Archive for February, 2011



23
Feb

Sidang Media Pimpinan Pakatan Rakyat Dan Menteri Besar / Ketua Menteri Pakatan Rakyat

MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 23 Februari 2011

SIDANG MEDIA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT DAN MENTERI BESAR / KETUA MENTERI PAKATAN

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat dan Menteri Besar / Ketua Menteri Pakatan.

Sidang media ini akan diadakan pada hari ini:

Tarikh : 23 Februari 2011 (Rabu)

Masa : 6:30 petang

Tempat : Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Tuan Lim Kit Siang dan Menteri Besar / Ketua Menteri Pakatan serta para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat .

Wakil media dijemput hadir untuk meliputi sidang media ini.

Sekian, terima kasih.

23
Feb

Lessons From a Whirlwind

From Asia Times Online

By Donald K Emmerson

At this phase in a still unfolding process, all one can safely say of the overthrows in Tunis and Cairo and their spreading repercussions is that they have thrown into question the future of autocracy from the Atlantic Ocean to the Persian Gulf. There are things one can unsafely say, however. Events to date evoke three broad, and broadly revisionist, conclusions:

1. The domino theory is not always wrong
In 1975, when the Indochinese dominos fell to communism, they did not bring down the chain of adjacent Southeast Asian states from Thailand through Malaysia to the Philippines and Indonesia. What toppled was the domino theory itself – the expectation that this would happen. The radical Islamists who seized power in Tehran in 1979 could not knock over the governments of

neighboring states in the name of that revolution.

More recently, the Wolfowitzean fantasy of toppling Iraqi autocrat Saddam Hussein and setting off a chain reaction that would democratize the Middle East was revealed for what it was – absurd. By then the entirely reasonable idea that countries were not inert objects whose stability depended on having stable neighbors had congealed into a conventional wisdom. Continue reading ‘Lessons From a Whirlwind’

22
Feb

Hentikan Segera Pembunuhan Rakyat Libya

KENYATAAN MEDIA
22 Februari 2011
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA UNTUK HEBAHAN SEGERA

Petaling Jaya, Selangor, 22 Februari 2011, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), berasa amat sedih dan memandang serius perkembangan politik yang sedang berlaku di Libya sekarang ini. Rakyat yang bangkit menentang pemerintah kuku besi berhadapan dengan tindak balas pihak berkuasa yang tidak berperikemaknusian. Jelas sekali, pemerintah Libya secara terbuka telah mengisytiharkan perang terhadap rakyatnya sendiri.

KEADILAN ingin menzahirkan sokongan terhadap rakyat mana-mana negara sekalipun yang bangkit menyatakan bantahan mereka terhadap pemerintah yang zalim. Kebebasan bersuara merupakan hak asasi rakyat. Pemerintah bertanggungjawab memastikan bahawa hak yang dijamin masyarakat antarabangsa ini dihormati dan dilaksanakan.
J
ustru, KEADILAN menuntut pemerintah Libya segera menghentikan tindakan zalim membunuh rakyat secara beramai-ramai. KEADILAN yakin bahawa rakyat Libya berupaya menentukan nasib mereka sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.

KEADILAN menyeru seluruh lapisan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi menghentikan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh membiarkan rakyat Libya terus dibunuh oleh pemerintahnya sendiri.

KEADILAN juga mendesak Kerajaan Malaysia yang menganggotai PBB, NAM dan OIC supaya berperanan tegas dalam menangani isu-isu seperti ini.

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan

22
Feb

Adakah Saiful Homoseksual Pasif?

Dari Malaysiakini

Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.

Fokus perbicaraan pagi ini adalah sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis.

Namun, Karpal yang berusia 71 tahun yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.

Beliau menyoal beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful dan bertanya sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawap soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut.

Namun, apabila Karpal membuktikan relevan soalan berkenaan, hakim Zabidin berlembut. Continue reading ‘Adakah Saiful Homoseksual Pasif?’

22
Feb

Sidang Media Berhubung Ekuiti Bumiputera

-Kenyataan Media-

KETELUSAN DALAM PENGAGIHAN SAHAM KHAS BUMIPUTRA

Parti Keadilan Rakyat ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Datuk Seri Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno/BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang dilaksanakan oleh kementerian beliau.

Rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno/BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990. Selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno/BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.

Walau bagaimana pun, kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.

Dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra. Tahun 2010 juga menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham. Jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas ini, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra. Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak.

Oleh itu, mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

Saya menyeru Datuk Mustapa sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk:

1. Mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010

2. Mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang

Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit.

Parti Keadilan Rakyat percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra. Mereka membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.

Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno/BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG
22 FEBRUARI 2011 Continue reading ‘Sidang Media Berhubung Ekuiti Bumiputera’

22
Feb

Mentafsir Mesej ‘Mayat’ Dalam Pilihan Raya Kampus

Dari Harakah
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Agak lama kita tidak mendengar khabar menarik tentang gerakan mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan, sehinggalah tercetusnya beberapa kekecohan semasa proses penamaan calon pilihan raya kampus, Khamis lalu. Itu pun ia hanya membabitkan beberapa kampus utama dan “dewasa” di sekitar Lembah Klang, seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tambah panas apabila pada petang Ahad, 20 Feb, iaitu hari terakhir kempen, dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) UM, Masturah Abu Bakar, yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus. Dalam laporan yang dibuat rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di balai polis Pantai, Masturah tidak dapat dikesan ketika membeli tambahan kredit telefon, selepas berkempen kepada pelajar UM yang tinggal di pangsapuri sekitar Pantai Dalam. Sebelum itu, Masturah pernah mendapat ugutan melalui SMS. Continue reading ‘Mentafsir Mesej ‘Mayat’ Dalam Pilihan Raya Kampus’

22
Feb

Anwar Ibrahim: “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia”, Kerdau




21
Feb

Kabinet Bayangan: PM Tak Faham Istilah- Tian Chua

Dari TV Selangor

Cabaran Datuk Seri Najib Razak agar Pakatan Rakyat(PR) menamakan ‘Kabinet Bayangan’ menunjukkan Perdana Menteri itu tidak faham dengan istilah berkenaan.

Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menganggap cabaran ini tidak masuk akal jika kerajaan sendiri tidak mengiktiraf kewujudan ‘Kabinet Bayangan’ tersebut.

“Perdana Menteri tak faham, kita hanya boleh adakan ‘Kabinet Bayangan’ bila ada pengakuan dari parti pemerintah.

“Kabinet Bayangan merupakan satu janji kepada rakyat bila kita menang kita akan lantik sekian nama untuk menjadi menteri, dia bukan portfolio, kalau kita kata Kabinet Bayangan, Menteri Kewangan, Tony Pua, maksudnya selepas kita menang tak boleh lantik orang lain. Continue reading ‘Kabinet Bayangan: PM Tak Faham Istilah- Tian Chua’

21
Feb

Pakar Gagal Lapor DNA Misteri di Rektum, Seluar Saiful

Dari Malaysian Insider

Peguam pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan keraguan terhadap laporan profil DNA disediakan pakar kerajaan dengan mendakwa dokumen itu gagal menyertakan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali.
Peguam Ramkarpal Singh mendakwa Dr Seah Lay Hong telah gagal untuk mematuhi garis panduan antarabangsa berhubung proses pemprofilan DAN dan oleh itu, laporan tersebut adalah bias.

Katanya, meskipun bacaan graf menunjukkan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali pada bahagian rendah rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada seluar hitamnya, Dr Seah tidak menyertakan maklumat pada laporannya.

Pakar itu setakat ini telah bersetuju bahawa ada tiga profil DNA melibatkan kes ini iaitu lelaki Y, satu profil DNA yang tidak dikenali dan satu lagi milik Saiful.

“Ia kelihatan DNA separuh pasukan bola sepak ditemui tetapi anda memilih untuk tidak melaporkannya,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak melaporkannya, Dr Seah berkata beliau tidak menemui bacaan yang signifikan.

“Bacaan tidak dilaporkan meskipun ia mempunyai bacaan yang tinggi,” kata Ramkarpal.

