Archive for February 28th, 2011

28 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyataan sembrono Perdana Menteri Najib Razak mengenai Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin tidaklah memeranjatkan. Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.

Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out.

Demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif. Satu proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

Sejak penubuhannya dalam tahun 1928 Ikhwanul Muslimin telah terlibat secara langsung dalam perjuangan rakyat Mesir melawan penjajahan. Ikhwanul Muslimin juga pendukung terkuat kepada perjuangan rakyat Palestin.

Sejak diharamkan dalam tahun 1954 Ikhwanul Muslimin menjadi mangsa kepada kezaliman rejim tentera Mesir. Meskipun ditekan selama berdekad-dekad Ikhwan terus kuat dan merupakan organisasi yang paling konsisten melawan kezaliman pemerintahan tentera dan rasuah di negara tersebut.

Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut. Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir.

Kenyataan Perdana Menteri yang mengaitkan Sheikh Yusuf Qaradhawi dengan keganasan dan terorisma menunjukan Dato’ Sri Najib telah menjadi perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

Sheikh Yusuf adalah ulama’ yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama’ dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
26 Februari 2011

28 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor
Oleh Aspan Alias

Pilihanraya negeri Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit bagi negeri itu. Pembangkang nampaknya siap sedia untuk menghadapi kekuatan kuasa Taib Mahmud dan kali ini Taib tidak boleh lagi merasa keyakinan yang berlebihan yang beliau akan membawa kemenangan mutlak seperti yang beliau pernah berikan kepada BN.

Kesungguhan pihak yang membangkang untuk mengambil alih dari BN Sarawak pimpinan Taib kali ini lebih nyata kerana suara-suara halus yang inginkan perubahan dan peralihan kuasa di kalangan rakyat negeri itu semakin hari semakin kuat. Oleh kerana BN pimpinan Taib begitu bermaharajalela pada pandangan masyarakat maka banyak idea yang innovatif muncul untuk mendekati rakyat bagi memujuk mereka untuk melakukan perubahan untuk kebaikan negeri itu.

Masalah parti-parti pembangkang ialah untuk menghampiri rakyat pengundi di kawasan pedalaman yang mudah dilakukan oleh BN yang berkuasa. Blog ini telah menyebutkan bagaimana parti-parti pembangkang selama ini menghadapi kesulitan untuk mendekati pengundi di kawasan pedalaman seperti di rumah-rumah panjang dan kawasan penempatan-penempatan rakyat yang miskin.

Setiap kali pilihanraya pengempen-pengempen bagi parti pembangkang tidak dapat mendekati pengundi dengan mudah kerana penekanan yang dilakukan oleh Taib Mahmud dengan kuasa politik dan wang yang ada kepada beliau. Kalaulah negara kita melaksanakan demokrasi secara tulin dengan memberikan pembiayaan kepada parti pemerintah dan alternatif dan dibenarkan kedua-dua pihak mendekati rakyat dengan terbuka, perubahan di Sarawak sudah lama berlaku. (more…)

28 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari KeadilanDaily

Jika Tunisia mahupun Mesir ada Leila Trabelsi dan Suzanne yang dibenci hingga menjadi antara faktor mencetus kebangkitan rakyat, Malaysia juga memiliki persamaan kerana pentadbiran negara dikuasai isteri pemerintah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

“Di Tunisia, rakyatnya lebih menyampah isteri Ben Ali kerana semua perkara akan terdapat nama Leila Trabelsi. Satu Ben Ali, tiga kali Leila.

“Rakyatnya menggelar Leila sebagai ‘Leila Majnun’ (Leila gila) kerana dia gila rupa, gila harta, tidak termasuk fesyen rambutnya lagi,” katanya Anwar yang disambut ketawa tetamu sekali gus menggamatkan suasana majlis.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Ranting Taman Jati dengan kerjasama Cabang Tambun yang dihadiri hampir 1,000 orang.

Anwar berkata, masalah sama turut melanda Mesir kerana isteri Mubarak, Suzanne juga mempunyai tabiat seperti Leila.

