Archive for February 23rd, 2011

23 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Keadilan Daily

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanggil saksi ke enam pendakwa, iaitu ahli kimia Nor Aidora Saidun.

Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.

Mahkamah juga dijangka mengetahui identiti DNA ‘lelaki Y’ yang dianalisa ahli Kimia dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong hari ini. Awal pagi tadi, Dr Seah menyambung keterangannya dalam sesi soal balas buat hari ke lima.

Dr Seah semalam enggan mengakui jumlah sperma Saiful DNA lelaki Y lebih banyak ditemui pada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Anwar, Karpal Singh membuat kesimpulan Saiful seorang homoseksual pasif memandangkan lebih daripada satu sampel DNA ditemui pada pengadu itu.

Selain itu, mahkamah turut dikejutkan dengan pendedahan bahawa sampel DNA diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat.

Sebelum ini, mahkamah digemparkan dengan beberapa keterangan dari Dr Seah. Antaranya borang proforma yang tidak lengkap diisi dan keterangan dalam borang tersebut yang menyatakan hanya berlaku ‘cubaan liwat’ dan oral seks’, yang mana menimbulkan persoalan.

Pakar itu sebelum ini juga mengakui tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang ditetapkan International Society of Forensic Genetics dalam membuat analisa. Berikut kronologi perbicaraan hari ini:

10.55 pagi – Hadirin di mahkamah kelihatan ketawa kecil apabila Nor Aidora sendiri menawarkan bahan bukti tersebut untuk diperiksa pendakwa dan peguam bela.

Sampul D1 mengandungi sebatang berus gigi. Ia ditanda sebagai ID58. Menurut Nor Aidora, beliau mencalit bahagian bulu dan pemegang berus gigi untuk mendapatkan sampel.

10.47 pagi – DPP Noorin dan Nor Aidora menandakan bahan bukti. Sampul D mengandungi sehelai rambut di atas kertas putih ditanda sebagai ID57.

11.02 pagi – Sampul D2 mengandungi tuala ‘Good Morning’ dengan rambut. Rambut ditanda sebagai D2(a). Sampul D2 ditanda sebagai ID59. Tuala ‘Good Morning’ ditanda sebagai ID59(a). Rambut D2(a) ditanda sebagai ID60.

11.18 pagi – Sampul D3 mengandungi botol air mineral jenama ‘Cactus’. menurut Aidora, sampel DNA diambil dari bibir botol itu. Ia ditanda sebagai bahan bukti ID61.

10.36 pagi – Menurut Aidora, pada 17 July 2008 beliau menerima 4 sampul surat bertanda D, D1, D2, dan D3 daripada pegawai penyiasat, DSP Judy Blasious Pereira.

10.33 pagi – Mahkamah bersidang semula.

10.12 pagi – Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali kelihatan di luar mahkamah bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9.35 pagi – Mahkamah ditangguhkan kerana Sankara mahu pasukan peguam Anwar diwakili Karpal Singh untuk menyoal balas Nor Aidora. Karpal Singh dilaporkan dalam perjalanan daripada satu lagi kes di Shah Alam.

9.03 pagi – Mahkamah diteruskan dengan memanggil saksi keenam pendakwa, Nor Aidora Saidun. Beliau masuk ke kandang saksi mengangkat sumpah dan memberi keterangan.
Nor Aidora merupakan Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008. Beliau menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998. Menurutnya, selama hampir 13 tahun beliau sudah mengendalikan hampir 100,000 sampel DNA.

8.53 pagi – Mahkamah mula bersidang bagi mendengar keterangan saksi ke lima, Pakar kimia dari Jabatan Kimia Dr Seah Lay Hong.

Timbalan Pendakwaraya DPP Noorin Baharuddin menyoal Dr Seah berkenaan label tarikh pada sampel B4 dan B5. Menurut Dr Seah, sampel sampai ke makmal Jabatan Kimia dalam keadaan baik. Maka, walaupun tarikh berbeza daripada laporan polis (2 hari lebih awal daripada tarikh laporan polis), Jabatan Kimia tetap menerima sampel.

23 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Untuk merampas kembali beberapa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, selain mempastikan Putrajaya masih dalam genggaman, maka jentera Umno-BN tentunya ligat mencari dan mengusahakan jalan keluar. Usaha meraih sokongan dan simpati melalui kerja-kerja propaganda secara terbuka tidak dapat menyembunyikan komplot atau konspirasi lebih besar, yang terselindung daripada pengetahuan umum, malah sukar untuk dihidu.

