwar pentadbiran Najib tidak senang duduk kerana takut segala penyelewengan, skandal pembunuhan dan rasuah kepada kroni akan didedahkan jika Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran negara selepas pilihan raya umum nanti.

“Najib tuduh saya akan lari jika kalah (perbicaraan) kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu. Continue reading ‘Saya Takut Najib Yang Lari Ke Luar Negara’

21
Feb

Fitnah II: Pakar DNA Tidak Ikut Garis Panduan Antarabangsa

Dari Keadilan Daily

Perbicaraan kes fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam bela terus menyoal balas pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada perbicaraan 18 Febuari lalu, mahkamah digemparkan dengan keterangan Dr Seah bahawa terdapat kemungkinan sampel yang diambil dari tubuh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan membabitkan 10 lelaki.

Terdahulu, pada hari sebelumnya, mahkamah turut digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.

10.44 pagi – Setelah bertekak dengan Ram Karpal, Dr Seah mengakui bahawa laporan yang disediakannya tidak mengikut garis panduan dalam risalah berkala International Society of Forensic Genetics yang mana beliau merupakan ahli.

“Laporan anda tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang anda merupakan ahlinya sendiri?” tanya Ram Karpal.

“Ya,” akur Dr Seah.

Sebelum itu Ram Karpal mengeluarkan satu risalah berkala daripada International Society of Forensic Genetics dan memberikannya kepada Dr Seah untuk dirujuk.

10.43 pagi – Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani tiba di galeri awam.

10.08 pagi- Mahkamah berehat sebentar. Ram Karpal memerlukan sedikit masa untuk meneliti dokumen. Hakim Zabidin menetapkan perbicaraan bersambung semula 10.20 pagi.

10.01 pagi – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sampai di mahkamah. 10.00 pagi – Dua orang lelaki kelihatan seperti polis cawanngan khas (SB) meninggalkan galeri awam.

9.46 pagi – Ram Karpal menekan Dr Seah dan mahu Dr Seah menjawab soalan-soalan yang dikemukakannya secara terus terang agar lebih banyak masa tidak dibazirkan.

9.26 pagi – Ram Karpal mempertikai mengapa Dr Seah tidak menjalankan penilaian statistik untuk memastikan DNA Saiful benar-benar berada pada putik kapas B5.

9.02 pagi – Dr Seah Lay Hong angkat sumpah sebagai saksi. Ram Karpal memulakan soal balas Dr Seah.

9.01 pagi – Perbicaraan bermuladi hadapan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah

8.58 pagi- Datuk Seri Wan Azizah berbual-bual dengan Param Cumaraswamy. Sankara pula berkata-kata sesuatu dengan Anwar yang berada di kandang pesalah. Peguam Anwar hari ini adalah Ram Karpal, Sankara, Param Cumaraswamy.

21
Feb

Gegaran Medan Tahrir di Dunia Islam Dan Arab

Dari Merdeka Review
Oleh Mustafa K Anuar

Api yang membakar semangat pemberontakan popular rakyat di Asia Barat, seperti mana kita sedia maklum, bermula di Tunisia di mana rakyatnya menendang keluar presidennya yang tidak demokratik, Zine El Abidine Ben Ali.

Sumber Gambar: ReutersPergolakan di Tunisia seterusnya memberi inspirasi kepada rakyat jelata Mesir yang berkerumun di Medan Tahrir di Kahirah lebih dari dua minggu dan juga di tempat-tempat lain untuk membantah beramai-ramai pemerintahan Hosni Mubarak. Akhirnya Mubarak yang memegang jawatan presiden selama tiga abad secara kuku besi itu, dipaksa melepaskan jawatan yang disayanginya yang kononnya memberi peluang bagi dirinya “untuk bekerja demi kepentingan Mesir”.
Kedua-dua rejim ini mempunyai persamaan yang dibenci rakyat mereka: ketidakadilan; penyalahgunaan kuasa; keangkuhan; rasuah; tamak haloba; kronisme; “rompakan” kekayaan negara; kekerasan rejim; kezaliman terhadap rakyat mereka sendiri; jurang antara kaya dan miskin yang membesar; pengangguran; dan pencabulan hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara.

Sesungguhnya ciri-ciri negatif ini bukan hanya eksklusif kepada dua rejim berkenaan. Sebilangan rejim yang wujud di negara lain di dunia Islam dan Arab menghadapi masalah politik dan ekonomi yang lebih kurang sama. Continue reading ‘Gegaran Medan Tahrir di Dunia Islam Dan Arab’

19
Feb

Pertumbuhan Ekonomi 2010: Malaysia Terus Terkebelakang Berbanding Jiran

Pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2% yang dicatatkan negara pada tahun 2010 perlu dikaji dengan lebih dekat untuk memahami keseluruhan implikasinya.

Angka 7.2% perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5% dan 6.1% dalam tahun 2010. Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.

Pertumbuhan 14.5% yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7% pertumbuhan tahunan. Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek – pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4% hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.