“Suzanne dulu bekas jurusolek. Apabila berkahwin dengan Mubarak, dia yang mengkayakan anak-anak mereka sehingga semuanya bergelar jutawan.

“Mereka kaya kerana ‘merompak’ duit rakyat dan rasuah berleluasa di negara itu. Ditambah pula stesen televisyen dan medianya pula menghebohkan kekayaan itu.

Selepas diguling rakyat, Anwar berkata, Leila dan Suzanne masing-masing membawa keluar duit masing-masing 20 hingga 40 bilion dolar US “Terlalu banyak duit yang dibawa lari mereka selepas suaminya digulingkan rakyat,” katanya.

Walaupun negara Timur Tengah itu jauh berbeza dari segi budaya, ekonomi dan politik, Anwar berkata, Malaysia turut mempunyai persamaan dengan Tunisia yang masing-masing ‘dikuasai’ isteri pemerintah.

Sehubungan itu, beliau menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak angkuh dengan mengatakan Malaysia tidak mungkin menjadi Mesir dan Tunisia.

Beliau mengingatkan Najib, kenyataan sama pernah diungkap pemerintah kuku besi, Hosni Mubarak dan Zine El Abidine Ben Ali sebelum mereka digulingkan rakyat mereka.

“Mubarak pernah melaungkan ‘Ini Mesir’. Terbaru, Muammar Gaddafi turut angkuh mengatakan ‘Ini Libya’. Apa yang berlaku? Gaddafi sekarang di ambang kejatuhannya.

“Najib juga mengeluarkan kata-kata sama apabila membandingkan Malaysia dengan Mesir dan Tunisia. ‘Ini Malaysia, bukan Mesir’,” katanya mengajuk kata-kata Najib.

28 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Alhussseyn

Mengata dulang, paku serpih.Mengata orang, awak yang lebih! Begitulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang begitu mudah sekali menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa. Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaumnya sendiri menderita.

Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003), banyak perkara yang dilakukannya mengkhianati orang-orang Melayu. Antara perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan khianat terhadap bangsa dan agamanya adalah :

1. Mahathir telah menghapuskan kuasa raja

Bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan. (more…)

28 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Kebanyakan negara Asia akan berdepan dengan kebangkitan rakyat ala Mesir jika negara-negara itu terus mengekang institusi- institusi seperti badan kehakiman dan media-massa yang menjadi penanda aras demokrasi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut TV Selangor, ketua pembangkang itu berkata pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan bangkit menolak penindasan sebegitu.

“Anggapan bahawa sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa pada dirinya, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan, tanpa diselia oleh institusi-institusi berwibawa…amat bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,’ kata Anwar.

Anwar menyifatkan Jepun, India dan kini Indonesia sebagai pengamal sistem demokrasi yang agak rancak, manakala kebanyakan negara Asia yang lain dibelit dengan pemerintahan kuku besi.
Impak besar (more…)

28 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

From New York Times
By NICHOLAS D. KRISTOF

Is the Arab world unready for freedom? A crude stereotype lingers that some people — Arabs, Chinese and Africans — are incompatible with democracy. Many around the world fret that “people power” will likely result in Somalia-style chaos, Iraq-style civil war or Iran-style oppression.

That narrative has been nourished by Westerners and, more sadly, by some Arab, Chinese and African leaders. So with much of the Middle East in an uproar today, let’s tackle a politically incorrect question head-on: Are Arabs too politically immature to handle democracy?

This concern is the subtext for much anxiety today, from Washington to Riyadh. And there’s no question that there are perils: the overthrow of the shah in Iran, of Saddam Hussein in Iraq, of Tito in Yugoslavia, all led to new oppression and bloodshed. Congolese celebrated the eviction of their longtime dictator in 1997, but the civil war since has been the most lethal conflict since World War II. If Libya becomes another Congo, if Bahrain becomes an Iranian satellite, if Egypt becomes controlled by the Muslim Brotherhood — well, in those circumstances ordinary citizens might end up pining for former oppressors. (more…)