Sejak merdeka, Umno gagal membuktikan keupayaannya untuk memenangi pilihan raya secara “anak jantan”. Segala kemudahan dan perkakas kerajaan diperalatkan, manakala kekuatan pembangkang dilumpuhkan melalui pelbagai tindakan kekerasan dan penggunaan undang-undang. Jarang hujah saingan politiknya disanggah dengan argumen. Mereka berlindung di sebalik akta zalim seperti ISA, di samping mengamalkan rasuah politik dan menimbulkan budaya takut.

Apabila BN menghadapi kejutan dalam pilihan raya 1999, ekoran era Reformasi, apabila majoriti pengundi Melayu menunjukkan penentangan terbuka kepada Dr Mahathir Mohamad, ramai menyifatkan Umno bagai lembu nazak selepas disembelih, hanya menunggu maut menjemput. Saya cuba melihat di sebaliknya. Umno masih berkuasa penuh.Ia masih memegang majoriti dua pertiga. Kemudahan kerajaan termasuk institusi penting demokrasi, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terbuka untuk diperalatkannya.

Masakan Mahathir hanya menunggu takdir melihat Umno dibungkus sejarah dan beliau terlucut jawatan perdana menteri. Secara licik, perancangan dilakukan penuh strategik. Senarai pendaftaran pemilih dan proses persempadan semula kawasan Parlimen dijadikan tumpuan. Untuk mendapat kerjasama SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) misalnya bagi mewujudkan “pengundi hantu”, adalah perkara mudah.

Pembangkang hanya mampu melahirkan rasa terkejut dengan penambahan mendadak jumlah pendaftaran pengundi baru di kawasan tertentu, khususnya Terengganu, tanpa menyedari ia satu grand design merampas balik negeri yang kaya dengan minyak itu.

PRU12 lebih buruk berbanding 1999. Mustahil strategis Umno (termasuk Apco) duduk diam atau “biasa-biasa sahaja” menghadapi PRU13 nanti. Benar, Najib cuba menjana pelbagai bentuk transformasi, namun di belakang tabir, saya yakin banyak “perancangan kotor” yang sedang berjalan secara cukup sulit. Dibimbangi kita hanya tersedar selepas pelan licik itu berjaya disempurnakan dalam pilihan raya nanti.

Pendedahan wartawan Saidah Hairan tentang operasi pertukaran alamat penduduk Sabah — yang mendapat kerjasama sepenuhnya pejabat JPN di Shah Alam — untuk mengundi di Selangor mungkin cebisan kecil daripada konspirasi lebih besar yang masih belum dapat dibongkar. Saidah berada di lokasi kejadian dan sempat berbual-bual dengan mereka yang terlibat.

Umno Selangor yang diterajui Najib Razak sendiri sedang meniti laluan “hidup atau mati”. Apa jua akan dilakukannya bagi memastikan Umno dapat merampas Selangor dalam PRU13 sebelum kekuatan Pakatan Rakyat terasas lebih kukuh di negeri paling maju itu.

Ramai syak bahawa ada operasi lebih besar berkaitan senarai daftar pemilih, juga melibatkan kerjasama erat JPN dan SPR. Ia bukan sekadar mengagihkan pengundi ke lokasi lebih strategik berdasarkan kepentingan politik Umno, tetapi juga membabitkan warga asing yang mungkin diberikan kad pengenalan untuk kegunaan di hari mengundi. Proses penyamaran identiti dan mengundi lebih sekali bukan perkara baru di Malaysia.

Usaha membersihkan proses pilihan raya di negara ini masih meniti jalan-jalan penuh krikil … Harakah mengalu-alukan informasi tentang konspirasi Umno ini jika anda mempunyai bahan bukti atau sumber cerita yang boleh kami lanjutkan.

II. Mahathir, Menteri Dalam Negeri yang paling lemah kuasanya?

Dr Mahathir Mohamad, 17 Feb lalu, berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun. Bagaimanapun, dakwanya, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

“ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang. Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak,” katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen. Sebelum ini, merujuk Ops Lalang 1987 yang melibatkan lebih 100 orang tokoh masyarakat dan penggantungan empat akhbar, Mahathir juga menyalahkan pihak polis.

Saya pelik mengapa Mahathir perlu menimbulkan isu ini dengan nada berbeda. Apakah Mahathir mahu menulis semula sejarah daripada kacamatanya sendiri, walaupun terpaksa melakukan pendustaan terang-terangan? Mungkinkah rasa bersalah bekas Perdana Menteri ini membuatkan beliau resah-gelisah sehingga sanggup berbicara apa sahaja menurut sedap hatinya?

Regim Mahathir memang penuh babak-babak kontroversial. Beliau diasak pelbagai masalah, sama ada dari dalam Umno, dengan raja-raja, pihak peguam, kesatuan sekerja, ulamak, hakim dan lama sebelum itu, dengan mahasiswa. Tidak sedikit korban yang gugur ekoran pertembungan itu. Paling menjolok mata, partinya sendiri, Umno, diharamkan atas kehendak beliau. Kebebasan institusi kehakiman musnah; tiga hakim Mahkamah Agung termasuk Ketua Hakim Negara dipecat melalui proses tribunal yang mengelirukan.