Penjelasan kedua-dua kerajaan dalam menerangkan perbezaan pertumbuhan sektor perkilangan ini adalah amat berbeza. Singapura menyatakan bahawa permintaan yang kukuh dari pasaran dunia memesatkan pertumbuhan sektor perkilangannya, sementara Malaysia pula menyalahkan pasaran dunia sebagai akibat kelembapan sektor perkilangannya – padahal kedua-dua negara sama-sama bergantung kepada barangan eksport dan pasaran dunia. Hakikatnya, barangan yang dikilang di Malaysia semakin hilang daya saingnya di pasaran dunia kerana kita tersekat di tangga nilai yang bawah dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang struktur kosnya lebih murah; sedangkan pesaing seperti Singapura terus menghasilkan barangan bernilai tinggi. Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat.

Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010. Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian). Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2% (perlombongan) dan 1.7% (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.

Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh angka-angka beberapa indeks yang digunakan untuk menilai sentimen masyarakat niagawan dan orang ramai mengenai hala tuju ekonomi negara. Indeks Suasana Perniagaan yang diterbitkan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) hilang 5.4 mata dalam suku keempat 2010 untuk jatuh ke paras bawah 100 mata buat kali pertama dalam tempoh dua tahun. Malah, keyakinan masyarakat niagawan ke atas prospek ekonomi seperti yang dilambangkan oleh indeks ini menunjukkan penurunan sejak awal 2010 lagi. Bagi sentimen keyakinan orang ramai pula, walaupun Indeks Sentimen Pengguna menokok ke paras 117.2 mata dalam suku keempat, paras itu masih belum setanding dengan paras keyakinan tahun 2007 sebelum kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dalam tahun 2008.

YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sepatutnya lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang yang besar di antara pengumuman projek-projek mega yang dibuat dibawah ETP dan realiti ekonomi yang ditanggung masyarakat niagawan dan orang ramai. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek itu hanyalah wayang yang akhirnya akan menguntungkan golongan pemerintah dan niagawan elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara.

Pengurusan fiskal dan kewangan negara juga menunjukkan perbezaan yang besar di antara Malaysia dan jiran kita, terutamanya Indonesia.

Tidak seperti Malaysia, Indonesia berjaya mengelak dari kemelesetan ekonomi tahun 2009 dan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.1% dalam tahun 2010, menjadikannya salah sebuah ekonomi paling mampan di antara 20 negara terkaya di dunia. Laporan United Nations Global Investment Trend Monitor (diterbitkan oleh UNCTAD pada 17 Januari 2011) mencatatkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD12.8 bilion bagi tahun 2010; yang kedua tertinggi di rantau ini selepas Singapura. Pelaburan baru menyumbang sebanyak 32.2% kepada ekonomi Indonesia sementara perbelanjaan kerajaan menyumbang hanyalah 9.1% kepada pertumbuhan ekonomi. Keseluruhan pencapaian ini berasaskan perbelanjaan kerajaan yang berhemah dan tidak berlebihan. Angka defisit fiskal dan hutang kerajaan hanyalah masing-masing 1.1% dan 28.3% berbanding KDNK bagi tahun 2010.

Keadaannya sangat berbeza di Malaysia. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1% berbanding saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.

Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7% dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6% tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3% bagi tahun 2010. Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah USD37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.

Berdasarkan angka-angka dan perbandingan ini, jelas bahawa pertumbuhan 7.2% hanyalah satu lagi bukti bahawa ekonomi kita semakin terkebelakang berbanding dengan negara jiran. Daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa semakin merudum dan kedudukan fiskal serta kewangan negara lebih buruk berbanding negara-negara jiran.

Rakyat tidak akan terkeliru dengan pelbagai kempen dan janji manis yang dibuat kerajaan dan akan terus menuntut reformasi ekonomi agar prospek ekonomi yang malap ini dapat diubah. Reformasi ekonomi hanya akan berkesan sekiranya didokong oleh reformasi politik yang ikhlas.

Malangnya, Kerajaan Persekutuan yang ada telah dibuktikan berkali-kali tiada keikhlasan dalam melaksanakan reformasi politik. Makanya, sebarang dasar ekonomi yang diperkenalkan sebagai reaksi politik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah kemalapan ekonomi Malaysia.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
19 FEBRUARI 2011

=== Continue reading ‘Pertumbuhan Ekonomi 2010: Malaysia Terus Terkebelakang Berbanding Jiran’

18
Feb

Memorandum Dan Kenyataan Media YB Nurul Izzah

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
18 Februari 2011

Kami, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat mewakili seluruh masyarakat dan rakyat Malaysia berasa kesal dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik mahasiswa dalam mengorientasikan proses demokrasi di dalam Kampus.

Sekatan dan halangan sebegini rupa terus-terusan menafikan hak kebebasan mahasiswa untuk berkempen dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan memilih kepimpinan di kalangan mahasiswa haruslah telus dan adil tanpa sebarang campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan memikirkan kembali kerelevenan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini diserahkan kepada mahasiswa sendiri untuk mengendalikannya dan segala sistem yang meragukan harus dihapuskan serta merta kerana ini jelas mencabuli prinsip demokrasi yang bebas dan adil.

Kami menggesa pihak Menteri Pengajian Tinggi untuk mengambil serius perkara Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa ini dan Pemilihan yang diadakan ini haruslah telus dan adil tanpa sebarang campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berkepentingan.