Beliau menggunakan prosiding sebelah pagi tadi untuk memeriksa balas kredibiliti laporan kimia disediakan Dr Seah.

Sambil menekankan laporan kimia itu tidak konsisten, peguam itu menambah, Dr Seah telah gagal untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

“Beliau telah gagal mematuhi garis panduan yang penting. Saya menyentuh soal garis panduan di sini.

“Saya mengesyorkan kepada beliau beberapa senario yang memberikan satu gambaran berbeza daripada apa yang beliau syorkan,” kata Ramkarpal kepada pemberita kemudian.

Perbicaraan disambung pukul 2 petang tadi.

Jumaat lalu, Dr Seah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jabatan Kimia mempunyai garis panduannya sendiri untuk menjalankan analisis.

Dr Seah berkata walaupun pengeluar dan pembekal perisian memiliki garis panduan masing-masing, namun makmal boleh mengikuti garis panduan sendiri seperti yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

Saksi kelima pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa sebagai anggota persatuan itu, beliau mengikuti perkembangan terkini dan saranannya terutama yang berkaitan pemprofilan DNA.

Dr Seah juga berkata beliau menggunakan perisian penganalisis biosistem genetik dan ‘DNA view’ bagi membantunya mendapatkan keputusan konklusif daripada sampel berkenaan.

Ditanya lanjut oleh peguam itu sama ada kedua-dua perisian tersebut selalu dikemas kini, Dr Seah berkata, kali terakhir ialah pada 2007.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Anwar, 63, yang didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

21
Feb

Mubarak Jatuh Kerana Rakyat Tolak Pilihanraya Tipu

Dari Harakah

Antara faktor penting kejatuhan regim Hosni Mubarak di Mesir adalah disebabkan penolakan rakyat terhadap pilihanraya-pilihanraya penuh penipuan.

Setiap kali pilihanraya, pihak pemerintah sentiasa mendapat kemenangan luarbiasa sedangkan hak sebenar rakyat dalam proses itu dinafikan.

Demikian dinyatakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis makan malam anjuran Keadilan Kelantan di PUTIK kelmarin.

Meskipun dalam bentuk berbeza, keresahan rakyat berkait perkara yang sama di negara ini bukan sesuatu yang harus dipandang mudah.

Rakyat yang semakin sedar dan mengikuti secara dekat tuntutan rakan-rakan mereka di Asia Barat perlu menuntut hak supaya pihak pemerintah tidak terus menerus mempermainkan rakyat dengan pelbagai kesangsian dalam proses ini.

“Rakyat boleh terima siapa kalah, siapa menang tapi rakyat tidak harus kompromi jika terang-terang pilihanraya dikendalikan dengan cara tidak adil dan berat sebelah, kata Anwar.

Perbahasan berkaitan pelbagai kes meragukan dalam pilihanraya di negara ini memang telah berlanjutan setiap kali pilihanraya berjalan.

Dari perkara paling asas, daftar pemilih hingga soal hak semua calon di media dan sokongan berat sebelah jentera kerajaan kepada calon parti pemerintah terus menerus dipertikaikan. Continue reading ‘Mubarak Jatuh Kerana Rakyat Tolak Pilihanraya Tipu’

21
Feb

BMF Senarai 49 Firma Berkait Taib Di Seluruh Dunia

Dari Malaysiakini

NGO yang berpangkalan di Switzerland – Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

“Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka. Continue reading ‘BMF Senarai 49 Firma Berkait Taib Di Seluruh Dunia’

21
Feb

Chemist Refuses To Answer Some Questions

From Malaysia Kini

The Anwar Ibrahim sodomy trial continues today at the Kuala Lumpur High Court with the cross-examination of chemist and DNA specialist Dr Seah Lay Hong.

Lawyer Ram Karpal Singh is expected to finish the cross-examination by mid-day and this is followed by re-examination by the prosecution.

The court had heard many technicalities on how DNA tests are conducted and how it is determined. More of this is expected today as another chemist is expected to testify.

The court has not been filled to its maximum capacity of 70 people as on the average about 60 people including journalists are in court.

LIVE REPORT Continue reading ‘Chemist Refuses To Answer Some Questions’