Khususnya selepas pemilihan presiden Umno 1987, yang menyaksikan beliau hampir tumpas kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Mahathir bertindak keras mengetatkan lagi akta zalim seperti Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan ISA. Elok ditekankan di sini, Mahathir juga sepanjang pemerintahannya melakukan siri pindaan perlembagaan bagi membataskan kuasa hakim dan mahkamah, sebaliknya memperuntukkan lebih kuasa kepada eksekutif, iaitu dirinya sendiri.

Saya masih ingat situasi cemas yang sengaja diwujudkan sekitar pertengahan 1987 membawa kepada hari gelita, 27 Oktober 1987. Kedudukan Mahathir memang terancam. Sentimen perkauman berkaitan isu sekolah Cina sengaja diapi-apikan. Anehnya, tokoh-tokoh politik Umno dan MCA yang galak menimbulkan rasa gelisah ketika itu, termasuk Najib Razak, tidak pula dikurung. Pimpinan PAS pula yang ditahan, antaranya Mohamad Sabu, Khalid Samad, Halim Arshat dan Mahfuz Omar.

Mahathir boleh saja mendapat sokongan bekas Ketua Polis Negara, Abd Hamid Omar atas dakwaannya bahawa inisiatif penahanan dimulakan oleh polis tetapi saya tidak mempercayainya, sekali gus beranggapan ia satu lagi “jenaka terbaik” Mahathir. Gerak itu mesti bermula dan dirancang oleh orang politik yang berkepentingan. Tiada pihak paling mendapat manfaat daripada Ops Lalang itu melainkan Mahathir.

Memang semasa mula menjadi PM, Mahathir membebaskan beberapa orang tahanan ISA. Najib juga meneladaninya. Tetapi apabila berdepan krisis, berikutan dasar dan pendekatan pemerintahannya yang menimbulkan banyak penentangan, Mahathir “akan menggunakan sebesar-besar senjata walaupun untuk memusnahkan musuh yang kecil”. (more…)

23 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah

50 aktivis Pro-M UPM terpaksa bersengkang mata sejak awal malam tadi, bagi mengadakan perhimpunan untuk membantah keputusan Jawatankuasa Pelaksana PRK yang membatalkan kemenangan semua calon mereka.

Mereka bersama 11 calon mereka mula berkumpul di hadapan pejabat pentadbiran UPM sejak jam 10.30 malam tadi, sejurus selepas dimaklumkan pembatalan kemenangan calon-calon mereka oleh Ketua Unit Tindakan Tatatertib Hal Ehwal Pelajar (Hep) UPM, Noraihan Noordin jam 9.30 malam tadi.

Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Shukri Kamarudin menjelaskan, pembatalan kemenangan mereka itu dimaklumkan oleh Noraihan kepada semua calon Pro-M menerusi telefon, atas alasan disebabkan mereka menyertai PRK secara berkumpulan. (more…)

23 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 23 Februari 2011

SIDANG MEDIA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT DAN MENTERI BESAR / KETUA MENTERI PAKATAN

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat dan Menteri Besar / Ketua Menteri Pakatan.

Sidang media ini akan diadakan pada hari ini:

Tarikh : 23 Februari 2011 (Rabu)

Masa : 6:30 petang

Tempat : Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Tuan Lim Kit Siang dan Menteri Besar / Ketua Menteri Pakatan serta para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat .

Wakil media dijemput hadir untuk meliputi sidang media ini.

Sekian, terima kasih.

23 February 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

From Asia Times Online

By Donald K Emmerson

At this phase in a still unfolding process, all one can safely say of the overthrows in Tunis and Cairo and their spreading repercussions is that they have thrown into question the future of autocracy from the Atlantic Ocean to the Persian Gulf. There are things one can unsafely say, however. Events to date evoke three broad, and broadly revisionist, conclusions:

1. The domino theory is not always wrong
In 1975, when the Indochinese dominos fell to communism, they did not bring down the chain of adjacent Southeast Asian states from Thailand through Malaysia to the Philippines and Indonesia. What toppled was the domino theory itself – the expectation that this would happen. The radical Islamists who seized power in Tehran in 1979 could not knock over the governments of

neighboring states in the name of that revolution.

More recently, the Wolfowitzean fantasy of toppling Iraqi autocrat Saddam Hussein and setting off a chain reaction that would democratize the Middle East was revealed for what it was – absurd. By then the entirely reasonable idea that countries were not inert objects whose stability depended on having stable neighbors had congealed into a conventional wisdom. (more…)