Kami juga berpendirian bahawa sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan memberikan hak kepada mahasiswa untuk mengadakan pilihanraya sendiri tanpa sebarang campur tangan.

Sehubungan dengan itu, kami menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi :
1. Memberikan kebenaran kepada mahasiswa untuk berkempen di dalam Pilihanraya Kampus dengan bebas dan adil.

2. Memanjangkan masa berkempen dari 3 hari kepada 7 hari bagi memberikan ruang dan masa yang panjang untuk sesi kempen dan menyampaikan manifesto kepada mahasiswa

3. Menghormati autonomi mahasiswa dalam keterlibatan mahasiswa di lapangan masyarakat serta menghentikan segala intimidasi terhadap mahasiswa-mahasiswa.

4. Mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terdapat dalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia iaitu mahasiswa juga warganegara Malaysia.

5. Memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk terlibat dan bersuara di dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisme tanpa dikongkong dan disekat atau diancam dengan ugutan oleh mana-mana pihak mahupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

6. Memastikan ketelusan dalam proses Pilihanraya Kampus bagi kesemua kampus di Malaysia, dan bukan sahaja bagi dua (2) kampus yang dibangkitkan di sini.

Disokong oleh
YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia)
YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai)
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda Keadilan)
Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat)

===

18
Feb

Persamaan Malaysia Dan Mesir Adalah Sistemnya

Dari Harakah

Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.

Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada. Continue reading ‘Persamaan Malaysia Dan Mesir Adalah Sistemnya’

18
Feb

Dr M Didn’t Support Scrapping ISA, Says Anwar

From The Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim has disputed Tun Hanif Omar’s claim that Tun Dr Mahathir Mohamad had wanted to scrap the Internal Security Act (ISA), saying today the former prime minister had never discussed it openly or in party meetings.

The country’s longest-serving national police chief had claimed today that both Dr Mahathir and Anwar had wanted the ISA abolished but the police had objected to the proposal. Continue reading ‘Dr M Didn’t Support Scrapping ISA, Says Anwar’

18
Feb

Fitnah II: Borang Sampel Bukti Tak Diterima Mahkamah

Dari Keadilan Daily

Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia,Dr Seah Lay Hoong.

Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi, Dr Seah berkata beliau menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful. Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 iaitu dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.

Beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis yang terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan yang ditanda pada 28 Ogos 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Justeru tandaan pada B12 terdapat perubahan.

Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah tanda sebagai bukti berdasarkan Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah. Ram berkata borang tersebut berbeza daripada borang yang diberikan pada peguam pada awal perbicaraan.

Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata perkara itu tidak penting tetapi yang penting adalah perkara yang diperiksa. Ram pula berkata dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti.

Selepas memohon tempoh rehat, Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut yang disenarai sebagai bahan bukti tidak boleh ditanda sebagai eksibit.

Prosiding perbicaraan yang kini sedang berjalan dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan dari saksi pendakwaan.

Semalam, mahkamah dikejutkan dengan laporan proforma yang ditulis doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan hanya ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’ pada ketika Saiful berjumpa doktor.

Perkara itu didedahkan oleh Pakar Jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan. Mahkamah juga dikejutkan dengan keterangan Pakar Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang tidak mengisi borang proforma berkaitan pemeriksaan di dubur Saiful, rektum dan sejarah perubatan pengadu.

Mahkamah semalam turut dikejutkan dengan kenyataan peguam Sankara Nair bahawa botol berisi sampel bahan bukti yang diambil dari tubuh Saiful mempunyai tanda-tanda telah diusik.

Prosiding perbicaraan yang kini sedang berjalan dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan dari saksi pendakwaan.

18
Feb

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang

19 Februari 2011 (Sabtu)

Program 1) 4.00 ptg – Hi-Tea Bersama JKKK / AJK Qariah / Ahli MPPP Pulau Pinang

Lokasi – Restoran Seri Idaman, Teluk Tempoyak

Program 2) 7.00 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib

Lokasi – Masjid Jamek Sungai Nibung

4) 9.45 —— 10.45 MLM  JAMUAN MAKAN MALAM ANJURAN AMK KEDAH
LOKASI DEWAN PUTRA KULIM KEDAH

Program 3) 9.00 -12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi – Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya (Sebelah TESCO)

Penceramah;
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Mansor Othman
3. YB Firdaus Jaafar
4. YB Yusmadi Yusoff

17
Feb

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Pagoh, Johor

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

18 Febaruari 2011

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi : Perkarangan Rumah Haji Saadon
TL 83, Kampong Raja, Pagoh, Johor

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato’ Seri Chua Meng
3. YB Dr Mohammad Taslim
4. YBhg Hassan Karim
5. YBhg Haji Saadon Abdullah

17
Feb

Nik Aziz: Allah Maha Besar, Bukan Melayu, Cina, India

Dari Malaysiakini

Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.

“Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.

“Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India,” kata Nik Abdul Aziz (kiri). Continue reading ‘Nik Aziz: Allah Maha Besar, Bukan Melayu, Cina, India’